Saturday, June 2, 2012

WASPADA UNDANG-UNDANG BARU INTERNET


Kenyataan bersama NGO 30 Mei 2012
Pindaan Akta Bukti : Kerajaan Menginjak Demokrasi

NGO-NGO yang menandatangani kenyataan ini, mengutuk sekeras-kerasnya pindaan Akta Bukti 1950 yang telah diluluskan di persidangan terakhir Parlimen dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012. Walaupun pindaan Akta ini membawa implikasi yang amat besar, ianya masih diluluskan tanpa perbincangan yang telus. Orang ramai tidak dibawa untuk berbincang. Tanpa waktu yang panjang untuk berbahas, Parlimen telah meluluskan Akta ini.

Kemasukan Fasal baru Seksyen 114A Akta Bukti mengandungi perkara-perkara berikut:

- Pemilik, tuan rumah, pentadbir, pengarang atau penolong pengarang untuk semua laman-laman atau akaun media sosial akan dianggap bertanggungjawab keatas apa-apa isi yang telah dipapar atau diulang paparan dilaman-laman tersebut. Kandungan paparan ini tidak semestinya oleh mereka sendiri atau pun orang yang menyamar sebagai mereka, atau orang yang menyamar, atau sesiapa sahaja;

- Pelanggan kepada perkhidmatan jaringan yang biasanya mencetak atau mengulang-cetak kandungan-kandungan akan dipertanggungjawabkan keatas penerbitan tersebut;

- Tuan punya atau individu yang menyimpan perkakas elektronik yang telah digunakan untuk mencetak atau mengulang-cetak isi kandungan tersebut , akan dipertanggungjawabkan.

Justeru dengan ini, kami merasa Pindaan ini melanggar hukum undang-undang sejagat dimana individu itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Pindaan ini telah menterbalikkan undang-undang sejagat ini, dimana individu itu akan didapati bersalah dan dia wajib membuktikan yang dia tidak bersalah.

Seksyen 114A Akta Bukti bersama-sama undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 akan terus menerus menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapat kebebasan menyatakan pandangan. Undang-undang ini bukan sahaja akan mengancam warganegara untuk melakukan pengawalan diri (self-censorship), malah ianya juga akan disalahgunakan oleh sesiapa sahaja untuk memerangkap orang lain dengan menggunakan undang-undang zalim ini. Undang-undang ini tidak mewujudkan keadilan malah ianya melahirkan ketidakadilan. 

Dalam konteks pilihanraya umum, besar kemungkinan Seksyen 114A Akta Bukti ini akan disalahgunakan oleh individu untuk mensabitkan parti politik atau bakal-bakal calon dengan jenayah. Sesiapa sahaja boleh dituduh mencetak kenyataan yang dianggap kasar atau menghasut walaupun yang dituduh tidak mencetaknya. Hanya melalui komen-komen yang tidak bertandatangan atau komen tanpa nama yang telah ditinggalkan didalam laman-laman yang ada kaitan dengan ahli-ahli politik yang berkenaan, maka ianya akan mensabitkan ahli politik tersebut sebagai bertanggungjawab memaparkan kandungan tersebut. Pindaan ini terus menggalakkan politk kotor. Politik kotor ini terus berlaku di Malaysia sebelum, ketika dan sesudah pilihanraya umum. 

Hak menyatakan pendapat ialah asas untuk demokrasi. Di Malaysia, hak mendapat maklumat melalui media massa dikekang oleh kerajaan yang dibantu oleh undang-undang yang menindas. Warganegara Malaysia pada ketika ini telah menggunakan internet sebagai ruang demokrasi dimana mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan. Mereka juga telah mendapat maklumat daripada internet. 

Pindaan keatas Akta Bukti meyakinkan kita bahawa hak kebebasan untuk mengeluarkan pendapat masih lagi satu ilusi yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa bila kerajaan menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan pendapat, sebenarnya kerajaan sedang menginjak-injak demokrasi. 

Kami yang menandatangani dibawah ini mendesak kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 114A Akta Bukti. Atau melupuskan ia serta-merta. 

Bersama dengan ini, kami yang menandatangani ini juga mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik kembali segala kekangan terhadap hak menyatakan pandangan termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998, dan melupuskan fasal-fasal yang mengekang. Kami juga menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 dipinda kembali. 

PERSATUAN KESEDARAN KONUNITI (EMPOWER)

Friday, June 1, 2012

KEGANASAN TANDA DAN MAKNA

Oleh: Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub

Berita ceramah dan rapat politik Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat diserang oleh gerombolan United Malays National Organisation telah menjadi lumrah. Semakin hari semakin ganas. Dari Semborong ke Gambang ke Jalan Kebun ke Merlimau ke Pulau Pinang dan terakhir di Pantai Dalam. Apakah maknanya semua serangan ini? Apakah makna tanda-tanda ini? Dapatkah kita memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Untuk memahami semua ini saya membawa para pembaca kembali kepada asas realpolitik. Kita wajib memahami apa itu politik dan kenapa kita berpolitik. Hanya dengan kita mamahami realpolitik barulah kita akan dapat pencerahan untuk memahami tanda-tanda dari keganasan ini.

Politik ialah kuasa. Berpolitik ialah berkerja untuk merebut kuasa. Kuasa ingin direbut dan dimiliki kerana sesiapa memiliki kuasa akan memiliki punca-punca ekonomi. Melalui kuasa politik sesebuah parti atau kumpulan akan mengawal dan memiliki punca-punca ekonomi. Punca-punca ekonomi ini bermakna harta kekayaan negara.

Di Malaysia harta kekayan negara bukan hanya – telaga minyak Petronas, telaga gas atau berpuluh-puluh syarikat kerajaan (GLC). Kita juga wajib memahami bahawa harta kekayaan negara lebih dari ini. Dua punca harta kekayaan yang tidak habis-habis ialah tanah dan tenaga rakyat Malaysia sendiri. Melalui kuasa politik – tanah dan tenaga manusia – boleh disusun untuk dijadikan harta kekayaan.


Justeru, perebutan politik ialah perebuatan kuasa. Perebutan kuasa ialah perebutan ekonomi. Inilah asas untuk kita memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Jika pembaca tidak memahami asas ini maka saya rasa para pembaca akan gagal untuk memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita.


Semenjak diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru ( 1974 ) United Malays National Organisation telah menjalankan dasar ekonomi dimana dasar ini bertujuan untuk mengimbangkan pencapaian ekonomi orang Melayu yang amat mundur. Dasar Ekonomi Baru ini telah diperkuatkan oleh Mahathir Muhamad dengan dasar penswastaan.

Dasar penswastaan ini maknanya – harta negara diambil alih oleh orang-orang persendirian. Harta negara bermakna harta orang ramai. Harta negara bermakna harta rakyat. Contoh harta orang ramai ialah syarikat pembekalan air, pembekalan api leterik, syarikat pengangkutan, syarikat kapal terbang, syarikat kereta api dan tanah-tanah milik kerajaan.

Orang persendirian yang dimaksudkan disini Orang Melayu ahli United Malays National Organisation. Ahli-ahli yang dimaksudkan ialah mereka yang rapat dengan pihak yang berkuasa. Yang rapat disini ialah yang rapat dengan para menteri dan politikus yang memiliki kuasa. Ini bermakna kaum kerabat, anak, bini dan kroni – yang rapat dengan yang berkuasa.

Para Menteri dan politikus dari United Malays National Organsiation menjadi kaya raya. Mereka hidup mewah dan bersenang lenang. Ini kerana mereka dan kroni mereka mengawal dan memiliki harta kekayaan. Melalui harta kekayaan mereka dapat membeli pengaruh. Satelah membeli pengaruh mereka sekali lagi dapat berkuasa.


Apa yang saya tulis diatas ialah asas untuk kita memahami realpolitik. Ini ABC politikal ekonomi. Asas politik ini boleh digunakan untuk memahami politik Indonesia, Pilipina atau politik Siam. Asas politikal ekonomi ini tidak berubah-ubah. Selagi negara itu mengamalkan dasar ekonomi kapitalis maka asas politikal ekonomi ini boleh digunapakai. Perbezaan yang wujud antara negara-negara ini hanyalah perbezaan kulitan. Perbezaan nama parti politik. Perbezaan pemain utamanya. Perbezaan kepentingan ekonomi para kroni. Isinya masih lagi sama – tidak berubah. Isinya ialah perebutan punca-punca ekonomi.

Sesudah 8 Mar 2008 yang lalu lanskap politik Malaysia berubah untuk selama-lamanya. Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 - menjadi tanda bukti bahawa rakyat Malaysia telah melintasi garis takut. Manakala Duduk Bantah Bersih 3.0 yang baru berlalu telah membuktikan bahawa garis takut yang telah dilintasi telah diperkukuhkan lagi dengan tuntuan yang adil dan demokratik. Untuk mengembalikan rakyat Malaysia ke zaman sebelum 8 March, sebelum Bersih adalah satu yang mustahil – semustahil Rosmah Mansor ingin menguruskan badannya.

Dari sini saya membawa kembali para pembaca untuk memahami kenapa serangan keatas PKR dan Pakatan Rakyat. Serangan ini dilakukan secara terancang. Ini bukan bermakna Rosmah Mansor menalipon Raja Nong Chik meminta mencari seorang ‘ budak samseng’ untuk melastik ‘ ball bearing’ ketika kepada program di Pantai Dalam. Ini tidak berlaku.

Serangan ini lebih licik dan lebih terancang. Bermula dengan Mat Gemok Jalan Kebun yang membuat huru hara. Klip video diperlihatkan sebagai saksi. Pihak polis mementaskan sandiwara – cuba cuba membuat kawad cam untuk mencari mereka. Hasilnya zilch – zero, noting , sifar – rien.


Kemudian serangan beralih ke Semborong. Pekara yang sama berlaku. Dari Semborong beralih ke Gambang. Muka, nama dan alamat Budak Baju Merah yang menyerang di Gambang tersebar. Tetapi tidak ada apa-apa dakwa dakwi. Serangan bertambah ganas apabila seorang wartawan telah mendapat 8 jahitan di Pulau Pinang. Gambar 6 Orang Lalaki Hitam muncul sebagai bahan bukti. Tetapi tidak ada dakwa dakwi. Polis pun tidak lagi mementaskan sandiwara kawad cam.

Pasti para pembaca akan bertanya dimana pula bukti-bukti yang serangan ini di rancang? Apakah apa yang saya tulis ini hanya fitnah dan tohmah?

Untuk memahaminya kita wajib mengundur ke belakang. Lihat kembali kes kepala babi dalam Masjid. Kes kepala babi ini hanya heboh-heboh di media kemudian hilang tanpa lanjutan. Kepala babi ini sengaja dimasukkan ke dalam Masjid bertujuan untuk menaikkan suhu kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu. Sayangnya, stratiji kepala babi ini meleset. Malah orang Melayu bukan sahaja tidak marah malah terus menuduh ini bukan kerja orang China tetapi ini kerja yang dirancang oleh gerombolan United Malays National Organsiation.

Apabila kes kepala babi ini padam bagitu sahaja maka ini sebenarnya tanda atau signal bahawa pihak polis tidak akan melakukan apa-apa jika penyokong gerombolan United Malays National Organsiation menyerang PKR atau Pakatan Rakyat.

Untuk memperkuatkan lagi hujah ini saya ingin mengingatkan pembaca tentang kes kepala lembu di Shah Alam pada bulan Ogos 2009. Amat jelas muka-muka gedebe yang melakukannya. Pada awalnya Mamat-Mamat Kepala Lembu bukan TIDAK didakwa malah telah dijemput bertemu Menteri dalam Negeri. Apabila orang ramai marah barulah Mamat-Mamt Kepala Lembu ini didakwa.

Apa maknanya semua ini? Tidak ada dakwa dakwi ini adalah bukti bahawa ada arahan yang jelas dari pucuk pimpinan United Malays National Organisation. Maknanya jika sesiapa menyerang PKR atau Pakatan Rakyat bukan sahaja akan mendapat liputan media malah mereka TIDAK akan didakwa dakwi. Isyarat dan tanda ini difahami oleh rangkaian gerombolan dari bahagian hingga ke cawangan.

Bukti akhir tentang rancangan jahat memang diatur ialah kenyatan Mahathir Muhamad sehari sesudah peristiwa berdarah di Pantai Dalam. Dengan licik lagi terancang Mahathir telah membuat kenyataan bukan mengutuk keganasan si penyerang tetapi menuduh Pakatan Rakyat sedang merancang demonstrasi ganas jika Pakatan kalah dalam pilihan raya yang akan datang.


Kenyataan Mahathir ini adalah kata laluan untuk ahli gerombolan United Malays National Organsiation bertindak ganas dan terus menyerang.

Melakukan keganasan yang terancang bertujuan untuk mengancam. Keganasan ini dilakukan terhadap penyokong Pakatan. Mereka yang luka berdarah atau yang dimasukan ke hospital bukan sasaran utama.

Yang menjadi sasaran utama ialah orang ramai yang sedang memerhatikan keadaan tegang yang terus berlaku. Dimana-mana pun dalam dunia ini semua warga tidak suka kepada kacau bilau. Mereka mahukan kestabilan. Kestabilan ini adalah mantra dari United Malays National Organisation. Cara kerjanya cukup senang: gerombolan membuat huru hara kemudian mereka tampil menuduh huru hara dicetus oleh penyokong atau pemimpin Pakatan Rakyat. Pihak yang menuduh akan dilihat baik dan bertanggung jawab untuk membawa kembali kestabilan.

Huru hara ini juga akan menakutkan orang ramai. Pakatan Rakyat melalui media tradisional akan dituduh sebagai punca keganasan dan kekacauan. Yang buat lain – yang dituduh lain. Saperti kenyataan Mahathir dan tiga orang bekas Ketua Polis Negara terhadap Bersih 3.0. Keganasan polis terhadap para demonstran telah dialihkan kepada keganasan penyokong Bersih.

Pucuk pimpinan United Malays National Organsiation amat sedar bahawa sokongan terhadap parti ini semakin merosot. Mustahil para Menteri tidak sedar bahawa parti politik mereka dilihat haprak. Orang Melayu semakin menolak parti ini. Masyarakat China telah hampir 90% tidak akan lagi menyokong mereka. Masyarakat India sekali lagi mula menjauhkan diri menyokong mereka.

United Malays National Organisation akan hilang kuasa bukan lagi satu yang mustahil. Semua jalur pemerhati politik dalam dan luar negara melihat pengaruh dan kuasa politik United Malays National Organisation akan berakhir.

Justeru, satelah memahami semua ini maka kita wajib kembali kepada realpolitik. Hilang pengaruh bermakna hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang punca-punca ekonomi. Berbilion-bilon ringgit harta kerajaan akan bertukar tangan. Mengikut kata Najib - duit berbilion ringgit dan harta kekayan negara inilah yang wajib dipertahan sampai ke titisan darah terakhir.

Hilang punca ekonomi ini akan menjadikan mereka saperti anjing kurap di tepi tong sampah. Menjadi anjing kurap masih dianggap baik. Anjing kurap tidak berhadapan dengan - kes rasuah, kes bunuh, kes salah guna kuasa, kes rampas tanah orang kampong dan seribu satu macam kes akan dibuka kembali. Justeru mengupah Mat Gemok Jalan Kebun, mengupah Mat Baju Merah di Gambang atau Mat Tukang Lastik Peluru di Pantai Dalam hanyalah belanja beli kacang puteh.


Satelah memahami realpolitik ini - penyokong Pakatan Rakyat wajib sedar dan bersedia kerana keganasan ini tidak akan mengurang malah akan meningkat.(TT)

Saturday, May 12, 2012

KOMUNIS DAN BERSIH 3.0


Pasca Bersih 3.0  menyaksikan banyak isu – isu tempang cuba ditimbulkan yang jelas tujuannya untuk  menutup mulut dan minda rakyat dari bercakap dan memikirkan 8 tuntutan Bersih 3.0. Mereka mahukan orang ramai terutamanya golongan atas pagar lebih seronok untuk memperkatakan mengenai isu picisan yang mereka sendiri ciptakan, dari bercakap dan mendapat pencerahan berkenaan 8 perkara yang dituntut dari perhimpunan hampir 300 ribu rakyat pada 28 April 2012 yang lalu.

Yang terbaru ialah kenyataan dari bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar berkenaan wujudnya anggota komunis dalam perhimpuan yang berlangsung pada 28 April 2012 yang lalu. Mungkin pandangan Hanif Omar ini betul kerana berdasarkan pengalaman dia yang berkhidmat sebagai ketua polis negara semasa zaman darurat dan zaman pergerakan komunis dunia dan tempatan. Ya mungkin dia masih kenal dan cam wajah – wajah yang pernah ditentangi oleh dia sewaktu menjawat jawatan ketus polis negara dahulu.

Tetapi jika perkara ini betul sekalipun mengapa ianya harus dibangkit bagi menimbulkan keriasauan rakyat. Seperti kata Hishamuddin Rais “jika betul ada komunis yang datang, mereka ini komunis yang baik yang datang untuk menentang penipuan dalam pilihanraya” . Dalam isu dibangkitkan, ianya seperti mahu meniup propaganda sewaktu era perang dingin untuk mengeloh persetujuan rakyat bagi membenci komunis dan mencintai kapitalis. Saya percaya isu komunis ini pasti akan terkesan kepada penduduk – penduduk luar bandar khusnya orang Melayu yang merupakan stok tetap Umno/BN untuk mendapat undi dalam pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Jika dahulu sewaktu era perang dingin, orang Melayu dan orang Islam di kampung – kampung di Tanah Melayu dimomokkan dengan agenda komunis yang dikatakan tidak percaya kepada agama dan tuhan. Mereka yang berideologi  sosiolis juga akan dikatakan tidak beragama dan tidak percaya kepada tuhan. Isu agama dan tuhan ini akan membuatkan orang Melayu Islam di Tanah Melayu pada ketika itu melompat dengan lebih tinggi. Sebenarnya ajaran yang mengatakan komunis dan sosialis itu anti agama adalah dibawa oleh orang yang dirinya sendiri tidak ada agama dan hanya menyembah wang dan berakidahkan keuntungan. Inilah antara strategi pihak kapitalis yang mahu meraih sokongan dari rakyat dunia ke-3 bagi menentang komunis agar agama mereka iaitu kapitalis dapat berkembang.

Kini ancaman komunis itu cuba ditiupkan dan dihidupkan kembali selepas Bersih 3.0 dengan harapan rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya agar mencurigai dan menentang pergerakan dan perhimpunan Bersih 3.0 kerana ada pengaruh komunis yang tidak percaya agama. Maka makcik – makcik dan pak teh di felda dan kampung – kampung di Pagoh akan mereka kecut perut kerana komunis telah menyerang Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang selalu membaca dan tidak hanya mendengar, pasti akan memahami apa itu sebenarnya ideologi komunis dan rakan karibnya sosiolis. Dalam fahaman komunis, ianya tidak menyokong sistem pilihanraya baik pilihanraya kotor atau pilihanraya yang bersih. Jadi apa kejadah seorang mamat komunis hadir dalam perhimpunan yang menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.

Pergerakan komunis peringkat antarabangsa juga pada hari ini dilihat telah lemah dan tidak bermaya. Kesatuan Soviet telah tumbang dan hanya menjadi sejarah, tembok Berlin di Jerman telah runtuh yang tinggal hanya kenangan dan Republik Rakyat China hari ini pun telah mengamalkan dasar ekonomi terkangkang yang membolehkan semua masuk menjaras. Jadi dimanakah komunisnya lagi. Ini adalah proses untuk meletakkan rakyat Malaysia dan orang Melayu khusunya, di dalam garis takut. Takut kepada komunis, takut kepada orang cina, takut kepada tok fatwa dan takut kepada segala – galanya takut. Maka dengan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang berada dalam garisan takut ini membolehkan Umno/BN itu menjadi makin berani. Berani untuk membaham hasil negara dan menindas rakyat dari pelbagai sudut yang dilihat manja.

Apa perlu dibangkitkan lagi isu komunis ini bagi menggusarkan kepala rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang proses pembodohannya terus berlaku siang dan malam melalui Utusan Malaysia dan TV3. Jika aku ditanya dimanakah kekejaman dan kezaliman sewaktu Bersih 3.0 aku akan menjawab ianya bukan datang dari polis dan FRU tetapi proses pembodohan terus menerus oleh sang penguasa. Jika semasa perhimpunan polis dan DBKL dibodohkan kini pasca perhimpunan Bersih 3.0 rakyat pula cuba diproses untuk menjadi bodoh terus menerus. Itulah kezalimannya!!

Wednesday, May 9, 2012

KE JALAN RAYA SEBELUM PILIHANRAYA


Oleh: Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub


MENELANJANGI PEMBOHONGAN

Dua minggu sesudah IBU segala demo berlangsung – pelbagai bentuk pembohongan di taburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundumental. Berita , kesah dan kenyataan yang remeh lagi temeh di panjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa ajenda fundumental.

Ajenda yang fundumental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Ajenda inilah yang menjemput 300 ribu warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300 ribu anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia TIDAK lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan di jalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia – anak semua bangsa – yakin bahawa Suuruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300 ribu - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundumental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid – apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep : hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan’. Perkatan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah pekara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu. 

Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah pekara biasa. Bukan satu pekara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik. 

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Acheh tumbang. Kerajan Turki tumbang. Kerajaan Czar Russia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru – kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah. 

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai kesalahan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Tiga orang bekas ketua polis negara a.k.a polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jagan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah ‘Three Stooges’ - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk , Tan Seri dan Tun ini ada ‘memiliki’ kes jenayah yang amat besar. Seorang towkay judi pasti takut casinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju – masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang ‘towkay lendir’ pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihimpap ke mukanya. Justeru cakap-cakap ‘tiga ekor lanun’ ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Partai Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru – tiga hari dahulu – di Peranchis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande. 

Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mangatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan saheh. Saya terima hujah ini.

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan disini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Peranchis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Peranchis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Peranchis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah. 

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memileh kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan diantara pilihan raya di United Kingdom atau di Peranchis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300 ribu anak semua bangsa – tua dan muda – turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia TIDAK mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Peranchis adalah pengundian saheh dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia dimana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini ‘warga asing’ akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.

Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan. 

Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis diatas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah saperti yang sedang berlaku di Myamar sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipileh – semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi Presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan. 

Kesah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi Presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara – bukan pilihan raya – untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipileh.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi ditangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisma kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai. 

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga. 

Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus bedrkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham – saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 – maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama saperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir – sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.(TT)



Tuesday, May 8, 2012

Bola Sepak dan Pilihanraya di Malaysia

Kepada pembaca yang budiman, saya ingin membawa pembaca yang budiman untuk merenung dan melihat situasi pilihanraya dan ruang demokrasi di Malaysia. Saya akan cuba membawa pembaca untuk memahami suasana pilihanraya dan ruang demokrasi di Malaysia dari sudut perlawanan bola sepak. Ini kerana saya percaya rakyat negara dunia ke-3 adakalanya sukar untuk memahami sesuatu situasi jika tidak dikaitkan dengan perkara yang mereka suka seperti bola sepak. 

Dalam sebuah perlawanan bola sepak, adakah para pembaca yang budiman merasa adil jika tarikh perlawanan bola sepak tersebut hanya diketahui oleh satu pasukan sahaja tetapi satu pasukan lagi tidak mengetahui tarikhnya. Lebih dasyat lagi, tarikh untuk menentukan perlawanan bola sepak tersebut juga hanya boleh ditentukan oleh satu pasukan sahaja. Contohnya, jika Brazil bertemu England hanya Brazil yang mempunyai hak untuk menentukan tarikh perlawanan dan Brazil akan mengumumkan tarikh perlawanan tersebut hanya apabila pasukan Brazil merasakan yang mereka benar-benar bersedia untuk memulakan perlawanan. Para pembaca yang budiman, jawab sendiri didalam hati adakah situasi ini bersih dan adil untuk pasukan England.

Mari saya mengajak para pembaca membandingkan pula dengan sistem pilihanraya di Malaysia. Di Malaysia tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh Mahathir, Rosmah dan Najib dari parti Umno/Barisan Nasional. Parti lawan langsung tidak mengetahui dan hanya boleh mengagak - ngagak bila pilihanraya akan diadakan. Lebih dasyat lagi hanya Umno/BN sahaja yang mempunyai hak untuk menentukan tarikh pilihanraya dan tarikh pilihanraya tersebut diumumkan bila Umno/BN merasakan yang mereka berada dalam situasi benar-benar bersedia. Jawab dengan jujur didalam hati, adilkah pertandingan yang begini.

Berbalik kepada perlawanan bola sepak tadi, dalam memilih pengadil untuk mengadili perlawanan antara Brazil dan England, hanya pasukan Brazil yang mempunyai kuasa untuk memilih pengadil. Jadi Brazil melantik pengadil dari ahlinya dari kelab penyokong Brazil. Jadi pengadil ini cukup mesra dengan pasukan Brazil apabila perlawan sedang berlangsung. Malahan gaji pengadil tersebut juga dibayar oleh pasukan Brazil. Sudah tentu pengadil tersebut tidak berani bertindak tegas terhadap pemain Brazil yang melakukan kesalahan sewaktu perlawanan berlangsung. Adilkah situasi ini untuk pasukan England yang menentang pasukan Brazil.

Dalam situasi Malaysia, pilihanraya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR. Ketua - ketua SPR ini dilantik oleh kerajaan Umno/BN. Ketua - ketua SPR semuanya mesra Umno/BN dan kini ada maklumat yang mengatakan kedua - dua orang besar dalam SPR adalah ahli umno. Gaji dan pencen ketua - ketua dan kakitangan SPR ini walaupun dari kumpulan wang yang disatukan tetapi wang tersebut dikawal selia oleh kerajaan Umno/BN. Maka tidak hiaranlah SPR ini dilihat begitu mesra dan manja terhadap Umno/BN dalam mana-mana pilihanraya. Jawab dengan jujur, adilkah pertandingan ini.

Dalam perlawanan bola sepak antara Brazil dan England ini, hanya pasukan Brazil dibenar dan diberi liputan secara meluas oleh rangkaian televisyen, akhbar dan majalah. Para pemain pasukan Brazil sahaja yang mempunyai ruang di media arus perdana untuk tampil memprosikan pasukan mereka untuk menarik lebih ramai penyokong datang menyokong mereka sewaktu perlawanan berlangsung nanti. Tetapi pasukan England tidak mempunyai ruang di televisyen, akhbar atau majalah untuk memprosmikan pasukan mereka. Malahan media - media arus perdana hanya mengkritik, memperlekeh dan memberi presepsi yang negatif kepada penyokong terhadap pasukan England. Namum pasukan England tidak mempunyai ruang untuk menjawab semula semua kritikan tersebut. Jawab dengan jujur didalam hati, adilkah perlawanan yang begini.

Situasi demokrasi dan pilihanraya di Malaysia jelas menyaksikan hanya Umno/BN sahaja yang mempunyai ruang dan diberi peluang untuk muncul dan mendapat liputan secara positif oleh media - media arus perdana baik televisyen atau akhbar. Media - media ini hanya memberi liputan yang negatif terhadap parti lawan dan bertindak sebagai sebahagian jentera kempen untuk Umno/BN. Segala tuduhan dan tomahan yang dilontarkan melalui media arus perdana ini langsung tidak berkesempatan oleh parti lawan menjawab atau menjelaskan jauh sekali untuk parti lawan muncul untuk memprosikan dasar dan agenda parti mereka. Umpama kaki diikat, tangan digari, mata ditutup dan selepas itu dibelasah teruk dan apabila lawannya sudah lunyai dibelasah, mereka mula mencabar agar lawannya tadi bangun melawan sedangkan lawannya itu sudah teruk dikerjakan dan kaki tangannya masih terikat. Jantankah pertandingan yang begini. 

Dalam perlawanan bola sepak antara Brazil dan England ini, pengadil yang mesra Brazil ini akan mencari jalan untuk melayangkan kad merah kepada mana - mana pemain dari pasukan England yang dilihat berbakat tinggi serta mampu menjaringkan gol untuk pasukan England. Apabila dilayangkan kad merah pemain dari England ini akan diarahkan keluar padang dan digantung 1 perlawanan. Pasukan England juga terpaksa bermain dengan 10 orang dalam keadaan pengadil yang berat sebelah.

Pemimpin - pemimpin dari parti lawan akan cuba dijatuhkan oleh Umno/Bn dengan pelbagai cara termasuk dengan cara politik kotor. Ini termasuklah konpirasi jahat, fitnah, seks, perkauman dan sebagainya. Dan mereka menjadika polis dan mahkamah sebagai alat mereka bagi menjustifikasikan tindakan mereka sebagai sah. Golongan yang menentang tindakan ini akan digelar umpama penjahat dan penjenayah kerana dikatakan melawan polis dan mahkamah. Apabila pemimpin - pemimpin dari parti lawan ini dijatuhkan hukuman oleh mahkamah maka mereka yang hebat ini tidak berpeluang untuk bertanding dalam pilihanraya dan sekaligus memudahkan Umno/Bn untuk menang. Hebatkah kemenangan begini.

Apa yang lebih menakjubkan dalam perlawanan antara Brazil dan England ini, Brazil mempunyai hak melalui pengadil untuk mengubah - mengubah tiang gol agar percubaan untuk menjaringkan gol oleh pasukan England dapat dielakkan. Tiang gol akan diubah kekiri dan kekanan mengikut sesuka hati pasukan Brazil agar  England tidak dapat menjaringkan gol. 

Pilihanraya di Malaysia juga memperlihatkan tiang gol sering diubah - ubah mengikut Umno/Bn bagi menyukarkan parti lawannya menang. SPR akan yang menurut perintah akan mengubah senarai nama pengundi ke lokasi - lokasi pengundian lain bagi memecahkan sokongan kepada calon parti lawan di satu-satu kawasan. Selain itu persempadanan semula pilihanraya juga diadakan bagi membentuk block - block kawasan yang menyokong calon-calon dari Umno/Bn agar boleh menang dalam pilihanraya. 

Kerana terdesak untuk menang pasukan Brazil telah memasukan atau menukar pemain sewaktu perlawanan sedang berlangsung melebihi jumlah pertukaran yang dibenarkan. Mengikut peraturan hanya 3 pemain simpanan sahaja dibenarkan dibawa masuk sepanjang perlawanan berlangsung. Tetapi akibat pengadil yang mesra Brazil, pengadil telah mengambil sikap menutup sebelah mata terhadap tindakan pasukan Brazil yang menukar lebih dari 3 orang pemain simpanan. Apabila pasukan England cuba membantah tindakan Brazil yang membawa masuk lebih dari 3 pemain simpanan, pengadil akan cuba mempertahankan tindakan Brazil dengan memcari pelbagai peraturan dan alasan untuk menjadikan tindakan itu sah.

Pilihanraya di Malaysia menyaksikan terdapat maklumat yang dibangkit oleh parti pembangkang tentang nama - nama pengundi yang meragukan, senarai pengundi yang berumur lebih 100 tahun begitu tinggi di Malaysia serta ada maklumat yang menunjukkan seorang pengundi mengundi lebih dari satu satu. Mereka - mereka ini adalah pengundi hantu yang enggan dibersihkan oleh SPR. Apabila parti lawan membantah tindakan SPR, SPR akan mencari pelbagai alasan dan peraturan untuk menjadikan tindakan mereka ini sah. 

Jika para pembaca yang budiman sedang berada di stadium dan menyaksikan perlawanan bola sepak ini apakah yang pembaca dapat mengagak apa yang akan terjadi di stadium tersebut. Adakah para penyokong England hanya terus - menerus meratapi kekalahan tersebut atau mereka akan melakukan sesuatu.



p/s: penggunaan nama pasukan bola sepak Brazil dan England hanya sebagai contoh semata -mata dan tidak ada kena - mengena dengan situasi pasukan bola sepak Brazil dan England yang sebenar.

Monday, May 7, 2012

Menjawab Persoalan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0

Setelah menulis pengalaman aku menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu yang menyaksikan empat siri iaitu dari part 1 hinggan part 4, aku dihujani dengan pelbagai soalan oleh mereka yang masih kurang jelas dan samar - samar dengan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau ringkasannya BERSIH. Aku tidak memarahi mereka walaupun ada soalan - soalan yang diajukan adakalanya jawapan tersebut ada didepan mata. Cuma mereka enggan berfikir dan menilai, namum ini peluang terbaik aku untuk melakukan pencerahan kepada mereka. Aku akan cuba menjawab secara direct tanpa bermetafora kerana aku tahu bukan semua manusia tahu untuk memahami metafora.

1- Soalan yang sering aku ditanya dan adakalanya membuatkan aku ketawa sendiri, yang berbunyi "Apakah tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur?"

-"Bersih" ialah sebuah pertubuhan hasil dari gabungan lebih 80 Ngo dan parti - parti politik dalam Malaysia. "Bersih" bukanlah sebuah parti politik ianya adalah sebuah gabungan NGO dan Parti - Parti politik yang nama penuhnya ialah "Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil" ringakasan dipanggil "BERSIH".
-BERSIH 1.0 merujuk kepada perhimpunan yang pertama diadakan pada tahun 2007 sebelum pilihanraya umum ke 12. BERSIH 2.0 merujuk kepada perhimpunan yang kedua diadakan pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 adalah merujuk kepada perhimpunan yang diadakan baru - baru ini iaitu pada 28 Apri 2012.
-Apa yang dimahukan oleh BERSIH ini sehingga sampai 3 kali mereka berhimpun?? :- Perkara yang membawa kepada perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 ini ialah bagi menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Secara detail BERSIH menuntut 8 perkara untuk dikuatkuasakan oleh pemerintah dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan 8 perkara tersebut ialah:
  1.     BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2.     Reformasikan Undi Pos
  3.     Gunakan Dakwat Kekal
  4.     Akses Media Yang Bebas & Adil
  5.     Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6.     Kukuhkan Institusi Awam
  7.     Hentikan Rasuah
  8.     Hentikan Politik Kotor
Ini adalah perkara paling asas untuk diketahui dan difahami oleh sesiapa saja yang mahu menyokong atau menentang aktiviti, program ataupun Perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0. 


2- Soalan kedua yang selalu aku ditanya lebih teknikel sedikit, soalanya selalu berbunyi "Apakah pilihanraya kat Malaysia ni tak cukup adil ka??, kalau tak adil macam mana parti pembangkang boleh menang sampai 5 negeri dan BN boleh hilang majoriti 2/3. Soalan begini juga sering kedengaran di Tv3 dan Utusan Malaysia.

-Ya betul parti pembangkang berjaya menang 5 negeri dalam PRU ke-12 dan menafikan majoriti 2/3 BN diparlimen. Sebelum menjawab soalan itu, cuba perhatikan semula 8 tuntutan Bersih tersebut. Dalam keadaan serba susah dan bersaing pada padang yang tidak rata dengan 8 perkara tersebut dinafikan kepada parti-parti pembangkang, parti - parti pembangkang boleh menawan 5 negeri dan menafikan manjoriti 2/3 BN. Cuba bayangkan jika 8 perkara itu dipenuhi rasanya tidak mustahil parti pembangkang boleh menawan Putrajaya. Tapi bukan soal menang atau kalah, yang dituntut ialah persaingan dan pertarungan dalam pilihanraya itu biar seimbang dan adil. Tetapi umpama kaki dan tangan kita diikat tetapi diajak bergusti. Tetapi dalam kaki tangan diikat itu pun kita mampu memberikan kecederaan yang parah kepada lawan kita. Ini yang paling ditakuti oleh si pemerintah jika persaingan itu benar - benar bebas dan adil. Adakah zalim dan kejam jika 8 perkara yang dituntut oleh BERSIH itu dipenuhi??


3- Soalan ketiga, ialah soalan yang aku sering terbaca di status Facebook yang berbunyi "Kenapa perlu demo-demo semua ni, kalau tak puas hati time pilihanraya nanti undi la parti apa ko nak..."

- Aku sedih bila terbaca soalan macam ni kerana, si pengaju soalan ini aku percaya sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 sekolah bantuan penuh kerajaan dan lebih menyedihkan ada yang mempunyai ijazah dan master tetapi masih lagi soalan begini terluar dari mulut mereka (mungkin ada yang tidak kena dalam sistem pendidikan kita). Tapi tidak mengapa aku akan sedaya upaya aku melakukan pencerahan. Jika kamu tahu sesuatu perlawanan itu bakal berlangsung dengan tidak adil, adakah kamu akan terus untuk bersaing juga yang mana kamu tahu yang kamu akan ditipu hidup - hidup. Orang gila sahaja yang akan masuk pertandingan yang dia sendiri sedar dia bakal ditipu hidup-hidup. Jadi mereka yang turun berdemo ni adalah untuk menuntut pertandingan itu dijalankan dengan adil. Bukan soal parti mana yang menang. Tetapi soal pilihanraya yang bersih dan adil. Dengan hanya turun mengundi dan memilih parti mana yang kita sokong tidak akan menyelesaikan masalah ketidakadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Maka setelah tuntutan yang dibuat secara diplomasi itu tidak dilayan maka demostarsi atau perhimpunan rakyat dilakukan bagi menunjukkan kepada seluruh negara dan dunia bahawa rakyat yang berhimpun itu mahukan 8 perkara tadi dipenuhi bagi memastikan pilihanraya itu berjalan dengan bersih dan adil. Sekali lagi aku bertanya, adakah zalim dan kejamkah jika 8 tuntutan itu dipenuhi??

4- Soalan terbaru yang aku terima, kali ini agak ilmiah tetapi malas, malas kerana tidak mahu mencari dan membaca tetapi hanya menunggu untuk mendengar. Soalanya berbunyi "Apakah hasil dari perhimpunan Bersih dan adakah matlamat Bersih tercapai?

-Menjawab kepada soalan ini, aku lebih suka untuk menimbulkan persoalaan "Demostrasi - Demostrasi besar yang pernah berlaku dalam negara kita ini adakah ianya berhasil. Dan aku menjawab "YA"
-1998/1999 sewaktu era reformasi, demostrasi - demostrasi besar berlaku setiap hari dan minggu di kuala lumpur, hasilnya ---------------> Mahathir telah meletak jawatan, apa kamu kira Mahathir akan meletak jawatan jika tidak ada Reformasi 1998/1999
-2007 Bersih 1.0, hasilnya ------------------> SPR setuju menggunakan dakwat hitam pada PRU 12 namum 2 hari sebelum PRU keputusan dibatalkan, rakyat yang merasa tertipu menghukum Umno/Barisan Nasional dalam keadaan yang serba payah hingga Umno/Barisan Nasional cedera parah dalam PRU ke 12.
-2008 Demostrasi mansuhkan PPSMI, hasilnya------------------> Kerajaan hari ini telah memansuhkan PPSMI kesan dari tekanan politik yang mereka terima dari demostrasi tersebut walaupun hingga hari ini mereka enggan mengakuinya kerana mungkin ego sang pemerintah.
-2009, Demostrasi ANTI ISA, hasilnya ---------------------------> Pemerintah hari ini telah akur dan bersetuju untuk memansuhkan ISA yang kononnya termasuk dalam dasar tranfomasi negara. Apa kamu fikir jika tiada desakan dan demostrasi tersebut pemerintah akan memansuhkan akta zalim ISA tersebut. Cuma kerana ego mereka menyebut ianya sebahagian dari dasar tranformasi negara.
-2011 Bersih 2.0, hasilnya ---------------->Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi mengkaji perjalanan sistem pilihanraya di Malaysia. Jika tiada demostrasi ini, apa kamu fikir kerajaan akan mengambil tindakan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk mengkaji sistem pilihanraya di Malaysia ini?. Namum Jawatankuasa itu dilihat tidak jujur dalam menjalankan tugasnya, banyak bukti dijumpai seperti senarai pemilih yang meragukan, perpindahan pusat mengundi yang ketara, keengganan pemerintah membenarkan parti-parti pembangkang muncul di media arus perdana. Kini semua maklumat ini telah diketahui umum rakyat sudah mula bercakap dan mula menuntut hak mereka sebagai pengundi. Jadi semua ini memberi tekanan kepada pemerintah. Jika demostrasi ini tidak diadakan, apa kamu fikir pemerintah akan mengambil pusing tentang semua ini malah mereka akan cuba tipu dan terus menipu.
-2012 Bersih 3.0, hasilnya -------------------------> hasilnya tekanan semakin hebat datang kepada pemerintah untuk menunaikan 8 tuntutan Bersih tadi, kali ini jumlah peserta perhimpunan semakin ramai. Secara moral ianya telah menjejaskan imej pemerintah Umno/Barisan Nasional. Mereka perlu lebih berhati - hati dan tidak boleh menipu sesuka hati dalam pilihanraya yang akan datang sekalipun 8 tuntutan Bersih tadi tidak dipenuhi. Tetapi rakyat sudah buka mata, dunia telah membuka mata, anak muda telah membuka mata semua ini yang paling ditakuti oleh pencuri bila orang mengetahui yang dia telah, sedang dan akan mencuri.

Setelah aku menjawab soalan - soalan yang sering dilontarkan kepada aku itu. Aku cuba ingin bertanyakan SATU sahaja soalan kepada para pembaca yang budimana. Soalannya berbunyi: 

"ADAKAH ZALIM ATAU KEJAMKAH JIKA 8 TUNTUTAN "BERSIH" ITU DIPENUHI??? "

Sunday, May 6, 2012

Pengalaman Bersih 3.0 (28 April 2012) Part 4 Tamat.

Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku pada barisan paling hadapan orang ramai yang berkumpul. Aku hanya mendengar suara sorakan dan riuh rendah dari para peserta. Aku dapat melihat Chegubard sedang berada diatas sebuah toyota hilux. Gaya Chegubard seperti sedang memberi arahan tetapi suaranya telah tenggelam dengan suara ratusan para hadirin. Dengan sepantas kilat juga aku melihat...... (sedutan dari part 3)


Truck meriam air FRU yang berada dalam kawasan Dataran Merdeka tadi melepaskan tembakan air kimia ke arah para peserta perhimpunan dibarisan hadapan, aku sempat melihat jam ditangan dan waktu pada ketika itu tepat jam 3 petang (seolah telah ditetapkan waktunya yang begitu cantik). Aku tidak tahu mengapa tembakan meriam air itu dilepaskan kerana aku tidak dapat melihat situasi yang sedang berlaku pada jarak kurang 50 meter dihadapan aku. Aku mecari kedudukan Adil tetapi aku sudah tidak tahu dimana kedudukan Izmair. Aku meninggikan suara dengan menyebut "depa tembak dah depa tembak dah" ini bagi menyedarkan para peserta yang sedang duduk berehat sepanjang kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mungkin tidak menyedari FRU sedang bertindak.

Sumber: http://www.tukartiub.blogspot.com
Chegubard yang berada di atas toyota hilux tersebut terus menjerit kepada arah peserta tetapi suaranya langsung tidak kedengaran kerana tenggelam oleh suara para peserta. Aku perhatikan orang ramai sekitar aku masih leka dan bersorak apa bila melihat truck FRU melepaskan pancutan air kimia. Mereka ini mungkin rata - rata pertama kali menyertai demostrasi - demostrasi besar dan belum memahami tindak - tanduk FRU. Aku mula memanggil Adil supaya berundur, Adil berundur sedikit kearah belakang dengan menyebut "relax2". Aku tahu tindakan yang lebih agresif dari FRU bakal menyusul.


Gas Pemedih Mata Dilepaskan 

Tidak sampai satu minit semua itu berlaku, tiba - tiba terdengar letupan dari senjata FRU yang menandakan gas pemedih mata senjata, paling ampuh FRU setiap kali demostrasi mula dilepaskan. Aku dapat melihat ada tembakan dari FRU yang tersasar dan gelongsong gas pemedih mata tersebut tersangkut diatas landasan keretapi STAR LRT Jalan Tun Perak. 

Mungkin akibat halangan dari landasan keretapi ini menyebabkan FRU mula menembak dengan  arah lebih rendah dan menghala kepada para peserta hingga ada para peserta yang terkena gelosong gas pemedih mata yang dilepaskan terus dari senapang anggota FRU. 

Gambar dipetik dari sumber Internet
Aku mengajak Adil untuk cari tempat berlindung kerana 100% aku yakin yang gelongsong gas pemedih mata itu pasti sampai ke tempat  aku berada. Berdasarkan pengalaman, tembakan gas pemedih mata dari FRU boleh sampai hingga jarak lebih 100 meter. Kedengaran bunyi letupan dari tembakan bertalu - talu dari senjata FRU. Orang ramai disekitar aku kelihatan telah mula panik. Aku bergerak ke celah lorong bangunan di Jalan Tuaku Abdul Rahman. Tidak sampai beberapa saat sebutir gas pemedih mata jatuh tidak sampai 5 meter dari tempat aku berada. Orang ramai yang sudah panik dan ketakutan tadi mula berasak - asak memasuki lorong di celah - celah bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 

Aku tidak memilih untuk melarikan diri dengan bergerak mengikut jalan besar di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebaliknya memilih lorong yang sempit. Jika aku memilih untuk berundur mengikut Jalan Tuanku Abdul Rahman mungkin aku kurang sedikit untuk berasak - asak. Tetapi awas!! gerombolan FRU yang berperisai dan bercota pasti akan bertindak mengejar dan menangkap mereka yang bergerak dikawasan terbuka tersebut. Jangkaan aku tepat kerana sebaik sahaja aku berjaya melepasi lorong tersebut, gerombolan FRU telah menerpa ke arah orang ramai yang melarikan diri melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan menzalimi mereka.


Keadaan Berasak - Asak dalam Asap yang Memedihkan dan Awek Muntah Hijau

Gambar dipetik dari sumber internet
Aku bersama Adil dan sebahagian para peserta yang lain mula berasak-asak untuk melepasi lorong di celah bangunan yang sempit tersebut. Asap gas pemedih mata telah mula memenuhi ruang. Aku segara mengeluarkan tuala kecil yang tersedia di poket aku lantas menutup mulut dan hidung. Rasa perit pedih dan berbagai lagi telah mula terasa. Aku cuba mengawal nafas agar tidak menyedut terlalu banyak asap gas pemedih tersebut. Mungkin ini bukanlah kali pertama aku menyedut asap gas pemedih mata membuatkan aku lebih tenang dan dapat mengawal mengawal diri. Jika tersedut terlalu banyak asap gas pemedih mata tersebut pasti akan membuatkan seseorang itu terduduk dan rebah serta hilang kawalan diri.

Keadaan pada waktu itu cukup padat dan berasak - asak dengan peserta yang cuba menyelamatkan diri.  Aku melihat Adil disebelah aku terhenti pergerakkannya ditengah - tengah orang ramai kerana Adil mahu menjaga kamera DSLR yang digalas olehnya dari rosak. Aku sempat menoleh kebelakang dan melihat asap gas pemedih mata telah memenuhi ruang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bangunan - bangunan diseberang jalan sudah tidak kelihatan lagi, yang kelihatan hanya kepulan asap tebal seperti rumah terbakar. Selang 3 ke 4 orang dibelakang aku kelihatan seorang awek cun dalam keadaan ketakutan sedang berasak untuk menyelamatkan diri, dia bergerak dalam keadaan termuntah - muntah hijau dan masih terbayang dimata aku saat aku menulis ini keadaan awek tersebut yang menyelamatkan diri dalam keadaan sedang muntah hijau. Mujur aku jauh sedikit dari dia jika tidak pasti aku disembur muntah gadis tersebut selain disembur gas pemedih mata.

Gambar dipetik dari sumber Internet
Hampir 5 ke 10 minit kami semua berasak - asak dilorong yang sempit tersebut. Dalam hati aku, jangan ada yang terjatuh sewaktu keadaan berasak tersebut. Jika ada yang terjatuh pasti mereka akan dipijak. Keadaan berasak - asak ini mengingatkan aku situasi yang lebih kurang sama sewaktu Bersih 2.0 sewaktu aku juga berasak -asak dicelah - celah bangunan lama di Jalan Pudu sewaktu diserang gas pemedih mata disana.


Garam -Garam "Jerit Muslimat PAS"

Sebaik melepasi lorong yang kecil itu, aku mengambil selekoh ke kiri. Adil tidak membelok sebaliknya mengambil jalan terus kehadapan ke arah Jalan Ampang. Aku lebih lebih mahir selok belok  dibelakang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Pasar Jalan TAR kerana aku pernah bekerja disekitar sana. Sebab itu aku memilih arah jalan yang lebih aku mahir, sekiranya diserbu polis lebih senang untuk aku lari menyelamatkan diri.

Pada waktu itu aku sudah terpisah terus dengan Adil, Izmair, Faqar memang aku sudah tidak tahu apa yang terjadi pada dia begitu juga dengan Topeng Perak. Tapi aku yakin mereka boleh menjaga diri kerana mereka lebih berpengalaman.

Sebaik memasuki lorong pasar Jalan TAR ada seorang gadis muda yang aku percaya muslimat dari parti PAS melalui gaya pakaian berjubah dan bertudung labuh, menjerit tapi sopan sambil menghulurkan garam kearah aku dan beberapa peserta lain "makan garam, makan garam abang makan garam" lalu bertadbir "Allahhuakhbar" begitu bersemangat dan berani sri kandi ini. Aku mengambil sedikit garam dan memasukkannya ke mulut bagi menghilangkan rasa perit terkena gas pemedih mata. Muka aku masih terasa pedih sepeti luka yang dituang serbuk cili.

Aku terus bergerak melalui lorong pasar Jalan Tar. Sebaik aku berada sekitar 60 meter kedalam pasar Jalan TAR aku melihat kebelakang dan kelihatan tempat yang kami sedang berasak tadi telah ditembak selagi lagi dengan gas pemedih mata. Kini lorong - lorong kecil tadi telah dipenuhi dengan asap gas pemedih mata. Aku terus bergerak keatas dan aku pada mulanya mahu menuju ke Medan Tuanku. Tapi aku teringatkan semula pada demostrasi Anti ISA 2009 yang lalu Medan Tunku adalah kubu ampuh FRU mengejar dan mengasak para peserta demostrasi. Jika aku kesana umpama aku masuk ke lubuk FRU.

Dalam aku bergerak, aku sempat memerhatikan kearah jalan besar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku boleh melihat jumlah peserta masih ramai sedang bergerak dan berlari di Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil dikejar FRU. Jumlah para peserta inilah yang berkumpul disekitar Pertama Komplek dan Sogo yang menyaksikan sebuah kereta polis melanggar para peserta dan diterbalikkan.


Memasuki Jalan Dang Wangi

Selepas keluar dari pasar Jalan TAR aku menyusuri Jalan Dang Wangi. Aku melihat handphone dan terdapat beberapa miskol dari Adil. Aku tidak sempat menjawab panggilan Adil yang mungkin mahu bertanya kedudukan aku. 

Aku menghubungi Adil dan bertanyakan kedudukannya. Adil sendiri kurang jelas kedudukan dia berada. Dia cuma memaklumkan kepada aku yang sedang berada berhampiran rumah flat berwarna kuning. Aku sendiri gagal mengesan kedudukan sebenar Adil. Aku terus berjalan menyusuri Jalan Dang Wangi dan melalui dihadapan balai polis Dang Wangi. Kelihatan ramai polis - polis muda berada dihadapan balai polis Dang wangi tetapi bertindak hanya memerhati peserta yang bergerak menyelamatkan diri dari gas pemedih mata. Mungkin belum ada arahan untuk bertindak.

Aku pergi kesebuah stesyen minyak mobil di Jalan Dang Wangi untuk ke tandas tetapi tandas stesyen minyak tersebut berkunci. Aku menghubungi Adil bagi mengarahkan dia bergerak di arah Jalan Dang Wangi berhampiran Balai Polis Dang Wangi. Adil memaklumkan yang dia berada berhampiran jejantas, dan dia tidak tahu bagaimana untuk datang ke arah aku. Aku dapat melihat jejantas yang dimaksudkan adil yang berada lebih kurang 250 metar dari arah aku. Aku mengarahkan Adil tunggu disitu dan aku mahu pergi kearah dia, namum baru 50 meter aku bergerak, aku melihat sejumlah orang ramai sedang berlari dalam keadaan panik kearah aku. Rupanya polis sedang mengempur mereka dikawasan atas.

Aku berpatah balik kerana keadaan membahaya jika aku terus kehadapan. Aku menghubungi Adil dan memaklumkan yang aku tidak dapat pergi kearah dia. Aku mengarahkan Adil bergerak turun ke bawah mengikut orang ramai yang sedang bergerak. 

Aku melintasi Balai Polis Dang Wangi sekali lagi, dan berhenti dipersimpangan memasuki ke Medan Tunku. Tujuan aku berhenti adalah untuk menukar T-Shirt kuning Bersih 3.0 yang aku pakai kepada T-Shirt putih biasa yang aku pakai sebelum ini. Ini kerana aku menyedari bahaya akan datang jika aku terus memakai T-Shirt Bersih 3.0 pada waktu itu kerana FRU sedang menyerbu kesana sini untuk menangkap mereka yang memakai T-Shirt Kuning Bersih 3.0.


Berlindung di Kedai Mamak

Sampai di Medan Tunku aku masuk kesebuah kedai Mamak. Ramai peserta Bersih 3.0 sudah berada dalam kedai mamak tersebut. Aku masuk kedalam dan terus ketandas. Selepas itu aku duduk semeja dengan perserta Bersih 3.0 yang datang dari Kepong Selangor. Aku memesan air bagi menghilangkan dahaga, aku berbual dengan mereka dan menyedari keadaan diluar sana cukup bahaya. Polis menangkap  dan memukul sesiapa sahaja yang kelihatan berlegar. Aku sudah tidak tahu keadaan Izmair, Faqar dan Topeng Perak. Aku hanya dapat berhubung dengan Adil.

Jam pada waktu itu sekitar 4.20 minit petang. Akhirnya Adil berjaya menemui aku dikedai mamak tersebut setelah arahan dan petunjuk yang aku berikan.  Lebih kurang 20 minit aku didalam kedai tersebut, tauke kedai tersebut menutup pintu kedainya, ini kerana keadaan diluar medan tunku semakin meruncing. Tauke kedai tersebut menenangkan pelanggannya di dalam kedai yang rata-rata peserta Bersih 3.0. Seorang anak muda yang kepenatan melarikan diri dari FRU dan Polis ditarik masuk kedalam kedai oleh tauke kedai tersebut dan mengarahkan anak muda tersebut bertenang dan diberikan kepada anak muda tersebut segelas air.

Kini keseluruhan kedai tersebut telah ditutup dan kami terkurung dalam kedai tersebut. Dalam kedai tersebut aku sempat berjumpa dengan sekumpulan anak muda cina dari Pulau Pinang dan sepasang suami isteri yang berumur lewat 50an yang turut sama menyertai perhimpunan tersebut. Jam pada waktu itu sekitar 5.30 petang. Pada waktu itu kecoh di Medan Tunku kerana sebuah kereta polis telah melanggar peserta demo dan terbalik di hadapan Sogo.


Keluar Dari Kedai Mamak dan Menyertai Kumpulan Anak Muda

Aku dan Adil keluar dari kedai mamak tersebut kali ini abang Adil juga bersama kami kerana secara kebetulan abang Adil masuk ke KL untuk membeli tiket bas di Puduraya tetapi terhalang akibat amukan polis. Sementara didalam kedai mamak tadi aku mendapat panggilan dari Izamir yang dia selamat dan sedang berada bersama kawannya di sebuah gerai makan di Jalan Masjid India. Aku memberi tahu kepada Izmair agar kekal disitu dan kami akan kesana.

Aku dan Adil bersama abang Adil bergerak semula menuju ke Pasar Jalan TAR. Disana mereka sempat membeli makanan dan laris jualan peniaga - peniaga disana kerana jumlah orang ramai yang luar biasa. Aku berehat sebentar di sebelah bangunan Cambell di pasar Jalan Tar. Zul ada menghubungi Adil dan mahu berjumpa kami. Kami bergerak kehadapan bagi bertemu seorang kawan aku dari Shah Alam iaitu Zul. Zul rupanya menyertai unit amal PAS. Kami hanya sempat berbual dalam 10 minit bersama Zul. Selepas itu Aku dan Adil bergerak ke gerai di Jalan Masjid India bagi bertemu Izmair. Abang Adil telah bergerak untuk pulang. 

Aku dan Adil bertemu semula dengan Izmair di gerai makan tersebut. Keadaan di gerai tersebut penuh dengan orang ramai yang rata - rata peserta Bersih 3.0. Siapa yang mengatakan peniaga mengalami kerugian hakikatnya aku sendiri melihat jumlah orang ramai menjamu selera di gerai - gerai makan tersebut dengan begitu ramai. Tiba televisyen dalam gerai makan yang bercorak medan selera itu menayangkan gambar Dato Sri Najib berucap, dengan lantas seluruh pelanggan yang berada dalam kedai tersebut meng "boo" kearah televisyen yang sedang tertayang gambar Najib. Ada yang menghempurkan maki hamun dan sumpah saranah kepada Najib.


Bergerak Semula ke Dataran Merdeka

Aku bersama Adil dan Izmair bergerak menuju semula ke Dataran Merdeka. Dipersimpangan jalan kedataran merdeka kelihatan sekitar 5 ke 6 ratus anak muda sedang berhimpun dan berkejar dengan polis dan FRU. Kereta yang melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada anak - anak muda tersebut. 

Tidak berapa lama tersebut, sebuah truck FRU masuk ke dalam Jalan Tuanku Abdul Rahman dan melepaskn pancutan air kimia dan gas pemendih mata. Waktu ketika itu sudah pun sekitar 6.30 petang. Polis sedang menggila pada waktu itu, pada waktu inilah banyak kejadian polis membelasah orang ramai. Melihat gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan aku segera berundur. Kali ini lori FRU mengejar rapat para peserta. Aku bergerak mengikut Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berhenti dipersimpangan belakang SOGO. Kesan kereta polis yang melanggar peserta dan diterbalikkan orang ramai tadi masih terdapat tetapi kereta telah dialihkan.


Jalan Tuanku Abdul Rahman Ditutup Semula dan Kembali Genting

Jika tadi Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dibuka kepada lalu lintas, kini Jalan Tuanku Abdul Rahman telah ditutup semula. Ini mungkin sebagai perangkap polis untuk menangkap mereka yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk aku. Aku telah terpisah sekali lagi dari Adil dan Izmair. Betteri handphone aku telah habis dan aku tidak dapat menghubungi Adil. Aku bergerak masuk semula ke pasar Jalan Tar. Ketika itu polis sedang menyerbu kearah orang ramai jika tersilap langkah pasti akan terperangkap.

Ketika dipasar jalan TAR aku terlihat sebuah peti yang terdapat suis - suis elektrik untuk kegunaan peniaga - peniaga pasar tersebut. Aku meminta izin dari salah seorang peniaga untuk mengcas telefon bimbit aku. Lelaki tersebut berkata "No hal bro.. asal bro jangan tinggalkan handfon dkt situ dah". Aku sempat mengecas telefon bimbit aku sekitar 20 minit. Dan sempat menghubungi Adil dan masuk ke internet bagi mengikuti perkembangan disekitar. Ketika aku sedang cas bettery handfon sekumpulan polis sekitar 20 orang melalui jalan di Pasar Jalan Tar. Aku hanya memerhati pergerakan polis tersebut.

Aku masuk ke facebook dan terbaca status di page keadilandaily yang baru diupdate tidak sampai 5 minit. Status tersebut berbunyi "Polis sedang menyerbu dan menangkap orang ramai di Pasar Jalan TAR" . Status tersebut begitu memeranjatkan aku kerana aku berada di tempat yang dimaksudkan. Tidak sampai satu minit selepas aku membaca status tersebut, aku melihat orang ramai telah berlari dari bawah arah pasar Jalan TAR. Seorang lelaki lari sambil menjerit "tutup - tutup, keadaan dibawah dah bahaya" 

Aku terus mencabut charger telefon bimbit aku dan memasukkan kedalam beg dan berjalan serta berlari menyelamatkan diri. Sekumpulan polis sedang mengempur dari belakang, mungkin kumpulan polis tadi. Sebaik sahaja aku keluar dari pasar tersebut dan melintas, jalan kumpulan polis sekitar 20 orang tadi tiba. Dan menjerit - jerit seperti dirasuk. Dihadapan jalan terdapat sebuah restoran mamak yang terdapat 3 ke 4 orang lelaki yang berbaju kuning Bersih 3.0 sedang makan dan minum. Sebelah meja lelaki tersebut ada sekumpulan polis yang salah seorangnya pegawai turut sama sedang makan dan minum. Mungkin polis ini sedang curi tulang ketika bertugas. Tiba - tiba keluar sekumpulan polis dari arah dalam pasar Jalan TAR tadi dan menyerbu kumpulan lelaki berbaju kuning yang sedang makan dan minum tadi. Mereka ini terus dipukul dan ditangkap. Polis yang sedang makan dan minum tadi pula terpinga - pinga dan lantas meluru melihat kejadian. Ini menunjukan arahan yang datang kepada polis - polis tadi tidak menyeluruh kerana ada polis yang menangkap sesiapa yang berbaju kuning dan ada polis yang tidak tahu perlu menangkap mereka yang berbaju kuning Bersih 3.0 dan hanya minum bersebelahan.


Mencari Perlindungan Sekali Lagi

Aku yang berseorangan ketika itu terus bergerak mencari tempat yang selamat. Aku sekali lagi pergi ke arah Medan Tunku dan mencari tempat yang sesuai untuk berlindung. Baju kuning aku masih tersimpan didalam beg dan jika polis menahan aku dan memeriksa beg aku pasti aku akan ditahan dan dipukul. Aku nampak sebuah restoran menjual makanan arab masih dibuka di Medan Tunku. Aku masuk ke restoran tersebut dan terus ke tandas.

Tujuan aku ketandas adalah menyembunyikan T-Shirt kuning bersih 3.0 aku di tempat yang paling selamat yang pernah aku buat sewaktu Bersih 2.0 dulu. Tempatnya adalah dengan melipat T-Shirt tersebut senipis mungkin dan memasukkan di dalam seluar di bahagian punggung. Selepas itu aku pergi duduk disebuah meja yang agak tersorok dan memesan air dan cuba bertenang seperti tiada apa - apa.

Adil menghubungi aku dan aku memaklumkan yang aku berada dikedai tersebut dan Adil dan Izmair berjaya menemui aku. Kami lepak lama dikedai tersebut. Dan tidak berapa lama adil mendapat sms dari Faqar. Faqar memaklumkan yang dia telah ditahan polis dan sedang berada di Pulapol. Aku mengarahkan Izmair menelefon peguam yang bertugas bagi memaklumkan keadaan Faqar, Izmair bercakap dengan peguam dari majlis peguam dan peguam tersebut memaklumkan yang mereka telah memantau semua tahanan - tahanan tersebut.

Kami bertiga hanya tersenyum dan ketawa kecil bila mengetahui Faqar telah ditahan kerana kami sudah mengagak yang Faqar mungkin telah ditangkap kerana kami gagal menghubungi dia sejak petang tadi. Jam pada waktu itu sekitar 7.30 malam. Dikedai tersebut kami mendapat maklumat dari internet tentang situasi semasa sekitar tempat kami berada. Kami juga dimaklumkan oleh beberapa kenalan bahawa keadaan sekitar kuala lumpur masih membahaya. Polis menahan dan memeriksa sesiapa sahaja yang dilihat berjalan.

Kami sebenarnya mahu berjalan kaki ke arah PWTC untuk mengambil kereta yang diletakkan disana. Tetapi kami dinasihati agar jangan berjalan kaki sebaliknya mengambil teksi. Kami keluar dari kedai tersebut dan cuba mencari teksi tetapi gagal. Kelihatan polis dalam sekitar 20 orang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kami bergerak kearah dalam Medan Tunku dan menuju ke stesyen Monorial untuk mengambil monorail ke PWTC. Dalam train yang melintasi Dataran Merdeka aku sempat melihat puluhan polis yang ramai terdapat di Dataran Merdeka. Pada waktu itu kumpulan mahasiswa baru habis bertempur dengan pasukan polis.


Selesai Perhimpunan dan Mengambil Kereta Berjumpa Semula dengan Topeng Perak

Setelah tiba di stesyen PWTC aku, adil dan Izmair terus ke tempat kami meletak kereta. Rupanya Topeng Perak telah dulu sampai ditempat letak kereta dan meletakkan number telefonnya untuk kami hubungi bagi dia mengambil barangan yang ditinggalkan didalam kereta aku. Jam pada waktu itu sudah pun sekitar 10 malam. Izmair menghubungi Topeng Perak dan Topeng Perak memaklumkan dia berada di sebuah kedai tomyam di Chow Kit.

Tiba di kedai tomyam tersebut kami bertemu semula dengan Topeng Perak dan dia mengambil barangan dia yang ditinggalkan dalam kereta aku. Kami mengambil peluang untuk makan malam di kedai tersebut. Sambil berkenalan dengan rakan - rakan Topeng Perak yang datang dari Kelantan.

Selesai makan kami bergerak ke Centrel Market bagi menghantar Izmair ke tempat penginapan bersama kawannya disana. Aku dan Adil tidak bermalam disitu kerana ruang tidur disitu terlalu kecil sebaliknya aku dan Adil mencari penginapan di sekitar Bukit Bintang.


Berehat Di Bukit Bintang dan Faqar Dibebaskan

Setelah masuk ke bilik hotel, kami membersihkan diri dan berehat. Ketika aku dan Adil turun kebawah untuk minum tiba - tiba Faqar menghubungi Adil dan memaklumkan bahawa dia telah dibebaskan dan kini berada di Hentian Duta. Jam pada waktu itu sekitar 3 pagi. Polis telah membawa semua tahanan menggunakan bas polis dan menurunkan mereka di Hentian Duta. Aku dan Adil lantas masuk semula ke hotel bagi mengambil kunci kereta dan ketempat parking kereta.

Sumber: http://www.tukartiub.blogspot.com
Aku terus memandu keluar dari Bukit Bintang ke Hentian Duta bagi mengambil Faqar. Sampai di Hentian Duta aku melihat dua buah bas polis sedang mula bergerak meninggalkan hentian duta. Banyak deretan kereta sedang berhenti ditepi jalan mungkin tujuan mereka juga sama dengan aku. Adil menghubungi Faqar dan tidak berapa kemudian kelihatan Faqar yang berjalan terhincut - hincut menuju ke arah kereta.

Setelah Faqar masuk kedalam kereta kami mengusilk Faqar disebabkan dia ditahan. Aku bertanyakan bagaimana dia boleh ditahan. Faqar memberitahu dia ditangkap polis berhampiran masjid jamek. Ketika itu dia cuba menolong seorang anak muda yang sedang teruk dipukul polis sekitar jam 4.15 petang. Akibat cuba menolong Faqar turut sama dibelasah dan ditangkap polis.


Semuanya Hampir Selesai

Setelah tiba di Bukit Bintang kami membawa Faqar makan disebuah kedai. Kami tahu Faqar sedang keletihan dan kelaparan. Setelah selesai kami masuk ke hotel dan berehat serta berbual ringkas dan terus tertidur. Keesokannya Achen telah tiba kepada kami di Bukir Bintang dan kami pergi mengambil Izmair di Centrel Market dan bertolak pulang ke Bukit Mertajam Pulau Pinang. 

Sepanjang perjalanan tidak lekang kami berkongsi pengalaman - pengalaman sepanjang demosratasi Bersih 3.0 yang merupakan ibu segala demo. Perhimpunan yang menyaksikan hampir 300 ribu rakyat Malaysia menyertainya itu adalah sebagai amaran kepada pihak berkuasa dan SPR untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia benar - benar bersih dan adil.

Dan jika pilihanraya di Malaysia masih lagi kotor dan tidak ada tindakan diambil dari amaran rakyat ini pasti rakyat Malaysia akan turun sekali lagi dan kali mungkin hampir 1 juta yang menyertainya dan ini bukan lagi satu amaran tetapi satu JANJI!!!!




p/s: aku tidak sempat mengambil banyak gambar selepas diserang gas pemedih mata, oleh itu gambar yang terdapat disini adalah dari sumber-sumber yang terdapat diinternet, dijadikan sebagai hiasan dan bukan dari sumber peribadi aku.