Tadi petang aku pergi open interview anjuran pejabat buruh dan USM dekat usm. Ramai jugak yang datang nak cari keja. Rupanya ramai juga yang menganggur atau mencari pekerjaan tetap. Aku pergi ngan Johan, sampai dalam kul 2 petang.
Paling leceh bagi aku time nk interview ni adalah time nk isi form. Tulisan aku dah la buruk lagi2 kalau duk isi kalut2 time nk masuk interview lagi la bertambah buruk. Rasanya kalau aku yang jadi juri interview tu pn aku dah reject kalau tengok tulisan buruk macam tulisan aku tu hahaha.
Aku apply dua jawatan 1 ngan RHB satu lagi ngan Institut Profesional Langkawi jawatan Pegawai Penilai. Aku pun mulanya tak berapa sure apa tu "pegawai menilai". Lepas juri cakap baru aku tau yang Pegawai Penilai tu adalah post tenaga pengajar. Aku ingat keja dalam management. Belasah la aku pun bukan harap sangat nak dapat. Tapi kalau dapat best gak sebab aku memang minat dalam mengajar ni.
Habis semua interview around 4.30pm aku turun bawah cari Johan, rupanya Johan sedang asyik mengusyar awek2 dekat situ. Johan terus datang kat aku dan beritahu aku Amar ada kol dia n ajak lepak somewhere around dekat seberang. Lepas tu kami decide nak pergi makan dekat food court dekat Jusco bandar perda. Otw aku utk balik seberang time atas jambatan aku dapat satu kol untuk panggil aku pergi lagi satu interview esok 25/5/2011 dekat bayan baru, aku diberi tahu untuk jawatan fasilitatot it utk program kerajaan tp kontrak. Aku setuju untuk pergi interview tu esok.
Sampai di jusco aku dengan Johan terus menuju ke food court n kami lepak di table yang open air. Best jugak lepak situ aku pn x pernah lepak situ sebelum ni. Lama selepas tu Amar sampai dan kami pergi beli makanan. Time aku duk tunggu nasi goreng ayam aku siap, aku disapa seorang lelaki cina. Dia hulurkan tangan dan bersalaman dengan aku, lepas tu dia duk wat sembang ramah duk tanya macam2 pasal aku. Yang dia plak aku tak tanya apa pun tp dia duk pulun cerita. Aku dah mula rasa pelik kerana aku dah banyak kali disapa lelaki yang macam tu. Aku bimbang kalau2 "gay" hahaha oh tak sanggup aku..
Lepas makan aku, amar n johan jalan2 sekitar jusco pastu kami ambil keputusan untuk tgk wayang cerita "fast n furious 5". Aku dalam poket ada 10ringgit ja time tu, jadilah lepas nak tengok wayang. Sempoi jugak cerita fast n furious 5 tu, tak membosankan dan penuh action. Sempat kami duk buat lawak dalam wayang sampai orang pun mungkin naik pelik dengan kami.
Lepas tengok wayang kami lepak dekat nasi kandar kapitan untuk minum. Sembang punya sembang aku dah mula penat. Seharian aku keluar n tido pun x cukup semalam aku dh mula rasa mengantuk lagi pun esok nak kena bangun awal lagi nak p interview satu lagi tu pulak kat penang kul 9 pagi.
Habis minum Johan n Amar nk pergi ronda - ronda dulu, aku dah tak tahan letih n penat aku x join depa n aku terus drive balik umah... Sekarang dah pukul 1.40pg, esok subuh2 aku dh nk kena bangun..harap dalam banyak2 aku interview ni dapat la satu keja..masuk ni dah 7 kali aku p interview n dah dekat 5 bulan aku pegang status menganggur.
No comments:
Post a Comment