Dah dekat lima bulan aku memegang jawatan sebagai penganggur. Pejam celik makan tidur sedar-sedar dah lima bulan kejap ja aku rasa. Tapi aku masih lagi bergelar pengganggur. Semuanya gara-gara kerajaan yang tidak mahu menyambung kontrak perkhidmatan aku dan rakan-rakan aku bersama kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan. Aku ada mendapat maklumat yang ramai kawan-kawan sejawatan dengan aku dulu dari seluruh Malaysia yang masih menganggur rupanya bukan aku sorang saja tapi ramai lagi yang menanggung nasib sama macam aku.
Semalam aku ada menghubungi JT Akademik tempat aku mohon jawatan sebagai sebagai pegawai pentadbiran. Aku ingin mengetahui status permohonan pekerjaan aku. Aku dimaklumkan yang permohonan aku telah dihantar ke HQ dan mungkin dalam minggu depan mereka akan menghubungi aku. Harap - harap jawapan positif.
1 comment:
dugaan untuk mirul...insyaallah satu hari nanti akan ada kerja yang sesuai untuk mirull...
good luck..
Post a Comment