Tuesday, June 7, 2011

Base Lending Rate (BLR)

Sebenarnya aku tidak berapa arif berkenaan BLR ini tetapi atas permintaan salah seorang pembaca blog ini berkenaan BLR aku cuba juga untuk mengumpul maklumat bagi menceritakan berkenaan BLR ini. BLR  membawa kepada makna Base Lending Rate atau Kadar Faedah tetap. Kadar BLR ditentukan oleh bank-bank dalam Malaysia dengan berpandukan OPR (Overnight policy rate) yang ditentukan oleh Bank Negara. Ini bermakna jika Bank Negara menetapkan kadar OPR yang tinggi maka bank - bank juga akan menaikkan kadar BLR mereka dan begitulah sebaliknya. Bank Negara menentukan OPR berdasarkan kepada pertumbuhan dan situasi semasa ekonomi. Jika ekonomi merosot mungkin kadar OPR oleh bank negara akan meningkat dan berpandukan dari OPR bank negara ini, bank-bank dalam Malaysia juga akan menaikkan kadar BLR nya. Ini akan menjadikan installment peminjam akan meningkat. Kaedah ini selalu digunapakai pada sistem kewangan atau pinjaman conventional yang selalunya ada naik dan turun.

Kadar turun naik BLR ini boleh memberi petunjuk kepada kita bahawa keadaan ekonomi semasa negara. Pada masa kini kadar BLR adalah seperti berikut. Mengikut sumber yang aku perolehi, Bank Negara akan mengumumkan kenaikkan kadar OPR serta diikuti oleh kenaikan BLR jika ekonomi berada pada tahap kurang baik bagi mengurangkan jumlah peminjam dan menggalakkan rakyat menyimpan wang dan begitu sebaliknya.


Sejauh mana ia mempengaruhi peminjam:
Kadar naik turun BLR ini memang banyak mempengaruhi peminjam yang melakukan pinjaman dari bank. Ini kerana jumlah installment peminjam akan meningkat jika BLR bank dinaikkan dan begitu sebaliknya. Selalunya bank akan menghantar notis kepada peminjam berkenaan kadar BLR yang turun atau naik kepada peminjam bagi memaklumkan kadar BLR semasa. Setakat ini Maybank merupakan bank yang mengenakan kadar BLR tertinggi 5.80% setahun diikuti dengan CIMB. Kadar yang diumumkan baru - baru ini menunjukkan jumlah BLR bank-bank pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu sekitar 5.55% kepada 5.80%, ini menunjukan yang ekonomi negara kita masih belum berada pada tahap baik walaupun kerajaan mengatakan sebaliknya.

Kesan kenaikkan BLR ini akan ditanggung oleh peminjam yang membuat pinjaman dari bank, oleh itu kita perlu sentiasa peka dengan kadar turun naik OPR dan BLR bank ini. Golongan yang selalu peka dengan kadar ORR dan BLR bank - bank ini adalah seperti peniaga dan pelabur. Kita sebagai peminjam biasa juga harus peka dengan perkembangan OPR dan BLR ini bagi persediaan kewangan kita.

Jika pembaca mempunyai sebarang maklumat lain berkenaan BLR yang ingin ditambah atau dikongsi boleh berbuat demikian diruangan komen dibawah.

7 comments:

Anonymous said...

BLR terkini skrg ialah 6.6%. bermakna skrg ekonomi negara masih terumbang-ambing...rakyat2 sedar ke tak ni? menyimpanlah ooiiii!

♥ Cheenta ♥ said...

ouch.... ssh la nak beli rumah cam nih huhuhuhu sad2... if keja goment ada blr gak ka?

Mohd Izwan bin Ismail said...

hm.. just nak berkongsi..

BLR memang ditetapkan oleh Bank Negara. Tapi tak semua bank akan follow BLR. Bergantung kepada bank juga.

sebab apa bergantung kepada bank??
sebagai contoh... kalau ekonomi merosok..

bank negara lebih suka kalau pengguna meningkatkan penggunaan. menggalakkan pinjaman. sebab dengan cara ini, ekonomi akan lebih rancak dan pulih. benda ini hanya akan tercapai jika bank negara kurangkan kadar pinjaman (BLR). sebab tu kadar BLR rendah time krisis ekonomi dulu. Tapi bank tak galakkan pinjaman. dan kenakan syarat macam2.. sebab..

dari perspektif bank. Lepa lebih suka naikkan kadar pinjaman. sebab risau ekonomi merosot. kalau pengguna pinjam nanti tak leh bayar.

bila ekonomi naik pula..
BLR selalunya akan lebih tinggi... sebab bank negara takut orang duk meminjam.. ekonomi naik dengan cepat.. akan membawa kepada inflasi...

tapi bank selalu akan kenakan faedah yang lebih rendah.. sebab orang banyak duit.. kalau pinjam sure leh bayar...

jadi... BLR yang bank negara tetapkan.. hanya benar untuk pinjaman dan pelaburan yang melibatkan kerajaan. contoh cam ASB.. tapi kalau pinjaman peribadi... dia akan bergantung kepada interest yang ditetapkan oleh bank itu sendiri... lain bank.. lain interest dia.. BLR just kayu ukur.. tak semua bank follow pun...

Mohd Izwan bin Ismail said...

satu lagi... BLR yang tinggi bukan kerana ekonomi terumbang ambik... ada banyak faktor sebab BLR tinggi..

salah satu adalah sebab ekonomi dah pulih... ekonomi sedang rancak membangun.. sebab tu bank negara kenakan BLR yang tinggi,, sebab dia tahu.. even BLR tinggi pun.. pengguna akan meminjam jugak.. sebab banyak duit kata kau... :P

BLR yang tinggi juga boleh disebabkan ekonomi berada di dalam krisis inflasi.. ini bermakna ekonomi terlalu rancak.. sampai barangan yang dikeluarkan tak setanding dengan nilai = inflasi.. jadi bagi mengekat pengeluaran terlalu banyak, dan menyekat pembelian pengguna melampau2.. interest yang tinggi dikenakan..

dengan interest yang tinggi.. pengguna akan lebih suka menabung.. sebab pulangan yang baik (interest tinggi)... jadi kegitan ekonomi pun akan slow... sebab tak banyak orang duk jual beli... sampai satu tahap... interets akan turun balik.. sebab nak suruh orang jangan menyimpan... :p

sebarang kritikan diterima... maaf tulis panjang lebar... :p

missE said...

Entry ni terbaik.. Sgt membantu

missE said...

Entry ni terbaik.. Sgt membantu

Asa Loan Savings LENDING LTD said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.