Aku meminta maaf kepada follower "Kenangan di Tingkatan Enam 2003 - 2004" kerana lambat untuk menerbitkan artikel bahagian ke-4 kisah ini. Ini kerana kesibukan aku bekerja membuatkan feeling dan mood untuk menulis itu kurang. Ini kerana untuk menulis kita memerlukan mood yang sesuai. Penulisan dalam bentuk paksaan adalah satu penulis yang tidak jujur dan aku tidak mahu menghasilkan penulisan yang tidak jujur.
Sebelum aku menyambung kisah yang terhenti pada perenggan terakhir part 3 yang lalu, aku ingin mengimbau kembali kisah - kisah yang mana aku terlepas untuk merakamkannya dalam bahagian - bahagian sebelum ini. Mujur kawan - kawan mengingatkan kembali banyak kisah - kisah yang aku tertinggal. Rupanya penulisan aku ini banyak menyentuh dan mengusik jiwa rakan - rakan aku yang lain.
Ditangkap Merokok Sambil Mulut Berasap
Aku ingin mengimbau kisah aku, Jhon, dan mat pie ditangkap sedang mengisap rokok dibelakang block lama sebelah stor buku teks(sekarang mungkin stor buku tersebut telah bertukar sifat dan peranan). Pada waktu itu kami bertiga sedang ponteng kelas, kami berlegar - legar dan menyembunyikan diri dari dilihat oleh guru disiplin. Akhirnya kami berhenti dibelakang block lama sebelah stor buku teks tersebut. Sebenarnya pada waktu itu kami baru sahaja lepas dikejar guru penolong kanan hal ehwal murid Cikgu Nazri. Sewaktu berhenti disitu, Jhon mengeluarkan sebatang rokok, Jhon menyalakan rokok tersebut dan mengisapnya. Setelah tinggal separuh Jhon memberikan kepada aku, Mat Pie tidak merokok. Aku mengisap rokok yang Jhon berikan kepada aku. Sedang aku menyedut dan menghembus asap rokok tersebut, entah dari mana dan bagaimana tiba - tiba guru disiplin yang paling digeruni iaitu Cikgu Mat Nor muncul betul - betul dihadapan aku.
Aku terkejut dan tergamam, sudah tidak mampu berbuat apa - apa. Untuk melarikan diri sudah tidak berguna kerana Cikgu Mat Nor telah nampak dengan jelas dan cam muka kami bertiga. Aku sudah tidak punya idea untuk melepaskan diri pada waktu, hanya yang mampu aku lakukan ialah tersenyum dan tersengih sambil asap rokok yang belum sempat aku hembus tadi keluar dari mulut aku ketika tersengeh. Aku hanya berserah pada waktu itu kerana aku tidak boleh menafikan lagi yang aku tidak merokok kerana jelas cikgu mat nor nampak asap rokok terbuai - buai keluar dari mulut aku tanpa rela.
Kami bertiga hanya berserah dan bersedia untuk menerima amukkan cikgu mat nor kerana satu sekolah telah mengetahui keganasan dan kebrutallan dia. Namum sangkaan kami meleset, cikgu mat nor yang begitu bengis sebelum itu bertukar perwatakan menjadi cukup cool dan tenang sekali mengendalikan kesalahan yang kami lakukan. Cikgu Mat Nor hanya menggelengkan kepala dan mengeluh panjang melihat perangai kami. Kata - katanya lebih kurang begini "kenapalaa... dengan hampa ni... saya dah tak tau nak buat apa... jom ikut saya pi jumpa cikgu nazri, dia duk cari hampa lama dah" apabila mendengar kata - kata cikgu mat nor tersebut, Jhon terus menjawab sambil mencebikkan muka "takmau!!! kami tak mau jumpa cikgu nazri" apabila mendengar nama cikgu nazri kami menjadi kecut perut, memang cikgu nazri cukup anti dengan geng kami hihihihi. Cikgu Mat Nor terus memujuk kami dengan lembut agar kami mengikut dia. Sebenarnya kami bertiga menjadi pelik dan merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cara Cikgu Mat Nor yang bersikap begitu lembut dan cool dengan kami pada waktu. Sikapnya pada waktu itu begitu kontra dengan sikap dan tindakannya sebelum - sebelum ini.
Kami terus enggan mengikut ajakan Cikgu Mat Nor untuk berjumpa dengan Cikgu Nazri. Selepas melihat keengganan kami terserbut Cikgu Mat Nor mula mengubah cadangan. Ayat yang ini masih betul - betul aku ingat dengan jelas, bunyi begini "kalau hampa tak mau pi jumpa Cikgu Nazri, jom pi jumpa Cikgu Zauridah kat bilik kuanseling" mendengar kata - kata tersebut Jhon sekali lagi dengan lantas menjawab "aarr kalau Cikgu Zauridah kami mau.." Kami bersetuju kerana hanya itulah pilihan yang terbaik kami ada. Setelah bersetuju dengan rundingan tersebut, kami bertiga bersama dengan Cikgu Mat Nor berjalan menuju ke bilik kuanseling. Sampai dibilik kuanseling kami bertiga terkejut kerana salah seorang member kami iaitu Adzin a.k.a Jinz telah berada dalam bilik kuanseling tersebut. Cikgu Mat Nor menyerahkan kami kepada Cikgu Zauridah dan terus berlalu meninggalkan kami. Kami tidak tahu kenapa Jinz terlebih awal lagi ditahan di bilik kuanseling. Jinz yang bersongkok hanya tersengih melihat kami bertiga masuk ke bilik kuanseling sambil disambut dengan muka yang cukup ketat oleh guru kuanseling iaitu Cikgu Zauridah.
Dibawa ke Bilik Kuanseling
Kami bertiga diarah duduk di atas kusyen bilik kuanseling bersama dengan Jinz. Cikgu Zauridah memulakan tazkirah dan sesi kuanselingnya. Kami berempat sambil membuat muka insaf dan menyesal sambil mendengar kata - kata nasihat dari Cikgu Zauridah dengan penuh tawaduk. Tiba satu sesi Cikgu Zauridah menyebut nama kami seorang demi seorang sambil menyebut kesalahan kami. Tiba giliran Jinz ,Cikgu Zauridah mengarahkan dia membuka songkok yang dipakai. Jinz dengan selamber dan tersengeh membuka songkoknya dan terpampang jelas fesyen rambut "Sesame Street" yang dibuat olehnya. Kami bertiga menahan ketawa melihat tingkah laku Jinz. Mat Pie juga bersongkok pada waktu itu dan diarahkan menanggalkan songkoknya dan jelas kelihatan fesyen rambut sarang labah-labah di kepala Mat Pie. Cikgu Zauridah hanya mengelengkan kepala melihat fesyen rambut Jinz dan Mat Pie. Rupanya Jinz ditahan di bilik kuanseling kerana fesyen rambut "Sesame Street" tersebut.
Setelah hampir sejam dikuanselingkan oleh Cikgu Zauridah, kami diarahkan pulang ke kelas. Kami semua pulang ke kelas dengan rasa lega kerana tidak ada tindakkan disiplin yang serius diambil terhadap kami atas kesalahan kami tersebut. Selang seminggu selepas kejadian tersebut kami mendapat berita yang Cikgu Mat Nor telah pulang ke rahmatullah. Kami amat terkejut dengan berita tersebut dan aku bersama - sama dengan rakan - rakan aku menziarahi jenazah beliau dan mengiringi jenazah Arwah Cikgu Mat Nor hingga dia selamat dikebumikan. Sebenarnya arwah Cikgu Mat Nor memang telah bercuti panjang sebelum itu kerana beliau diserang strok. Setelah sihat dia kembali semula bertugas di sekolah. Mungkin perubahan sikap Cikgu Mat Nor ketika menangkap kami menghisap rokok tempoh hari adalah tanda - tanda dia bakal pergi mengadap yang Maha Esa buat selama - lamuanya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman, Al-fatihah.
Hati dan Perasan Seorang Lelaki
Selain dari kisah kenakalan, kawan - kawan aku juga tidak boleh lari dari kisah hati dan perasan. Buyam dari seorang yang begitu kuat tidur telah berubah sikap 100% setelah berjumpa dengan hati dan perasaannya. Kebiasaanya Buyam akan dikejut oleh kawan - kawan aku yang lain yang pergi ke rumahnya untuk mengajak ke sekolah, tetapi setelah berjumpa hati dan perasaannya sikap Buyam terus berubah, dia menjadi seorang yang rajin ke sekolah hingga dia yang bertindak menjadi peranan utama mengajak kawan - kawan lain ke sekolah. Tetapi panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Hati dan perasaan yang Buyam minati telah berhenti dari tingkatan 6 kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Uitm Sarawak. Bermula dari detik itu Buyam telah kehilangan hati dan perasaannya di tingkatan 6. Tidak lama selepas itu Buyam telah berhenti dari tingkatan 6 dan menyambung pelajaran di tempat lain. Itulah realiti hidup seganas dan sekeras mana hati seorang lelaki bisa tersentuh kerana seorang perempuan.
Forum Remaja
Jika pembaca mengikuti kisah - kisah di atas sudah tentu pembaca menyangka dan mantafsirkan aku dan kawan - kawan aku merupakan pelajar - pelajar yang jahat dan tidak berguna. Tetapi jangan silap, walaupun kami nakal sebegitu, tetapi dalam siri atau part 3 yang lalu aku ada menyebut yang kami juga tetap tekun belajar dan aktif baik dalam kurikulum dan kokurikulum. Walaupun aku dan kawan - kawan aku sepeti Mat Pie ditangkap dan mempunyai rekod disiplin tetapi kami juga aktif terlibat dengan aktivti - aktivit berpretij yang dianjurkan sekolah dan banyak kali naik ke atas pentas perhimpunan untuk menerima hadiah dan anugerah. Salah satu program yang aku dan Mat Pie sertai ada pertandingan Forum Remaja. Jika mengikut kebiasaan mana mungkin budak sejahat kami mahu dan boleh menyertai pertandingan seperti tersebut.
Aku dan Mat Pie bersama dua lagi rakan kelas aku menyertai peringkat saringan dalam karnival forum remaja tersebut. Tajuk pertama yang kami bahaskan dalam forum tersebut jika tidak salah adalah berkenaan "kejadian rogol terhadap kanak - kanak bawah umur". Aku masih ingat salah satu hujah yang aku berikan sewaktu forum tersebut ialah "Kejadian rogol terhadap kanak - kanak bawah umur ini adakalahnya berpunca dari sikap wanita dewasa itu sendiri, kerana wanita dewasa yang gemar berpakaian seksi menyebabkan lelaki bertindak merogol kanak-kanak perempuan, ini kerana kanak-kanak perempuan dilihat mangsa yang lebih mudah dan lemah untuk dirogol berbanding wanita dewasa" Sebenarnya kami tidak pernah membuat sebarang persedian seperti bacaan atau kajian terhadap satu - satu topik yang diberikan sewaktu pertandingan forum tersebut. Semua yang aku cakap itu adalah idea spontan yang muncul pada waktu itu. Dalam pertandingan tersebut kami berjaya ke peringkat akhir dan pada peringkat akhir tersebut aku mungkin tersilap percaturan dengan memilih untuk menjadi pengerusi, dan tewas di peringkat akhir tersebut. Walaupun tewas aku amat berpuas hati kerana berjaya layak ke peringkat akhit peringkat sekolah.
High School Idol 2004
Satu lagi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan ialah pertandingan karaoke yang diadakan disekolah sewaktu aku di tingkatan 6 atas. Pertandingan karaoke tersebut digelar "High School Idol. Peringkat saringan diadakan pada waktu persekolahan. Banyak pelajar - pelajar junior yang menyertai peringkat saringan tersebut. Kelas aku yang terletak bersebelahan dengan dewan tempat saringan diadakan memudahkan aku menyusup masuk ke dewan tersebut untuk menyertai peringkat saringan karaoke tersebut. Cikgu Idris yang membawa aku ke bilik disiplin kes kantoi merokok depan pengetua itu yang mengendalikan sesi peringkat saringan tersebut.
Aku dan beberapa rakan aku seperti Amir, Sham, Mat Pi dan Mawi telah berada dalam dewan tersebut. Sedangkan pelajar - pelajar tingkatan 6 atas yang lain langsung tidak ambil pusing dengan pertandingan karaoke tersebut kerana peperiksaan STPM hanya beberapa bulan sahaja lagi akan berlangsung. Aku pergi ke arah Cikgu Idris dan memberitahu aku ingin menyertai peringkat saringan karaoke tersebut. Aku memilih lagu "memburu rindu". Hasil dari nyanyian tersebut aku terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan karaoke tersebut yang digelar "High School Idol 2004" yang diadakan semperna hari kantin sekolah aku.
Menjelang hari pertandingan akhir, kami seperti biasa pada Jumaat malam sabtu akan pergi ke karaoke tapi kali ini untuk berlatih sebagai persediaan peringkat akhir keesokkannya. Tujuan aku pada waktu itu adalah untuk memilih lagu yang sesuai untuk aku bawa pada peringkat akhir. Tujuan aku pada peringkat akhir tersebut adalah bukan untuk menang tetapi untuk mewujudkan suasana gembira. Aku akhirnya memilih untuk menyanyikan lagu 60an "Tak Mengapa" nyanyian A. Rahman Hassan. Aku memilih lagu ini kerana bagi aku lagu ini akan mewujudkan suasana havoc dan riuh-rendah dalam dewan. Ini kerana aku percaya pada hari kantin tersebut aktiviti dalam dewan itu nanti akan menjadi tumpuan lebih dari aktiviti lain.
Mencari VCD Karaoke 60an
Tiba pada hari pertandingan aku memandu kereta proton saga merah(yang telah dijual) bapak aku ke rumah Ashun. Aku mengambil Ashun dirumah dan kami pergi ke kedai - kedai vcd/cd yang terdapat diseluruh pekan Bukit Mertajam. Tujuan aku adalah untuk mencari vcd karaoke lagu 60an yang mana terdapat lagu "Tak Mengapa" A. Rahmah Hassan. Puas aku dan Ashun memusing kesemua kedai - kedai vcd/cd di pekan BM tetapi gagal menjumpai vcd yang ingin aku beli. Akibat masa yang terlalu suntuk aku terpaksa membatalkan niat untuk mencari vcd tersebut. Aku hanya akan memilih lagu - lagu yang difikirkan sesuai yang ada dalam simpanan Cikgu Idris.
Tiba di dewan tempat berlangsung pertandingan akhir tersebut, aku terus pergi ke arah Cikgu Idris dan bertanyakan adakah terdapat lagu - lagu 60an dalam simpanannya. Dia menunjukkan aku beberapa keping vcd lagu 60an malangnya lagu yang aku cari tidak ada. Aku terus membelek dan aku terpadang satu tajuk lagu yang aku kira agak menarik walaupun aku tidak pernah mendengarnya iaitu lagu yang bertajuk "Kenangan Ku" nyanyian Jeffrey Din. Aku yang telah siap dengan pakaian ala 60an itu tidak sabar-sabar untuk menanti giliran.
Dewan Riuh Rendah
Tiba giliran aku untuk menyampaikan nyanyian, dan setiba aku di atas pentas para penonton telah mula bersorak melihat penampilan aku. Penonton dalam dewan tersebut bukan sahaja terdiri dari pelajar sekolah High School Bukit Mertajam tetapi ramai juga yang hadir dari sekolah - sekolah berhampiran seperti dari Smk Bkt Mertajam, Smk Pmtg Rawa dan Covent Bkt Mertajam (yang mana aku tersangkut dengan salah seorang budak convent bkt mertajam selepas pertandingan tersebut, tetapi hanya rapat selepas aku tamat STPM).
Apabila muzik dibunyikan aku terus berjoget irama 60an diatas pentas, situasi ini membuatkan seluruh dewan gamat dan rakan - rakan aku yang berada dibawah pentas juga turut sama berjoget sakan. Cikgu Hayati iaitu guru kelas aku turut berada dalam dewan pada waktu itu untuk menyaksikan murid kelasnya beraksi. Aku menyedari Cikgu Hayati tidak henti - henti ketawa melihat gelagat aku diatas pentas. Sebenarnya itulah kali pertama aku menyanyikan lagu itu dan membuatkan aku tidak berapa hafal lirik lagunya dan banyak berpandukan pada skrin. Namum aku berjaya membuatkan seluruh dewan riuh - rendah. Nurul, classmate aku dengan selamber naik keatas pentas memberi bunga kepada aku yang sedang menyanyi, sekali lagi dewan gamat melihat tindakkan Nurul tersebut.
Aku berpuas hati dengan persembahan aku tersebut kerana berjaya membuatkan semua orang yang berada di dalam dewan tersebut gembira walaupun aku tidak mendapat tempat pertama. Tempat pertama dimenangi oleh pelajar perempuan cina yang menyanyikan lagu melayu. Memang cukup sedap nyanyian dia. Memang kenangan - kenangan tersebut cukup indah dan sukar untuk aku lupakan.
Namum diwaktu beberapa bulan untuk kami semua menghadapi peperiksaan besar STPM, aku berhadapan dengan isu besar yang serius dan mungkin juga kelakar yang akan aku ceritakan pada bahagian seterusnya...
Bersambung Part 5
2 comments:
saya suka baca pasal kenangan awak dekat high school..saya sebenarnya budak high school jugak..sekarang ni form 5..nk gelak pun ada jugak bila baca post2 tu..especially time part kena tangkap hisap rokok tu..hehe
hidup kita sentiasa mencipta kenangan :)
Post a Comment