Saya membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin UMNO yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?
Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malatsia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?
Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!
Daripada DAP masuk BN, lebih baik UMNO keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Sedarlah, ideologi perjuangan UMNO hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang! Sudah sampai masanya BN dan UMNO bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!
Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat
Musyidul AM
Parti Islam SeMalaysia
No comments:
Post a Comment