Hari Ini dlm Sejarah

MAT SABU MENANG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
Pada hari ini 4 Jun 2011 aktivitis Parti Islam SeMalaysia PAS iaitu Mohammed atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah berjaya dalam pemilihan parti tersebut dalam merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan yang diadakan serentak dengan Muktamar PAS kali ke-57 yang diadakan di Taman Melewar Gombar. Mat Sabu mengetepai dua persaing lain dalam merebut jawatan tersebut iaitu Nasarudin Mat Isa (penyandang jawatan) dan Tuan Ibrahim Tuan Man dengan kelebihan 21 undi bagi memenangi jawatan nombor dua PAS itu. Ini merupakan satu kejutan pada parti PAS dan parti lawan mereka iaitu UMNO kerana ini kali pertama golongan bukang dari golongan ulama menduduki kerusi nombor dua PAS itu.

BARCELONA MENJUARAI LIGA JUARA-JUARA EROPAH UNTUK KALI KE-4
Awal pagi tadi waktu Malaysia iaitu pada 3.00a.m 29 Mei 2011 telah berlangsung perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang mana keputusannya Barcelona berjaya menang keatas Manchester United dengan jaringa 3-1. Barcelona dilihat bermain dengan begitu baik dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Gol Barcelona dijaringkan oleh  Rodriguez seawal minit ke-27 dan tidak berapa lama selepas itu Manchester United membalas jarinngan pada minit ke-34 oleh Rooney, dan Barcelona mengesahkan kemenangan mereka melalui jaringan Messi dan David Villa pada minit ke 54 dan 69 permainan. Kemenangan ini adalah yang ke-4 bagi Barcelona dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.



KEJADIAN TANAH RUNTUH 16 TERKORBAN:
Pada Sabtu 21 Mei 2011 sekitar jam 2.30 petang satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di kediaman rumah anak yatim Hulu Langat Selangor. Kejadian tersebut telah mengorbankan 16 orang penghuni rumah anak yatim berkenaan dan mencederakan yang lain. Mangsa yang terkorban dipercayai akibat tertimbus oleh runtuhan tanah. Al-Fatihah..

No comments: