Pengetahuan Am

LEBUH RAYA PERSEKUTUAN 

Tahukah anda bahawa Lebuhraya Persekutuan adalah dibina hasil dari biayaan oleh Bank Dunia dan merupakan lebuhraya express pertama di Malaysia iaitu pada tahun 1974.


Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (Penang Free School)

Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free atau nama ringkasnya SMK Penang Free, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Negeri. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free memiliki 1077 pelajar lelaki dan 77 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang. Ia mempunyai seramai 124 orang guru.2009 Penang Free School ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1816, ia adalah sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free
Jalan Masjid Negeri
11600, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042815814
Fax = 6042817737

Sejarah 

Penubuhan Penang Free School bermula daripada cadangan untuk pembinaan sekolah di Prince of Wales Island oleh Reverend Sparke Hutchings, paderi penempatan di situ. Guru besar pertamanya James Cox 1816-1821, dengan tapak asalnya di Jalan Farquhar mula-mulanya menempatkan Sekolah Hutchings, tetapi kini merupakan Muzium Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 1928, sekolah ini berpindah ke lokasi kini di Jalan Masjid Negeri (lebih dikenali sebagai Greenlane).

Petikan daripada piagam asal: "Bahawa tujuan pertama Institusi ialah untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang kalau tidak, akan dibesarkan secara duduk-duduk sahaja dan mengakibatkan tabiat buruk tanpa cara mendapatkan sebarang ajaran, baik dalam pembelajaran berguna mahupun sebarang kerja kasar, dan untuk menanam tabiat-tabiat awal terhadap kerajinan, disiplin, dan kelakuan baik." — daripada "Rancangan Asal Penubuhan Free School, Pulau Prince of Wales, 1816". Satu badan jawatankuasa ditubuhkan dan dianggotai oleh yang berikut: Rev. R. S. Hutchings, R. Ibbetson Esq., Capt. J. M. Coombs, J. MacInness Esq., J. Carnegy Esq., D. Brown Esq. and R. Caunter Esq. Dalam satu kutipan yang di adakan sejumlah $10, 867 dikumpulkan antara 1816 hingga 1824. Sebagai tambahan , pihak Gabenor, bagi pihak Syarikat India Timur - (East India Company), memberikan sumbangan $1,500, bayaran bulanan $200, dan sekeping tanah dikenali sebagai Church Square, sebagai tapak penubuhan bangunan sekolah. . Sekolah Penang Free merupakan sekolah Inggeris yang pertama didirikan di Tanah Melayu dan juga di Asia Tenggara.

Pembukaan Rasmi Penang Free School 

Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah kepada bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan 'Free' Percuma pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma seperti yang dilakukan oleh Malacca Free School (kini Sekolah Tinggi Melaka).

Pada 1924 pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak 30 ekar di Green Lane bermula dan siap pada tahun 9 Januari 1925.

Semasa Perang Dunia ke 2

Ketika Peperangan Dunia ke 2, Penang Free School pernah digunakan sebagai ibu pejabat Tentera Pembebasan Kebangsaan India - (Indian National Liberation Army).

Selepas Merdeka

Apabila Malaysia mengistiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penang Free School perlu mematuhi Ordinan Pelajaran 1957 dan Polisi Pendidikan Negara. Penang Free School tidak lagi ditakbir oleh Gabenor tetapi oleh Board of Governors. Bangunan sekolah Penang Free School kekal menjadi milik Kerajaan. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Penang_Free



DEMOKRASI DI INDONESIA
Tahukah kita bahawa negara jiran kita Indonesia baru mengamalkan corak pemerintahan secara "demokrasi" pada tahun 1998 iaitu selepas kejatuhan Prasiden Suharto akibat gulingkan oleh kebangkitan rakyat. Ini bermakna usia demokrasi di Indonesia baru berusia sekitar 12 tahun berbanding Malaysia yang mula menggunakan pakai sistem demokrasi semenjak 1956 iaitu tahun pilihanraya pertama diadakan. Indonesia sebelum 1998 mengamalkan sistem pementerinhan secara autokratik, dimana diperintah oleh seorang presiden bersama jemaah menterinya yang dipilih bukan melalui pilihanraya. Sejarah politik Indonesia terbahagi kepada order lama dan order baru. Order lama merujuk kepada pemerintahan Presiden Indonesia yang pertama iaitu Sukarno yang merupakan seorang pemimpin yang berkarisma dan terkenal dengan sifat anti-panjajahnya dan beliau adalah yang bertanggungjawab memerdekakan Indonesia dari Belanda. Sukarno seorang pemimpin yang berideologi komunis dan beliau menentang keras kemasukan Sabah Sarawak didalam persekutuan kerana bagi beliau tindakan itu adalah langkah baru penjajah "neo-kolonialisme" untuk bertapak di nusantara. Tanah Melayu pada waktu itu dipimpin oleh Taunku Abdul Rahman yang pro British dan ini kurang menyenangkan Sukarno. Peristiwa GESTAPU "Gerakan September 30" yang menyebabkan ramai rakyat Indonesia mati dan atas rasa tanggungjawab Sukarno telah meletak jawatan sebagai presiden dan digantikan oleh Suharto. Ada kajian yang mengatakan peristiwa GESTAPU itu adalah tindakan secara sulit Suharto untuk merampas kuasa dari Suharto.Suharto adalah seorang general tentera begitu juga dengan Sukarno. Kemelesetan ekonomi yang melanda Asia Tenggara pada 1998 telah membawa banyak pergolakan politik di negara - negara asia tenggara termasuk Indonesia. Golongan kelas menengah dah pelajar pada waktu itu bangkit menentang kepimpinan Suharto kerana mereka mendakwa tempoh yang lama pemerintahan Suharto telah menyebabkan rasuah begitu berleluasa di Indonesia dan rakyatnya dihimpit kemiskinan. Kebangkitan rakyat ini tidak dapat dibendung lagi dan akhirnya Suharto terpaksa meletak jawatan pada 1998 dan bermula pada itu Indonesia mula mempratikan keadah demokrasi dengan mengadakan pilihanraya yang pertama pada dalam sejarah mereka pada 1998.



 SISTEM KENEGARAAN MALAYSIA
Bentuk pemerintahan Malaysia: Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dikenali sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa yang tertinggi dalam negara adalah terletak pada Yang DiPertuan Agong dan kuasa tertinggi kerajaan berada pada Perdana Menteri yang selalunya dipilih dari parti yang mempunyai jumlah majoriti di parlimen. Undang - undang tertinggi negara adalah perlembagaan dan semua kuasa termasuk kuasa YDPA dan perdana menteri terletak dibawah perlembagaan dan mereka bertindak didalam lingkungan perlembagaan. Parlimen: Parlimen Malaysia terdiri dari dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Malaysia mengamalkan corak parlimen ala westminster kerana Malaysia adalah negara bekas jajahan British. Ahli parlimen adalah merupakan anggota legislatif yang bertindak menggubal undang - undang serta peraturan untuk negara pada peringkat persekutuan. Ahli dewan rakyat dipilih sendiri oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang diadakan mengikut penggal 5 tahun sekali. Parti yang mempunyai jumlah majoriti kerusi di dewan rakyat akan membentuk kerajaan pada peringkat persekutuan dan parti yang tidak mendapat majoriti akan bertindak sebagai pembangkang ataupun "bebas". Dewan negara merupakan dewan tertinggi dalam parlimen dan tugas ahli dewan negara adalah untuk membahaskan atau menilai apa yang diputuskan oleh dewan rakyat. Ahli dewan negara terdiri mereka yang dicadangkan oleh parti-parti politik, kerajaan - kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan proses lantikan dilakukan oleh YDPA. Mereka yang menjadi ahli dewan negara akan memegang gelaran "Senator" dan ahli dewan rakyat digelar "Yang Berhormat". Perlembagaan: Perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai perlembagaan persekutuan dibentuk 1948 sewaktu usaha tanah melayu mahu mencapar kemerdekaan. Perlembagaan ini digubal oleh pemimpin-pemimpin tanah melayu bersama pihak british dan pemimpin - pemimpin negara komenwel yang lain. Perlembagaan persekutuan ini merupakan undang - undang tertinggi negara dan semua peraturan, undang - undang serta kuasa terletak dibawah perlembagaan. Sebarang peraturan dan undang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan jika berlaku ianya akan dianggap tidak sah dan terbatal pada setakat mana ia bercanggah. Pengasingan Kuasa: Dalam menjalankan pemerintahan Malaysia mengamalkan corak pentadbiran secara pengasingan kuasa. Iaitu Badan Kehakiman, Badan Eksekutif dan Badan Lagislatif masing -masing terpisah. Badan kehakiman terdiri dari ketua hakim negara dan hakim - hakim. Badan kehakiman bertindak untuk menegakkan undang-undang dan keadilan dalam negara. Badan Eksekutif terdiri dari kerajaan dan ahli - ahli jemaah menteri. Badan Eksekutif bertindak sebagai badan perlaksana segala dasar - dasar kerajaan.Badan Lagislatif terdiri dari ahli dewan rakyat dan dewan negara yang bertindak menggubal serta membuat sesuatu dasar untuk kerajaan dan negara. Ketiga - tiga badan ini terletak dibawah YDPA dan semuanya mesti bertindak dalam lingkungan perlembagaan.

No comments: