Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Friday, June 7, 2013

MP PR akan boikot taklimat Parlimen

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.

Anthony Loke dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.

Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan.

“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.

“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya apabila dihubungi di sini.

Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.

Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang Standing Order dan urusan pentadbiran lain.

Apabila ditanya apakah kepimpinan PR merancang untuk melanjutkan boikot mereka sehingga sidang Parlimen pertama pada 26 Jun ini walau bagaimanapun, Loke berkata, “Saya tidak fikir begitu.”

Ahli Parlimen Pandan PKR Rafizi Ramli juga mengesahkan beliau telah dimaklumkan mengenai boikot taklimat tetapi mengatakan ia tidak bermaksud untuk menjadi langkah publisiti oleh pakatan pembangkang persekutuan.

Pendangan beliau senada dengan Loke, mengatakan PR masih lagi di tengah-tengah kempen menentang penyelewengan didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa dalam Pilihan Raya 2013.

“Kita juga tidak mahu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah maksud dan berkata PR menentang penipuan dan membawa bukti kepada orang awam, kami juga bersemangat untuk menjadi ahli Parlimen.

“Tetapi bagaimanapun, ia hanyalah taklimat pentadbiran… tumpuan kami adalah melawan penipuan untuk reformasi sebenar dalam sistem,” katanya.

Pemimpin PR telah mendakwa Pilihan Raya 2013 dipenuhi dengan kecurangan, bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal sehingga percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara terang-terangan pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan penggunaan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus.

Sebaik sahaja pilihan raya 5 Mei berakhir, Rafizi membuat beberapa siri pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya untuk melakukan reformasi pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Strategi PKR juga mendedahkan baru-baru ini ketiga-tiga parti PR mengesahkan untuk memfailkan 41 petisyen pilihan raya — tiga oleh DAP, 20 oleh PKR dan 18 oleh PAS — sebelum tarikh akhir 12 Jun.

Menurut Rafizi, sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu diadakan pilihan raya semula kerana terdapat manipulasi undi yang tinggi di kawasan-kawasan pilihan raya ini. PR telah menang 89 kerusi berbanding BN 133 dalam pilihan raya 5 Mei.

Akan tetapi selain daripada petisyen di mahkamah, PR dan kumpulan masyarakat sivil lain telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran selepas 5 Mei untuk mendesak agenda reformasi, meletakkan tiga syarat utama dengan pertama mensyaratkan peletakkan jawatan semua anggota SPR kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil.

Perhimpunan “Black 505” seperti yang digelar, juga dikhaskan sebagai gerakan untuk membantah kecurangan seperti didakwa PR semasa pilihan raya, menyaksikan BN terus berkuasa walaupun kehilangan undi popular.

OLEH CLARA CHOOI - PENOLONG PENGARANG BERITA
June 07, 2013 - Malaysian Insider

Monday, May 27, 2013

Che'GuBard terima notis "SERAH DIRI" dari PDRM

Che'GuBard sebentar tadi telah memaklumkan melalui facebook beliau, bahawa beliau telah menerima notis dari pihak polis yang mengarahkannya untuk menyerah diri. Ini dipercayai berkenaan himpunan "Blackout 505" yang mana Che'GuBard merupakan penggerak utama.

Notis tersebut telah diselitkan di pintu rumah beliau di Seremban. Che'GuBard juga memaklumkan yang polis telah masuk ke kawasan berpagar rumah beliau untuk meletakkan notis tersebut.


"Sampai saja Rumah di Seremban jumpa notis polis arah 'serah diri' terselit/tampal di pintu rumah..polis masuk ruang berpagar tampal notis.. Hahaha nasib baik depa tak simbah cat merah"

Friday, May 17, 2013

Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR ‘di mahkamah, jalanan dan Parlimen’



GEORGE TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.

“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.


Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.

Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.

“Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita failkan petisyen,” katanya.

Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen.

“Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.

Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi.

Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari bertindak sebagai moderator.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11 malam.

Monday, May 13, 2013

PROGRAM WAJIB HADIR PADA KHAMIS 16 MEI 2013



Untuk dilihat cool perlu hadir program ini.. untuk  yang tidak faham makna "Undi Popular" WAJIB hadir program ini. 

Sunday, May 12, 2013

"Democracy blackout"


On May 5th, millions of Malaysians called out in a single voice that you wanted change. Change from a corrupt regime of UMNO-BN that has held on to power for more than five decades. It was a voice that was strong and clear.

You said to the UMNO-BN leaders: Enough! Enough of corruption and abuse of power! Enough of racism, bad governance and mismanagement of the nation’s wealth! Let Pakatan Rakyat take over now!
But they refused. To stay in power they cheated. They want to continue to rob from the nation.  Working hand in glove with the Election Commission they resorted to all kinds of fraud and declared themselves the winner. 

By this act of cheating they turned the brightest hour in our nation's history into its darkest.

But last night YOU responded. Hundreds of thousands Malaysians from all races and walks of life, young and old – came to Stadium Kelana Jaya to show your outrage against the injustice and fraud. You showed courage and determination. You braved the traffic jams, walked kilometres and stood in the pouring rain because you believe your cause is a noble one.  


You were peaceful. You showed your allegiance to the Yang diPertuan Agong and sang the national anthem with pride. You demonstrated clearly that we are a nation united as Bangsa Malaysia.
Some say that you gathered because you cannot accept defeat. This is a gross insult and lie. The truth is that your victory has been stolen from you.  It is they who cannot accept defeat and who have resorted to cheating to stay in power. You are on the side of truth and truth will triumph over falsehood.

You have every right to be outraged that your vote for change has been hijacked. You have every right to feel hurt and insulted by the accusations of being ungrateful and greedy just because you voted for Pakatan.
Our mission is clear. We are no longer just campaigning. We are building a movement. We will protest against the fraud and this disgraceful act of denying the people their victory. We will bring together all Malaysians to fight to end corruption, racism and the abuse of power.

Help us to build momentum for this movement. Make a contribution of RM50 today

They are now playing with the fire of racism and hate-mongering and trying every means possible to intimidate you. As long as we stay united there is nothing to fear. Together we will show the illegitimate UMNO-BN government that our voice is not easy to silence. We will show them our resolve and the courage of our convictions. We will not stop until justice and victory is returned to us.
If you believe in this mission I give you my word that the Pakatan Rakyat is with you. We will stand firmly with you all the way. We will never surrender. 

Thank you,
ANWAR IBRAHIM

PS Click here to support the movement:http://www.anwaribrahim.com/SplashPg/contribute.asp 

Saturday, May 11, 2013

NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN!!!


Apa Najib Razak mahu letak jawatan hujung tahun ini??? Itu adalah khabar yang aku sering dengar yang sampai dari mulut ke telinga dari facebook ke twitter dan dari blog ke blog.

Jika perkara ini benar, aku adalah antara orang yang paling tidak bersetuju dengan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun menang tipis dengan undi Bangla, aku tetap tidak setuju untuk Najib Razak turun sebagai PM.

Pemimpin, penyokong, pendukung, peminat dan segala pen dari Pakatan Rakyat jangan jadi bodoh dengan mendesak Najib Razak untuk turun dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lagi lama Najib Razak jadi perdana menteri lagi banyak Pakatan Rakyat akan dapat untung. Lagi lama Najib Razak dan Rosmah memimpin lagi ramai rakyat meluat dengan Umno/BN. Rakyat yang benci dan meluat dengan Najib Razak adalah satu keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

Lagi lama Najib Razak menjadi PM lagi senang kita nak membantai Umno/BN. Jangan ulang kesilapan serupa yang telah kita buat kepada Pak Lah dengan mendesak dia turun sebagai PM pada 2008 yang lalu. Teruskan usaha untuk memastikan Najib Razak menjadi PM kerana itu adalah keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Kelemahan musuh adalah kelebihan kita. Terus sokong NAJIB RAZAK DAN ROMAH sebagai PM!!!

# Mahathir juga kita mesti ransang untuk terus dia bersuara, lagi banyak dia buka mulut lagi banyak orang akan sokong Pakatan Rakyat.

Thursday, May 9, 2013

Senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang




Berikut adalah senarai penuh Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pasca PRU 13.

1. YAB Tuan Lim Guan Eng
a. Ketua Menteri
b. Exco - Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan dan Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam

2. YB Tuan Haji Mohd Rashid Hasnon
a. Timbalan Ketua Menteri I
b. Exco - Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi & Perhubungan Masyarakat dan Pembangunan Keusahawanan

3. YB Prof. Dr. P. Ramasamy
a. Timbalan Ketua Menteri II
b. Exco - Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan & Sumber Manusia dan Sains, Teknologi & Inovasi

4. YB Tuan Chow Kon Yeow
Exco - Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir

5. YB Datuk Abdul Malik Abul Kassim
Exco - Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

6. YB Puan Chong Eng
Exco - Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian

7. YB Tuan Lim Hock Seng
Exco - Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8. YB Tuan Law Heng Kiang
Exco - Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan

9. YB Tuan Phee Boon Poh
Exco - Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

10. YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh
Exco - Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan

11. YB Dr. Afif Bahardin
Exco - Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan

Wednesday, May 8, 2013

"1 Malaysia" yang sudah terbarai...

Selepas tamat pilihanraya umum ke-13 pada 05 Mei 2013 yang lalu langsung tidak kedengaran lagi laungan dan nyanyian 1 Malaysia. Iklan - iklan di televisyen dan radio juga senyap terus dari memutarkan iklan 1 Malaysia. Mana hilangnya laungan "1 Malaysia" Dato Sri Najib yang projeknya menelan belanja berjuta - juta tersebut.

Nampaknya "1 Malaysia" Dato Sri Najib telah terbarai. Barainya itu bukan kerja DAP atau Anwar Ibrahim tetapi dari mulut Najib sendiri, yang mana pada malam pengumuman keputusan pilihanraya telah mengeluarkan statement "Tsunami Cina" yang jelas mengguris perasaan warga Malaysia yang berbangsa Cina.

Tidak cukup dengan itu, akhbar - akhbar dan media milik Umno/BN terus menerus menyerang dan menghentam orang Cina kerana tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu. Tindakkan media - media ini seolah direstui oleh Najib sendiri bilamana Najib membidas wartawan akhabar Cina yang mempersoalkan kewajaran Utusan Malaysia mengeluarkan tajuk besar "Apa Lagi Cina Mahu" pada keluaran 7 Mei 2013 yang lalu. Sikap dan tindakan Najib ini jelas memusnahkan sendiri projek "1 Malaysia" yang diusahakannya.

Lebih memburukkan lagi keadaan, pihak Umno hari ini seolah menghalakan muncung senjatanya kepada orang bagi melepaskan geram kerana gagal memperolehi undi masyarakat Cina dan pada masa yang sama cuba menakutkan orang Melayu dengan sentimen perkauman yang dilihat bertujuan membuatkan orang Melayu takut kepada orang Cina khususnya DAP. 

Langkah Umno/BN ini dilihat tidak berjaya kerana rakyat sudah semakin matang khususnya anak muda yang tanpa mengira bangsa berganding bahu bersama mahu menghumban Umno/BN. Kita boleh lihat sendiri anak muda Melayu menjulang bendera DAP sewaktu kempen PRU 13 yang lalu dan pemuda Cina membantu kempen PAS di Shah Alam Selangor. 

Usaha Umno/BN untuk memainkan sentimen perkauaman agar membangkitkan keresahan rakyat itu dilihat menggalkan mereka sendiri dan yang telah membaraikan "1 Malaysia" yang cuba diusahakan Najib dengan laburan berbilion ringgit. Kita nantikan apa tema baru pula yang mahu digunakan Najib setelah "1 Malaysia" digagalkan oleh dia sendiri. Mungkin dia sedang menunggu nasihat dari APCO mengenainya.

INI BUKAN "TSUNAMI CINA" TAPI "TSUNAMI RAKYAT MALAYSIA"



Melayu DAP menang tiga kerusi, tambah undi dan pecahkan tembok perkauman

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Momokan perkauman sempit dan jahat UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13, semalam.

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi DUN Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.

Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.


Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.


Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman UMNO-BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.

PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.-Roketkini.com

FAKTA PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-13

Berikut aku kongsikan fakta - fakta tentang Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 yang berlangsung pada 05 Mei 2013 yang lalu:

1- PRU 13 adalah yang paling mahal dalam sejarah pilihanraya Malaysia dan hampir 400 juta telah  
    diperuntukan untuk pilihanraya tersebut.

2- Umno membelanjakan jumlah yang cukup besar untuk kempen pilihanraya ke 13 ini.

3- Dakwat kekal pertama kali diperkenalkan dalam PRU-13 di Malaysia. Malangnya dakwat tersebut
    tidak kekal dan boleh ditanggalkan dengan mencuci mengunakan air kurang dari 1 jam selepas dicalit.

4- PRU 13 merupakan pilihanraya yang paling banyak berlaku "blackout" di tempat - tempat pengiraan
   undi sewaktu proses pengiraan berlangsung.

5- PRU 13 juga menyaksikan kali pertama dalam sejarah demokrasi, undi dikira dalam gelap

6- PRU 13 menyaksikan kali pertama dalam sejarah pilihanraya Malaysia dan mungkin dunia yang mana
    individu bukan warga negara datang mengundi  dalam pilihanraya umum.

7- PRU 13 menyaksikan jumlah keluar mengundi antara yang tertinggi dalam sejarah pilihanaraya
    Malaysia dan jumlah ini melebihi dari senarai pengundi.

8- Di Johor sewaktu pengiraan undi, buat pertama kalinya kertas undi dihantar menggunakan teksi ke
    tempat pengiraan undi.

9- PRU 13 menyaksikan paling banyak calon bebas bertanding namum tidak satu yang menang.

10 - Keputusan PRU 13 diumumkan paling lewat berbanding pilihanraya - pilihanraya sebelum ini.

11- Umno/Bn mendapat keputusan undian yang paling rendah dan terburuk dalam sejarah pilihanraya
      umum dengan hanya mengekalkan 133 berbanding 140 PRU 12.

12- Buat pertama kalinya dalam PRU-13 Umno/BN hilang undi popular dan memerintah tanpa undi
     popular

13- PRU 13 merupakan pilihanraya pertama undi Najib mendapatakan mandat.


Monday, May 6, 2013

PASCA PRU 13: APAKAH NASIB NAJIB AKAN SEPERTI SEPERTI PAK LAH

Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang selesai diumumkan lewat pagi semalam memperlihatkan Umno dan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak gagal membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dengan memiliki 2/3 majoriti dewan dan hanya berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Walaupun Umno/BN menang dan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah tetapi ianya tidak selamat untuk kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dengan keputusan semalam menyaksikan BN hanya berjaya memiliki 133 kerusi parlimen berbanding PRU ke-12 diman BN memiliki sebanyak 140 kerusi parlimen. Ini bermakna pimpinan Najib gagal menambahkan jumlah kerusi parlimen yang dimiliki Pak Lah dalam PRU ke-12 sebaliknya jumlah tersebut semakin mengecil bilamana BN pada PRU ke-12 kehilangan 7 lagi kerusi parlimen. 

Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, pada PRU ke-12 yang lalu BN dibawah pimpinan Pak Lah pada waktu itu berjaya memiliki 344 kerusi dewan undangan negeri bagi seluruh negara dari jumlah keseluruhan 505 kerusi. Pada PRU ke-13 ini BN dibawah pimpinan Najib hanya berjaya memiliki 275 kerusi yang mana ianya berkurang sebanyak 71 dari keputusan pilihanraya yang lalu.

Bagi jumlah undi popular pula, pada PRU-12 dibawah pimpinan Pak Lah BN berjaya memiliki jumlah undi popular sebanyak 4.0 juta undi dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi 8.0 juta pada waktu itu. Dalam keputusan PRU ke-13 yang baru ini pula memperlihatkan jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 10.7 juta orang dan dari jumlah tersebut hanya 5.2 pengundi (undi popular) yang mengundi BN dan selebihnya 5.5juta dari jumlah keseluruhan pada PRU ke-13 mengundi Pakatan Rakyat. Ini dengan kata lain, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan tetapi Pakatan Rakyat lebih popular dari segi jumlah undi keseluruhan yang dipungut. 

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun mereka tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan, tetapi Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan jumlah kerusi di parlimen dari 82 kerusi pada PRU ke-12 kepada 89 kerusi pada PRU ke-13 kali ini (pertambahan sebanyak 7 kerusi). 

Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, Pakatan Rakyat juga memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah kerusi yang mereka miliki. Pada PRU ke-12, Pakatan Rakyat berjaya memiliki 161 kerusi dari jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan iaitu sebanyak 505 kerusi. Namum pada PRU ke-13 ini, Pakatan Rakyat berjaya menambah sebanyak 71 kerusi dewan undangan negeri dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 230 kerusi. 

Undi popular bagi Pakatan Rakyat juga meningkat dengan melebihi jumlah undi popular yang dimiliki oleh BN pada PRU ke-13 ini. Dengan kata lain, jika dihitung dari kesemua jumlah pengundi yang keluar mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu, lebih dari separuh pengundi mengundi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mendapat 5.5 juta undi popular keseluruhan dan BN mendapat 5.2 juta keseluruhan undi popular dari keseluruhan jumlah pengundi 10.7 juta yang keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Apa yang dapat disimpulkan, prestasi Najib memimpin Umno/Barisan Nasional dalam memerintah dan menghadapi PRU-13 ini lebih buruk dari prestasi Pak Lah pada PRU-12. Ini lebih diburukan lagi bilamana sepanjang pemerintahan Najib semenjak mengambil alih jawatan perdana menteri dari Pak Lah semenjak 3 April 2009 hingga Mei 2013 pelbagai program dan berbilion peruntukan digunakan untuk memulihkan imej Umno/Barisan Nasional tetapi segalanya sedikit pun tidak membawa keuntungan malahan kerugian dengan kehilangan 7 kerusi parlimen dan 71 kerusi dewan undangan negeri selain hilang undi popular.

Oleh yang demikian progam - progam tranfomasi, slogan 1 Malaysia dan BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 langsung tidak berkesan dalam menawan jauh sekali mempengaruhi rakyat. Malahan Pak Lah yang hanya membawa slogan Islam Hadhari lebih baik prestinya dalam PRU-12 berbanding Najib dalam PRU-13. Mungkin Najib lebih banyak tidur berbanding Pak Lah.

Persoalannya sekarang, adakah Muhyiddin Yassin yang sekarang sebagai Timbalan Perdana  Menteri mahu melihat sahaja peluang yang terhidang ini untuk memintas Najib dan mengambil jawatan perdana menteri seperti mana yang Najib dan kumpulanya pernah lakukan kepada Pak Lah pada selepas PRU ke-12 yang lalu.