Showing posts with label SAMM. Show all posts
Showing posts with label SAMM. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Che'GuBard didakwa esok

Kepada tuan/puan editor,


Pengasas SAMM, che'GuBard akan ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk sesi pendakwaan berikutan penganjuran himpunan #SuaraRakyat505 di Padang Timur Amcorp Mall 25 Mei lalu. Berikut adalah maklumat spesifik;


Tarikh: 5 Jun 2013 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Venue: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya (berdekatan A&W Padang Timur / Amcorp Mall)


Mohon pihak editor menghantar wakil media untuk membuat liputan. Orang ramai juga dijemput untuk memberi sokongan.


Jumpa di sana


Edyes
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Kenyataan Terbuka
3 Jun 2013


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit melawan kezaliman di depan mata. 

Tiga kematian dalam lokap dalam masa 10 hari adalah fakta yang cukup kritikal dan rakyat harus segera bertindak agar tiada lagi kezaliman berlaku terhadap rakyat. Kelmarin seorang bekas jurutera telah mati di bawah jagaan pihak polis menjadikan jumlah sembilan kematian dalam masa tidak sampai 6 bulan. Apakah rakyat masih mahu bersabar?

Bagi SAMM, tiada gunanya lagi kita mendesak perletakkan jawatan kerana kita tahu regim legasi penjajah ini sememangnya tidak bertanggungjawab. Inilah sistem pemerintahan kuku besi yang dipelajari dari penjajah, satu demi satu anak bangsa Malaysia mati di lokap.

Semangat dan mood kemarahan rakyat berada di kemuncak apabila demokrasi milik rakyat digelapkan pada 5 Mei lalu, inilah masa yang sesuai untuk rakyat bangkit dan terus lawan. Rakyat di seluruh negara telah bertekad untuk menukar pemerintah dalam PRU13 lalu namun penipuan pilihanraya telah menghalang hasrat tersebut. 

Maka rakyat tidak punya pilihan selain turun ke jalanraya bagi mengembalikan hak rakyat dengan perkiraan, hanya jalanraya sahaja yang mampu mengubah kerajaan setelah sistem pilihanraya penuh kecurangan. 

Percayalah, kerajaan yang naik dengan cara penipuan pilihanraya tidak akan takut kepada rakyat apatah lagi mendengar keluhan rakyat. Tarikhnya sudah semakin hampir, nantikan dengan penuh persediaan. 


CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Monday, May 27, 2013

Che'GuBard terima notis "SERAH DIRI" dari PDRM

Che'GuBard sebentar tadi telah memaklumkan melalui facebook beliau, bahawa beliau telah menerima notis dari pihak polis yang mengarahkannya untuk menyerah diri. Ini dipercayai berkenaan himpunan "Blackout 505" yang mana Che'GuBard merupakan penggerak utama.

Notis tersebut telah diselitkan di pintu rumah beliau di Seremban. Che'GuBard juga memaklumkan yang polis telah masuk ke kawasan berpagar rumah beliau untuk meletakkan notis tersebut.


"Sampai saja Rumah di Seremban jumpa notis polis arah 'serah diri' terselit/tampal di pintu rumah..polis masuk ruang berpagar tampal notis.. Hahaha nasib baik depa tak simbah cat merah"

Saturday, May 4, 2013

PENAHANAN PENDEDAH MAKLUMAT: RAKYAT PERLU TUNJUK KEKUATAN SEBENAR TANGGAL 505

PENAHANAN PENDEDAH MAKLUMAT: RAKYAT PERLU TUNJUK KEKUATAN SEBENAR TANGGAL 505

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua pengundi supaya tidak melepaskan peluang untuk mengajar pemerintah yang menindas rakyat melalui pilihanraya yang menjelang. Apa yang berlaku ke atas Blogger Milo Suam yang ditangkap dan direman atas kesalahan OSA harus dijadikan iktibar penting.


SAMM mengutuk keras tangkapan ini dan mendesak supaya tahanan OSA dibebaskan segera. Tahanan OSA ini tidak mengancam negara sebaliknya hanya mengancam pemerintah korupsi.


Di negara ini, orang yang mendedahkan salah-laku dan kepincangan pihak berkaitan kerajaan akan dihambat, digari dan ditangkap. Ketika yang sama. orang yang merosakkan negara dengan sentimen perkauman, penyebar kebencian antara agama dan sentimen kelucahan terus dibela. Inilah layanan kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya dan tidak seorang pun yang terkecuali untuk menjadi mangsa. 


Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh SPR dan agensi kerajaan lain sudah penat diperkatakan malah ia seolah tidak mampu lagi diperbetul. Pelbagai usaha terus diperhebat demi mempertahankan kuasa dari jatuh ke tangan rakyat. SAMM percaya inilah masanya yang paling tepat untuk setiap rakyat menunjukkan rasa protes tindakkan kerajaan dalam bentuk referendum pada pilihanraya umum yang berbaki 2 hari lagi.


Minggu lalu, pendedahan yang dibuat oleh Blogger Milo Suam telah memberi kesan yang besar ke atas kredibiliti SPR yang sememangnya telah banyak tercalar. Persoalan bagaimana kertas undi pos dikeluarkan sehari lebih awal harus dijawab dengan konklusif berbanding melakukan aksi tangkapan. Penangkapan ini juga merupakan satu usaha pemerintah memberi tekanan bagi tujuan merencatkan usaha pendedah maklumat yang lain.


Penangkapan ke atas pendedah maklumat pastinya mengimbau kembali suasana ketika negara masih belum merdeka. Rakyat berdepan dengan penjajah yang menggunakan pelbagai alasan dan helah bagi menyumbat mana-mana individu yang dirasakan mengancam kedudukkan mereka.


Tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat negara ini perlukan kemerdekaan sebenar, iaitu kemerdekaan rakyat.


Akhir sekali, SAMM ingin menyuarakan bahawa kita rakyat punyai satu peluang untuk bebaskan negara ini dari cengkaman kuku besi, iaitu dengan menumbangkan Umno BN. Peluang itu sudah semakin hampir di depan mata. Rebutlah peluang ini, bebaskan Malaysia dari sebuah kerajaan legasi penjajah.


Pilihan di tangan anda, pilihlah 'merdeka rakyat'. 




EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia