Hari-hari
semua itu berlalu dengan pantas, yang pasti tetap pasti dan STPM muncul jua
akhirnya….
Kawan-kawan aku
dari kelas syariah mengambil peperiksaan terlebih dahulu iaitu subjek syariah.
Kelas aku seminggu selepas itu iaitu subjek Sejarah Tamadun Islam jika tidak
salah aku. Aku memang telah membuat persediaan dengan rapi untuk subjek
sejarah. Habis lunyai semua buku-buku rujukan aku ulangkaji dan berpuluh esei
berkenaan sejarah telah aku cuba buat. Tiba hari pertama peperiksaan semuanya
berjalan lancar. Aku menjawab dengan tenang dan yakin walaupun soalan agak
susah. Aku sudah tidak ingat tajuk soalan apakah yang keluar dalam subjek
Sejarah Tamadun Islam tersebut tetapi aku masih yang yang soalan-soalan yang
aku ulangkaji tersebut ada yang keluar dalam peperiksaan sebenar STPM.
Menjalani Peperiksaan
Aku masih ingat
peperiksaan STPM untuk kertas yang aku ambil tidak berjalan secara
berturut-turut. Satu hari cuma satu kertas sahaja cuma hari terakhir
peperiksaan aku dan kawan-kawan aku terpaksa mengambil dua kertas dalam satu
hari. Disebabkan jarak antara satu peperiksaan agak panjang, kami masih
mempunyai masa untuk lepak bersama-sama pada waktu malam di Nasi Kandar
Irfanah. Sememangnya di Nasi Kandar tersebutlah tempat kami selalu lepak setiap
malam jika tidak ada apa-apa aktiviti. Cuma sekarang kami sudah tidak lepak
disana setelah nasi kandar tersebut dibanjiri oleh pekerja dari Nepal dan
Myanmar yang mana kebersihan mula tergugat.
Habis satu subjek
ke satu subjek, Sejarah Tamadun Dunia dan Islam ke Pengajian Perniagaan kertas
1, Bahasa Melayu kertas 2, Sejarah Asia dan Malaysia, Pengajian Perniagaan
kertas 2 dan hari terakhir peperiksaan ialah Bahasa Melayu kertas 1 dan hari terkahir
Pengajian Am kertas 1 dan kertas terakhir untuk STPM 2004 ialah Pengajian Am kertas
2. Mungkin terdapat kesilapan dalam susunan jadual peperiksaan tersebut tetapi
yang paling pasti dan aku ingat adalah kertas yang terakhir adalah Pengajian Am
kertas 2. Ini kerana subjek Pengajian Am ini walaupun aku cukup minat tetapi
kami semua melalui pengalaman yang cukup mencabar.
Pengajian Am
Sememangnya
subjek Pengajian Am sangat-sangat ditakuti dan digeruni oleh semua
pelajar-pelajar yang mengambil STPM. Ini kerana subjek Pengajian Am adalah
sangat-sangat penting untuk melayakkan seseorang calon itu diterima masuk ke universiti
awam. Aku sememangnya meminati subjek Pengajian Am terutamanya Kertas 1 iaitu “Kenegaraan”
dalam Kertas 1 soalan-soalan akan berkisar berkenaan isu-isu politik semasa,
ekonomi dan sosial disamping sistem pentadbiran Malaysia. Ya aku amat
meminatinya. Dan aku mendapat A 4.00 untuk kertas tersebut. Tetapi kertas 2
sememangnya mencabar.
Aku kira aku
sahaja yang mengalami masalah dengan kertas 2 Pengajian Am rupanya kawan-kawan
aku yang lain juga sama. Biar aku ceritakan sedikit berkenaan format Pengajian
Am kertas 2 yang aku ambil sewaktu zaman aku belajar tahun 2004 yang lalu. Hari
ini format kertas tersebut telah berubah. Dalam kertas Pengajian Am 2 calon
mesti menyiapkan dua esei, satu esei yang digelar laras sastera bahagian A dan
satu lagi esei laras sains bahagian B. Laras sastera soalan lebih menjurus
kepada isu-isu sosial semasa dan laras sains lebih menjurus kepada soalan yang
berkaitan dengan sains dan teknologi. Bahagian C lebih kepada soalan teknikal
iaitu memindahkan maklumat dan data dari bentuk artikel kepada bentuk carta
samaada graf atau pun carta pai. Bagi bahagian D pula soalan lebih kepada
menganalisis maklumat iaitu memindahkan maklumat atau data atau statistic dari
bentuk jadual atau carta ke dalam bentuk esei.
Graf dan Carta Pai
Aku tidak
mempunyai masalah untuk bahagian A, B dan D walaupun soalannya agak mencabar.
Tetapi soalan bahagian C betul membuatkan aku malah rakan-rakan aku yang lain
juga tergamam dan kaget. Ini kerana aku dan rakan-rakan aku dari aliran sastera
agak lemah dalam soalan-soalan dalam bentuk teknikal dan pengiraan rumit. Kami
lebih selesa dengan bacaan dan penulisan yang panjang berjela.
Seperti yang aku
tulis dalam part 6, aku sememangnya tidak pandai dalam membuat graf dan aku
telah benar-benar bersedia dengan soalan yang berbentuk carta Pai. Bukan aku
sahaja yang lemah dalam membuat graf kawan-kawan aku yang lain juga begitu.
Selalunya dan dari analisis soalan-soalan STPM dari tahun-tahun yang sudah,
bahagia C akan mempunyai dua pilihan soalan. Satu soalan akan meminta calon
membuat graf yang sesuai berdasarkan maklumat dan data yang diberikan dan satu
soalan lagi akan meminta calon untuk membuat carta pia yang sesuai berdasarkan
data dan maklumat yang diberikan. Dan calon akan diminta untuk memilih salah
satu dari soalan tersebut.
Namum entah apa
nasib kami semua STPM 2004 tidak lagi mengikut tradisinya dalam soalan bahagian
C. Sebaik sahaja diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan untuk membuka
kertas Pengajian Am 2 aku terus membuka bahagian C. Aku melihat soalan pertama
bahagian C berbunyi “Sila sediakan graf
yang sesuai untuk maklumat dibawah”. Aku masih tenang dan aku yakin aku
akan memilih soalan kedua kerana pasti soalan kedua akan mengarahkan untuk
membuat carta pai. Aku menyelak kertas soalan untuk melihat soalan kedua
bahagia C. Apabila melihat soalan kedua bahagian C dunia aku seperti gelap
serta merta dan seperti batu besar menghempap kepala aku. Berkali-kali aku
membacanya dan tidak percaya apabila soalan kedua bahagia C berbunyi “Sila sediakan graf yang sesuai untuk
maklumat yang terdapat di bawah”. Ini bermakna pada tahun 2004 soalan STPM
bahagian C kedua-duanya mengarahkan calon membuat graf dan langsung tidak
diminta carta pai.
Aku melihat
kawan aku disebelah kiri dan dia juga menggeleng-gelengkan kepala, dikanan aku
tingkap tiada sesiapa disitu, aku cuba sedikit menoleh kebelakang dan kawan aku
disitu juga menggeleng-gelengkan kepala. Aku dapat merasai apa mereka semua
sedang rasa kerana aku juga turut merasainya. Sudah tidak ada pilihan, selesai
aku menjawab bahagian A,B dan D aku terpaksa gagahi jua untuk menjawab bahagia
C. Ini kerana jika aku langsung tidak menjawab bahagian tersebut kemungkinan
besar aku akan gagal. Masa tinggal lebih kurang 20minit. Dan sememangnya
20minit selalunya diperuntukan untuk membuat graf. Aku buat graf tersebut
sekadar termampu walaupun aku tahu graf yang aku buat tersebut bukanlah tepat
kerana calon perlu mengenalpasti jenis graf yang tepat berdasar soalan. Ya ada
hampir berbelas jenis graf. Aku terus melakar graf hingga tamat masa
peperiksaan. Aku sudah sugul pada waktu itu kerana kertas 2 membawa 60% markah
dari keseluruhan. Apabila pengawas peperiksaan mengutip kertas terakhir
tersebut aku hanya mampu berserah.
Tamat STPM 2004
Apabila tamat
kertas Pengajian Am 2 tersebut bermakna tamatlah juga zaman kami semua sebagai
pelajar-pelajar tingkatan 6 di Bukit Mertajam High School. Secara lazimnya
pelajar-pelajar akan melompat kegembiraan dan ada yang menganggap sudah merdeka
dengan tamatnya peperiksaan besar seperti itu. Tetapi bagi aku dan rakan-rakan
aku merdeka kami dengan tidak sepenuh jiwa. Jiwa kami penuh resah setelah tamat
peperiksaan kertas 2 tersebut. Sebaik melangkah keluar dari kelas tempat
peperiksaan berlangsung suasana menjadi riuh-rendah dan bising. Riuh dan bising
bukan kerana gembira peperiksaan telah tamat tetapi riuh kerana masing-masing
mengeluh berkenaan soalan bahagian C Pengajian Am kertas 2. Beberapa orang
rakan datang berjumpa dengan aku dan bertanya “Mirul soalan bahagian C dua-dua suruh buat graf kan?” aku dengan
lemah semangat menjawab “ya, kalau soalan
minta suruh buat carta pai, soalan akan sebut sediakan carta pai yang sesuai
tapi dua-dua soalan tu minta suruh sediakan graf yang sesuai, kalau buat carta
pai akan dapat 0”. Aku sebenarnya telah mendapat A penuh iaitu 4.00 CGPA
dalam peperiksaan percubaan STPM. Bukan untuk riak tetapi sekadar berkongsi.
Tiba-tiba datang
lagi seorang rakan dengan penuh yakin (tidak perlu disebutkan nama) memanggil-mangil
nama aku dari belakang. “Mirul Mirul.. yang
soalan kedua bahagian C memang kena buat carta Pai kan…??” Aku dengan
tenang menjawab, “takda… dua-dua soalan
tu kena buat graf” Dia tidak berkata apa-apa dan terus berlalu dan aku
dapat merasakan yang dia telah silap menjawab dengan membuat carta pai.
Semua telah
dilakukan, peperiksaan telah berakhir kini kami semua hanya mampu berserah
tentang apa jua keputusan. Dan masing-masing berlalu meninggalkan tempat
peperiksaan dan mungkin tidak akan kembali lagi ke situ.
Kenakalan Yang Terakhir
Setelah sampai
di tempat kami meletakkan motosikal iaitu di belakang bilik seni. Masing-masing
kami mengeluh dan risau berkenaan peperiksaan tadi. Ada yang sudah menjangkakan
yang tidak akan dapat memasuki universiti dan ada yang mula bertanyan bagaimana
untuk mengulang semula mengambil STPM.
Sambil-sambil
bersembang kami dengan selamber menyalakan rokok dan menghisap dalam kawasan
sekolah. Keadaan belakang bilik seni yang terlindung dan ditambah dengan
suasana sekolah yang sunyi kerana sudah tidak ramai pelajar membuatkaan “line
clear” untuk kami merokok. Najmi yang tidak pernah merokok cuba untuk merokok dan
kesannya dia pening dan melelong haha.
Amar
rupa-rupanya memiliki beberapa butir mercun bom. Dan memang tujuannya adalah
untuk meletupkan mercun tersebut setelah selesai peperiksaan. Tetapi disebabkan
mood setelah tamat peperiksaan tersebut agak muram jadi dia menangguhkan
seketika niat dia tersebut. Namum setelah lama kami berbual disitu dan habis
menghisap rokok Amar mengeluarkan sebungkus beg plastik kecil yang mengandungi
beberapa butir mercun bola atau pun yang kami gelar mercun bom kerana bunyinya
sangat kuat.
Setelah
rakan-rakan lain melihat mercun tersebut semuanya seperti menjadi dirasuk
keseronokkan untuk mengarahkan untuk Amar meletupkannya dalam kawasan sekolah.
Kami agak cuai pada waktu itu kerana pengetua sedang berada dalam kawasan
sekolah dan beliau berada di kawasan sekitar surau yang mana dalam setengah
kilometer saja dari tempat kami berada. Kami meletupkan beberapa butir mercun
tersebut dan leputan yang kuat tersebut telah mengejutkan suasana sunyi dalam
kawasan sekolah. Turut sama terkejut adalah tuan pengetua.
Pengetua
mengambil langkah pantas dengan melakukan Ops Tutup iaitu dengan mengarah
pengawal keselamatan sekolah menutup semua pintu pagar sekolah bagi menghalang
kami keluar dan senang untuk beliau menangkap kami. Hari terakhir disekolah pun
kami masih melakukan masalah haha. Selesai semua letupan tersebut kami
menghidupkan enjin motosikal untuk pulang beramai-ramai dan destinasi kami
selepas itu adalah ke rumah Ain kerana dirumahnya ada open house dan dia
menjemput kami datang.
Sampai dihadapan
pintu pagar, pengetua telah sedia berdiri disitu. Dia memeriksa beg kami satu
persatu bagi mengesan sampai yang mempunyai mercun dan mahu mengambil tindakan.
Namum kami lebih bijak, pengetua gagal untuk menemui mercun tersebut Cuma Usop
yang tidak bernasib baik. Ini kerana Usop menyimpan rokok dunhill 10 nya dalam
beg sekolah. Pengetua memeriksa beg Usop dan menjumpai rokok tersebut. Fokus
pengetua dari mercun telah beralih kepada rokok.
Usop dengan
berani membantah kata-kata pengetua dengan mengatakan yang dia sekarang sudah
habis sekolah dan dia boleh menghisap rokok. Pengetua meminta nombor telefon
waris Usop untuk memaklumkan kepada ayah Usop. Usop member nombor telefon
ayahnya kepada pengetua. Akhirnya pengetua melepas Usop setelah berbual dengan
ayah Usop. Selepas itu aku bertanya kepada Usop apa yang dikatakan oleh ayahnya
kepada pengetua. Usop mengatakan yang ayahnya member tahu pengetua yang memang
ayahnya tahu yang Usop ini merokok dan membenarkan Usop merokok. Mungkin itu
yang membuatkan pengetua mengangkat bendera putih.
Bersambung part 8
2 comments:
Pertama, tima ksih la sbb hg ada kait skit pasai aku dlm kenangan tingkatan 6 ni...aku pun tergelak-gelak masa baca ni sbb ada hal yg bersangkut paut dgn aku...
Pasai najmi paling aku nk tergelak...xpenah2 bercampoq tiba2 mai join geng jahat isap rokok...haha! Mendapat la jwbnya...mai2 pulak pau rokok org...haha
Ha..pasai Pengetua check beg tu pun aku nk tergelak la...btoi hg kata pengetua bralih fokus..drpd nk cari mercun bola last2 aku yg kena...mmg ptut la kena pon sbb dia tahan kita pon dok bersyarah sebelah aku...last2 dia kata nk check beg...nmpak2 ja rokok terus kata kt member yg lain boleh balik...memang aku hangin la....haha!
Pembetulan...yg sebenar...Pengetua mintak no fon mak aku...Mula Pengetua tanya pasaipa bawak rokok...org tua tau ka isap rokok...last2 dia call mak aku utk confirmation...aku tgok Pengetua dgn respek bgi rokok dgn lighter aku blik..dia ckap "klau saya tak bgi anak isap rokok"...aku diam...aku ckap tima ksih pastu trus pi umah Ain...hehe
Utk pengetahuan hg jgak aku msuk tingkatan 6 ni xdak simpan impian besar pon memandangkan result spm aku pun x brapa hebat...masa tu pada aku klau abis stpm...cukuplah...tgok2 rezeki dpat interview mass com uitm tpi takdir kat usm...syukur..hehe
Byk btui klau nk diikutkan pengalaman masa tingkatan 6 ni....mcm2
Nantikan part 8 yang merupakan part terakhir dan pengabisan
Post a Comment