Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang selesai diumumkan lewat pagi semalam memperlihatkan Umno dan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak gagal membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dengan memiliki 2/3 majoriti dewan dan hanya berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Walaupun Umno/BN menang dan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah tetapi ianya tidak selamat untuk kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dengan keputusan semalam menyaksikan BN hanya berjaya memiliki 133 kerusi parlimen berbanding PRU ke-12 diman BN memiliki sebanyak 140 kerusi parlimen. Ini bermakna pimpinan Najib gagal menambahkan jumlah kerusi parlimen yang dimiliki Pak Lah dalam PRU ke-12 sebaliknya jumlah tersebut semakin mengecil bilamana BN pada PRU ke-12 kehilangan 7 lagi kerusi parlimen.
Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, pada PRU ke-12 yang lalu BN dibawah pimpinan Pak Lah pada waktu itu berjaya memiliki 344 kerusi dewan undangan negeri bagi seluruh negara dari jumlah keseluruhan 505 kerusi. Pada PRU ke-13 ini BN dibawah pimpinan Najib hanya berjaya memiliki 275 kerusi yang mana ianya berkurang sebanyak 71 dari keputusan pilihanraya yang lalu.
Bagi jumlah undi popular pula, pada PRU-12 dibawah pimpinan Pak Lah BN berjaya memiliki jumlah undi popular sebanyak 4.0 juta undi dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi 8.0 juta pada waktu itu. Dalam keputusan PRU ke-13 yang baru ini pula memperlihatkan jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 10.7 juta orang dan dari jumlah tersebut hanya 5.2 pengundi (undi popular) yang mengundi BN dan selebihnya 5.5juta dari jumlah keseluruhan pada PRU ke-13 mengundi Pakatan Rakyat. Ini dengan kata lain, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan tetapi Pakatan Rakyat lebih popular dari segi jumlah undi keseluruhan yang dipungut.
Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun mereka tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan, tetapi Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan jumlah kerusi di parlimen dari 82 kerusi pada PRU ke-12 kepada 89 kerusi pada PRU ke-13 kali ini (pertambahan sebanyak 7 kerusi).
Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, Pakatan Rakyat juga memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah kerusi yang mereka miliki. Pada PRU ke-12, Pakatan Rakyat berjaya memiliki 161 kerusi dari jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan iaitu sebanyak 505 kerusi. Namum pada PRU ke-13 ini, Pakatan Rakyat berjaya menambah sebanyak 71 kerusi dewan undangan negeri dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 230 kerusi.
Undi popular bagi Pakatan Rakyat juga meningkat dengan melebihi jumlah undi popular yang dimiliki oleh BN pada PRU ke-13 ini. Dengan kata lain, jika dihitung dari kesemua jumlah pengundi yang keluar mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu, lebih dari separuh pengundi mengundi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mendapat 5.5 juta undi popular keseluruhan dan BN mendapat 5.2 juta keseluruhan undi popular dari keseluruhan jumlah pengundi 10.7 juta yang keluar mengundi pada 5 Mei 2013.
Apa yang dapat disimpulkan, prestasi Najib memimpin Umno/Barisan Nasional dalam memerintah dan menghadapi PRU-13 ini lebih buruk dari prestasi Pak Lah pada PRU-12. Ini lebih diburukan lagi bilamana sepanjang pemerintahan Najib semenjak mengambil alih jawatan perdana menteri dari Pak Lah semenjak 3 April 2009 hingga Mei 2013 pelbagai program dan berbilion peruntukan digunakan untuk memulihkan imej Umno/Barisan Nasional tetapi segalanya sedikit pun tidak membawa keuntungan malahan kerugian dengan kehilangan 7 kerusi parlimen dan 71 kerusi dewan undangan negeri selain hilang undi popular.
Oleh yang demikian progam - progam tranfomasi, slogan 1 Malaysia dan BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 langsung tidak berkesan dalam menawan jauh sekali mempengaruhi rakyat. Malahan Pak Lah yang hanya membawa slogan Islam Hadhari lebih baik prestinya dalam PRU-12 berbanding Najib dalam PRU-13. Mungkin Najib lebih banyak tidur berbanding Pak Lah.
Persoalannya sekarang, adakah Muhyiddin Yassin yang sekarang sebagai Timbalan Perdana Menteri mahu melihat sahaja peluang yang terhidang ini untuk memintas Najib dan mengambil jawatan perdana menteri seperti mana yang Najib dan kumpulanya pernah lakukan kepada Pak Lah pada selepas PRU ke-12 yang lalu.
No comments:
Post a Comment