Tinggal lebih kurang dua hari setengah sahaja lagi tempoh kempen untuk Pilihanraya Umum ke-13 ini berlangsung. Tepat jam 12.00 tengah malam 5 Mei 2013 nanti tempoh kempen ini akan tamat. Tidak ada lagi kempen selepas itu dan apa jua kempen selepas itu tidak lagi membawa apa - apa makna.
PRU-13 ini begitu membawa makna yang besar, buat julung - julung kalinya parti - parti pembangkang melalui Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cukup baik untuk mengasak Umno/Barisan Nasional hingga terhumban. Tapi ingat peluang ini hanya datang sekali. Percayalah hanya sekali sahaja kita akan mendapat peluang ini walaupun pilihanraya itu 5 tahun sekali. Selepas tempoh 5 Mei 2013 semua peluang yang ada ini tidak akan berulang lagi dan peluang ini hanya sekali dan aku ulang ianya hanya sekali. Dalam sejarah politik Malaysia belum pernah parti pembangkang mendapat peluang yang sebaik ini dan ianya pasti tidak akan dapat diulang lagi.
Oleh itu berkerja keraslah wahai segenap jentera gunakan peluang sekali ini yang tidak akan berulang lagi. Yang memasang bendera pasanglah sedaya anda, yang menulis tuliskan segenap idea, yang bersuara suaralah sedaya - upaya. Jangan diharap mahu menangguhkan kemenangan ini pada PRU-14 yang akan datang kerana ianya tidak serupa seperti hari ini yang nyata. Ibarat sang teruna mahu memikat si dara yang lintas didepan mata jika dibiarkan berlalu sahaja anda tidak akan dapat mengulanginya.
Aku berkata begini kerana percayalah Umno/BN akan menggunakan segala ruang dan segenap peluang untuk menekan parti pembangkang selepas ini. Gelombang kebangkitan rakyat itu akan cuba dipadamkan terus demi kelangsungan politik Umno/BN. Pakatan Rakyat tidak akan mendapat kekuatan sekuat ini lagi. Bekerja keraslah wahai setiap warga yang inginkan perubahan jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.
Andai tewas juga kita dalam perjuangan ini, sekurang-kurangnya anda telah melalukan sedaya - upaya dan semampu anda. Dan jika kemenangan menjadi milik kita berbanggalah kerana anda adalah sebahagian dari jutaan rakyat Malaysia yang melakarkan kemenangan itu.
"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin" Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:
"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
No comments:
Post a Comment