Tajuk "BETUL Ka lelaki chubby slalu dpt awek cun?" aku dapat dari sorang member aku sewaktu aku sedang chatting dengan dia di facebook. Aku agak teruja untuk menulis tentang tajuk ini walaupun idea untuk aku mengupas isu ini masih lagi kurang. Mengikut pendapat member aku ni (yg juga chubby orgnya) realiti hari ni ramai lelaki chubby akan dapat awek cun berbanding lelaki yang kurus adakah pandangan ini benar? eemmmm mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh member aku ni.
(gambar sekadar hiasan)
1- Lelaki yang chubby dilihat lebih cute pada pandangan sesetengah mata awek2 cun (atau mungkin mata awek tu x berapa sihat hehehhe gurau je...)
2- Lelaki yang chubby dan berbadan besar ini boleh membuatkan awek yang bersamanya itu rasa lebih selamat dari gangguan dan merasakan lelaki itu dapat melindungi mereka dari bahaya.
3-Awek2 yang berpakwekan lelaki chubby merasakan tidak ada siapa akan merampas pakwe mereka kerana memikirkan "laki chubby mcm pakwe aku ni xda sapa yg nak pun..so x yah risau la..." dan ini dapat mengelakkan mereka dari dipermainkan oleh pakwe mereka.
4-Lelaki chubby ini mungkin juga seorang yang setia dalam perhubungan dengan awek mereka. Mungkin dalam pemikiran mereka "bukan sonang aku nk dpt awek cun mcm ni..baik aku sayang n setia betul2..."
5-Awek2 cun ini sering kali dipermainkan oleh lelaki yang macho dan tidak chubby membuatkan kebanyakkan golongan awek yg mempunyai pengalaman yang sebegini beralih angin untuk cuba berpacaran dengan lelaki chubby plak.
6-Lelaki chubby selalunya menunjukkan kesungguhan mereka utk memikat awek dengan pendekatan fizikal atau berbentuk perbuatan seperti sanggup melakukan apa saja utk awek yg cuba dipikatnya dan ini menyerlahkan lagi kejujuran lelaki itu berbanding dengan lelaki yang tidak chubby n perasan hensem yang hanya lebih menekankan aspek ayat mulut "ayat power" untuk memikat awek2 cun dan awek2 cun ini sukar utk mempercayainya.
7-Mungkin lelaki chubby itu duitnya berkepok-kepok sampai tak cukup tempat nak simpan dan pakai plak kereta "lamborghini gallardo" mahu tak mengingau awek2 cun tu...
8-Dan terakhir sekali bagi aku ialah "cinta itu buta" setiap insan ada memiliki kelebihan dan kekurangan masing dan mungkin kekurangan yang ada pada seseorang insan itu dilihat sebagai satu kelebihan atau keistimewaan pada pasangan yg meminatinya.
Dan ingatlah dalam mencari pasangan hidup "kita tidak boleh dan tidak akan dapat mencari yang sempurna tapi kita perlu mencari yang mampu menyempurnakan ketidaksempurnaan yang ada pada kita dan pasangan kita"
Itu sekadar pandangan atau idea mudah aku sebagai mengulas apa yang aku chattingkan dengan member aku. Tidak ada niat untuk aku menghina atau memandang rendah kepada sesiapa pun kalau ada tu just gurauan ja dan aku minta maaf kalau terasa "peace yoo" . Anda mungkin boleh bersetuju atau boleh juga tidak bersetuju dengan pandangan aku.. jika anda ada mempunyai idea tersendiri bolehlah dihantar diruangan komen dibawah.
3 comments:
testing..testing:)
betul3 hehe
Hii 😊
Post a Comment