Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Mana perginya kapal itu?




Telah melintasi lebih dari satu minggu pesawat MH370 telah hilang lenyap. Seramai 239 penumpang dan anak kapal telah hilang lenyap semenjak 8 Mac lalu. Apa yang terjadi? Saya secara jujur – sama seperti warga dunia - tidak tahu apa terjadi. Malah akan bertanya apa sebenarnya berlaku. Tetapi bukan ini yang ingin saya paparkan dalam tulisan kali ini.


Apa yang terjadi kepada MH370 telah menjadi spekulasi di seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang berminat mengikuti berita ini mungkin ada memiliki teori dan labon tentang apa yang telah terjadi. Pelbagai teori dan sudut telah dikupas. Pelbagai dongeng telah terhambur. Para peminat teori konspirasi telah mula menulis berjela-jela. Malah saya sendiri telah menerima pelbagai alamat blog yang menulis teori konspirasi. Meminta saya memberi komen.

Saperti biasa tukang labon teori konspirasi ini akan mengaitkan Yahudi, Freemason, Amerika, CIA dan, dan, dan. Tidak cukup dengan ini diselitkan juga ayat-ayat suci untuk memperkukuhkan teori labon ini.

Saya menolak semua teori konspirasi ini. Untuk saya pada tahap ini satu kemalangan telah berlaku. Hati dan harapan kita adalah kepada kaum keluarga sanak saudara penumpang dan anak kapal yang telah ditimpa kemalangan ini.

Tetapi kenapa teori konspirasi ini muncul? Inilah yang ingin saya paparkan kepada pembaca kali ini. Kita wajib mengetahui bagaimana teori konspirasi ini berjalan, bergerak dan tersebar.

Saya masih ingat lagi ketika saya di Beirut dalam tahun 1975. Ini sesudah terbunuhnya Al-Malik Faisal raja Saudi di tangan anak buahnya. Saya ditanya oleh anak-anak muda Palestin dan Arab yang sedang bergerila menentang fasis Falangist di kota Beirut – siapa membunuh Raja Faizal?

Bila saya tidak memiliki jawapan muncul pula soalan cepu emas. Di mana Malik Faisal sekarang? Saya tersenyum tanpa jawapan. Lalu saya diberitahu bahawa Malik Faisal sedang berkonspirasi dengan kuasa ghaib untuk ‘mengambuskan’ perjuangan Palestin. Bunyi ayat ini lawak. Mana mungkin yang telah mati berkonspirasi. Tetapi inilah hakikatnya yang telah berlaku.

Kita juga pernah membaca tentang Lady Diana, tentang John Lennon , tentang Malcolm X, tentang Martin Luther King, tentang JFK dan, dan, dan. Pelbagai kisah dan teori konspirasi yang kita baca dan dengar tentang kematian mereka. Kenapa ini berlaku? Apa hubungan dengan MH370?

Mari kita ingati kembali bagaimana kita warga Malaysia anak semua bangsa telah diberitahu tentang kemalangan ini berlaku. Berita kemalangan ini hanya dibuka kepada umum hampir 5 jam sesudah putusnya hubungan anak kapal dengan radar di bumi. Kenapa ini berlaku? Tiga jam atau 5 jam lewat ini kini menjadi asas teori konspirasi.

Asas teori konspirasi ialah keyakinan. Asas induk ialah kepercayaan orang ramai terhadap kenyataan rasmi. Harus diakui bahawa 52 peratus rakyat Malaysia telah mengundi Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka TIDAK yakin dengan United Malays National Organisation dan konco-konconya.

Seramai 52 peratus warga ini tidak akan percaya kepada apa sahaja yang dituturkan oleh Najib, atau sepupunya Hishammuddin atau sesiapa sahaja yang dilihat mewakili kepentingan United Malays Natioanal Organisation. Mustahil gerombolan yang telah menipu dalam PRU13 akan diyakini cakap-cakap dan kenyataan mereka tentang MH370. Najib dan sepupunya tidak memiliki kredibiliti. Walau pun Najib dan sepupunya memulakan sidang akhbar dengan bismilllah, ia tidak memungkinkan 52 peratus warga Malaysia kembali percaya kepada mereka.

Jelas teori konspirasi bergerak di atas ketidakyakinan warga terhadap lembaga daulah. Hilangnya keyakinan ini bukan satu yang baru di Malaysia ini. Seramai 52 peratus warga yang mengundi Pakatan telah tidak yakin dengan kerajaan. Ini bukan data yang saya muncul-munculkan. Data 52 peratus ini adalah keputusan PRU13.

Apabila Najib membuka mulut maka soalan pertama akan timbul dari anak semua bangsa ialah siapa bunuh Altantuya? Siapa mengupah Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya? Selagi persoalan ini tidak terjawab apa sahaja yang dicakapkan oleh Najib dan sepupunya pasti tidak akan diyakini orang ramai. Kalau dalam kes itu mereka dikatakan menipu mustahil dalam kes MH370 ini mereka tidak menipu.

Bukti hujah ini menjadi sahih apabila diketahui bahawa dua warga Iran telah menggunakan pasprot palsu. Dengan serta merta laman sosial Facebook telah heboh memberi ingatan bahawa nama Altantuya juga telah hilang dari senarai keluar masuk imigresen. Dua lagi pasport palsu digunakan untuk masuk ke Malaysia bukan satu yang pelik.

Justeru apa yang ingin saya paparkan di sini ialah keyakinan yang telah hilang terhadap Najib dan konco-konconya. Inilah yang menjadikan teori konspirasi ini meluas dan melebar. Teori ini menjadi kukuh dan dilihat berasas apabila para pegawai Najib mula membuka mulut.

Pada awalnya entah atas nasihat siapa askar telah memberi taklimat tentang kapal terbang awam yang hilang. Ini pelik bin takjub. Kenapa sang askar? Tidak adakah pegawai awam yang berupaya memberi taklimat? MH370 bukan kes perang. Ini kes kapal terbang awam hilang. Ini bukan kapal terbang tentera. Kemunculan askar ini telah menimbulkan banyak syak wasangka.

Teori konspirasi bertambah rancak apabila sidang akbar dibuka untuk akhbar dunia. Selama lebih dari 50 tahun United Malays National Organisation telah menipu dan berbohong melalui media yang mereka miliki. Dengan menggunakan pelbagai bentuk undang-udang – ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan, dan, dan, gerombolan Ketuaan Melayu ini telah menggunakan media untuk menipu.

Apabila wujudnya media baru - United Malays National Organisation telah melarang wartawan dari Malaysiakini atauSuara Keadilan dari dapat bersama membuat laporan. Gerombolan Ketuanan Melayu ini selama lebih dari 50 tahun telah membuli dan mengancam wartawan

Dengan kes MH370 Najib dan sepupunya tersentak dan menggigil apabila mula berhadapan dengan wartawan antarabangsa. Wartawan antarabangsa ini tidak ambil pot siapa Najib, siapa sepupunya dan siapa ketua polis negara. Tugas mereka mencari dan melapor berita. Maka untuk pertama kalinya para Raja Lawak ini dilihat bebal dan berpeluh takut berhadapan dengan media. Padan muka.

Saya yang pada ketika menulis ini berada di London telah berpeluang melihat media bebas bergerak. Saya bernasib baik dapat melihat bagaimana sepupu Najib cuba bersilat lidah – berkuntau - dalam usaha untuk menipu wartawan dunia. Saya dapat berpeluang melihat sidang akhbar Raja Lawak ini secara terus menerus tanpa sekatan dan dipotong.

Malam Ahad yang lalu saya berpeluang melihat media CCTV Tiongkok memperlihatkan sidang akhbar warga mereka di Kuala Lumpur. Saya berpeluang melihat bagaimana warga China telah mengancam Najib dan gerombolan United Malays Natioanl Organsiation kerana mereka merasa mereka telah ditipu. Tidak ada datuk seri atau datin seri untuk warga China ini, mereka merasa telah ditipu.

Di luar negara juga - saya berpeluang melihat induk berita terpampang luas – LIES – pembohongan - muncul dari akhbar cetak Hong Kong. Jika inilah muka hadapan akhbar kita pasti lesen cetak dirampas dan Ketua Pengarang ditahan tanpa bicara. Saya sekali rakyat Malaysia tidak berpeluang melihat apa yang dapat saya lihat, saya baca dari Kota London.

Kemalangan MH370 ini sebenarnya telah membuka mata orang ramai. Untuk 52 peratus pengundi Pakatan mata hati mereka tidak perlu diusik. Mereka telah lama sedar. Kes pesawat hilang ini hanya akan memperkuatkan lagi keyakinan mereka bahawa kerajaan Najib dan sepupunya wajib dilawan.

MH370 ini telah berjaya membuka mata 47 peratus warga Malaysia yang tidak mengundi Pakatan. Kes MH370 ini mula menampakkan kepada mereka betapa bebalnya Najib Rosmah dan sepupunya Hishammuddin. Bunyi suara media dunia yang marah kerana mereka merasa ditipu ini sedikit sebanyak telah sampai ke pendengaran Mak Cik dan Pak Cik Felda.

Najib dan sepupunya menjadi Raja Lawak bertaraf dunia bukan kerana kemunculan bomoh tetapi kerana kegagalan mereka menjawab soalan-soalan dari media antarabangsa. Bukan kita hendak ketawakan keupayaan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul – untuk saya ini kurang penting.

Apa yang penting ialah melihat bahasa badan Najib, Hishammuddin, Ketua Polis Negara. Saya amat-amat jarang menonton TV tapi pada petang Sabtu 15 haribulan yang lalu saya berpeluang melihat Najib dan sepupunya beraksi. Jelas dari nahu bandan mereka, jelas dari cara mereka bersilat lidah – ada sesuatu yang ingin mereka sorokkan.

Secara positif kes pesawat MH370 hilang ini telah membogelkan keupayaan fikrah Najib dan sepupunya. Kes ini juga telah membogelkan kebebalan United Malays National Organisation kepada dunia. Hari ini anak semua bangsa terus berdoa dan berharap pesawat MH370 akan selamat.

Bersama doa dan harapan ini – anak semua bangsa – rakyat Malaysia telah sepakat mengakui bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini wajib diganti. Satu kerajaan baru wajib lahir dari kemalangan MH370 ini. Kita TIDAK ada pilihan- sebelum Kilang Lynas retak, sebelum loji nuklear pecah kerajaan Najib Rosmah dan sepupunya wajib kita gulingkan.


Oleh: Hishamuddin Rais




Monday, March 17, 2014

Bas ekspres terjunam ke gaung dekat Gopeng, pemandu maut, dua parah

Seorang pemandu bas maut manakala dua penumpang parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara, berhampiran Gua Tempurung, Gopeng hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh, maut di tempat kejadian.

Dua penumpang, Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27, masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai Siput parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kemalangan pada pukul 4.25 petang itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu cuba mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang terbabas di hadapannya.

Ini mengakibatkan bas membawa dua penumpang terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung yang terletak kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng, katanya.

Ng berkata ketika kejadian, bas itu melalui jalan lurus manakala cuaca pula baik.

Sementara itu, rakan Hasmir, Rosli Shaari, 43, berkata mangsa berpengalaman memandu bas selama lebih 10 tahun dan tidak pernah melaporkan sebarang masalah yang dihadapinya berhubung bas tersebut.

Rosli yang bekerja sebagai pemandu bas di syarikat yang sama, berkata pemandu mempunyai jadual khusus bagi kekerapan perjalanan bas setiap hari dengan satu atau dua kali perjalanan sahaja.

"Bas sentiasa diselenggara dari semasa ke semasa di kawasan bengkel di Simpang Pulai. Saya mengenali Hasmir lebih enam tahun dan dia mempunyai seorang isteri dan tiga anak yang kini tinggal di Medan, Indonesia," katanya. – Bernama, 17 Mac, 2014.

ENAM PENGUNJUNG KONSERT FMFA MAUT 10 MINIT SELEPAS AMBIL DADAH

Kuala Lumpur, 17 Mac - Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstacy jenis baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.

Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dengan harga tertentu.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital. Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir semalam.

Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar dari PPUM semalam.

Noor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memiliki ecstacy dan ganja manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.

"Mereka yang ditahan kerana memiliki ecstacy iaitu empat warga asing dan lima warga tempatan, memiliki ganja dua warga asing dan tujuh warga tempatan manakala 22 orang lagi iaitu enam warga tempatan dan 16 warga asing antaranya dari Zimbabwe, Australia, Indonesia dan India," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mendapati dadah baharu terhasil setiap dua minggu. - BERNAMA

Saturday, March 8, 2014

Kenyataan Media dari Malaysia Airlines MH370 Flight Incident - 3rd Media Statement

 

Ladies and Gentlemen, we are deeply saddened this morning with the news on MH370.

Malaysia Airlines confirms that flight MH370 had lost contact with Subang Air Traffic Control at 2.40am, today. There has been speculation that the aircraft has landed at Nanming. We are working to verify the authenticity of the report and others.

Flight MH370 was operated on a Boeing 777-200 aircraft. It departed Kuala Lumpur at 12.41 am earlier this morning bound for Beijing. The aircraft was scheduled to land at Beijing International Airport at 6.30am local Beijing time.

The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members. The passengers were of 14 different nationalities - citizens from:-
1.    China – 152 plus 1 infant
2.    Malaysia - 38
3.    Indonesia - 12
4.    Australia - 6
5.    France - 3
6.    United States of America – 3 pax plus 1 infant
7.    New Zealand - 2
8.    Ukraine - 2
9.    Canada - 2
10.  Russia - 1
11.  Italy - 1
12.  Taiwan - 1
13.  Netherlands - 1
14.  Austria - 1

This flight was a code share with China Southern Airlines.
We are working with authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.

Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.

The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365hours. He joined Malaysia Airlines in 1981. First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.

Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize its full support. Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation. The public may contact +603 7884 1234. For media queries, kindly contact +603 8777 5698/ +603 8787 1276.

Next-of-kin may head to the Support Facility Building at KLIA’s South Support Zone. For directions, call 03 8787 1269.


女士们,先生们,

       我们对今晨发生MH370航班事件深表遗憾。

      马来西亚航空公司证实MH370航班于今天凌晨2点40分与苏邦空中交通管制台失去联系。目前有推测该客机在Nanming地区降落,我们正在和有关当局证实该信息的真实性。

      MH370航班由波音777-200机型执飞,该航班于今天凌晨0点41分由吉隆坡起飞前往北京,原计划于北京时间早晨6点30份抵达北京首都国际机场。

      该航班总共运载239人 - 其中包括227名旅客(2名婴儿)及12名机组人员。航班的乘客来自于14个国家。
1.     中国 – 152成人及1婴儿
2.     马来西亚 – 38人
3.     印度尼西亚 – 12人
4.     澳大利亚 – 6人
5.     法国 – 3人
6.     美国 – 3成人及1婴儿
7.     新西兰 – 2人
8.     乌克兰 – 2人
9.     加拿大 – 2人
10.  俄罗斯 – 1 人
11.  意大利 – 1 人
12.  中国台湾 – 1人
13.  荷兰 – 1 人
14.  奥地利 – 1人
      
       该航班是和中国南方航空公司代码共享航班。

      马来西亚航空公司目前正与搜寻与救援机构通力合作以确定飞机位置。工作人员正在与乘客和机组人员的亲属联系。

      该航班机长为Zaharie Ahmad Shah,马来西亚籍,年龄53岁,总计飞行时间18,365小时,于1981年加入马航;副驾驶为Fariq Ab.Hamid,马来西亚籍,年龄27岁,总计飞行时间2,763小时,2007年加入马航。

       航空公司与紧急工作组及有关当局紧密合作,提供全力支持。航空公司将会根据事件进展及时提供最新讯息。
       公众可以联络+603 7884 1234
       媒体可以联络+603 8777 5698 / +603 8787 1276

Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu. 

Sumber:  http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-mas-yang-hilang-terhempas-di-laut-china-selatan-31471

Sunday, November 13, 2011

Gambar Kemalangan Bas SMK Air Merah & Treler Di Behrang

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.