Petua Org Tua-tua

PETUA MENGHILANGKAN TAHI LALAT:
Haa yang ni aku dapat dari internet, yang bawah tu aku dapat dari mak aku. Caranya ialah dengan mengambil nenas dan limau purut (bersama kulit atau tidak) yang telah dikisar dan sapu pada tahi lalat tersebut dan lakukan 2,3 hari sampai hilang tahi lalat tu.
sumber: http://www.petuanenek.com/kecantikan/kecantikan-wajah/menghilangkan-tahi-lalat

PETUA MENGUATKAN GIGI:
Selepas anda mandi, pintalkan kain basah yang anda pakai sewaktu sedang mandi tadi dengan berselawat sebanyak 3 kali. Selepas itu gigit sekali dengan sekuat hati pada pintalan kain basah tadi. Kepada mereka yang mandi tak pakai kain basah atau mandi bo@*# tak dapet den nak nolong...


CARA MENGHILANGKAN BAU KETIAK:
Gosok ketiak anda dengan belakang tapak tangan setiap kali mandi. Lakukan dengan berterusan dan amalkan. Jika anda tidak mandi, anda tidak dapat melakukan petua ini kerana ianya hanya afdal dilakukan ketika mandi dan sebab itulah ketiak anda berbau sebab anda tak mandi.

p/s: jangan lakukan petua ini sewaktu didalam kelas atau ketika sedang menunggu bas kerana jika anda lakukan beruk pun pasti malu untuk berkawan dengan anda,