Tuesday, June 7, 2011

Apa Itu Subsidi?

Kita selalu mendengar perkataan "subsidi" atau pernah membaca tentang "subsidi". Namum adakah kita benar-benar faham dan jelas akan makna sebenar subsidi atau dengan kata lain Apa Itu Subsidi?. Mungkin ada dari kalangan kita yang memang jelas dan faham makna sebenar subsidi tetapi mungkin juga ada yang kurang faham atau tersalah faham tentang makna sebenar subsidi.

Subsidi ialah sebahagian atau beberapa peratus dari jumlah atau kos sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditanggung oleh sesuatu pihak. Pihak yang terlibat dalam memberi subsidi boleh terdiri dari pengeluar itu sendiri, sesuatu badan atau persatuan dan selalunya adalah kerajaan. Apabila subsidi ini diberi, ianya akan menjadikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu menjadi murah serta tidak terlalu tinggi di pasaran.

Tujuan subsidi ini diberikan adalah untuk mengurangkan harga sesuatu barang dan perkhidmatan di pasaran sekaligus mengurangkan beban kewangan pengguna dalam membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan. Subsidi ini selalunya diberikan kepada barangan keperluan atau perkhidmatan asas yang mana merupakan keperluan penting bagi semua orang atau sesuatu kumpulan seperti pelajar, petani dan sebagainya.

Contoh mudah perkiraan subsidi seperti, sekiranya kos pengeluaran sekilo tepung Rm3.00, apabila dipasaran harga tepung mungkin dijual pada harga Rm3.30 sekilo selepas mengambil kira untung peruncit. Tetapi jika subsidi diberikan kepada kos pengeluaran sekilo tepung itu tadi sebanyak 30sen sekilo terhadap pengeluar, ianya akan membuatkan harga tepung dipasaran akan dijual dengan harga Rm3.00 dan ini tidak membebankan pengguna, peruncit dan juga pengeluar. Sebaliknya pihak yang membayar subsidi itu tadi yang menanggung kos sebanyak 30sen setiap sekilo tepung. 

Harga barangan seperti tepung itu tadi mungkin akan naik di pasaran menjadi Rm3.30 jika subsidi terhadap tepung itu tadi ditarik balik kerana pengeluar terpaksa menanggung sendiri kos sebanyak 30sen itu tadi, sebalik harga tepung tersebut mungkin akan menjadi lebih murah dari Rm3.00 sekilo jika jumlah subsidi ditambah.

Mengapa subsidi diberikan?
Seperti yang saya sebutkan diatas tadi, subsidi diberikan bertujuan mengurangkan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dipasaran sekaligus mengurangkan beban pembeli dan pengguna. Misal contoh, sebuah kerajaan mungkin memberikan subsidi kepada beberapa barangan dan keperluan asas rakyatnya bagi mengurangkan kos perbelanjaan rakyatnya, sebuah intitusi pendidikan mungkin memberi atau menampung sebahagaian kos pengajian di intitusi tersebut dan membuatkan kos pengajian dapat direndahkan dan tidak membebankan pelajar-pelajarnya dan sesebuah persatuan mungkin memberi subsidi terhadap sesuatu barangan yang digunakan oleh ahlinya bagi membolehkan ahlinya membeli dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga sebenar.

Kerajaan dan subsidi
Kebanyakkan kerajaan memberi subsidi kepada kepada barangan dan perkhidmatan asas yang merupakan keperluan kepada rakyat bagi tujuan meringankan beban kewangan rakyatnya. Tetapi terdapat juga kerajaan di beberapa negara yang tidak langsung memberi subsidi kepada apa jua barangan dan perkhidmatan dalam negaranya. Ianya selalu terjadi kepada negara - negara maju yang mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi dan negara- negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis secara total seperti Amerika Syarikat.

Bagi negara - negara dunia ketiga dan membangun seperti Malaysia, subsidi selalunya diberikan oleh kerajaan kepada barangan atau perkhidmatan asas rakyatnya. Ini kerana masih terdapat rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tinggi atau dengan kata lain masih terdapat rakyat yang miskin dalam negara berkenaan. Bagi negara - negara komunis dan yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis, barangan serta keperluan asas dalam negara tersebut selalunya ditanggung 100% oleh kerajaan dan membuatkan barangan atau sesuatu perkhidmatan seperti pendidikan dan rawatan kesihatan di negara tersebut menjadi percuma, seperti di China, Cuba, Korea Utara dan beberapa negara lain di eropah. Tetapi cukai yang dikenakan selalunya tinggi pada negara - negara yang begini.

Subsidi wajib atau tidak?
Bagi aku yang berjiwa sosialis serta anti kepada kapitalis, subsidi itu adalah sesuatu yang wajib lagi-lagi kepada sebuah negara yang berdaya saing dan mempunyai hasil dan pendapatan yang tinggi. Namum terdapat sesetengah pihak malahan ada kalangan ahli ekonomi sendiri memperkatakan yang sistem subsidi ini kurang baik kepada pertumbuhan ekonomi negara dan itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Bagi aku dan mungkin mereka-mereka yang sosialis mungkin bersetuju dengan pandangan aku yang mengatakan subsidi adalah salah satu bentuk sesebuah kerajaan memulangkan hasil kekayaan negara kepada rakyat.Dengan pemberian subsidi ni rakyat boleh merasai akan kekayaan negara itu dengan harga barangan serta perkhidmatan yang murah. Jika subsidi ini dihapuskan maka akan terhapus salah satu saluran untuk rakyat menikmati hasil kekayaan negara. Dan satu persoalan akan timbul kemana hasil ini akan disalurkan pula? adakah kepada kroni, adik - beradik atau taukey-taukey besar, sebaliknya rakyat terbeban. Penghapusan subsidi ini selalunya digemari oleh saudagar-saudagar kapitalis tegar yang hanya memikirkan keuntungan semaksimum mungkin dalam sesuatu urusan mereka. Sebaliknya jika subsidi dikenakan keatas sesuatu barang atau perkhidmatan ianya akan membuatkan harga barang atau perkhidmatan itu tadi terkawal dan tidak melambung tinggi sesuka hati dipasaran kerana banyak pihak akan mempersoalkannya jika ia berlaku. Situasi ini akan membuatkan saudagar-saudagar kapitalis tegar ini tidak boleh mengaut untung berlibat kali ganda.

3 comments:

Anonymous said...

:-)

wadud duad said...

thanks for the expensive info

Asa Loan Savings LENDING LTD said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.