Friday, May 3, 2013

MENGAPA TAKUT UNDI DAP

Aku menyasarkan tulisan aku ni kepada sesetengah golongan Melayu yang begitu takut dan gentar untuk  mengundi parti DAP. Bagi mereka DAP ini cukup menggerunkan umpan hantu raya cina yang mengerikan. Tetapi mengapa kita perlu takut untuk mengundi DAP. 

Orang Melayu sering dimomokkan bahawa DAP ini adalah sama seperti komunis yang mana orang Melayu begitu benci akan komunis. Bagi menjawab persoalan ini, lebih baik kita mencari makna penuh DAP itu sendiri. Nama parti itu sendiri DEMOCRATIC ACTION PARTY, demokratik dengan komunis begitu jauh bezanya sekali. Aku enggan mengulas panjang apa itu beza antara demokratik dan komunis. Pembaca yang tidak tahu maknanya boleh bertanyakan kepada lebai google.

Kedua DAP dikatakan anti Melayu. Dimanakah tanda yang menunjukkan DAP itu adalah sebuah parti anti Melayu. Bagi aku sendiri, aku merasa yang Melayu itu sendiri yang anti kepada DAP. Keahlian untuk DAP terbuka untuk semua kaum dia Malaysia. Ianya tidak menghadkan keahliannya kepada sesuatu kaum sahaja. Berbeza dengan Umno yang keahliananya hanya untuk orang Melayu walaupun ada mamak didalamnya, begitu juga dengan MIC yang keahliannya mesti seorang itu berbangsa India dan begitu juga dengan MCA yang keahlianya hanya terbuka untuk orang Cina. 

DAP dilihat didominasi oleh orang Cina kerana keengganan kaum - kaum terumatanya Melayu menyertai DAP. Bukan tidak ada wakil - wakil yang berbangsa Melayu dari DAP yang bertanding dalam pilihanraya umum, sejak dari dahulu lagi ianya ada. Cuma penerimaan orang Melayu terhadap DAP itu masih kurang disebabkan permainan politik perkauman Umno/Barisan Nasional yang mahu menjamin terus kelangsungan kuasa mereka.

DAP dalam sejarah politik partinya baru mendapat mandat untuk memerintah Pulau Pinang selama satu penggal tetapi terus dilebal sebagai anti Melayu di Pulau Pinang, menyebabkan ramai orang Melayu menjadi miskin dan lain - lain tuduhan yang tidak berasas lagi. Tetapi sebaliknya, Umno/BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan hari ini orang Melayu adalah antara kaum yang paling ramai yang hidup dibawah paras kemiskinan atau dengan kata lain orang Melayu yang paling ramai miskin di Malaysia ini dan bukan sahaja di Pulau Pinang. Mengapa Umno/BN tidak dilebal sebagai anti Melayu kerana selama 56 tahun mereka memerintah menyebabkan orang Melayu menjadi paling ramai miskin dan orang Cina hari ini yang kita lihat paling ramai menjadi kaya. Situasi ini terjadi bukan sewaktu DAP memerintah Malaysia tetapi selama 56 tahun Umno/BN memerintah Malaysia. Tetapi mengapa lebal anti Melayu itu diletakkan kepada DAP. 

Sepanjang pemerintahan DAP di Pulau Pinang orang Melayu dikatakan ditindas kerana tempat - tempat perniagaan orang Melayu dirobohkan. Isunya ialah yang dirobohkan itu adalah penjaja - penjaja tidak berlesen dan berniaga ditempat yang dilarang. Undang - undang yang melarang kegiataan penjaja meniaga ditempat - tempat tertentu bukan baru diwujudkan sewaktu pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Sebaliknya undang - undang tersebut diwujudkan semenjak zaman pemerintahan BN dibawah parti GERAKAN lagi. Satu perkara lagi, yang ada gerai - gerai dirobohkan dan disita itu bukan sahaja terdiri dari orang Melayu, tetapi dari kaum Cina dan India juga ada. Tetapi media arus perdana hanya mahu menonjol pada kaum Melayu sahaja dan tujuanya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menimbulkan tanggapan yang kerajaan DAP di Pulau Pinang itu adalah anti Melayu.

Isu pemilikan rumah yang dikatakan terlalu mahal. Perkara ini sukar dibendung kerana pertama Pulau Pinang merupakan negeri kecil yang maju dan sudah tentulah harga hartanahnya meningkat. Satu perkara lagi dasar kerajaan persekutuan yang menkomesialkan hartanah di Malaysia sekitar tahun 1998 telah membuatkan harga hartanah di Malaysia meningkat dengan mendadak. Ianya lebih terkesan di negeri - negeri maju seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpu dan Johor Bharu. Perkara ini tidak boleh dikawal oleh kerajaan negeri kerana ianya merupakan bidang kuasa kerajaan pusat. Berkenaan pembinaan rumah kos rendah, kita semua perlu sedar bahawa tanggungjawab membina rumah kos rendah adalah tanggungjawab kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menyediakan tapak untuk pihak kerajaan pusat melaksanakan projek perumahaan kos rendah. Dalam kes di Pulau Pinang telah banyak juga projek rumah kos rendah yang diusahakan sendiri oleh pihak kerajaan negeri tetapi usaha baik ini dipadamkan terus oleh media - media arus perdana demi memburukan imej DAP di Pulau Pinang.

Oleh itu orang Melayu tidak perlu takut untuk mengundi DAP sekiranya kawasan DUN atau Parlimen tempat mereka tinggal ditandingi oleh wakil DAP. Kita perlu keluar dari garisan takut akan cerita seram berkenaan DAP. Kisah seram dan cerita hantu Cina DAP yang dibawa oleh Umno/BN ini adalah semata-mata untuk meneruskan kuasa pemerintahan Umno/BN. Natijahnya yang makin kenyang dan selesa adalah pemimpin dan kroni dan sanak saudara Umno/BN dan rakyat biasa terutama orang Melayu terus hidup dalam garisan takut ciptaan Umno/BN.

No comments: