Minggu ni hari ini macam biasa aku akan menunggu panggil telefon dari syarikat - syarikat yang telah aku memohon pekerjaan. Namun sampai pukul 4 petang lebih ni, belum ada satu panggillan lagi. Harap esok mungkin ada khabar yang positif.
Minggu lepas I-System College ada menghubungi aku dan pegawai yang menghubungi aku tersebut menyatakan permohonan aku telah dihantar ke HQ dan menunggu keputusan dari pihak HQ. Moga jawapannya nanti positif. Aku masih menunggu respon dari SKMM tapi sampai hari ini masih belum ada sebarang respon.
Aku risau kalau Indah Water Konsutium menghubungi aku untuk mengarahkan aku lapor diri. Ini kerana aku kurang berminat untuk bekerja disitu kerana gaji yang ditawarkan (sebenarnya aku yang pohon gaji byk tu) tidak berbaloi untuk aku pergi bekerja di sana. Bagi aku baik tak dapat pun tak apa kerja tu kerana kalau dapat mesti aku akan serba salah untuk pergi atau tidak.
Bangun tidur tadi, 2 surat yang dihantar posmen untuk aku terselit di wayar telefon. Satu surat dari AmAssurance yang berkenaan dengan kursus Ambank dan satu lagi dari Maybank yang memberitahu jumlah kad kredit aku sudah over limit. Adduuhh surat tersebut telah mematikan mood aku untuk hari ni.
No comments:
Post a Comment