Aku menyeru kepada rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, jantina, umur atau kedudukan ayuh kita lakukan perubahan pada 05 Mei 2013 ini. Jangan takut untuk berubah kerana hanya dengan perubahan yang boleh membawa pembaharuan. Ayuh kita anak segala bangsa keluar dari garisan takut kerana ketakutan itu boleh membawa kepada kebodohan dan kebodohan itu membawa kepada penindasan yang terus menerus kepada kita anak segala bangsa.
Selama 56 tahun kita ditakutkan oleh pelbagai cerita hantu oleh Umno/BN, pada 05 Mei 2013 ini hari untuk membebaskan diri kita dari garis takut dan mempersetankan segala cerita hantu perkauman yang dibawa oleh Umno/BN selama 56 tahun. Usah kita ditakut dan dibodohkan lagi.
Selama 56 tahun Umno/BN membawa cerita hantu Cina kepada orang Melayu. Orang Melayu dimomokkan dan ditakutkan dengan ancaman orang Cina namum hakikatnya pembesar - pembesar Melayu Umno/BN inilah yang memelihara tauke - tauke Cina sehingga kaya raya sehingga bukit dan gunung pun sanggup diserahkan kepada tauke judi yang kaya.
Orang Cina selama 56 tahun ditakutkan dengan cerita seram dan mengerikan oleh pemimpin MCA kononnya orang Melayu akan menghalau orang Cina keluar dari Malaysia sekiranya MCA tidak berkuasa. Ancaman kononnya orang Cina akan dikhatankan oleh PAS dan dipotong tangan sedia dimokmokan oleh BN dan kuncu - kuncunya kepada orang Cina agar orang Cina menjadi takut dan tidak berani untuk berubah. Sedangkan kuncu - kuncu Umno dan MCA bersengkongkol merompak harta rakyat PKFZ yang berbilion ringgit.
Orang India pula disajikan dengan cerita hantu yang lebih mengerikan. Orang India dimomokan kononnya nasib mereka langsung tidak akan terbela jika tidak memilih MIC. Mereka ditakutkan dan diberi jaminan hanya MIC dapat melindungi nasib orang India dari penindasan Cina dan Melayu. Hakikatnya pemimpin mereka mengaut keuntungan berbilion bersama pembesar Melayu dan tauke - tauke Cina. Nasib orang India dibawah terus ditinggal dan ditekan.
Inilah jahatnya Umno/BN selama 56 tahun memerintah Malaysia. Mereka memisahkan setiap kaum rakyat dibawah menggunakan cerita hantu versi masing - masing dan berkerjasama di atas untuk merompak dan membaham segenap harta dan kekayaan negara. Ciri politik naungan ini adalah strategi politik yang diterapkan oleh penjajah Inggeris sewaktu menternak Umno di Tanah Melayu. Kita boleh melihat negara - negara bekas jajahan British mengamalkan stretegi politik pemerintahan yang hampir serupa. Ini kerana, itu adalah idea dan taktik Inggeris untuk memastikan parti yang tunduk kepada kehendak Inggeris sahaja yang dibenarkan untuk memerintah setelah Inggeri meninggalkan tanah - tanah jajahan mereka. Maka tidak hairanlah jika kita singkap sejarah banyak golongan kira yang tidak sehaluan dengan Inggeris ditekan dan pemimpin mereka ditangkap dan dan seksa.
Oleh itu 05 Mei 2013 adalah peluang kita. Ayuh bergabunglah wahai segenap anak segala bangsa, ayuh kita keluar dari garisan takut yang membelengu fikiran kita, keluar dari sistem politik naungan bawaan penjajah dan merdekakan diri kita dengan erti kemerdakaan yang sebenarnya. Persetankan kisah hantu yang dibawa oleh Umno/BN selama 56 tahun. Bergabunglah wahai anak segala bangsa dalam membentuk Malaysia baru. Ayuh keluar dari politik perkauman kerana kau, aku, dia, mereka dan kita adalah sama. JOM UBAH!!!!
No comments:
Post a Comment