Wednesday, May 7, 2014

Setahun Selepas Pilihanraya Umum ke-13:



Semalam genap setahun berlangsung Pilihanraya Umum ke-13 iaitu pada 5-05-2013. Pilihanraya yang dianggap ibu segala pilihanraya itu membawa tarikan banyak pihak dan pemerhati politik yang menanti dan memerhati dengan penuh debar. Dalam pilihanraya tersebut Umno/Barisan Nasional terus kehilangan kerusi di Dewan Rakyat yang telah sedia kurang. Jumlah 140 kerusi dewan rakyat yang dimiliki oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-12 telah semakin mengecil jumlahnya dan hanya tinggal 133 kerusi selepas pilihanraya umum ke-13. Disamping selama dua penggal berturut-turut Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, dalam pilihanraya umum ke-13 setahun yang lalu juga Barisan Nasional buat julung-julung kalinya hilang undi popular dengan hanya memperolehi 47% berbanding Pakatan Rakyat yang berjaya memperolehi 52% undi popular.
 
sumber: www.astroawani.com
Demikian bingkasan ringkas berkenaan pilihanraya umum ke-13, dan tujuan penulis ini bukanlan ingin melihat apa yang telah berlaku dalam pilihanraya umum ke-13. Tetapi penulisan ini adalah untuk melihat dalam jangka masa setahun selepas pilihanraya umum ke-13, apakah perubahan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang telah mengundi Barisan Nasional. 

Perubahan yang paling ketara selepas pilihanraya umum ke-13, selepas pujuk rayu dan janji manis ditabur sewaktu kempen maka selepas lima bulan tamatnya pilihanraya umum ke-13, Barisan Nasional yang menang tempang dalam dalam pilihanraya tersebut telah menunaikan janji yang pertama iaitu dengan menaikkan harga minyak. Selepas menaikkan harga minyak Barisan Nasional terus berpesta dengan menaikkan pelbagai lagi harga barang seperti gula, tariff elektrik, kadar tol, tambang pengangkutan awam dan pelbagai lagi. 

Namum disebalik semua itu, Barisan Nasional juga telah berjaya menurunkan harga kangkong dan Perdana Menteri Malaysia berjaya membeli ayam dengan harga satu ringgit. Mungkin inilah kejayaan Barisan Nasional selepas berhempas pulas untuk memenangi pilihanraya umum ke-13. Pastinya rakyat Malaysia akan tersenyum bangga dengan pencapaian Barisan Nasional melalui pimpinan Dato Seri Najib kerana belum ada perdana menteri di negara dunia lain yang berjaya menurunkan harga kangkong melainkan Dato Seri Najib Tun Razak yang beristerikan Rosmah Mansor. 

Lebih kurang setahun lagi selepas tarikh ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pencapaian yang bakal dilakukan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional pimpinan Najib Razak iaitu pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST. Kenapa saya katakan ini sesuatu yang perlu dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia. Jawapannya ialah belum ada pemimpin-pemimpin atau kerajaan dari negara dunia ke-3 seperti Malaysia yang mengenakan cukai GST kepada rakyatnya. Malaysia lah yang pertama. Adakah pembaca semua tahu, cukai barangan dan perkhidmatan GST ini hanya dilaksanakan di negara-negara maju yang pendapatan rakyatnya 3 hingga 4 kali lebih besar berbanding pendapatan rakyat Malaysia. Ini adalah tindakan yang berani oleh perdana menteri kita Najib Razak dan tidak ada pemimpin di dunia ini yang mempunyai semangat dan keberanian melakukan seperti Najib Razak. Maka pujian setinggi rambut Rosmah harus diberikan kepada Najib Razak atas keberanian beliau ini.

Itu dari sudut pengurusan ekonomi, dari sudut teknologi pula kerajaan Barisan Nasional  walaupun tempang selepas pilihanraya umum ke-13 berjaya memajukan teknologi yang belum pernah dilakukan atau terfikir untuk dilakukan oleh negara-negara lain. Jika dahulu Malaysia berjaya menghasilkan jet pejuang tanpa enjin namum selepas pilihanraya umum ke-13, Barisan Nasional berjaya menghasilkan kapal terbang yang gagal dikesan radar untuk tempoh lebih dari 3 bulan hingga hari ini. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak melalui kepakaran teknologi yang ada berjaya mengatasi kecanggihan teknologi kapal selam Russia. Saya mengatakan demikian kerana, Rusia hanya mempunyai teknologi untuk membuat kapal selam dan kapal selam yang dihasilkan Rusia hanya boleh menyelam. Malaysia berjaya membuktikan kepada dunia yang teknologi yang dimiliki hasil pimpinan Barisan Nasional dan Najib Razak, kapal selam yang dibeli itu berjaya di ubah suai untuk tidak menyelam malah lebih dasyat lagi kapal selam yang sifat perlu berada di air berjaya dibuktikan oleh Malaysia yang kapal selam juga mampu untuk berada di darat sebagai buktinya anda boleh pergi untuk melihatnya di muzium Melaka.

Sebagai rumusannya, rakyat Malaysia sebanyak 47% yang telah mengundi Barisan Nasional ternyata adalah pengundi yang bijak kerana mampu untuk membaca perubahan yang bakal dibawa oleh Barisan Nasional selepas pilihanraya umum ke-13. Maju jayalah Malaysia kita tercinta.-TTK-

Thursday, April 17, 2014

Anak Sungai Derhaka: Karpal Singh maut dalam kemalangan di Perak (Video...

Anak Sungai Derhaka: Karpal Singh maut dalam kemalangan di Perak (Video...: Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh...

Tuesday, April 15, 2014

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTI...

Omak Kau!!!!: BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTI...: Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Ba...

Thursday, April 10, 2014

Goods Service Tax GST vs Government Service Tax GST

Mungkin ramai yang masih kurang faham atau langsung tidak faham berkenaan Goods Service Tax GST yang telah diluluskan oleh dewan rakyat Isnin lalu dengan mendapat sokongan penuh ahli perlimen dari Barisan Nasional yang mana cukai GST tersebut akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Mungkin ramai yang terkeliru dengan mengatakan GST telah pun dilaksanakan kerana setiap kali anda minum atau makan di Starbuck, Burger King atau Macdonald didalam resit bayaran anda telah tertera perkataan GST iaitu sebanyak 6%. Tolong jangan terkeliru dengan perkataan GST yang tercatat dalam resit bayaran anda tersebut. 
Sebenarnya GST yang tertulis dalam resit bayaran anda itu bukanlah Goods Service Tax GST ataupun dalam bahasa Melayu nya Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Ingin aku menekankan disini terutama kepada makcik-makcik wanita Umno atau mereka yang belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris perkataan "Goods" yang dimaksudkan didalam Good Service Tax itu bukanlah bermaksud "Bagus atau Baik". Tetapi "Goods" itu bermaksud "barangan". Bunyinya mungkin sama tapi maksudnya berbeza. Maka jangan ditaksirkan Goods Service Tax itu sebagai "Cukai Perkhidmatan Baik".

Berbalik kepada soalan tadi, jika GST yang tertulis didalam resit-resit sewaktu kita makan di Macdonald itu bukan Goods Service Tax, jadi ianya apa? Jawapannya, GST yang tertera pada resit-resit tersebut adalah Government Service Tax ataupun dalam bahasa Melayu bermaksud Cukai Perkhidmatan Kerajaan. Selagi belum menjelang tarikh 1 April 2015, perkataan GST yang tertulis dalam resit-resit sewaktu kita makan di KFC, Starbuck atau Macdonald itu ianya bermaksud Government Service Tax. 

Jadi Apa Beza Antara Government Service Tax dan Goods Service Tax?
Ya perberzaannya memang cukup mengelirukan dan mungkin kekeliriuan ini sengaja dicipta bagi menyukarkan kita untuk faham. Mari aku membawa pembaca untuk melihat satu persatu apa yang dikatakan Government Service Tax dan Goods Service Tax. Dan satu lagi yang perlu anda tahu ialah Cukai Jualan yang mana ianya akan berkaitan juga dengan GST.

Apa Itu Government Service Tax?
Government Service Tax adalah cukai dengan kadar 6% yang dikenakan terhadap perkara-perkara tertentu sahaja seperti perkhidmatan profesional (akauntan, peguam, jurutera, arkitek, syarikat insurans) dan makanan seperti restoren mewah, coffee house, Starbuck, KFC, Macdonald dan lain-lain. Kadar cukai yang dikenakan adalah sebanyak 6%. Oleh itu apabila kita membayar sewaktu makan di Macdonald resit bayar kita akan tertulis GST. Dan GST tersebut bermaksud Government Service Tax. Sebaliknya jika anda makan nasi campur di warung bawah pokok atau mee kuah ketam pak ali semua ianya tidak akan dikenakan cukai ini.

Apa Itu Goods Service Tax?
Goods Service Tax ataupun dalam Bahasa Melayu Cukai Barangan dan Perkhidmatan ialah kadar cukai yang juga sebanyak 6% dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan kecuali beberapa barangan tertentu seperti gula, tepung, beras, belacan, cencaluk dan beberapa perkara lain termasuk perkhidmatan LRT,KTM, Bas dan penggunaan elektrik 200kWh (lebih kurang RM50) sebulan. Selain daripada itu semuanya akan dikenakan cukai sebanyak 6% iaitu Good Service Tax. 

Beza antara kedua-dua cukai tersebut
Aku percaya mungkin pembaca sudah boleh melihat apa bezanya kedua-dua cukai tersebut dan mengapa ada pihak yang menentang perlaksaan GST tersebut. Apa yang boleh dirumuskan, cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April 2015 nanti adalah satu sistem yang mengcukaikan semua rakyat Malaysia tidak kira individu tersebut berpendapatan tinggi atau rendah kaya atau miskin. 

Individu atau kumpulan masyarakat yang makan di Buger King dan minum petang di coffee house mewah sudah tentu tidak terkesan jika dikenakan 6% cukai terhadap makanan dan minuman yang dia makan dan minum. Tetapi dengan GST, Pak Kassim yang bekerja memandu teksi juga akan dipaksa membayar cukai sekiranya dia singgah untuk minum teh tarik di warong tepi jalan.

Ini kerana, si peniaga warong pasti akan menaikkan harga secawan teh tarik dari RM1.50 kepada RM1.80 atau RM2.00. Ini kerana, jika sebelum GST diperkenal, si peniaga warong mungkin membeli sebungkus teh dengan harga RM2.00 sebungkus. Setelah GST dilaksanakan si peniaga terpaksa membeli sebungkus serbuk teh dengan harga RM2.00 + 6%GST = RM2.12. Itu belum dikira gas yang digunakan untuk memasak air juga dikenakan cukai 6%GST setiap tong, susu pekat juga dikenakan 6% cukai GST, kos penghantaran juga 6% GST. Maka apa logiknya jika kita mahu katakan yang harga teh tarik tarik tadi tidak akan meningkat. Maka kos akhirnya akan dipindahkan kepada si pemandu teksi itu tadi.

Jika dahulu orang kaya yang makan buger di BugerKing sahaja akan dikenakan cukai 6%, selepas 1 April 2015 nanti makcik wanita Umno yang makan ikan kembong juga akan terpaksa membayar harga yang tinggi kesan dari GST. Jika dahulu pemilik kereta BMW tidak dikenakan cukai sewaktu service kereta tetapi selepas 1 April 2015 pemilik kereta kancil pun turut dikenakan cukai 6% atas perkhidmatan menyelengara kereta.

Banyak Negara Lain Telah Menjalankan GST
Ya memang banyak negara lain seperti Austrialia, US dan beberapa negara maju lain telah menjalankan GST yang mana GST mampu untuk meningkatkan pendapatan negara dari segi kutipan cukai. Tetapi negara-negara tersebut mengenakan GST terhadap rakyatnya dalam keadaan rakyat berpendapatan tinggi dan kadar inflasi di negara-negara tidak setinggi Malaysia. GST hanya sesuai untuk negara yang rakyatnya telah berada dalam keadaan berpendapatan tinggi dan kadar inflasinya terkawal.

Di Malaysia pada tahun awal 90an gaji seorang pekerja operator pengeluaran kilang mungkin dalam kadar RM900 sebulan, namun hari ini pada tahun 2014 masih terdapat ramai lagi pekerja kilang dan sektor-sektor pekerjaan yang lain mendapat gaji sebanyak RM900 sebulan. Namun harga sepinggan mee goreng pada tahun 1990 mungkin sekitar RM1.50 namun hari ini tahun 2014  harga sepinggan mee goreng telah menjadi RM4.00 sepinggan. Ini menunjukkan kos sara hidup rakyat Malaysia meningkat dengan mendadak tanpa diimbangi dengan kadar pendapatan. Itu yang dikatakan kadar inflasi yang tidak terkawal yang wujud di Malaysia. Dalam keadaan sebegini pun, pihak kerajaan mahu melaksanakan GST yang mana ianya akan terus meningkatkan kadar inflasi dan membebankan banyak pihak terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan peniaga-peniaga kecil.

Yang untungnya adalah saudagar-saudagar besar yang terlepas dari cukai jualan 10% dan hanya perlu membayar 6%GST sahaja. Alasan lain yang kita dengar GST ini mahu meringankan beban kewangan kerajaan. Kita perlu menyoal semula, mengapa apabila terbeban baru beban itu mahu dikongsi bersama rakyat tetapi sewaktu mendapat kesenangan keuntungan dari pelbagai khazanah negara tidak mahu dikongsi bersama rakyat sedangkan hasil kekayaan negara itu adalah hak rakyat dan bukannya beban itu yang patut diberikan kepada rakyat. Mungkin tema hari kemerdekaan tahun 2014 ini boleh berbunyi "Senang sorang-sorang, susah sama-sama"-TTK-  

Sunday, April 6, 2014

Sebenarnya Melayu tak Pernah Wujud

Oleh AMK Shah Alam


Begitu ramai antara kita yang di bodohkan dengan dengan istilah ketuanan Melayu, Melayu Islam ,Raja Islam kerana ramai di antara kita yang jahil tentang asal - usul bangsa. Di katakan Melayu ,siapa melayu tetapi kini istilah dan penjenamaan melayu itu telah di copak - capik kan. Ini kerana Bangsa yang tak sepatutnya di iktiraf sebagai melayu pun boleh jadi melayu dengan cara seseorang itu memeluk islam dan mengamalkan budaya melayu paling kurang pun dengan memakai baju melayu.

Dalam Negara Melayu yang di katakan melayu ini juga wujud beberapa beberapa etnik yang di panggil Banjar,bugis,Minangkabau,Jawa,Kutai,Bawean,Batak dan bermacam - macam lagi.Persoalan di benak kepala sering bermain kalau ada Bangsa Melayu habis tu Bangsa - bangsa Etnik di atas tu apa pula? Lihat lah begitu jauh kita di kelentongkan oleh geng - geng Parpu United Malays National Organisation akan perihal Bangsa Melayu itu sendiri semata - semata untuk membebalkan generasi - generasi hari ini.
Maka dengan cara itu semakin bebal generasi itu maka semakin mudah mereka mengekalkan kuasa mereka dan menjalankan pelbagai lagi urusan "merompak rakyat" kerana dengan cara ini rakyat tak akan Melawan.Maka di katakan melayu itu punya raja,di haruskan kita harus taat pada raja dan tidak boleh menderhaka,jika menderhaka maka tulah jawabnya,hingga sebegitu sekali kelentong yang di gunakan semata - mata untuk membebalkan otak generasi bangsa yang lahir pada hari ini.

melalui cara ini maka tiada lah akan mereka bangun atau bangkit melawan sekiranya mereka melakukan sebarang perampasan,pencerobohan atau kezaliman kerana apa yang telah di bangangkan generasi hari ini ialah supaya jangan melawan kerana jika melawan maka derhaka lah jawabnya.

Di lihat pada kajian pada beberapa kurun dahulu nama melayu tidak mujud pula di kala Demang Lebar Daun Menanda Tangani Satu perjanjian diantara dirinya yang di kala itu mewakili orang laut dan Sri Tri buana pula mewakili Anak cucu Iskandar Zulkarnain di Bukit Seguntang.Pada ketika perjanjian itu di tanda Tangani tidak pula di sebut perkataan "melayu" ini jelas di perkatakan dalam sumber - sumber sejarah yang di perolehi dari "Persuratan" karya Kiyai Hamzah Fansuri dan Sulatus Salatin karya Tun Seri Lanang.

Dari manakah Perkataan Melayu itu bermula?

Ini Kerana pada ketika Parameswara melarikan diri ke ulu bertam untuk menyelamatkan diri dari di buru oleh pahlawan - pahlawan Siam kerana membunuh Temagi di Temasik(Singapura) para - para pengikutnya itu tak pula di panggil melayu . Hingga sampai pada ketika baginda menyaksikan peristiwa anjing perburuan nya itu di tendang oleh seekor pelanduk lalu jatuh ke dalam sungai di bawah pohon bertam.

Mungkin kerana peristiwa pelik dan ajaib itu lah baginda mendapat "ilham" atau "alamat"yang baik untuk menubuhkan kerajaan.Konon nya Nama Melaka itu juga di perolehi dari pohon tempat baginda berehat.Ini pun satu putar belit sejarah kerana bagaimana nama pokok bertam boleh menjadi nama pokok melaka.

Sebenarnya Nama Melaka belum lagi tercipta kerana baginda hanya bertitah hanya mahu mendirikan kerajaan sahaja tak terdetik pun mahu meletak kan nama.Maka penduduk - penduduk yang tinggal di persisiran pantai itu pun di maklumkan akan penubuhan kerajaan itu yang mana mereka akan turut serta dalam membina negeri ini.

Nama Melayu dan Melaka hanya di kesan melalui sumber - sumber dokumen sejarah dari Persuratan dan melalui catatan yang tercatat pada batu bersurat yang di temui di Ankara ,Turki menyatakan hanya selepas Laksamana Tun Tuah pulang dari mengadap pemerintah Empayar Islam Turki Uthmaniyyah baru lah Kerajaan yang di pimpin oleh Sultan Muzaffar Syah dan Datuk Bendahara Tun Perak di panggil Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Pemergian Tun Tuah ke Negara Turki di catat dalam hikayat Sulatuss Salattin tulisan Tun Seri Lanang di bahagian bab Tun Tuah ke Benua Benggali putih. Di dalam dokumen - dokumen sejarah melalui persuratan pula yang di kaji melalui surat Saudagar Cengkih kepada Raja Pasai yang telah memaklumkan akan pemergian Tun Tuah ke Negeri atas angin.

Di dalam catatan pada batu bersurat yang di temui di Ankara Turki pula menceritakan bahawa Tun Tuah adalah sebagai wakil kerajaan Sultan Muzaffar sekadar mahu menjalinkan hubungan diplomatik tetapi setelah di lihat bahawa Empayar yang di bina oleh Tun Perak ini di monopoli oleh pemerintah Islam maka Pemerintah Empayar Ottoman mengiktiraf Empayar yang di bina oleh Tun Perak dn Tun Tuah sebagai Empayar Islam di Timur.

Kisah Pengiktirafan yang ceritakan pada batu bersurat tersebut seperti di nyatakan dalam terjemahan yang di lihat di Muzium Sejarah Turki di ankara menyatakan"Malacca is the East Islamic Provincsion" melalui penerangan yang di berikan oleh pegawai sejarah dan antikuiti telah memberitahu yang catatan itu menceritakan bahawa Melalui pengiktirafan itu maka Kerajaan Empayar Islam Timur yang mana kerajaan yang terkenal dengan perdagangan itu dinamakan sebagai Empayar Kesultanan(di ambil dari Istilah arab) Melaka yang di ambil dari istilah arab malakat.

Persoalannya dari mana datangnya persepsi melayu itu?

Setelah di iktiraf akan kekhalifahan Kerajaan kesultanan Melaka maka Mungkin Tun Perak terpaksa mencari satu formula untuk menyatukan persepsi masyarakat nusantara yang berada di dalam Empayar Kesultanan Melaka tetapi ada di antara mereka yang beragama islam dan ada yang beragama buddhan,hindu,animisme dan atheis.

Kalau mahu di satu kan maka semuanya haruslah beragama islam jadi bagaimana dengan yang bukan islam? takkan lah mahu di paksa mereka mereka memeluk islam sedang islam itu adalah agama yang tak boleh di paksa.Jadi dengan itu di wujudkan satu Institusi yang di namakan MELAYU untuk menyatu kan semua masyarakat yang hidup di dalam Empayar islam Melaka supaya menjadi lebih demokratik.

Rupa - rupanya pada asal melayu itu hanyalah sekadar sebuah institusi yang di bangunkan untuk menyatukan masyarakat dalam empayar Kesultanan Melaka agar hidup dalam keadaan yang lebih demokratik dan saling faham - memahami antara satu sama lain.

Maka dengan itu sebuah Empayar Islam yang demokratik di nama kan sebagai Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang mana hidup di dalamnya Banjar,Bugis,Jawa,Boyan,Cina,Jawa,Minangkabau,India, dan berbagai lagi etnik bangsa yang hidup dalam keadaan aman damai.

Sebab itu kalau di kata kan bahawa kaum Cina itu Melayu dan India itu Melayu ini tak boleh di nafikan.Kerana Melayu itu sebenarnya bukan bangsa tapi sekadar sebuah institusi untuk menyatukan masyarakat Nusantara secara demokratik pada kurun ke -14.

Pada ketika PUTERA(PUsat TEnaga RAkyat)-AMCJA(All Malayan Council Joint Action) menggubalkan Perlembagaan Rakyat, status rakyat penduduk malaya yang dinyatakan di dalam Perlembagaan tidak kira kaum cina,india,minang,jawa ataupun bugis adalah melayu.

Tetapi malangnya di atas pembelotan geng - geng Parpu United Malays National Organisation Perlembagaan ini di tentang dan di tolak oleh british.Namun pada hari ini pula cuba kita lihat di dalam Perlembagaan persekutuan pula melayak kan se seorang itu yang tak berdarah peribumi tapi andai memeluk islam dan berpakaian tradisional seperti penduduk peribumi dengan Baju Melayu ataupun berbaju kurung maka secara automatik dia telah bergelar seorang "Melayu".

Ini kerana kelayakan ini di beri kepada saudara - saudara kita seperti Rhiduan Tee,Idham Lim ,Chandra Muzaffar.Kelayakan bergelar seorang melayu ini boleh juga diwarisi dari keturunan ke keturunan seperti Zambry Kader,Reezal Merican,Mohd Noor Yackop dan Zainudin Maidin selagi mereka masih lagi Islam.

Tapi Persoalannya bagaimana sekira nya ada identiti peribumi melayu yang telah keluar dari islam dengan kata lain telah pun murtad contohnya seperti kes Joshua Jamaluddin.Apakah statusnya di dalam perlembagaan? adakah dia masih melayu?

Manakala di wujudkan pula dongeng yang mana melayu harus taat setia kepada kekuasaan Geng Parpu United Malays National Organisation bukan pula Raja atau Sultan dan di wujudkan segala macam dongeng dan putar - belit sejarah semata - mata untuk mengawal psikologi orang melayu agar terus setia kepada geng - geng parpu.

Antara kekeliruan di wujudkan dalam kisah Hang Tuah yang mana di jadikan hang Tuah ini sebagai Insan yang taat dan tak pernah membantah titah raja sedang kan di dalam sejarah juga ada menceritakan bahawa Han Tuah pernah membantah titah raja ketika beliau di arahkan untuk membunuh Raja Muda.Kerana terikat dengan perjanjian Bukit Seguntang maka titah itu di bantah secara sopan.

Kisah Perjanjian di Bukit Seguntang juga turut di padam kan bab - bab yang harus di ketahui oleh generasi hari ini yang mana Sri Tri Buana yang Mewakili Raja iaitu anak cucu Iskandar Zulkarnain bersetuju menerima penderhakaan rakyat sekiranya tidak mentadbir dengan baik dan menzalimi rakyat.

Ini di lakukan kerana bimbang generasi hari ini akan bangkit melawan seperti yang terjadi kepada raja - raja di benua timur tengah seperti Raja Faisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Sehingga kini "melayu" masih di jadika alasan untuk mempertahan kan kuasa,kezaliman dan ketidakadilan.Istilah "melayu" juga di gunakan untuk mempertahankan tidakan pencerobohan dan pengusiran seperti yang berlaku di Kampung Berembang,Chu badak,Rimba Jaya dan Kampung Melayu Ampang.

Oleh itu geng - geng parpu United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari geng - geng parpu ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh geng - geng parpu ini.

Proses membangangkan melayu ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membantutkan pertumbuhan akal dan fikrah Umat Melayu.

....

Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit

Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.
  1. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21% setahun.
  2. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dari Tarikh Penyata Bil Bulanan
  3. Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan)
  4. Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulanan untuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)
  5. Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit.
  6. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Laporan CCRIS).

Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit
  • Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
  • Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
  • Anda cuma bayar 'minimum payment' setiap bulan
  • Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) à masuk rekod kredit CCRIS
  • Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
  • Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
  • Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda

Saturday, April 5, 2014

Dilema: Isteri bersalin dengan doktor lelaki




Dilema isteri yang terpaksa melahirkan anak dengan menggunakan perkhidmatan doktor lelaki sudah menjadi lumrah di Malaysia hari ini. Saya percaya jika diberi pilihan pastinya si suami dan si isteri mahukan isterinya melahirkan bayi mereka menggunakan khidmat doktor perempuan malah jika mengikut hukum Islam sendiri pun ianya tidak dibolehkan. Namun dalam situasi di Malaysia mungkin jumlah doktor perempuan agak kurang dan memaksa khidmat doktor lelaki digunakan untuk menyambut kelahiran bayi terutamanya di hospital-hospital kerajaan. Masalah ini telah dilihat menjadi isu yang membungkam di hati pasangan suami isteri yang beragama Islam di Malaysia. 
Malaysia yang merupakan negara anggota Persidangan Negara-negara Islam, agama rasminya Islam, menteri-menterinya majoriti Islam, dalam kabinet terdapat jawatan khas menteri untuk menjaga hal ehwal Islam, perdana menterinya Islam, wujudnya Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Majlis Fatwa, Mufti, Universiti Islam dan lebih dahsyat lagi 9 orang raja-raja Melayu (bukan 1 tapi 9) yang ditugaskan untuk menjaga agama Islam namun masalah berkenaan wanita Islam terpaksa bersalin dengan perkhidmatan doktor lelaki ini masih belum lagi dapat diselesaikan.

Aku mohon mencadang, mungkin cadangan aku ini naif dan mungkin juga kelihatan bodoh. Namun aku cuma ingin mengajak pembaca yang membaca artikel ini berfikir kerana penyakit utama rakyat Malaysia semenjak dari zaman penjajahan Portugis ialah malas berfikir. Mari kita berfikir, masalah yang disebutkan adalah isteri-isteri yang terpaksa melahirkan bayi menggunakan khidmat doktor lelaki. Punca masalah yang kita selalu dengar ialah kekurangan doktor-doktor wanita di hospital-hospital kerajaan. Dan jika ada terpaksa pergi ke hospital-hospital swasta yang menelan belanja beribu ringgit. Maka bagaimana masalah ini dapat diselesaikan.

Cuba kita lihat di Malaysia, dalam urusan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam Malaysia mempunyai pusat zakatnya yang tersendiri di setiap negeri dan Baitulmal yang jumlah wang terkumpulnya hanya menteri-menteri sahaja yang tahu. Mengapa tidak duit dari kutipan zakat dan dari baitulmal ini gunakan untuk menaja pelajar-pelajar wanita Islam ini menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran yang mana mereka ini kelak akan dapat mengisi kekurangan doktor wanita di hospital-hospital kerajaan dan sekaligus dapat mengatasi masalah isteri-isteri yang terpaksa bersalin dengan doktor lelaki.

Program khas dari kerajaan boleh dimulakan dari peringkat sekolah dengan mengarahkan guru-guru mengenalpasti golongan pelajar yang berpontesi dan mereka-mereka ini diberi perhatian khusus untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM atau STPM atau A-Level dan sekaligus layak menerima biasiswa dari majlis agama, baitulmal atau mana pejabat zakat. Mengapa duit dari baitulmal dan zakat ini begitu sukar hendak disalurkan kepada orang Islam kembali. Perhatikan jika mahu mengutip zakat, merata tempat akan dibuka meja-meja kutipan zakat dari dalam shopping kompleks hinggalah ke kaki lima jalan meja-meja kutipan zakat disediakan, namun untuk pejabat-pejabat zakat memberi bantuan zakat, si pemohon perlu naik turun pejabat zakat berkali-kali dan belum tentu lagi permohonannya berjaya. 

Mengapa duit-duit yang terkumpul ini tidak digunakan untuk tujuan pendidikan bagi melahirkan doktor-doktor wanita Islam yang begini. Bukan tidak ada, malah ramai anak-anak perempuan Islam di Malaysia yang mempunyai potensi dan minat mendalam dalam bidang ini. Dengan lahirnya banyak doktor-doktor wanita, masalah melahirkan bayi dengan doktor lelaki akan berjaya diselesaikan. Mengapa perkara sebegini tidak boleh dilakukan dalam negara yang badan dan pertubuhan Islamnya bersepah-sepah.

Jika program biasiswa dengan menaja pelajar-pelajar perempuan Islam belajar dalam bidang kedoktoran ini dilakukan, ianya bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah berkenaan isu bersalin tadi sahaja, tetapi banyak feadah-feadah sampingan lain yang akan umat Islam dalam negara ini perolehi. Pertama apa bila program ini diumumkan, ianya akan melahirkan minat dan semangat pelajar-pelajar perempuan Islam di negara kita untuk belajar bersungguh agar terpilih menerima biasiswa dan tajaaan tadi, kedua ianya akan melahirkan lebih ramai lagi profesional Islam dalam bidang kedoktoran di negara kita, ketiga ianya dapat meningkatnya ekonomi orang Islam dari segi pendapatan yang mana mereka-mereka yang bergelar doktor ini sudah pastinya mampu meningkatkan ekonomi keluarga sekaligus negara. 

Ini semua adalah pelaburan jangka panjang yang cukup menguntungkan negara dan umat Islam di negara Malaysia ini. Namun malangnya badan-badan yang berkaitan dengan Islam di Malaysia ini lebih berminat berpekik mempertahankan kalimah Allah yang tidak pernah menjadi masalah di negara-negara Islam lain. Pegawai-pegawai agama Islam lebih berminat untuk menyerbu hotel-hotel bajet, majlis-majlis fatwa dan tok-tok mufti hanya bekerja mengeluarkan fatwa untuk mempertahankan menteri dan menghukum orang masuk neraka. 

Malangnya perkara-perkara dan isu yang lebih luas ini gagal difikirkan dengan lebih kritis oleh berpuluh badan-badan agama Islam yang terdapat di Malaysia. Sekian, saya mohon mencadang.-TTK-

Friday, April 4, 2014

Mother Teresa's Anyway Poem

 People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.

Friday, March 28, 2014

(BAHAGIAN AKHIR) Kenangan di Tingkatan Enam 2003 - 2004 Part 8

Selesai STPM dan Menanti Keputusan
Selesai STPM masing-masing ingin mencari pekerjaan sementara untuk menunggu keputusan keluar. Aku sebenarnya setelah selesai STPM, aku mula menjadi kekok setiap malam di rumah. Ini kerana setiap malam bermula dari jam 8.30 hingga 11.30 malam aku mesti masuk ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Perkara tersebut telah menjadi tabiat aku. Namun setelah habis STPM aku sudah tidak ada subjek untuk diulangkaji dan aku mula merasa kekok dengan situasi tersebut.
Pada waktu menunggu keputusan STPM aku masih lagi bermain ragbi, kali ini Mat Pi mengajak aku untuk menyertainya bermain pasukan Polis Kedah. Aku bersetuju dengan ajakan Mat Pi. Bila ada perlawanan kami akan menunggu di plaza tol Sungai Dua dan Van dari kontigen Polis Kedah akan mengambil kami di plaza tol tersebut. Aku yang pada waktu itu berjanggut tebal dan berambut panjang dan kembang seperti penyanyi alleycats menaiki van polis tidak ubah seperti penjahat yang baru ditangkap polis. Aku rasakan jika orang lain melihat kami dalam van polis pada waktu itu pasti akan menyangka yang kami ini banduan yang hendak dibawa ke balai polis. Sememangnya banyak pengalaman dan keseronokan bermain dengan pasukan polis kedah tersebut.
Mencari Kerja
Setelah beberapa lama tamat peperiksaan STPM dan menunggu keputusan, aku mula mahu mencari kerja. Satu hari aku bersama dengan dengan Faruqi, Ashun dan Nori pergi memohon pekerjaan di Carefour Seberang Jaya. Kami hanya membawa keputusan SPM dan tidak memberi tahu yang kami sedang menunggu keputusan STPM, ini kerana rata-rata industri pada waktu itu tidak mahu mengambil mereka yang sedang menunggu keputusan SPM bekerja kerana mereka tahu golongan ini hanya mahu bekerja untuk sekejap sahaja.

Dengan usia kami pada waktu itu sudah 19 tahun maka kakitangan pengurusan Carefour yang menemuduga kami tidak menyedari yang kami juga sebenarnya sedang menunggu keputusan tetapi bukan SPM sebaliknya STPM. Selang beberapa hari aku dan Faruqi diterima bekerja sebagai pekerja stor di Carefour Seberang Jaya. Namun Ashun dan Nori tidak diterima. Aku memulakan kerja di Carefour Seberang Jaya sebagai pekerja stor dibahagian minuman. Hari-hari kerja aku menyusun botol air minuman dan aku amat bosan dengan kerja tersebut. Terlintas difikiran aku jika aku tidak layak untuk masuk ke universiti nanti apakah aku akan jadi, dan apakah kerja yang akan aku buat dan adakah aku akan terus menyusun botol air ini sampai bila-bila.

Aku amat bosan dan langsung tidak ada minat untuk bekerja waktu itu. Tidak beberapa lama Nori pula diterima untuk bekerja di Carefour, tetapi dia dilantik sebagai pengawal keselamatan Carefour. Kami semua mengketawakan Nori kerana bekerja untuk jawatan orang tua (menteliti baru habis STPM). Ashun pada waktu itu telah mula bekerja menjaga kedai snooker di Bandar Perda. Aku hanya bekerja tidak sampai sebulan disitu dan aku berhenti. Selang beberapa minggu aku pergi bekerja di supermarket Sunshine di Sungai Rambai bersama Amar dan Wadi. Aku hanya bekerja 3 hari disitu dan aku berhenti. 

Tidak beberapa lama pula selepas itu pula, Mat Pi mengajak aku untuk kerja part-time di Shopping Complex Megamall, kerja aku kali ini adalah membungkus pakaian dalam wanita di kuanter bayaran. Pada mulanya memang perasaan segan dan malu menguasai diri, apabila aku seorang jejaka 19 tahun yang kelihatan gagah dan mungkin tampan perlu memegang dan membungkus pakaian dalam wanita dihadapan wanita-wanita yang ramai yang sedang menunggu untuk membuat bayaran, namun seperti pepatah Melayu "alah bisa tegal biasa". Kerja itu hanya part time untuk 3 hari pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan selepas 3 hari gaji dibayar jadi aku rasa sesuai untuk aku yang mahukan kerja yang lebih santai. 

Sebenarnya aku memang malas untuk bekerja pada waktu sedang menunggu keputusan STPM, kerana bagi aku selepas habis STPM aku mahu berehat sepuas-puasnya dan tidur sepuas-puasnya bagi mengganti semula rehat dan tidur aku yang banyak tertangguh selama hampir 2 tahun belajar untuk STPM. Aku juga pada waktu itu membantu rakan aku menjual burger pada waktu malam. Aku lebih selesa untuk membantu rakan aku menjual burger kerana merasakan lebih santai.

Keputusan STPM muncul
3 ke 4 bulan STPM selesai akhirnya saat yang dinanti-nanti telah tiba. Hari pengumuman keputusan STPM 2004 akhirnya muncul jua. Memang berdebar-debar aku pada hari itu. Kerana sebelum keputusan STPM keluar aku memikirkan apa yang akan aku jadi sekiranya aku gagal untuk ke universiti. Cita-cita aku amat tinggi dan begitu mengharap untuk layak masuk ke universiti.

Aku dan rakan-rakan aku semua berjanji untuk bertemu di Nasi Kandar Irfanah dan pergi bersama-sama ke sekolah untuk mengambil keputusan. Sampai di sekolah kami bertemu dengan Amir, rupanya Amir telah terlebih dahulu mengambil keputusan. Dia dengan ceria memaklumkan yang dia mendapat keputusan yang baik. Langkah aku dan rakan-rakan aku semakin cemas untuk ke kantin sekolah. Ini kerana pengedaran slip keputusan STPM dilakukan di kantin. Aku masih ingat sewaktu aku menghampiri kantin, Cikgu Ooi yang selama ini cukup begis di sekolah menyambut kami dengan penuh senyum. Bagai tidak percaya Cikgu Ooi mengerti apa itu senyuman.

Aku pergi kepada guru kelas aku iaitu Cikgu Hayati, dia mencari slip keputusan aku dan menyerahkan kepada aku. Aku melihat keputusan STPM aku dan bersyukur aku tidak gagal dalam Pengajian Am dan subjek-subjek lain juga aku mendapat keputusan agak baik dan boleh dikatakan baik. Rasanya tidak perlu disebutkan keputusan penuh. Aku berasa lega dan aku sedikit yakin yang aku boleh masuk ke universiti. Begitu juga dengan rakan-rakan aku lain yang nakal sebelum ini. Keputusan mereka baik dan layan  untuk memohon masuk ke universiti. Cuma ada seorang dua yang mungkin bukan rezeki yang mana terkandas sedikit dalam Pengajian Am.

Memohon ke Universiti
Selang beberapa hari selepas keputusan STPM, tawaran permohonan ke universiti awam mula dibuka melalui sistem online UPU. Aku tidak tahu memohon kursus apa, tetapi aku memang meminati bidang saing sosial. Aku memohon kursus-kursus seperti Hubungan Antarabangsa, Sains Politik dan beberapa kursus perguruan di beberapa universiti awam seluruh Malaysia. Aku tiada bimbingan untuk memilih kursus di universiti pada waktu itu. Ini kerana dalam keluarga aku, aku lah orang pertama yang memohon masuk ke universiti.

Selesai proses memohon ke unversiti, aku dan rakan-rakan yang lain meneruskan rutin hidup kami seperti biasa seperti bermain snooker, lepak di kedai mamak dan ronda kesana-sana kesini. Kami rasakan itulah masanya kehidupan yang bebas dari sebarang tanggungjawab dan tidak perlu memikirkan sesuatu yang rumit. Girlfriend?? Memang aku dan majoriti kawan-kawan aku pada waktu itu tidak mempunyai girlfriend. Kami lebih mementingkan pertalian persahabatan daripada percintaan. Mungkin sebab itu perhubungan persahabatan kami kekal hingga hari ini, yang mana dari kecil kami telah bersahabat. Hanya segelintir kecil sahaja yang pada waktu itu terjerumus ke alam percintaan. Pada zaman persekolahan aku dahulu sesiapa yang mempunyai awek akan dikutuk di digelar "Mat Bunga". Hari-hari berlalu dengan pantas dan akhirnya keputusan ke universiti keluar.

Tawaran ke Universiti
Berita dalam televisyen telah memaklumkan bahawa keputusan tawaran ke IPTA akan dapat diketahui keesokannya. Semua kami berdebar, namun bila tiba harinya sistem online UPU masih lagi tidak boleh disemak dan tertera di laman web tersebut bahawa keputusan akan diumumkan pada hari berikutnya.

Tiba hari berikutnya, aku bangun dari tidur dan terus menghidupkan komputer Pentium II, windows 98 yang menggunakan talian internet Dailling Up TM1515 yang terdapat dirumah aku yang ayah aku beli melalui skim KWSP dibawah program "satu rumah satu komputer". Aku mengekses kepada internet dengan penuh debar. Aku masuk ke dalam laman web UPU dan memasukan nombor kad pengenalan aku. Selang beberapa ketika terpapar keputusan yang aku layak untuk masuk ke Universiti Sains Malaysia USM dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa pada waktu itu, hanya tersenyum dan aku memberi tahu kepada emak aku yang sedang menjahit pakaian, bahawa aku layak masuk ke USM. Emak aku tidak memberi respon yang banyak mungkin sebagai orang tua dia tidak faham erti layak masuk ke universiti, lagi pun aku pernah masuk ke politeknik sebelum ini. Mungkin emak aku memikirkan yang sama sahaja masuk ke politeknik dan universiti.

Walaupun aku seronok kerana telah diterima masuk ke USM tapi aku masih kurang jelas apakah itu kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Rupanya setelah aku belajar barulah aku tahu, itu adalah Sains Sosial (sosial itu maksudnya masyarakat) yang memang aku minat dan aku membuat pengkhususan atau pun digelar kursus Major dalam bidang Sains Politik dan Minor dalam Pengajian Islam. Di USM dalam bidang sains kemasyarakatan, pelajar boleh memilih sama ada untuk membuat pengkhususan berdasarkan kecenderungan sama ada sains politik, ekonomi atau antropolgi sosiologi pada semester kedua.

Kawan aku yang lain juga yang satu “geng jahat” sewaktu zaman sekolah dahulu juga ramai telah diterima masuk ke universiti. Mat Pi mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Sukan, Amar mendapat ke Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang komunikasi tetapi dia gagal menyesuaikan diri di Sarawak dan mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran ke Uitm Shah Alam juga dalam komunikasi, Faruqi ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang Hubungan Antarabangsa, Amir dan Jamil juga ke Universiti Utara Malaysia masing-masing dalam bidang sumber manusia dan pengurusan, Nori ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan sains sukan, Usop juga mendapat tawaran ke Universiti Sains Malaysia seperti aku tetapi dalam bidang komunikasi, Ling Waran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang. Bagi pelajar-pelajar perempuan yang aku tahu, Nurul mendapat tawaran ke Uitm Kangar dalam bidang pemasaran dan Silah ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang pentadbiran perniagaan. Lain-lain budak perempuan tidak tahu perkembangan.


Sekarang bila terkenangkan kembali, kami tidak menyangka yang kumpulan pelajar nakal seperti kami semua dapat menyambung pelajar hingga ke universiti. Nakal kami bukan hanya bermula dari tingkatan enam tetapi dari tingkatan satu dengan kisah ponteng sekolahnya dan pelbagai lagi kenakalan. Jika dinilai semula sikap dan tingkah laku kami semua dari awal memang orang akan mengatakan kami tidak akan berpeluang seperti berikut. Namun kami berpegang kepada prinsip apa jua yang kita buat, kita mesti tahu siapa diri kita yang sebenar dan barulah kita tidak akan hanyut dan lupa diri. Senakal mana dan se "enjoy" mana pun kita, tetapi selagi kita tahu dan sedar yang kita itu adalah seorang pelajar maka kita perlu belajar kerana itu adalah tanggungjawab utama dan begitulah yang harus kita pegang dalam urusan-urusan lain dalam kehidupan kita hari ini dan akan datang.

Kejayaan Hari Ini.
Hari ini walaupun kami semua tidaklah sehebat elit-elit lain dalam masyarakat namun masing-masing dari kami semua telah memperolehi kejayaan yang jika dilihat dari kenakalan atau kejahatan kami dari dahulu ianya mungkin mustahil. Hari ini aku bergelar pensyarah di kolej swasta berprestij di Pulau Pinang yang bakal dinaik taraf sebagai kolej universiti, Amar bertugas sebagai perunding kewangan, Mat Pi kini menjadi guru sekolah rendah, Nori juga menjadi guru sekolah menengah, Amir kini pegawai kerajaan, Jamil eksekutif bank, Usop bertugas sebagai wartawan bersama TV9, Ling Waran kini seorang peguam, Ashun kini seorang programmer, Faruqi kini eksekutif PLUS Malaysia, Edreena kini menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan ramai lagi kawan-kawan aku yang lain juga boleh dikatakan semuanya mempunyai karjaya yang boleh dibanggakan. Kini hampir lebih separuh dari kawan-kawan aku sudah berkeluarga dan bakal berkeluarga dan ada yang bercahaya mata. Aku??? Insyaallah kalau ada rezeki..

Sekian, tamatlah sudah catatan dan rakaman pengalaman aku sewaktu belajar di tingkatan enam Bukit Mertajam High School. Kisah ini aku kongsikan untuk tatapan dan bacaan kepada sesiapa yang berminat. Sengaja juga aku rakamkan dalam blog ini, kerana jika pengalaman dan kenangan ini tersimpan disini ianya akan kekal hingga bila-bila selagi internet wujud di dunia ini berbanding jika aku simpan pengalaman dan kenangan itu hanya dikepala aku atau di dalam kertas. Mungkin lagi 20 atau 30 tahun akan datang, jika aku atau rakan-rakan lain yang terlibat dalam kisah ini terjumpa semula penulisan ini pasti akan membuatkan aku dan mereka tersenyum sendirian. 

Sekali lagi aku memohon maaf sekiranya terdapat bahagian-bahagian atau kata-kata dalam penulisan ini dari part 1 hingga 8 yang ada mengguris hati mana-mana pihak. Ini adalah penulisan jujur dari aku dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan jauh sekali untuk berbangga diri. Moga yang baik dari penulisan ini boleh dijadikan tauladan atau pembakar semangat kepada yang membaca dan buruk boleh dijadikan sempadan dan pengajaran. Terima kasih dan perhargaan yang tidak terhingga juga kepada semua guru-guru yang telah mendidik aku sewaktu aku di Bukit Mertajam High School dari 1998 hinggalah 2004 dengan penuh ikhlas dan tekun, sesungguhnya jasa guru-guru semua tidak dapat dan tidak termampu aku dan rakan-rakan balas. Sekali lagi terima kasih kepada sudi membaca. -TTK-



Di bawah adalah senarai penuh link-link dari part 1 hingga 8.

PART 1
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004.html

PART 2
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004_08.html

PART 3
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004_09.html

PART 4
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004_10.html

PART 5

PART 6

PART 7

Thursday, March 27, 2014

Antara Rakyat, Kerajaan dan Negara



Hari ini walaupun sudah hampir 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan namum rakyat negara kita malahan pemimpin-pemimpin dalam negara kita juga dilihat masih lagi tidak mampu untuk melihat dan membezakan antara rakyat, kerajaan dan negara. Kesukaran memahami dan membezakan ketiga-tiga perkara inilah yang menyebabkan salah faham dan krisis terhadap sistem kenegaraan kita hari ini. Maka tidak hairanlah pada hari ini, rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan atau melawan tindakan kerajaan akan digelar dan dituduh sebagai pengkhainat negara dan dengan tuduhan-tuduhan yang mahu merosakan negara dan sebagainya. Juga pemimpin yang terus membolot dan menggunakan harta negara kerana beranggapan bahawa dia adalah kerajaan dan rakyat terus merayu dan meminta kerana beranggapan bahawa rakyat adalah hamba yang perlu menurut perintah.


Sebenarnya semua tanggapan ini adalah salah sama sekali. Rakyat, kerajaan dan negara perlu dilihat dan dinilai dalam waktu yang sama tetapi pada tempat yang berbeza. Apa yang ingin penulisan ini sampaikan dan mahu memberi pencerahan kepada pembaca bahawa dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia, “rakyat” itu merupakan “tuan” atau boss kepada negara. Jika rakyat adalah tuan, boss atau tauke dalam sebuah negara, bagaimana pula dengan kerajaan? Bukankah kerajaan itu merupakan pemerintah?. Jawapannya adalah ya, memang kerajaan itu merupakan pihak yang memerintah tetapi ini bukan bermaksud mereka adalah tuan yang mutlak. Kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia adalah seperti “pengurus” yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja mengurus. Kerajaan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja menguruskan negara. Untuk siapa kerajaan ini menguruskan negara?. Jawapannya kerajaan menguruskan negara ini untuk rakyat.


Jadi setakat ini adakah pembaca yang budiman dapat melihat garis pemisah antara rakyat, kerajaan dan negara. Jika masih kurang jelas biar saya jelaskan dalam bentuk perbandingan. Mari saya membawa pemikiran pembaca kepada sebuah organisasi syarikat. Didalam sesebuah syarikat mesti terdapat majikan dan pekerja(pengurus). Dalam contoh ini, “syarikat” itu tadi boleh diumpamakan sebagai “negara” manakala “majikan” pula boleh diumpamakan sebagai “rakyat” dan “pengurus” boleh diumpamakan sebagai “kerajaan”. Kenapa saya mengatakan begitu? Mari kita lihat perenggan seterusnya.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/protests-reflect-vibrant-democracy-pm/
Dalam sebuah syarikat, siapa yang melantik pengurus? Jawapannya sudah tentu majikan. Bagaimana pengurus ini dilantik? Jawapannya sewaktu sesi temuduga dan si pengurus tadi mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan sebagai pengurus. Dalam sistem negara kita siapa yang melantik kerajaan? Maka jawapannya adalah rakyat. Bila rakyat melantik kerajaan? Jawapannya ialah sewaktu pilihanraya bilamana parti-parti politik tertentu menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya dan mahu dilantik untuk mengisi kekosongan sebagai kerajaan setelah parlimen dibubarkan. Tujuan apa majikan melantik pengurus? Sudah tentu untuk mengarahkannya menguruskan kerja-kerja syarikat. Dan kenapa rakyat melantik kerajaan? Tujuannya adalah untuk menguruskan negara. Jadi dalam sebuah syarikat siapa yang mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat seseorang pengurus? Jawapannya sudah tentu majikan. Juga dalam sistem negara kita, siapa yang mempunyai kuasa untuk melantik dan menukar kerajaan? Jawapannya sudah tentu rakyat. Maka adakah tidak tepat jika dikatakan rakyat itu adalah tuan,boss atau tauke dan kerajaan itu adalah pengurus, pekerja atau dengan kata lain kuli dalam sistem kenegaraan ini. 


Dalam sesebuah syarikat jika seoarang pengurus itu tidak pandai melaksanakan kerja dan tugas yang diamanahkan kepadanya apakah tindakan yang selalu diambil oleh majikan. Jika seorang pengurus itu tidak amanah, selalui mencuri duit syarikat, menyalahgunakan harta syarikat untuk kepentingan peribadi adakah pengurus ini patut diberi pujian dan dinaikkan pangkat. Jika seorang pengurus menyebabkan kuailiti produk keluaran syarikatnya merosot dan menyebabkan syarikat kerugian hampir setiap tahun adakah majikan mahu menyimpan lagi pengurus yang sebegini. Dapatkah pembaca yang budiman bayangkan apa yang akan terjadi kepada syarikat tersebut jika pengurus yang sebegitu terus dikekalkan untuk mengurus syarikat tersebut. Sudah pasti syarikat tersebut akan bangkrap dan majikan akan kehilangan perniagaannya serta hidup dalam keadaan merana. Adakah jika majikan memarahi pengurus yang tidak bertanggungjawab tersebut maka majikan tersebut akan digelar tidak bersyukur. Adakah jika majikan memecat pengurus tersebut maka majikan akan digelar sebagai pengkhainat syarikat  dan tidak setia dan tidak sayangkan syarikat. 


Manusia yang berfikiran waras pasti akan melihat tindakan majikan memarahi atau mungkin memecat penguruskan tersebut kerana majikan tersebut sayangkan kepada syarikatnya. Majikan tersebut tidak mahu syarikat mengalami kerugian setiap tahun yang mana kerugian tersebut akan ditanggung oleh majikan itu sendiri dan majikan tidak mahu syarikat tersebut bangkrap dan terpaksa ditutup. Maka berdosakah tindakan majikan yang mengambil tindakan terhadap pengurus tersebut.


Berbalik kepada sistem kenegaraan kita, kita mengatakan tadi yang rakyat itu adalah majikan, kerajaan itu adalah pengurus dan syarikat itu adalah negara. Jika sebuah kerajaan itu tidak pandai melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat, mengapakah rakyat pula yang dipersalahkan jika mereka memarahi kerajaan hingga ada yang menggelar mereka sebagai pengkhainat atau tidak tahu bersyukur. Apa perlu kita bersyukur apabila melihat pihak kerajaan yang sedang rakus merosakkan negara. Sebagai rakyat jika terus berdiam diri ini bermaksud rakyat tadi mahukan negaranya musnah atau bangkrap yang mana pihak yang akan menanggung beban daripada kemusnahan itu tadi adalah rakyat. 


Harus diingat, tindakan majikan yang memarahi atau memecat pengurusnya tadi, kerana dia mahu menyelamatkan syarikatnya. Begitu juga dengan rakyat yang menentang kerajaan dan mengkritik kerajaan atau menukar kerajaan adalah kerana rakyat tadi mahu menyelamatkan negaranya dan tidak mahu negaranya musnah. Kesetiaan, ketaatan dan sumpah setia yang tidak berbelah bagi setiap rakyat tanpa mengira apa bangsa dan agama adalah kepada negara dan bukannya kepada kerajaan. Kerajaan sifatnya boleh berubah dan bertukar ganti tetapi negara sifatnya kekal. Yang perlu dipertahankan bermati-matian adalah negara dan bukannya kerajaan. Jadi jika sudah jelas dan terang kelihatan sesebuah kerajaan itu sedang merosakkan negara maka amatlah wajar untuk kita tetang kerana kita semua cintakan kepada negara Malaysia ini.-TTK-

Pencerahan: TTK adalah bermaksud Teh Tarik Komtar. Ini bermaksud aktikel ini adalah hasil penulisan sendiri oleh admin blog Teh Tarik Komtar.