Wednesday, May 8, 2013

"1 Malaysia" yang sudah terbarai...

Selepas tamat pilihanraya umum ke-13 pada 05 Mei 2013 yang lalu langsung tidak kedengaran lagi laungan dan nyanyian 1 Malaysia. Iklan - iklan di televisyen dan radio juga senyap terus dari memutarkan iklan 1 Malaysia. Mana hilangnya laungan "1 Malaysia" Dato Sri Najib yang projeknya menelan belanja berjuta - juta tersebut.

Nampaknya "1 Malaysia" Dato Sri Najib telah terbarai. Barainya itu bukan kerja DAP atau Anwar Ibrahim tetapi dari mulut Najib sendiri, yang mana pada malam pengumuman keputusan pilihanraya telah mengeluarkan statement "Tsunami Cina" yang jelas mengguris perasaan warga Malaysia yang berbangsa Cina.

Tidak cukup dengan itu, akhbar - akhbar dan media milik Umno/BN terus menerus menyerang dan menghentam orang Cina kerana tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu. Tindakkan media - media ini seolah direstui oleh Najib sendiri bilamana Najib membidas wartawan akhabar Cina yang mempersoalkan kewajaran Utusan Malaysia mengeluarkan tajuk besar "Apa Lagi Cina Mahu" pada keluaran 7 Mei 2013 yang lalu. Sikap dan tindakan Najib ini jelas memusnahkan sendiri projek "1 Malaysia" yang diusahakannya.

Lebih memburukkan lagi keadaan, pihak Umno hari ini seolah menghalakan muncung senjatanya kepada orang bagi melepaskan geram kerana gagal memperolehi undi masyarakat Cina dan pada masa yang sama cuba menakutkan orang Melayu dengan sentimen perkauman yang dilihat bertujuan membuatkan orang Melayu takut kepada orang Cina khususnya DAP. 

Langkah Umno/BN ini dilihat tidak berjaya kerana rakyat sudah semakin matang khususnya anak muda yang tanpa mengira bangsa berganding bahu bersama mahu menghumban Umno/BN. Kita boleh lihat sendiri anak muda Melayu menjulang bendera DAP sewaktu kempen PRU 13 yang lalu dan pemuda Cina membantu kempen PAS di Shah Alam Selangor. 

Usaha Umno/BN untuk memainkan sentimen perkauaman agar membangkitkan keresahan rakyat itu dilihat menggalkan mereka sendiri dan yang telah membaraikan "1 Malaysia" yang cuba diusahakan Najib dengan laburan berbilion ringgit. Kita nantikan apa tema baru pula yang mahu digunakan Najib setelah "1 Malaysia" digagalkan oleh dia sendiri. Mungkin dia sedang menunggu nasihat dari APCO mengenainya.

No comments: