Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Sebenarnya Melayu tak Pernah Wujud

Oleh AMK Shah Alam


Begitu ramai antara kita yang di bodohkan dengan dengan istilah ketuanan Melayu, Melayu Islam ,Raja Islam kerana ramai di antara kita yang jahil tentang asal - usul bangsa. Di katakan Melayu ,siapa melayu tetapi kini istilah dan penjenamaan melayu itu telah di copak - capik kan. Ini kerana Bangsa yang tak sepatutnya di iktiraf sebagai melayu pun boleh jadi melayu dengan cara seseorang itu memeluk islam dan mengamalkan budaya melayu paling kurang pun dengan memakai baju melayu.

Dalam Negara Melayu yang di katakan melayu ini juga wujud beberapa beberapa etnik yang di panggil Banjar,bugis,Minangkabau,Jawa,Kutai,Bawean,Batak dan bermacam - macam lagi.Persoalan di benak kepala sering bermain kalau ada Bangsa Melayu habis tu Bangsa - bangsa Etnik di atas tu apa pula? Lihat lah begitu jauh kita di kelentongkan oleh geng - geng Parpu United Malays National Organisation akan perihal Bangsa Melayu itu sendiri semata - semata untuk membebalkan generasi - generasi hari ini.
Maka dengan cara itu semakin bebal generasi itu maka semakin mudah mereka mengekalkan kuasa mereka dan menjalankan pelbagai lagi urusan "merompak rakyat" kerana dengan cara ini rakyat tak akan Melawan.Maka di katakan melayu itu punya raja,di haruskan kita harus taat pada raja dan tidak boleh menderhaka,jika menderhaka maka tulah jawabnya,hingga sebegitu sekali kelentong yang di gunakan semata - mata untuk membebalkan otak generasi bangsa yang lahir pada hari ini.

melalui cara ini maka tiada lah akan mereka bangun atau bangkit melawan sekiranya mereka melakukan sebarang perampasan,pencerobohan atau kezaliman kerana apa yang telah di bangangkan generasi hari ini ialah supaya jangan melawan kerana jika melawan maka derhaka lah jawabnya.

Di lihat pada kajian pada beberapa kurun dahulu nama melayu tidak mujud pula di kala Demang Lebar Daun Menanda Tangani Satu perjanjian diantara dirinya yang di kala itu mewakili orang laut dan Sri Tri buana pula mewakili Anak cucu Iskandar Zulkarnain di Bukit Seguntang.Pada ketika perjanjian itu di tanda Tangani tidak pula di sebut perkataan "melayu" ini jelas di perkatakan dalam sumber - sumber sejarah yang di perolehi dari "Persuratan" karya Kiyai Hamzah Fansuri dan Sulatus Salatin karya Tun Seri Lanang.

Dari manakah Perkataan Melayu itu bermula?

Ini Kerana pada ketika Parameswara melarikan diri ke ulu bertam untuk menyelamatkan diri dari di buru oleh pahlawan - pahlawan Siam kerana membunuh Temagi di Temasik(Singapura) para - para pengikutnya itu tak pula di panggil melayu . Hingga sampai pada ketika baginda menyaksikan peristiwa anjing perburuan nya itu di tendang oleh seekor pelanduk lalu jatuh ke dalam sungai di bawah pohon bertam.

Mungkin kerana peristiwa pelik dan ajaib itu lah baginda mendapat "ilham" atau "alamat"yang baik untuk menubuhkan kerajaan.Konon nya Nama Melaka itu juga di perolehi dari pohon tempat baginda berehat.Ini pun satu putar belit sejarah kerana bagaimana nama pokok bertam boleh menjadi nama pokok melaka.

Sebenarnya Nama Melaka belum lagi tercipta kerana baginda hanya bertitah hanya mahu mendirikan kerajaan sahaja tak terdetik pun mahu meletak kan nama.Maka penduduk - penduduk yang tinggal di persisiran pantai itu pun di maklumkan akan penubuhan kerajaan itu yang mana mereka akan turut serta dalam membina negeri ini.

Nama Melayu dan Melaka hanya di kesan melalui sumber - sumber dokumen sejarah dari Persuratan dan melalui catatan yang tercatat pada batu bersurat yang di temui di Ankara ,Turki menyatakan hanya selepas Laksamana Tun Tuah pulang dari mengadap pemerintah Empayar Islam Turki Uthmaniyyah baru lah Kerajaan yang di pimpin oleh Sultan Muzaffar Syah dan Datuk Bendahara Tun Perak di panggil Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Pemergian Tun Tuah ke Negara Turki di catat dalam hikayat Sulatuss Salattin tulisan Tun Seri Lanang di bahagian bab Tun Tuah ke Benua Benggali putih. Di dalam dokumen - dokumen sejarah melalui persuratan pula yang di kaji melalui surat Saudagar Cengkih kepada Raja Pasai yang telah memaklumkan akan pemergian Tun Tuah ke Negeri atas angin.

Di dalam catatan pada batu bersurat yang di temui di Ankara Turki pula menceritakan bahawa Tun Tuah adalah sebagai wakil kerajaan Sultan Muzaffar sekadar mahu menjalinkan hubungan diplomatik tetapi setelah di lihat bahawa Empayar yang di bina oleh Tun Perak ini di monopoli oleh pemerintah Islam maka Pemerintah Empayar Ottoman mengiktiraf Empayar yang di bina oleh Tun Perak dn Tun Tuah sebagai Empayar Islam di Timur.

Kisah Pengiktirafan yang ceritakan pada batu bersurat tersebut seperti di nyatakan dalam terjemahan yang di lihat di Muzium Sejarah Turki di ankara menyatakan"Malacca is the East Islamic Provincsion" melalui penerangan yang di berikan oleh pegawai sejarah dan antikuiti telah memberitahu yang catatan itu menceritakan bahawa Melalui pengiktirafan itu maka Kerajaan Empayar Islam Timur yang mana kerajaan yang terkenal dengan perdagangan itu dinamakan sebagai Empayar Kesultanan(di ambil dari Istilah arab) Melaka yang di ambil dari istilah arab malakat.

Persoalannya dari mana datangnya persepsi melayu itu?

Setelah di iktiraf akan kekhalifahan Kerajaan kesultanan Melaka maka Mungkin Tun Perak terpaksa mencari satu formula untuk menyatukan persepsi masyarakat nusantara yang berada di dalam Empayar Kesultanan Melaka tetapi ada di antara mereka yang beragama islam dan ada yang beragama buddhan,hindu,animisme dan atheis.

Kalau mahu di satu kan maka semuanya haruslah beragama islam jadi bagaimana dengan yang bukan islam? takkan lah mahu di paksa mereka mereka memeluk islam sedang islam itu adalah agama yang tak boleh di paksa.Jadi dengan itu di wujudkan satu Institusi yang di namakan MELAYU untuk menyatu kan semua masyarakat yang hidup di dalam Empayar islam Melaka supaya menjadi lebih demokratik.

Rupa - rupanya pada asal melayu itu hanyalah sekadar sebuah institusi yang di bangunkan untuk menyatukan masyarakat dalam empayar Kesultanan Melaka agar hidup dalam keadaan yang lebih demokratik dan saling faham - memahami antara satu sama lain.

Maka dengan itu sebuah Empayar Islam yang demokratik di nama kan sebagai Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang mana hidup di dalamnya Banjar,Bugis,Jawa,Boyan,Cina,Jawa,Minangkabau,India, dan berbagai lagi etnik bangsa yang hidup dalam keadaan aman damai.

Sebab itu kalau di kata kan bahawa kaum Cina itu Melayu dan India itu Melayu ini tak boleh di nafikan.Kerana Melayu itu sebenarnya bukan bangsa tapi sekadar sebuah institusi untuk menyatukan masyarakat Nusantara secara demokratik pada kurun ke -14.

Pada ketika PUTERA(PUsat TEnaga RAkyat)-AMCJA(All Malayan Council Joint Action) menggubalkan Perlembagaan Rakyat, status rakyat penduduk malaya yang dinyatakan di dalam Perlembagaan tidak kira kaum cina,india,minang,jawa ataupun bugis adalah melayu.

Tetapi malangnya di atas pembelotan geng - geng Parpu United Malays National Organisation Perlembagaan ini di tentang dan di tolak oleh british.Namun pada hari ini pula cuba kita lihat di dalam Perlembagaan persekutuan pula melayak kan se seorang itu yang tak berdarah peribumi tapi andai memeluk islam dan berpakaian tradisional seperti penduduk peribumi dengan Baju Melayu ataupun berbaju kurung maka secara automatik dia telah bergelar seorang "Melayu".

Ini kerana kelayakan ini di beri kepada saudara - saudara kita seperti Rhiduan Tee,Idham Lim ,Chandra Muzaffar.Kelayakan bergelar seorang melayu ini boleh juga diwarisi dari keturunan ke keturunan seperti Zambry Kader,Reezal Merican,Mohd Noor Yackop dan Zainudin Maidin selagi mereka masih lagi Islam.

Tapi Persoalannya bagaimana sekira nya ada identiti peribumi melayu yang telah keluar dari islam dengan kata lain telah pun murtad contohnya seperti kes Joshua Jamaluddin.Apakah statusnya di dalam perlembagaan? adakah dia masih melayu?

Manakala di wujudkan pula dongeng yang mana melayu harus taat setia kepada kekuasaan Geng Parpu United Malays National Organisation bukan pula Raja atau Sultan dan di wujudkan segala macam dongeng dan putar - belit sejarah semata - mata untuk mengawal psikologi orang melayu agar terus setia kepada geng - geng parpu.

Antara kekeliruan di wujudkan dalam kisah Hang Tuah yang mana di jadikan hang Tuah ini sebagai Insan yang taat dan tak pernah membantah titah raja sedang kan di dalam sejarah juga ada menceritakan bahawa Han Tuah pernah membantah titah raja ketika beliau di arahkan untuk membunuh Raja Muda.Kerana terikat dengan perjanjian Bukit Seguntang maka titah itu di bantah secara sopan.

Kisah Perjanjian di Bukit Seguntang juga turut di padam kan bab - bab yang harus di ketahui oleh generasi hari ini yang mana Sri Tri Buana yang Mewakili Raja iaitu anak cucu Iskandar Zulkarnain bersetuju menerima penderhakaan rakyat sekiranya tidak mentadbir dengan baik dan menzalimi rakyat.

Ini di lakukan kerana bimbang generasi hari ini akan bangkit melawan seperti yang terjadi kepada raja - raja di benua timur tengah seperti Raja Faisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Sehingga kini "melayu" masih di jadika alasan untuk mempertahan kan kuasa,kezaliman dan ketidakadilan.Istilah "melayu" juga di gunakan untuk mempertahankan tidakan pencerobohan dan pengusiran seperti yang berlaku di Kampung Berembang,Chu badak,Rimba Jaya dan Kampung Melayu Ampang.

Oleh itu geng - geng parpu United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari geng - geng parpu ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh geng - geng parpu ini.

Proses membangangkan melayu ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membantutkan pertumbuhan akal dan fikrah Umat Melayu.

....

Wednesday, September 18, 2013

Mengapa dan siapa mengajar kita membenci Komunis?

Kematian bekas setiausaha agong Parti Komunis Malaya, Chin Peng pada 16 September 2013 yang lalu membangkitkan kembali ingatan dan pertanyaan tentang komunis. Aku percaya fenomena ini tidak akan semenarik ini jika kerajaan tidak mengambil pusing tentang kematian Chin Peng dan membiarkan sahaja mayatnya dibawa pulang ke Malaysia tanpa ada apa – apa respon dari pihak kerajaan. Aku percaya jika kerajaan mengambil langkah yang sebegini maka kisah tentang Komunis dan Ching Peng ini akan lenyap selepas satu atau dua hari kematian beliau. Tapi Dato Sri Najib sering mendapat nasihat – nasihat yang bijak dari pegawainya, dengan cara menongkah arus dan mengeluarkan kenyataan – kenyataan yang keras membuatkan makin ramai untuk mengkaji tentang Ching Peng dan Komunis dan ramai akan bersimpati dengannya. Mungkin Najib terlupa dia hanya memiliki 47% sokongan dalam Malaysia hari ini.


Mengapa kita disuruh membenci komunis? Menjawab kepada soalan ini, kita disuruh membenci komunis kerana ekonomi. Bukan kerana kezaliman atau kekejaman. Isu kezaliman dan kekejaman yang dimainkan itu hanya hiasaan untuk menutup tindakan golongan yang mahu menyedut sumber - sumber ekonomi.  Untuk memahami tentang komunis ini kita perlu melihat semula kepada sejarah Perang Dingin. Kita tidak boleh untuk memperkatakan tentang komunis hanya dengan melihat dari pergerakan komunis di Tanah Melayu, penilaian yang sebegitu adalah penilaian kerja khusus pelajar tingkatan 5.


Perang Dingin adalah perang yang tidak melibatkan peperangan secara terbuka sebaliknya melibatkan antara proksi dan propaganda. Ianya bermula pada penghujung Perang Dunia Ke-2 dan berlanjutan hingga lewat 80an sehingga kejatuhan Soviet Union USSR.  Perang Dingin melibatkan dua block iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Soviet Union dan sekutunya (Amerika vs Soviet Union). Apa yang direbutkan oleh kedua – dua block ini? Kedua – dua block ini sedang berebut untuk menjadi kuasa dunia selepas perang dunia ke-2. Mengapa mereka mahu menjadi kuasa dunia? Dengan menjadi kuasa dunia mereka boleh menguasai setiap sumber yang terdapat di dunia ini demi untuk menjana kekayaan yakni ekonomi. Lihat sahaja Amerika Syarikat hari ini yang telah menjadi kuasa dunia, bagaimana mereka menguasai ekonomi dunia dengan pelbagai taktik dan perjanjian TPPA dan pelbagai lagi. Ini untung dan hasilnya menjadi kuasa dunia.


Dalam agenda perang dingin ini, Amerika Syarikat dan Soviet Union masing – masing berusaha untuk mendapatkan sokongan dari negara – negara dunia lain, tidak kira besar atau kecil, miskin atau kaya negara tersebut.  Dalam kata lain kedua  pihak ini sedang berusaha untuk meluaskan empayar. Apa yang digunakan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan dunia? Amerika Syarikat mencanangkan idea demokrasi moden dan dibawahnya diselit sistem “kapatilis” secara tanpa sedar. Ramai pemimpin – pemimpin dunia ketiga pada waktu itu masih jahil tentang kapitalis dan banyak juga negara – negara yang terdesak memerlukan modal untuk membangunkan semula negara mereka selepas kehancuran dari perang Dunia ke-2. Maka mereka – mereka ini tunduk kepada Amerika Syarikat dan menyokong agenda yang dibawa oleh Amerika Syarikat iaitu kapitalis yang bertopengkan demokrasi. Bagi pihak Soviet Union pula mereka membawa komunisme dan bersandarkan kepada sistem ekonomi sosiolis. Ideologi ini sekali imbas seperti sukar untuk membawa keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat dan oleh sebab itulah ramai pemimpin dunia memilih untuk menyokong Amerika Syarikat kerana mereka dijanjikan dengan habuan yang banyak. Hanya beberapa pemimpin seperti Castro, Sukarno dan beberapa pemimpin lain lagi yang cekal dengan menentang kapitalis. Tunku Abdul Rahman pada waktu itu telah terang – terangan menyokong dan menjadi suruhan Barat.


Dalam situasi ini kedua – dua block ini sedang berebut – rebut untuk mendapatkan pelanggan. Sesuatu produk atau idea tidak boleh hidup tanpa pelanggan. Ekonomi kapitalis tidak akan boleh hidup jika hanya Amerika Syarikat seorang sahaja yang mengamalkannya, mereka perlu memaksa negara – negara dunia lain juga menggunapakai sistem kapitalis agar mereka boleh mengaut untung semaksimum mungkin. Begitu juga dengan pentadbiran komunisme dan sistem ekonomi sosiolis juga akan mati jika semua negara dunia ini mengamalkan sistem kapitalis maka mereka akan kehilangan pelanggan. Oleh itu semuanya ini adalah kerana duit, ekonomi dan soruu. Jika dikatakan komunisme dan sosiolis itu kejam, tetapi dalam masa yang sama masih banyak golongan gelandangan di negara – negara demokrasi yang mengamalkan ekonomi kapitalis. Masih banyak orang mencuri untuk makan di negara kapitalis, saban hari beratus – ratus orang diisytiharkan bangkrap oleh bank – bank di negara kapitalis. Ini juga satu bentuk kekejaman.


Berbalik kepada  situasi di Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman memang seorang pemimpin dunia ke-3 yang telah tunduk dan dicucuk hidung oleh penjajah Inggeris yang merupakan proksi Amerika Syarikat. Amerika Syarikat bimbang kerana pada waktu itu beberapa negara di rantau Asia Tenggara lebih cenderung untuk memihak kepada block Soviet Union atau dengan kata lain menjadi pelanggan Soviet Union seperti Indonesia, Vietnam Utara, Korea Utara dan beberapa wilayah Indo Cina. Situasi ini telah membuatkan Amerika Syarikat telah hilang beberapa pelanggan mereka di Asia dan Asia Tenggara. Dalam perniagaan, kehilangan pelanggan bermaksud “kerugian”. Oleh itu Amerika Syarikat menggunakan proksinya iaitu Inggeris yang bertapak di Tanah Melayu untuk menyekat kemaraan dan sokongan kepada komunisme dan sosiolisme. Kerana Amerika Syarikat tidak mahu lagi kehilangan pelanggan seperti Tanah Melayu dan Austrilia yang berkedudukan paling hampir dengan Asia Tenggara.


Maka apa yang perlu dilakukan oleh Amerika Syarikat? Mereka menggunakan Inggeris untuk menanam kebencian penduduk tempatan terhadap Komunisme dan Sosiolisme. Bagaimana Inggeris melakukan proses untuk menanam kebencian ini? Inggeris akan mencari pemimpin – pemimpin masyarakat Melayu dan menyemai cerita – cerita buruk tentang komunisme. Inggeris tahu orang Melayu akan lebih sensetif jika dikaitkan dengan agama, maka Inggeris menyampaikan cerita – cerita kepada pemimpin – pemimpin masyarakat Melayu ini dengan mengatakan komunisme dan sosiolisme itu tidak percayakan tuhan dan tidak ada agama, mengatakan komunisme dan sosiolisme ini akan menyebabkan rakyat miskin dan hidup melarat dan pelbagai cerita lagi. Maka cerita – cerita ini akan disampaikan oleh pemimpin – pemimpin masyarakat Melayu tadi di surau – surau, masjid – masjid dan kedai – kedai kopi. Orang – orang Melayu yang pada waktu itu yang langsung tidak tahu membaca rumi jauh sekali bahasa Inggeris terus terbakar semangatnya untuk menentang komunis kerana mencabar agama Islam. Sedangkan Sir Henry Gurney yang menjadi pesuruhjaya Inggeris di Tanah Melayu pada itu telah membunuh beribu umat Islam di Palestin sebelum dia datang ke Tanah Melayu. Itulah malang nasib bani Melayu yang malas membaca dan tiada maklumat.


Ya pasti ramai yang akan mengatakan komunis itu kejam, bunuh polis dan orang awam. Ya betul, mereka yang menjadi polis sewaktu penjajahan Inggeris, mereka itu adalah polis Inggeris walaupun dia seorang Melayu. Inggeris itu adalah penjajah menjadi polis Inggeris bermaksud bekerjasama dengan penjajah dan menjadi penjajah. Perlu diingat ramai penduduk Tanah Melayu sewaktu pendudukan Jepun menjadi tali barut kepada Jepun dan sewaktu Inggeris datang semula ke Tanah Melayu mereka ini menjadi pula tali barut atau barua Inggeris. Jadi golongan yang beginilah yang diperangi oleh komunisme kerana menyokong agenda penjajahan. Tetapi sejarah Malaysia menceritakan dari sudut yang berlainan untuk membangkitkan kebencian. Mengapa kekejaman Inggeris tidak diceritakan atau ditekankan dalam sejarah Malaysia. Sila singkap fakta, berapa banyak ulama – ulama dan pemimpin – pemimpin besar Melayu dibunuh dengan kejam oleh Inggeris. Dipasong dan digantung sampai mati, dihalau keluar dari Tanah Melayu. Mengapa kekejaman ini tidak diceritakan dan disembunyikan tetapi hanya diulang tayang kekejaman sebelah pihak.


Jawapannya kerana hari ini Amerika Syarikat dan proksinya telah menjadi kuasa dunia. Kita adalah pelanggan setia kapitalis kepada Amerika Syarikat dan proksinya. Mengapa kita menyokong Amerika Syarikat dan proksinya? Tidak lain tidak bukan kerana EKONOMI dan DUIT bukan kerana agama dan akidah.



Jadi siapa yang menyuruh dan mengajar kita agar membenci komunis??? TTK.

Monday, September 16, 2013

Siapa sebenarnya "Sir Henry Gurney" : Antara layanan terhadap Sir Henry Gurney dan Chin Peng

Kita umum mengetahui dalam buku-buku teks sejarah sekolah dan penulisan - penulisan sejarah arus perdana Sir Henry Gurney adalah seorang Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1948 - 1951. Beliau telah dibunuh oleh pihak Parti Komunis Malaya pada 6 Oktober 1951 sewaktu dalam perjalanan di Bukit Frazer. Ramai pihak di negara kita terutama yang malas membaca mengagong - agongkan Sir Henry Gurney ini kerana mendakwa dialah yang menggerakkan serangan bagi memusnahkan komunis. Malah ada pihak yang menganggap Sir Henry Gurney ini sebagai wira. Namum adakah kita tahu siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini??

Sir Henry Gurney sebelum bertugas di Tanah Melayu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dia telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin pada 1946 - 1948. (kepada yang rajin membaca sila cari apa yang berlaku di bumi Palestin pada tempoh 1946 - 1948). 

Sir Henry Guney lah antara salah seorang pegawai British yang telah bertanggungjawab membawa masuk pendatang Yahudi ke Palestin dan tertubuhnya negara haram Israel. Hari ini ramai antara kita membenci dan menentang regim Isreal dan dalam masa yang sama kita menganggap Sir Henry Gurney sebagai wira Tanah Melayu. 

Etzel-Deir-YassinPada Mei 1948 Sir Henry Gurney telah bertanggungjawab terhadap peristiwa Dier Yasin di Palestin yang menyaksikan lebih 300 wanita dan kanak - kanak Palestin terbunuh. Dalam peristiwa itu penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi dan pegawai yang bertanggungjawab adalah Sir Henry Gurney. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestin lah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Tindakan pengganas dan keganasan Yahudi Haganah dan Irgun  terhadap penduduk Palestin memuncak adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin. 

Deir-YasinSetelah berjaya beliau merosakkan bumi Palestin yang kesannya hingga hari ini masih belum selesai, Sir Henry Gurney telah dipindahkan oleh British untuk ke Tanah Melayu untuk merosakkan bumi Tanah Melayu pula. Mungkin Britain melihat sosiopolitik antara Palestin dan Tanah Melayu adalah lebih kurang sama dengan majoriti penduduknya beragama Islam maka pegawai yang paling layak untuk memikul tugas di Tanah Melayu adalah Sir Henry Gurney kerana berpengalaman di Palestin. Datangnya Sir Henry Gurney ke Tanah Melayu ramai orang Melayu Islam telah menjadi "barua" beliau dan menyanjung tinggi serta sanggup mati mempertahankan Sir Henry Gurney ini.

Orang Melayu dibodohkan dengan meletak papan tanda peringatan terhadap kematian Sir Henry Gurney dan menghargai si penjahat tersebut.
Namum penjahat ini tidak dibenarkan hidup lama di Tanah Melayu bilamana pada 6 Oktober 1951, Parti Komunis Malaya atas arahan Chin Peng telah membunuh si penjahat yang bernama Sir Henry Gurney ini. Maka pada waktu itu malahan hingga sekarang orang Melayu Islam memarahi dan membenci Chin Peng kerana membunuh Sir Henry Gurney. Maka bangkitlah segala pejuang Melayu untuk memburu Chin Peng dan membela kematian Sir Henry Gurney ini. 

Mayat Sir Henry Gurney yang boleh dikatakan musuh dunia Islam nombor satu itu, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Cheras, Kuala Lumpur MALAYSIA.  Namum Chin Peng yang telah meninggal hari ini 16 September 2013,  merupakan seorang rakyat Tanah Melayu yang telah mengarahkan pembunuhan antara musuh bumi Islam Palestin ini telah dilarang dari dibawa balik mayatnya ke Malaysia oleh pertubuhan - pertubuhan yang mendakwa pertubuhan Melayu Islam.

Lihat bagaimana penjajah menipu kita melalui sejarah yang mereka reka terhadap kita. Jangan jadikan sejarah itu hanya "cerita orang menang". TTK.
Kubur Sir Henry Gurney yang gah dibina dan dijaga rapi di Tanah Perkuburan Kritain Cheras Kuala Lumpur Malaysia

Wednesday, August 28, 2013

Segalanya bermula pada tarikh ini 2 September...

Tarikh 02 Sept dalam kalender Masihi ini muncul lagi. Tarikh ini pada 15 tahun lalu telah membawa makna yang besar pada landskap politik Malaysia moden atau separa moden pada hari ini. Aku memasukkan perkataan "moden" kerana sebelum tarikh ini survival politik Malaysia hanya ketara antara golongan agama dari Parti Islam SeMalaysia PAS, politik Cina dari DAP dan kelas menengah Melayu dari Umno. Tetapi selepas tarikh ini ianya telah memecahkan semuanya dan membentuk satu survival politik baru yang bukan semata - mata ditandai oleh agama atau kaum. 15 tahun lalu, selepas tarikh 2 Sept ini politik Malaysia telah lebih berkisar kepada dasar - dasar kerajaan, hak, keadilan dan suara rakyat. Apa sebenarnya tarikh 2 Sept ini.

15 tahun lalu iaitu pada 2 September 1998 telah berlaku satu peristiwa yang mengemparkan bukan sahaja Malaysia malahan Asia dan Dunia. Pada tarikh ini seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan telah dicepat dari jawatan dan kedudukan beliau. Siri pemecetan ini disusuli dengan penderaan fizikal dan mental yang terus menerus dilakukan hingga hari ini. Individu tersebut adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Penulisan ini tidak mahu membicara panjang berkenaan susuk Anwar Ibrahim tetapi pada tarikh 2 September 1998 inilah Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan dengan segala bentuk, dan dari peristiwa inilah yang membawa kepada perubahan survival politik Malaysia baru. 

Jika sebelum tarikh ini gerakan pembangkang untuk orang Melayu hanya dipelopori oleh PAS. PAS iaitu parti yang berteraskan agama iaitu agama Islam. Banyak ustaz, ustazah dan lebai dalam parti ini yang tidak putus - putus sejak 1951 melancarkan serangan kepada Umno/Barisan Nasional bersandarkan isu - isu agama. Golongan muda Melayu pada ketika itu yang mana mereka ini berpendidikan tinggi dan moden, walaupun banyak isu dan perkara yang mereka sendiri tidak berpuashati dengan pemerintahan Umno/Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak berminat menyertai atau menggunakan planform PAS bagi menyuarakan penentangan dan bantahan mereka. Ini kerana pendekatan dan gaya PAS itu sendiri pada ketika itu tidak diminati oleh golongan muda berpendidikan moden. Akhirnya rasa tidak puas hati ini terus dibiarkan sepi begitu sahaja. Begitu juga anak muda Cina dan India mereka ini jika dilihat pada waktu itu tidak ada pentas yang sesuai bagi menyuarakan dan menyatakan bantahan mereka. DAP yang ada pada waktu agak kurang diminati kerana gaya agresif politik DAP itu sendiri pada waktu itu.

Namum, selepas peristiwa 2 September 1998 semuanya berubah. Peristiwa 2 September 1998 ini telah membawa satu wadah baru dalam perjalanan dan perjuangan politik Malaysia. Golongan muda, mahasiswa, kelas menengah malahan atasan telah bangkit dan memanifestasikan apa yang mereka pendam selama ini kepada pemerintahan Umno/Barisan Nasional. Sekitar satu ke dua tahun selepas 2 September 1998 isunya jelas hanya berkisar tentang nasib yang menimpa Anwar Ibrahim, tetapi lama kelamaan ianya telah bertukar kepada isu hak, keadilan sosial dan kebajikan rakyat. Inilah yang boleh dikatakan sebagai politik moden kerana politik moden bukan hanya berkisar kepada sentimen, emosi dan perkauman.  

Penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 dan kemudianya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat telah membuka wadah baru dan platform kepada anak muda beraliran kotemporari yang begitu dahagakan pentas perjuangan politik mereka. Kebijaksaan pemimpin PAS pada waktu itu Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang mengubah pendekatan politik PAS  yang sebelum ini dilihat seperti ala Taliban. Kesedaran pemimpin - pemimpin DAP yang melihat perlunya perubahan dalam pendekatan politik masing - masing merancakkan lagi arena politik Malaysia selepas 2 September 1998.

Peristiwa 2 September 1998 ini telah mematang dan mendewasakan rakyat tentang politik. Sosiolisasi politik Malaysia juga berubah dengan pertambahan minat rakyat Malaysia kepada politik. Politik bukan lagi dianggap kerja orang tua tetapi selepas peristiwa 2 September 1998 anak muda telah kedepan dalam mempelopori bidang politik. Pemimpin - pemimpin muda politik muncul satu persatu baik dari parti pemerintah dan pembangkang kerana minat dan kesederan politik yang tinggi yang muncul dalam jiwa mereka. 

Percayalah, jika tanpa peristiwa 2 September 1998 politik Malaysia hari ini tidak akan kelihatan seperti hari ini. Corak pemerintahan yang melihat rakyat sebagai tuan pasti tidak akan muncul. Jika sebelum peristiwa 2 September 1998, hanya satu pihak yang menggubal dasar, pihak itu juga yang menentang, ianya juga yang menyokong dan pihak itu jugalah yang melaksanakannya. Kita mungkin pada ketika itu kurang sedikit bezanya dari pemeritahan Suharto di Indonesia. Berbeza dengan hari ini, selepas 2 September 1998 ianya tidak membenarkan sistem yang sebegitu berlaku lagi.

Mungkin penganiayaan, seksaan dan keaiban yang diterima oleh Anwar Ibrahim sepanjang 15 tahun ini adalah harga yang dibayar oleh beliau untuk kita semua menikmati perubahan politik yang kita rasai pada hari ini. Pemerhati, pengkaji, peminat politik tanah air perlu melihat tarikh 2 September ini sebagai satu tarikh yang bermakna, kerana tanpa peristiwa yang pada tarikh ini dunia politik kita masih lagi tidak ubah seperti menonton drama Melayu di skrin hitam putih. -TTK-


Thursday, June 13, 2013

MALAYS PROTEST AGAINST FEDERATION

Pada 28 Disember 1946, akhbar Malayan Tribune telah melaporkan perarakan protes menentang rancangan Perlembagaan Federation yang digubal oleh Kerajaan Kolonial British dengan kerjasama Raja-raja Melayu dan UMNO. Akhbar tersebut melaporkan:

"MALAYS PROTEST AGAINST FEDERATION

When the leftwing Malay Nationalist Party held their second Congress in Malacca this week, they protested against the federation plan, and over a hundred delegates from all over Malaya, staged a demonstration by conducting a mammoth procession through the town.

This picture taken during the protest-march shows men and women carrying banners one of which reads: "Zalim itu binasa" (Injustice is ruination)."

Laporan tersebut telah disertakan dengan foto perarakan dengan sepanduk "API, AWAS, GERAM", singkatan nama-nama gerakan-gerakan kiri Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM).

Sunday, May 19, 2013

Kisah "Malcolm X" untuk renungan PAS pro Unity Government


Ada sesuatu yang kita bolih belajar dari Malik Shabbaz al Haj aka Malcolm X. Bila bercakap tentang bangsa dan agama maka mungkin pengalaman golongan kulit hitam di US bolih menjadi iktibar kepada kita (Ini bukan cubaan untuk menyamakan pengalaman orang melayu tetapi untuk mengutip beberapa iktibar jika dirasakan relevant). 

Malcolm X adalah contoh klasik kepada mangsa perkauman extreme di US. Dilahirkan Malcolm little. Keluarganya menjadi mangsa Ku Klux Klan, rumahnya dibakar dan ayahnya mati digilis angkara kelompok pelampau kulit puteh.

Seperti ramai anak-anak muda kulit hitam, akibat dari peminggiran ini dan tekanan hidup, Malcolm Little terjebak dengan pelbagai bentuk jenayah dan beliau dipenjarakan. Di sana lah dia belajar tulis baca dan di sanalah beliau memeluk Islam. Namun Islam yang dipeluknya adalah Islam yang lahir dari reaksi atau tindak balas terhadap sentimen perkauman yang ditujukan kepada masyarakat kulit hitam. Sebagai tanda protes kepada perhambaan dan penindasan yang dilakukan ke atas masyarakat kulit hitam sejak ratusan tahun lamanya, maka mereka telah membuang 'last name' masing-masing dan menggantikannya dengan 'X'. Mereka mahu putuskan (sever) sejarah mereka dengan masyarakat kulit puteh yang telah memperhambakan mereka dan memutuskan hubungan mereka dengan tempat asal mereka iaitu Benua Afrikan dan mungkin juga agama mereka iaitu Islam. Islam semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kulit hitam terutama di New York di bawah seorang mubaligh yang bernama Elijah Muhammad. Mereka bergerak di bawah nama 'Nation of Islam' dan banyak memberi khidmat bakti kepada golongan muda kulit hitam dan keluarga mereka yang tidak terbela. Mereka sangat berjaya di dalam memulihkan sebahagian dari kemelut sosial yang menghantui masyarakat kulit hitam terutamanya gangsterism, penyalahgunaan dadah (marijuana dan coccaine) dan jenayah. Namun Nation of Islam mempunyai 'complex' yang tersendiri kerana ia berkembang dalam kancah perkauman yang begitu menebal di kalangan masyarakat kulit puteh terhadap komuniti kulit hitam. Jadi 'stance' atau sikap Nation of Islam terhadap komuniti kulit puteh adalah prejudis, kebencian 'hatred' dan perkauman, 'rasisme bordering on religious bigotry' (rasisme berteraskan sikap pelampau agama). Malcolm X mempunyai 'pandangan hidup' (world view) seperti itu terhadap orang kulit puteh.

... sehinggalah dia diberi peluang untuk mengerjakan haji di Makkah. Dia yang selama ini melihat Islam dalam kerangka pertembungan kulit hitam dan kulit puteh Amerika yang diselubungi oleh sejarah perhambaan dan kebencian yang mendalam, kemudiannay berpeluang untuk melihat Islam dari sudut pandang yang universal. Beliau ungkapkan pengalamannya ketika solat di Masjid al Haram ketika berdiri dalam satu saf yang terdapat di sana manusia yang bermata biru dan terdapat juga manusia yang berkulit hitam dan 'shades' di antara keduanya. Buat pertama kalinya dia melihat Islam sebagai agama yang menyatukan bukan agama yang membeza dan memisahkan. Dia melihat Islam dengan kesaih sayang, bukan dengan kecurigaan dan dendam.

Apabila dia pulang, sikapnya berubah. Pembawaannya yang amat berlain ini dapat dihidu oelh Elijah Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Dia akhirnya di pulaukan (ex-communicated; in communicado). Namun Malik as Shabbaz al Haj (nama Malcolm X ditinggalkan) terus berdakwah mengajak kepada Islam yang universal sifatnya, Islam yang tidak membezakan manusia dari sudut warna kulit dan suku bangsa. Perasaan benci dan prejudis nya terhadap bangsa kulit puteh, walau bagaimana rasis sekalipun mereka, hilang dan beransur-ansur diganti dengan kemahuan melihat Islam ini diterima oleh semua. 

Akhirnya pada tahun 1965 (21 Feb), Malik Shabazz di tembak ketika sedang berucap dan yang membunuh beliau ialah seorang pemuda kulit hitam. Sehingga hari ini FBI gagal untuk menyelesaikan kes pembunuhan ke atas Malik Shabazz. Kesimpulannya dia dibenci oleh kaum kulit hitam sendiri kerana mencabar sibghah 'perkauman Islam' yang dibawa oleh Nation of islam. Dia syahid kerana mahu menegakkan Islam untuk semua - bukan hanya untuk kaum tertentu.

Friday, May 3, 2013

PERCANTUMAN DAN PEMISAHAN SINGAPURA

SEBAB PERCANTUMAN: 

Alasan TUNKU ABDUL RAHMAN utk menubuhkan Malaysia:
1.  S’pura memang brhasrat bercantum dgn Malaya atas alasan ekonomi & politik. Kedudukan org    
    Melayu sbg bumiputera akan terancam jika hanya bergabung dgn S’pura.
2. TAR bimbang ancaman komunis di S’pura yg boleh mempengaruhi PKM & org Cina di  Malaya.
3. Jika S’pura tidak dikawal oleh Semenanjung, anasir komunis & golongan kiri akan ambil alih kuasa
    s’pura & akan mgancam kestabilan politik Malaya.
4. Kebimbangan Britain trhdp kptgn ekonomi & strateginya di s’pura & Malaya.
5. Kemasukan Sbh & S’wak menambah bilangan bumiputera & dpt kawal politik perkauman org Cina

•       Di S’pura – idea percantuman dgn Malaya tlh lama diperjuangkan (1948-1950-an).

•       PAP/PETIR (1954) meneruskan idea ini. 1959 – PAP membentuk kerajaan S’pura & Lee Kuan Yew (PM S’pura) menjadikan percantuman dgn Malaya sbg objektif utama PAP.

•       Utk bercantum dgn Malaya – PAP sanggup menerima kedudukan BM sbg bhs kbgsaan; usaha memupuk kebudayaan Malaya & tolak politik perkauman. PAP yakin S’pura tak mungkin blh merdeka sendiri.

•       Bagi PAP & para pemimpinnya, perjuangan utk bercantum dgn PTM di dorong oleh 3 faktor utama:
1.       Penyelesaian ekonomi S’pura, keperluan air,  pertambahan penduduk & keperluan                 
 pasaran.

2.       Keselamatan – slps PD2, S’pura tergugat  dgn mslh pemogokan buruh, rusuhan &
                      kegiatan komunis.

           3. Kemerdekaan S’pura lbh trjamin jika kedudukan politik & ekonomi S’pura tlh stabil.

•       LKY menekankan bhw layanan thdp S’pura hdklah sama dgn Malaya & Borneo.

•      PAP juga brhdpn dgn mslh yg brkaitan dgn mskt Cina yg brpdidikan sekolah Cina & ideologi Marxis. Fhmn politik golongan kiri ini menyusup dlm kesatuan sekerja & pelajar sekolah Cina.

•       Usaha kjn mgatasi ancaman komunis sering dianggap oleh mskt Cina sbg tindakan anti-Cina.

•     Krisis dalaman PAP – sbhgian ahlinya brfhmn komunis menentang percantuman dgn Malaya. Golongan ini cuba menggulingkan LKY. Kelompok pro komunis diketuai Ong Eng Guan (Datuk Bandar S’pura).

•     1961 - 13 org ahli Dewan Perundangan PAP keluar drp parti itu & menyertai pembangkang (Barisan Sosialis)pimpinan Dr. Lee Siew Choh & Lim Chin Siong. Ahli Perundangan PAP tinggal 27 org drp 51 org ahli.

•       Prkbgn politik di S’pura mnybbkn TAR yakin bhw S’pura perlu berada dlm Malaysia.

•       PAP & PTM memulakan rundingan percantuman pd 23 Ogos 1961. Beberapa prsetujuan dicapai:
1.     Prtahanan, hal ehwal luar & keselamatan  dlm negeri dlm kawalan kjn prsekutuan.

2.    S’pura mempunyai autonomi dlm perkara pendidikan & buruh.

           3. S’pura tidak perlu menyerahkan semua hasil mahsul yg dikutip kpd kjn prsekutuan &                   
               S’pura sanggup terima 15 kerusi Dewan Rakyat Prsekutuan (drp 159 kerusi).

4.    Dewan Perundangan S’pura jadi DUN.

5.    S’pura kekal sbg pelabuhan bebas.

          6. Wnegara S’pura berhak mjadi wnegara Persekutuan & menikmati hak yg sama kecuali dlm   
              pilihan raya – rakyat S’pura hnya blh mengundi di S’pura shj.

•    Barisan sosialis menentang prcantuman tetapi LKY mahu rakyat membuat pilihan. PAP giat berkempen & pd 1 Sept.1962 pungutan suara diadakan & keputusannya 70.8% rakyat S’pura mahu brcantum dgn Malaya.

•   Prbincgn tentang syarat2 akhir prcantuman dimulakan awal 1963 & berterusan sehingga Perjanjian Malaysia ditandatangani (Julai 1963)


SEBAB PEMISAHAN SINGAPURA

•       Antara tahun 1963-1965 – kewujudan S’pura dlm Malaysia juga tlh menimbulkan ketegangan hubungan antara org Cina & Melayu.

•       Singapura tidak senang kerana tiada pemimpin mereka dlm Kabinet Menteri Persekutuan sekalipun S’pura diberikan15 kerusi dlm Dewan Rakyat.

•       Hubungan antara Tunku dgn Lee Kuan Yu  & pemimpin PAP tidak baik setelah kjn S’pura mgadakan p’raya secara trgesa2 5 hari slps Malaysia ditubuhkan. PAP menang 37 drp 51 kerusi Dewan Perundangan S’pura.

•       Dlm p’raya tsb, Parti Perikatan S’pura pimpinan Lim Yew Hock & Hamid Jumat tlh kalah. Kekalahan ini mengecewakan Tunku kerana Parti tersebut mendapat sokongan drp Perikatan di Malaya.

•       Pemimpin Persekutuan Tanah Melayu juga tidak senang dgn tindakan LKY yg menubuhkan cawangan PAP di Malaya untuk menyaingi pengaruh MCA dlm kalangan org2 Cina di Malaya.

•       PAP juga berhasrat utk bertanding dlm p’raya Parlimen Malaysia 1964 wlpun pd 9 Sept 1963, LKY berjanji tidak akan bertanding utk merebut kerusi parlimen di Semenanjung. PAP cuba memotong jalan MCA dlm parlimen Malaysia dan dlm Parti Perikatan.

•       Dlm p’raya April1964, PAP meletakkan 9 org calon utk menentang MCA. Wlbmanapun kempen PAP di Malaya tidak berkesan. Pemimpin UMNO berjaya meyakinkan pengundi bhw dasar PAP itu berbahaya utk negara berbilang bangsa & akan memecahkan perpaduan rakyat.

•       PAP hanya menang 1 kerusi di kws Bangsar yg diwakili oleh Devan Nair. Kbykn calon hilang wang pertaruhan. Campurtgn PAP dlm p’raya di Semenanjung mybbkan LKY mula dipandang serong oleh Perikatan.

•       UMNO S’pura menyusun strategi utk memprovokasi bermodalkan isu bangkit membela nasib org Melayu.

•      Beberapa siri rusuhan yg berlaku adalah sbg cetusan rasa tidak puas hati org Melayu trhdp kerajaan PAP yg tidak mghiraukan kptgn mereka. Org Melayu mahukan pembelaan spt yg berlaku di Semenanjung.

•       LKY menuduh rusuhan itu sengaja diadakan oleh pelampau dlm UMNO agar darurat diisytiharkan di S’pura. Sebaliknya Syed Jaafar Albar menyalahkan LKY merancang rusuhan utk kptgn peribadinya.

•       Tun Abd Razak (TPM Malaysia) bertemu Goh Keng Swee (TPM S’pura) pd 28 Julai 1964 ,  meminta PAP menubuhkan kerajaan campuran & LKY melepaskan jawatan sbg PM S’pura. Kedua2 kjn (S’pura & PTM) tidak akan campurtgn dlm urusan politik negeri masing2.

•       Kjn S’pura juga diminta menguruskan hal-ehwal org Melayu dan PAP diingatkan agar tidak mempengaruhi org Melayu agar menyokong PAP. Cadangan ini ditolak oleh PAP.

•       LKY menunjukkan cita2 PAP utk memerintah Malaysia dgn menggantikan MCA sbg rakan kongsi UMNO. Kempen “ Malaysian Malaysia” diperhebat & berjaya menarik sokongan parti2 Cina spt SUPP di S’wak, MACHINDA (sebuah kelompok berbilang kaum yg kecil di S’wak), United Democratic Party & People’s Progressive Party di Semenanjung. 

•       Pd 9 Mei 1965, parti2 tsb bermesyuarat & tlh membentuk Malaysian Solidarity Convention (MSC) atau Perhimpunan Setiakawan Malaysia. Dua minggu slps konvensyen MSC, LKY memperlihatkan hasratnya utk menguasai Dewan Rakyat Malaysia & membentuk kerajaan.

•       Konsep “ Malaysian Malaysia” yg diperjuangkan oleh LKY itu sebenarnya mencabar satu drp syarat dlm Perjanjian Malaysia – Kedudukan istimewa org Melayu & peribumi Sabah & S’wak sbg bumiputera tidak blh diungkit.

•       LKY juga membangkitkan bhw isu kemiskinan org bumiputera bukan blh diringankan dgn memberikan hak istimewa. Sebaliknya mereka perlu dilatih untuk dididik untuk berusaha keras untuk berjaya.

•       Pd 12 Mei 1965, sekumpulan pemuda UMNO tlh berhimpun di luar Dewan Masyarakat Kg.
Datuk Keramat, KL utk membakar patung LKY. 4 hari kemudian, ramai org Melayu berpiket di perkarangan bangunan DBP mempamerkan poster & sepanduk yg mendesak penggantungan perlembagaan S’pura & penangkapan LKY.

•       Menjelang Julai 1965, Utusan Melayu melaporkan bhw PAP menentang kedaulatan raja2 Melayu, Hak istimewa Melayu, Islam sbg agama rasmi & BM sbg bhs kebangsaan.

•       Tindakan PAP membawa padah kpd perhubungan antara org Cina & Melayu.

•       Disebabkan kebimbangan trhdp hubungan kaum yg bertambah merosot & sentimen kaum yg berleluasa, Tunku mula memikirkan kembali apakah patut S’pura berada dlm Malaysia? Krn lebih banyak mendatangkan kesulitan drp kebaikan.

•       Pada 7 Ogos 1965, perjanjian pemisahan dgn S’pura tlh ditandatangani & disahkan pd persidangan parlimen Malaysia pd 9 Ogos 1965.

•       Perpisahan S’pura menunjukkan bhw utk melestarikan hubungan inter-etnik yg tenteram & aman, syarat2 yg terkandung dlm perlembagaan tidak boleh digugat.


Disebalik pemisahan Singapura dari Malaysia ini, sebenarnya MCA memainkan peranan yang cukup besar disebalik tabir namum tidak pernah disebut oleh sejarah. Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang pro Cina MCA. MCA melihat dengan pergabungan Singapura dan Malaysia kedudukan parti MCA sebagai parti utama orang Cina di Persekutuan Tanah Melayu boleh terjejas. Ini kerana mereka bimbang sokongan org Cina di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu beralih kepada parti People Action Party PAP. Jika ini berlaku kedudukan MCA selaku parti tauke - tauke Cina yang menguasai perniagaan - perniagaan di Persekutuan Tanah Melayu akan terjejas dan merencatkan ekonomi MCA.

Oleh itu mereka melobi Tunku Abdul Rahman supaya memisahkan atau mengeluarkan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu. Dengan keluarnya Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu People Action Party PAP juga turut terkeluar dan ini membuatkan MCA terus menjadi parti tauke - tauke Cina yang kuat tanpa ada pesaing. Isu - isu perkauman sengaja dimainkan demi melihatkan tindakan Tunku Abdul Rahman dari Umno itu suci. Malangnya ramai dari rakyat biasa yang tidak memahi isu sebenar menjadi mangsa dan terlibat dalam pertelingkahan antara kaum.

Kesimpulannya, UMNO melepaskan Singapura kerana desakan tauke - tauke Cina dari MCA. Siapa yang khianat Melayu???