Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Kuala Terengganu mengambil
masa hampir 6 jam. Aku bertolak dengan memasuki lebuhraya kulim – butterworth BKE
pada jam 8 pagi dan tiba di pekan Kuala Terengganu hampir jam 2 petang lebih.
Perjalanan yang mendaki banjaran titiwangsa agak aku kurang gemari. Ini kerana
aku tidak boleh memecut laju dan bertambah tidak cool jika terdapat lori treler
yang merangkak mendaki bukit dihadapan aku.
Namum ini adalah kali pertama aku membawa satria neo aku
mendaki banjaran titiwangsa. Kereta aku dengan cool mendaki banjaran titiwangsa
dengan masih mampu menggunakan gear D, cuma kadang-kadang aku perlu menurunkan
ke gear 3 bila terpaksa mengekori belakang lori. Menyusuri laluan ke pantai
timur memang berbeza dengan memecut laju di lebuhraya plus untuk ke Kuala
Lumpur. Ini kerana kita akan berpeluang merasai kehijauan dan kesegeran alam
yang entah sampai bila ianya masih mampu bertahan. Aku berhenti di hentian
titiwangsa bagi menikmati pemandangan alam hijau banjaran titiwangsa yang
sudah pasti tidak akan dapat dilihat jika anda membesar dan tinggal di
bandar-bandar besar yang padat dengan hutan konkrit. Aku tidak membawa kamera
untuk merakam gambar kerana aku memang tidak mempunyai kamera hanya kamera telefon
bimbit aku yang berkualiti rendah sahaja aku gunakan untuk rakamkan kehijauan
alam ini agar boleh terus dilihat oleh anak cucu cicit kita kelak. (pada yang tidak tahu apa itu banjaran
titiwangsa, eloklah serahkan kad pengenalan anda kepada buruh bangla)
Setiba di Kuala Terengganu aku berlegar sekitar bandar Kuala
Terengganu untuk mencari kedai makan. Bagi aku suasana bandar Kuala Terengganu
agak baik kerana masih ada ruang untuk bernafas jika dibandingkan anda berada
di tengah bandar Kuala Lumpur. Aku berlegar memandu kereta mencari kedai makan
yang best dan cool di Kuala Terengganu namum usaha aku gagal. Semua deretan
kedai ditutup rapat. Mulanya aku agak kehairanan mengapa semua deretan rumah kedai
dan restoran-restoran ditutup, setelah aku memikirkan kembali rupanya hari
Jumaat memang banyak kedai yang ditutup. Mungkin ini budaya di Terengganu dan
pantai timur. Perut aku sudah makin keroncong, kepala aku sudah mula berdenyut
kerana angin perut yang kosong sudah naik ke kepala. Aku menghubungi rakan aku
yang berasal dari Terengganu, namum dia juga gagal.
Aku terus mencari kedai makan dengan penuh harapan namum
tetap gagal. Akhirnya aku ternampak sebuah warong kecil berdekatan stesyen bas
Kuala Terengganu, aku terus memilih kedai tersebut kerana jika aku tidak
mengisi perut aku sudah tentu sakit kepala aku akan makin parah. Aku makan di
warong tersebut, namum hidangan lauknya biasa sahaja. Aku ini mencari makanan
yang berlainan dari yang terdapat di Penang. Namum hasilnya hampir sama dengan
gerai yang selalu aku makan waktu rehat tengahari.
Sesudah makan aku terus memandu bersama rakan aku ke Marang
bagi mencari lokasi untuk kami bertugas keesokannya. Dalam mencari lokasi
tersebut aku singgah di Masjid Rusila Marang. Bila terlihat Masjid tersebut,
aku mula teringat bahawa di Masjid inilah markah penyokong-pengokong PAS tegar,
dan disinilah pernah berlaku demostarsi sewaktu pilihanraya umum ke-11 yang
lalu. Aku bangga kerana boleh berada sendiri di masjid tersebut.
Setelah urusan tersebut selesai,aku kembali semula ke Kuala
Terengganu untuk mencari penginapan. Penginapan yang aku pilih semestinya hotel
budget dan mempunyai wifi. Kalau hotel budget di Bukit Bintang semestinya
berbeza dengan di Kuala Terengganu.
Setelah membersihkan diri dan berehat sebentar di bilik,
sekitar jam 9 malam aku keluar bersama rakan aku untuk mencari makan malam. Aku
masih menanam impian untuk menikmati makanan yang istimewa di Terengganu yang
tidak terdapat di Penang. Aku memandu ke arah pantai bagi mencari restoran di
tepi pantai. Mungkin kerana terlalu teruja hinggakan aku tersilap memasuki
simpang yang aku kira simpang ke Pantai Batu Buruk. Aku perhatikan banyak
deretan kereta di tepi jalan tersebut, tetapi tidak nampak seorang pun diluar.
Aku mula merasa pelik kenapa hanya kereta sahaja yang banyak ditempat parking
tetapi tidak nampak orang diluar, (kalau
situasi ini aku lihat di Hentian Rehat Bagan Ajam aku tidak akan merasa pelik) tetapi
selang beberapa ketika baru aku sedar rupanya aku telah memasuki simpang ke
Hospital Sultanah Nurzahirah, patutlah hanya ada kereta tetapi tidak nampak
orang.
Aku U-Turn semula ke jalan besar dan terus memandu ke Pantai
Batu Buruk, disana rakan aku menunjukkan sebuah restoran “sate pantai timur”
bagi aku mungkin inilah restoran yang menyajikan masakan pantai timur. Aku
terus memilih restoran tersebut. Tetapi hasil tetap gagal. Hidangannya tetap
sama seperti di Chow Kit atau di Permatang Pauh. Sate nya juga gagal kerana
rasanya hampir serupa dengan di pasar malam Alma. Aku gagal untuk hari ini dalam
mencari makanan.
Selesai makan aku berehat sebentar di tepi pantai batu buruk sambil menikmati angin dan deruan ombak laut cina selatan yang sudah tentu berbeza dengan selat Melaka yang aromanya bercampur asap kimia jika di pantai bagan ajam. Kelihatan seorang awek cun yang berdasarkan loghat bahasa aku percaya dia orang Terengganu menunggang motosikal pantai. Sekurang-kurangnya kegagalan aku untuk menikmati juadah enak pada malam tersebut sedikit terubat.
Setelah hampir satu jam disitu aku bergerak pulang ke hotel.
Sampai ke hotel aku melabuhkan diri ke katil kerana penat memandu seharian.
Namum sempat aku merakamkan catatan ini agar ianya kekal di alam maya. Rakan
aku sudah lama tertidur mungkin terlalu penat walaupun aku yang memandu.
Sebelum tidur aku sempat menjenguk ke luar tingkap dari bilik hotel. Aku
perhatikan suasananya masih hidup walaupun sudah jam 1 pagi. Sebelum ini aku
menganggap di Terengganu ini jam 10 malam mesti sudah mati, tetapi masih lagi
cool dengan anak muda yang terus bersantai di warong tom yam. Mungkin malam ini malam minggu bagi mereka. Cuma bezanya tiada hiasan dunia yang boleh
kelihatan seperti di Kuala Lumpur atau di Penang. Sekarang aku perlu memaksa
diri untuk tidur.
No comments:
Post a Comment