Politik

 MUKTAMAR PAS KE-57
 Baru - baru ini 3,4 dan 5 Jun 2011 telah berlangsung Muktamar Parti Islam Se-Malayasia PAS kali yang ke 57 yang diadakan di Taman Melewar Gombar. Pada Muktamar kali ini pemilihan parti juga turut diadakan. Pada pemilihan kali ini, Mat Sabu telah berjaya dipilih ke jawatan nombor dua PAS iaitu Timbalan Presiden. Ini mengekutkan banyak pihak terutamanya musuh politik mereka Umno kerana ini kali pertama golongan dari bukan ulama menduduki tempat kedua tinggi dalam pasti PAS.


APA ITU POLITIK:
Kita selalu bercakap berkenaan isu politik. Baca surat khabar kisah politik, online internet skandal politik. tengok berita politk wang. Tapi adakah kita sebenarnya faham dan tahu apa maknanya sebenar "politik"??

Aristotle, seseorang sarjana dalam bidang politik telah mengatakan manusia adalah sebagai "haiwan politik".
Harold D. Lasswell, juga merupakan sarjana dalam sains politik mentakrifkan politik ialah tentang "siapa mendapat apa, bila dan bagaimana"

Apa yang boleh kita simpulkan disini ialah, politik itu sebenarnya membawa makna yang cukup luas dan besar. Makna atau definisi politik itu bukan terhenti setakat parti - parti politik, ahli-ahli politik atau pilihanraya yang selalu kita fikir sebelum ini. Sebenarnya politik itu membawa makna yang lebih besar dari itu dan parti-parti politik, ahli politik, plilihanraya yang saya sebutkan tadi adalah hanya serpihan kecil dari makna politik yang sebenar.

Politik secara umumnya adalah berkisarkan tentang "kuasa". Kuasa ini yang bakal menentukan "siapa mendapat apa, bila dan bagaimana". Oleh sebab itu dalam politik tidak boleh lari dari persaingan atau konflik untuk mendapatkan "kuasa". Melalui sistem politik ianya menentukan bagaimana kuasa itu hendak diagihkan, dan cara yang paling popular dalam politik moden adalah pilihanraya.

Setiap manusia tidak boleh lari dari terlibat dalam politik. Mahu tidak mahu mereka pasti juga terlibat dalam politik walaupun mereka membuat keputusan untuk tidak mahu terlibat dalam politik. Ini kerana proses "membuat keputusan" itu adalah merupakan salah satu daripada proses politik.proses mempengaruhi juga merupakan salah satu proses politik.