Selesai STPM dan Menanti Keputusan
Selesai STPM
masing-masing ingin mencari pekerjaan sementara untuk menunggu keputusan
keluar. Aku sebenarnya setelah selesai STPM, aku mula menjadi kekok setiap malam
di rumah. Ini kerana setiap malam bermula dari jam 8.30 hingga 11.30 malam aku mesti masuk ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Perkara tersebut telah
menjadi tabiat aku. Namun setelah habis STPM aku sudah tidak ada subjek untuk diulangkaji dan aku mula merasa kekok dengan situasi tersebut.
Pada waktu
menunggu keputusan STPM aku masih lagi bermain ragbi, kali ini Mat Pi mengajak
aku untuk menyertainya bermain pasukan Polis Kedah. Aku bersetuju dengan ajakan
Mat Pi. Bila ada perlawanan kami akan menunggu di plaza tol Sungai Dua dan Van
dari kontigen Polis Kedah akan mengambil kami di plaza tol tersebut. Aku yang
pada waktu itu berjanggut tebal dan berambut panjang dan kembang seperti penyanyi alleycats menaiki
van polis tidak ubah seperti penjahat yang baru ditangkap polis. Aku rasakan
jika orang lain melihat kami dalam van polis pada waktu itu pasti akan menyangka
yang kami ini banduan yang hendak dibawa ke balai polis. Sememangnya banyak
pengalaman dan keseronokan bermain dengan pasukan polis kedah tersebut.
Mencari Kerja
Setelah beberapa
lama tamat peperiksaan STPM dan menunggu keputusan, aku mula mahu mencari kerja. Satu hari
aku bersama dengan dengan Faruqi, Ashun dan Nori pergi memohon pekerjaan di
Carefour Seberang Jaya. Kami hanya membawa keputusan SPM dan tidak memberi tahu
yang kami sedang menunggu keputusan STPM, ini kerana rata-rata industri pada
waktu itu tidak mahu mengambil mereka yang sedang menunggu keputusan SPM
bekerja kerana mereka tahu golongan ini hanya mahu bekerja untuk sekejap
sahaja.
Dengan usia kami
pada waktu itu sudah 19 tahun maka kakitangan pengurusan Carefour yang
menemuduga kami tidak menyedari yang kami juga sebenarnya sedang menunggu keputusan
tetapi bukan SPM sebaliknya STPM. Selang beberapa hari aku dan Faruqi diterima
bekerja sebagai pekerja stor di Carefour Seberang Jaya. Namun Ashun dan Nori
tidak diterima. Aku memulakan kerja di Carefour Seberang Jaya sebagai pekerja
stor dibahagian minuman. Hari-hari kerja aku menyusun botol air minuman dan aku
amat bosan dengan kerja tersebut. Terlintas difikiran aku jika aku tidak layak
untuk masuk ke universiti nanti apakah aku akan jadi, dan apakah kerja yang akan aku buat dan adakah aku akan terus menyusun botol air ini sampai bila-bila.
Aku amat bosan
dan langsung tidak ada minat untuk bekerja waktu itu. Tidak beberapa lama Nori
pula diterima untuk bekerja di Carefour, tetapi dia dilantik sebagai pengawal
keselamatan Carefour. Kami semua mengketawakan Nori kerana bekerja untuk jawatan
orang tua (menteliti baru habis STPM). Ashun pada waktu itu telah mula bekerja menjaga kedai snooker di Bandar Perda. Aku hanya bekerja tidak sampai sebulan disitu dan aku berhenti. Selang
beberapa minggu aku pergi bekerja di supermarket Sunshine di Sungai Rambai
bersama Amar dan Wadi. Aku hanya bekerja 3 hari disitu dan aku berhenti.
Tidak beberapa lama pula selepas itu pula, Mat Pi mengajak aku untuk kerja part-time di Shopping Complex Megamall, kerja aku kali ini adalah membungkus pakaian dalam wanita di kuanter bayaran. Pada mulanya memang perasaan segan dan malu menguasai diri, apabila aku seorang jejaka 19 tahun yang kelihatan gagah dan mungkin tampan perlu memegang dan membungkus pakaian dalam wanita dihadapan wanita-wanita yang ramai yang sedang menunggu untuk membuat bayaran, namun seperti pepatah Melayu "alah bisa tegal biasa". Kerja itu hanya part time untuk 3 hari pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan selepas 3 hari gaji dibayar jadi aku rasa sesuai untuk aku yang mahukan kerja yang lebih santai.
Tidak beberapa lama pula selepas itu pula, Mat Pi mengajak aku untuk kerja part-time di Shopping Complex Megamall, kerja aku kali ini adalah membungkus pakaian dalam wanita di kuanter bayaran. Pada mulanya memang perasaan segan dan malu menguasai diri, apabila aku seorang jejaka 19 tahun yang kelihatan gagah dan mungkin tampan perlu memegang dan membungkus pakaian dalam wanita dihadapan wanita-wanita yang ramai yang sedang menunggu untuk membuat bayaran, namun seperti pepatah Melayu "alah bisa tegal biasa". Kerja itu hanya part time untuk 3 hari pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan selepas 3 hari gaji dibayar jadi aku rasa sesuai untuk aku yang mahukan kerja yang lebih santai.
Sebenarnya
aku memang malas untuk bekerja pada waktu sedang menunggu keputusan STPM, kerana bagi aku selepas habis
STPM aku mahu berehat sepuas-puasnya dan tidur sepuas-puasnya bagi mengganti semula rehat
dan tidur aku yang banyak tertangguh selama hampir 2 tahun belajar untuk STPM.
Aku juga pada waktu itu membantu rakan aku menjual burger pada waktu malam. Aku
lebih selesa untuk membantu rakan aku menjual burger kerana merasakan lebih santai.
Keputusan STPM muncul
3 ke 4 bulan
STPM selesai akhirnya saat yang dinanti-nanti telah tiba. Hari pengumuman
keputusan STPM 2004 akhirnya muncul jua. Memang berdebar-debar aku pada hari
itu. Kerana sebelum keputusan STPM keluar aku memikirkan apa yang akan aku jadi
sekiranya aku gagal untuk ke universiti. Cita-cita aku amat tinggi dan begitu
mengharap untuk layak masuk ke universiti.
Aku dan
rakan-rakan aku semua berjanji untuk bertemu di Nasi Kandar Irfanah dan pergi
bersama-sama ke sekolah untuk mengambil keputusan. Sampai di sekolah kami
bertemu dengan Amir, rupanya Amir telah terlebih dahulu mengambil keputusan. Dia dengan ceria memaklumkan yang dia mendapat keputusan yang baik. Langkah aku dan
rakan-rakan aku semakin cemas untuk ke kantin sekolah. Ini kerana pengedaran
slip keputusan STPM dilakukan di kantin. Aku masih ingat sewaktu aku menghampiri kantin, Cikgu Ooi yang selama ini cukup begis di sekolah menyambut kami dengan penuh senyum. Bagai tidak percaya Cikgu Ooi mengerti apa itu senyuman.
Aku pergi kepada
guru kelas aku iaitu Cikgu Hayati, dia mencari slip keputusan aku dan
menyerahkan kepada aku. Aku melihat keputusan STPM aku dan bersyukur aku tidak
gagal dalam Pengajian Am dan subjek-subjek lain juga aku mendapat keputusan
agak baik dan boleh dikatakan baik. Rasanya tidak perlu disebutkan keputusan penuh. Aku berasa lega dan
aku sedikit yakin yang aku boleh masuk ke universiti. Begitu juga dengan
rakan-rakan aku lain yang nakal sebelum ini. Keputusan mereka baik dan layan untuk memohon masuk ke universiti. Cuma ada seorang dua yang mungkin bukan
rezeki yang mana terkandas sedikit dalam Pengajian Am.
Memohon ke Universiti
Selang beberapa
hari selepas keputusan STPM, tawaran permohonan ke universiti awam mula dibuka
melalui sistem online UPU. Aku tidak tahu memohon kursus apa, tetapi aku memang
meminati bidang saing sosial. Aku memohon kursus-kursus seperti Hubungan
Antarabangsa, Sains Politik dan beberapa kursus perguruan di beberapa
universiti awam seluruh Malaysia. Aku tiada bimbingan untuk memilih kursus di universiti
pada waktu itu. Ini kerana dalam keluarga aku, aku lah orang pertama yang
memohon masuk ke universiti.
Selesai proses
memohon ke unversiti, aku dan rakan-rakan yang lain meneruskan rutin hidup kami
seperti biasa seperti bermain snooker, lepak di kedai mamak dan ronda
kesana-sana kesini. Kami rasakan itulah masanya kehidupan yang bebas dari
sebarang tanggungjawab dan tidak perlu memikirkan sesuatu yang rumit. Girlfriend?? Memang aku dan majoriti kawan-kawan aku pada waktu itu tidak mempunyai girlfriend. Kami lebih mementingkan pertalian persahabatan daripada percintaan. Mungkin sebab itu perhubungan persahabatan kami kekal hingga hari ini, yang mana dari kecil kami telah bersahabat. Hanya segelintir kecil sahaja yang pada waktu itu terjerumus ke alam percintaan. Pada zaman persekolahan aku dahulu sesiapa yang mempunyai awek akan dikutuk di digelar "Mat Bunga". Hari-hari berlalu dengan pantas dan akhirnya keputusan
ke universiti keluar.
Tawaran ke Universiti
Berita dalam
televisyen telah memaklumkan bahawa keputusan tawaran ke IPTA akan dapat
diketahui keesokannya. Semua kami berdebar, namun bila tiba harinya sistem online UPU masih lagi tidak boleh disemak dan tertera di laman web tersebut
bahawa keputusan akan diumumkan pada hari berikutnya.
Tiba hari
berikutnya, aku bangun dari tidur dan terus menghidupkan komputer Pentium II, windows 98 yang menggunakan talian internet Dailling Up TM1515 yang terdapat dirumah aku yang ayah aku
beli melalui skim KWSP dibawah program "satu rumah satu komputer". Aku mengekses kepada internet dengan penuh debar. Aku
masuk ke dalam laman web UPU dan memasukan nombor kad pengenalan aku. Selang
beberapa ketika terpapar keputusan yang aku layak untuk masuk ke Universiti
Sains Malaysia USM dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.
Aku
tidak tahu untuk berkata apa-apa pada waktu itu, hanya tersenyum dan aku memberi tahu kepada emak aku yang sedang menjahit pakaian, bahawa aku layak masuk ke USM. Emak aku tidak memberi respon yang banyak mungkin sebagai orang tua dia tidak faham erti layak masuk ke universiti, lagi pun aku pernah masuk ke politeknik sebelum ini. Mungkin emak aku memikirkan yang sama sahaja masuk ke politeknik dan universiti.
Walaupun aku seronok kerana telah diterima masuk ke USM tapi aku masih kurang
jelas apakah itu kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Rupanya setelah aku belajar
barulah aku tahu, itu adalah Sains Sosial (sosial itu maksudnya masyarakat) yang memang aku minat dan aku membuat
pengkhususan atau pun digelar kursus Major dalam bidang Sains Politik dan Minor dalam Pengajian Islam. Di USM dalam bidang sains kemasyarakatan, pelajar boleh memilih sama ada untuk membuat pengkhususan berdasarkan kecenderungan sama ada sains politik, ekonomi atau antropolgi sosiologi pada semester kedua.
Kawan aku yang
lain juga yang satu “geng jahat” sewaktu zaman sekolah dahulu juga ramai telah diterima
masuk ke universiti. Mat Pi mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Sabah dalam
bidang Sains Sukan, Amar mendapat ke Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang
komunikasi tetapi dia gagal menyesuaikan diri di Sarawak dan mengambil
keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran ke Uitm Shah Alam juga dalam komunikasi, Faruqi ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang Hubungan
Antarabangsa, Amir dan Jamil juga ke Universiti Utara Malaysia masing-masing
dalam bidang sumber manusia dan pengurusan, Nori ke Universiti Pendidikan
Sultan Idris dalam bidang pendidikan sains sukan, Usop juga mendapat tawaran ke Universiti
Sains Malaysia seperti aku tetapi dalam bidang komunikasi, Ling Waran ke Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang. Bagi pelajar-pelajar perempuan
yang aku tahu, Nurul mendapat tawaran ke Uitm Kangar dalam bidang pemasaran dan
Silah ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Lain-lain budak perempuan tidak tahu perkembangan.
Sekarang bila
terkenangkan kembali, kami tidak menyangka yang kumpulan pelajar nakal seperti
kami semua dapat menyambung pelajar hingga ke universiti. Nakal kami bukan hanya bermula dari tingkatan enam tetapi dari tingkatan satu dengan kisah ponteng sekolahnya dan pelbagai lagi kenakalan. Jika dinilai semula
sikap dan tingkah laku kami semua dari awal memang orang akan mengatakan kami
tidak akan berpeluang seperti berikut. Namun kami berpegang kepada prinsip apa
jua yang kita buat, kita mesti tahu siapa diri kita yang sebenar dan barulah
kita tidak akan hanyut dan lupa diri. Senakal mana dan se "enjoy" mana pun kita, tetapi selagi kita tahu dan sedar yang kita itu adalah seorang pelajar maka kita perlu belajar kerana itu adalah tanggungjawab utama dan begitulah yang harus kita pegang dalam urusan-urusan lain dalam kehidupan kita hari ini dan akan datang.
Kejayaan Hari Ini.
Hari ini walaupun kami semua tidaklah sehebat elit-elit lain dalam masyarakat namun masing-masing dari kami semua telah memperolehi kejayaan yang jika dilihat dari kenakalan atau kejahatan kami dari dahulu ianya mungkin mustahil. Hari ini aku bergelar pensyarah di kolej swasta berprestij di Pulau Pinang yang bakal dinaik taraf sebagai kolej universiti, Amar bertugas sebagai perunding kewangan, Mat Pi kini menjadi guru sekolah rendah, Nori juga menjadi guru sekolah menengah, Amir kini pegawai kerajaan, Jamil eksekutif bank, Usop bertugas sebagai wartawan bersama TV9, Ling Waran kini seorang peguam, Ashun kini seorang programmer, Faruqi kini eksekutif PLUS Malaysia, Edreena kini menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan ramai lagi kawan-kawan aku yang lain juga boleh dikatakan semuanya mempunyai karjaya yang boleh dibanggakan. Kini hampir lebih separuh dari kawan-kawan aku sudah berkeluarga dan bakal berkeluarga dan ada yang bercahaya mata. Aku??? Insyaallah kalau ada rezeki..
Sekian, tamatlah sudah catatan dan rakaman pengalaman aku sewaktu belajar di tingkatan enam Bukit Mertajam High School. Kisah ini aku kongsikan untuk tatapan dan bacaan kepada sesiapa yang berminat. Sengaja juga aku rakamkan dalam blog ini, kerana jika pengalaman dan kenangan ini tersimpan disini ianya akan kekal hingga bila-bila selagi internet wujud di dunia ini berbanding jika aku simpan pengalaman dan kenangan itu hanya dikepala aku atau di dalam kertas. Mungkin lagi 20 atau 30 tahun akan datang, jika aku atau rakan-rakan lain yang terlibat dalam kisah ini terjumpa semula penulisan ini pasti akan membuatkan aku dan mereka tersenyum sendirian.
Sekali lagi aku memohon maaf sekiranya terdapat bahagian-bahagian atau kata-kata dalam penulisan ini dari part 1 hingga 8 yang ada mengguris hati mana-mana pihak. Ini adalah penulisan jujur dari aku dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan jauh sekali untuk berbangga diri. Moga yang baik dari penulisan ini boleh dijadikan tauladan atau pembakar semangat kepada yang membaca dan buruk boleh dijadikan sempadan dan pengajaran. Terima kasih dan perhargaan yang tidak terhingga juga kepada semua guru-guru yang telah mendidik aku sewaktu aku di Bukit Mertajam High School dari 1998 hinggalah 2004 dengan penuh ikhlas dan tekun, sesungguhnya jasa guru-guru semua tidak dapat dan tidak termampu aku dan rakan-rakan balas. Sekali lagi terima kasih kepada sudi membaca. -TTK-
Di bawah adalah senarai penuh link-link dari part 1 hingga 8.
PART 1
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004.htmlPART 2
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004_08.html
PART 3
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004_09.html
PART 4
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004_10.html
PART 5
PART 6
PART 7
2 comments:
tahniah kepada pemilik blog the tarik komtar,anda Berjaya membawa pembaca masuk ke alam persekolahan anda..sebagi seorang pembaca blog yang mengikuti alampersekolahan anda dari part 1 - part 8,saya terasa seolah2 berada d dalam HSBM....teruskan menulis ilmu2 yang bermanfaat...keep it up....
Terima kasih..
Post a Comment