Tuesday, March 20, 2012

SEKALI LAGI MAT REMPIT

Hishamuddin Rais 

Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.
 
Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan cafĂ© yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap.


Soalan Latihan Pengajian Malaysia Fasa 2


1- Bagi pihak Inggeris, apakah rasional pembentukan Malayan Union
  1. Membina semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-II
  2. Memastikan Tanah Melayu menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
  3. Melatih Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri
  4. Mengabungkan Negeri –Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat dalam satu pemerintahan

A)                    I, II, III dan IV
B)                    II, III dan IV
C)                    I, III dan IV
D)                    IV sahaja


2- United Malay National Organisation Umno ditubuhkan oleh?
A) Tunku Abduk Rahman Putra Al-Haj
B) Dato Onn bin Jaafar
C) Dato Haji Abdul Rahman Limbong
D) Doktor Mahathir bin Mohamed




3- Komunisme secara umumnya adalah ideologi..
A)     Menentang golongan pemerintahan tradisional, feudalis atau imperialis
B)      Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
C)      Memperjuangkan kebebasan bersuara rakyat
D)     Mementingkan faktor – faktor pengeluaran


4- Bagaimanakah tindakan Inggeris menghapuskan kegiatan Komunis?
  1. Menambah pasukan keselamatan
  2. Membentuk kabinet pemerintahan baru
  3. Mewujudkan kampong – kampung baru
  4. Memperkenalkan sistem kad pengenalan
A)     I,II dan IV
B)      I,II, III dan IV
C)      I, III dan IV
D)     II, III dan IV

5- Antara perkara yang dipersetujui dalam Jawatankuasa Perpaduan Kaum JPPM dalam usaha pembentukan Malaysia ialah.
  1. Kerajaan berkuasa dalam hubungan luar
  2. Kebebasan bergerak untuk seluruh rakyat Malaysia ke Sabah dan Sarawak
  3. Islam sebagai agama rasmi
  4. Layanan sama rata terhadap bumiputera Sabah dan Sarawak dengan orang Melayu

A)               I, II dan III
B)                I, III dan IV
C)                I, II dan IV
D)               II, III dan IV


6-Manakah berikut merupakan persetujuan rundingan antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura
A) People Action Party PAP boleh bertanding mana – mana kerusi dalam pilihanraya di Persekutuan
    Tanah Melayu
B) Singapura mempunyai autonomi dalam perkara pendidikan dan buruh
C) Lee Kuan Yew akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
D) Universiti Nasional Singapura akan membuka cawangan baru di Kuala Lumpur yang digelar 
    Universiti Malaya.



7- UNKO sebuah parti yang terdiri dari persatuan – persatuan?
A)     Persatuan – persatuan pembalak dan penerbit akhbar
B)      Persatuan – persatuan Iban
C)      Persatuan – persatuan orang murud
D)     Persatuan – persatuan Kadazan Dusun


8- Apakah yang dimaksudkan dengan Suruhanjaya Cobbold.
A) Sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat penindasan semenanjung terhadap Sabah dan Sarawak
B) Suruhanjaya bagi membantah pembentukan Malaysia
C) Suruhanjaya yang dibunuhkan oleh PBB bagi membendung gerakan komunis di Sabah dan Sarawak
D) Suruhanjaya bagi meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia


9- “Ganyang Malaysia” merujuk kepada
A)     Tentang pihak Persekutuan Tanah Melayu terhadap Parti Komunis Indonesia
B)      Penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia
C)      Tuntutan Singapura untuk berpisah dari Malaysia
D)     Penentangan Filipina terhadap pembentukan Malaysia


10- Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana
     A) Melihat pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru “Neo-Colonialism”
     B) Pelabur dari Indonesia akan beralih ke Malaysia
     C) Kawasan jajahan Indonesia akan mengecil
     D) Kemasukan banyak buruh Indonesia ke Malaysia

11- Gagasan Maphilindo dianggotai oleh negara berikut
A)     Malaysia, Thailand dan Indonesia
B)      Thailand, Filipina dan Indonesia
C)      Singapura, Malaysia dan Indonesia
D)     Malaysia, Filipina dan Indonesia


12- Apakah tujuan Gagasan Maphilindo
     A) Mencari penyelesaian krisis sempadan antara Malaysia, Thailand dan Indonesia
     B) Mencari penyelesaian krisis sempadan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia
     C) Mewujudkan zon perdagangan bebas antara Malaysia, Filipina dan Indonesia
     D) Menwujudkan zon perdagangan bebas antara Malaysia, Thailand dan Indonesia


13- Antara berikut manakah salah satu faktor yang menyebabkan Singapura tidak berpuas hati dengan Malaysia
A)     People Action Party PAP hanya diberikan 15 kerusi dalam dewan rakyat
B)      Singapura terpaksa membayar harga yang mahal untuk bekalan air dari Malaysia
C)      Rakyat Singapura yang bekerja di Malaysia dibayar gaji rendah
D)     Wakil dari People Action Party PAP tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia


14- Apakah slogan yang dibawa oleh Lee Kuan Yew dari People Action Party PAP yang menimbulkan rasa kurang senang pemerintahan di Malaya.
A)     Malaysian Malaysia
B)      Keadilan Untuk Semua
C)      Lawan Tetap Lawan
D)     Makkal Sakti

15- Apakah elemen penting dalam sistem pilihanraya di Malaysia
  1. Bahagian Pilihan Raya
  2. Peti Undi
  3. Calon
  4. Pemilih
A)     I, II, III dan IV
B)      I, II dan III
C)      I, III dan IV
D)     Semua diatas



16- Apakah syarat utama yang diperlukan untuk proses persempadanan semula bahagian – bahagian pilihanraya
A) Menetapkan jumlah pengundi yang cukup dan sesuai
B) Mendapat sokongan 2/3 dewan rakyat
C) Mendapat sokongan 2/3 Dewan Undangan Negeri
D) Dipersetujui oleh Perdana Menteri


17- Bilakah sesuatu pilihanraya itu boleh diadakan
  1. Apabila berlaku pembubaran dewan rakyat
  2. Apabila Manifesto telah ditunaikan
  3. Apabila cukup penggal pemerintahan selama 5 tahun
  4. Apabila berlaku kekosongan kerusi di dewan rakyat atau dewan undangan negeri
A)     I, II, III dan IV
B)      I, III dan IV
C)      II, III dan IV
D)     IV sahaja

18- Mengapakah Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan berasingan
A)     Kerana Sarawak adalah negeri di Malaysia Timur
B)      Perlembagaan persekutuan membenarkan setiap negeri mengadakan pilihanraya negeri secara berasingan
C)      Bagi menjimatkan masa dan kos pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan pilihanraya
D)     Ianya merupakan perjanjian yang dibuat sewaktu Sarawak bersetuju dengan pembentukan Malaysia


19-Berapakah tempoh masa sesuatu pilihanraya perlu diadakan apa bila berlaku kekosongan atau pembubaran dewan rakyat atau negeri.
      A) 30 hari
      B) 45 hari
      C) 60 hari
      D) 69 hari


20- Situasi manakah yang boleh menyebabkan seseorang calon itu hilang wang pertaruhannya dalam pilihanraya di Malaysia
A)     Gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon
B)      Apabila calon tersebut gagal dalam pilihanraya
C)      Apabila parti yang calon tersebut wakili gagal membentuk kerajaan
D)      Gagal mendapat 2/3 daripada jumlah undi yang diperolehi oleh semua calon


Monday, March 19, 2012

Soalan Latihan Pengajian Malaysia Fasa 1


1-“Masyarakat” menerangkan tenang...
A)       Satu kumpulan kaum
B)        Pemerintahan sebuah kerajaan
C)        Komuniti yang tinggal bersama
D)       Sistem politik

2- Berikut adalah faktor penghijrahan kaum – kaum lain ke Tanah Melayu. 
          I.         I Aktiviti Perdagangan
         II         II  Kemudahan pengangkutan
        II          III Penjajahan
        IA    IVAgama
A)     I, II, IV
B)      II, III, IV
C)      I, III, IV
D)     Semua diatas



3- Yang mana antara dibawah merupakan faktor perubahan dalam masyarakat
A)   Gejala Sosial
B)   Rawatan Kesihatan
C)   Pemanasan Global
D)   Kemodenan


4- I- Majoroti tinggal di kampong
   II- Bercirikan ikatan sosial yang kuat dan kawalan sosial yang ketat

Kenyataan diatas merujuk kepada masyarakat?

A)   India
B)   Kadazan
C)   Melanau
D)   Melayu



5- Pergabungan dua atau lebih budaya menjadi satu dan penghapusan budaya serta identiti kaum – kuam lain. Kenyataan tersebut merujuk kepada?
A)   Diskriminasi
B)   Asimilasi
C)   Sosiolisasi
D)   Isolisasi


6- Manakah yang antara dibawah benar mengenai cabaran pembentukan negara bangsa
A) Kekalahan pasukan bola sepak Malaysia di pentas dunia
B) Sistem pendidikan yang berasingan
C) Kewujudan banyak universiti – unversiti awam dalam Malaysia
D)Kemerosotan Ekonomi 


7- Apakah kesan nyata dari dari proses penjajahan yang berlaku di Kepulauan Melayu
A)     Membentuk Masyarakat Lebih Global
B)      Wujudnya sempadan – sempadan baru dalam Kepulauan Melayu
C)      Membawa masyarakat yang lebih moden
D)     Singapura berpisah dari Malaysia


8-Perjanjian yang membawa kepada wujudnya Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dan tidak Bersekutu ialah?
A)     Perjanjian Inggeris – Belanda 1824
B)      Perjanjian Pangkor  1874
C)      Perjanjian Inggeris – Saim 1909
D)     Perjanjian Burney


9- Manakah yang berikut merupakan parti politik yang muncul selepas perang dunia ke-2 dan sebelum  kemerdekaan Tanah Melayu
A)     Parti Keadilan Nasional
B)      Parti Cinta Malaysia
C)      Angkatan Pemuda Insaf
D)     Parti Semangat 46


10-Apakah ciri-ciri Malayan Union yang diperkenal Inggeris pada 1 April 1946
A)     Terdiri dari Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
B)      Pentadbiran terbahagi kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
C)      Undang-undang darurat diperkenalkan
D)     Pilihanraya kerajaan tempatan

(Jawab dan tinggalkan jawapan anda pada ruangan komen dibawah dan nyatakan nama anda pada ruangan komen tersebut.)









‎'Anak Muda Harus Berlagak Muda!'

anak muda jadi muda
anak muda jangan dilebaikan
anak muda jangan jadi pengampu
anak muda jagan di ybkan

Friday, March 16, 2012

Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin - Nik Aziz Nik Mat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang."




Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.

“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.

“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja.

Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.

"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.

"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.

Katanya, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

"Kalau kita berkereta ke sempadan Terengganu di Bukit Yong, Pasir Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana duit yang dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab tu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan seperti royalti minyak yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti.

Sunday, March 11, 2012

Yang Mungkin Kita Tidak Tahu Tentang Jambatan Pulau Pinang



Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang




Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2010/12/sejarah-jambatan-pulau-pinang.html#ixzz1omCRlt6S





Saturday, March 10, 2012

Kenangan di Tingkatan Enam 2003 - 2004 Part 4

Aku meminta maaf kepada follower "Kenangan di Tingkatan Enam 2003 - 2004" kerana lambat untuk menerbitkan artikel bahagian ke-4 kisah ini. Ini kerana kesibukan aku bekerja membuatkan feeling dan mood untuk menulis itu kurang. Ini kerana untuk menulis kita memerlukan mood yang sesuai. Penulisan dalam bentuk paksaan adalah satu penulis yang tidak jujur dan aku tidak mahu menghasilkan penulisan yang tidak jujur.

Sebelum aku menyambung kisah yang terhenti pada perenggan terakhir part 3 yang lalu, aku ingin mengimbau kembali kisah - kisah yang mana aku terlepas untuk merakamkannya dalam bahagian - bahagian sebelum ini. Mujur kawan - kawan mengingatkan kembali banyak kisah - kisah yang aku tertinggal. Rupanya penulisan aku ini banyak menyentuh dan mengusik jiwa rakan - rakan aku yang lain.


Ditangkap Merokok Sambil Mulut Berasap

Aku ingin mengimbau kisah aku, Jhon, dan mat pie ditangkap sedang mengisap rokok dibelakang block lama sebelah stor buku teks(sekarang mungkin stor buku tersebut telah bertukar sifat dan peranan). Pada waktu itu kami bertiga sedang ponteng kelas, kami berlegar - legar dan menyembunyikan diri dari dilihat oleh guru disiplin. Akhirnya kami berhenti dibelakang block lama sebelah stor buku teks tersebut. Sebenarnya pada waktu itu kami baru sahaja lepas dikejar guru penolong kanan hal ehwal murid Cikgu Nazri. Sewaktu berhenti disitu, Jhon mengeluarkan sebatang rokok, Jhon menyalakan rokok tersebut dan mengisapnya. Setelah tinggal separuh Jhon memberikan kepada aku, Mat Pie tidak merokok. Aku mengisap rokok yang Jhon berikan kepada aku. Sedang aku menyedut dan menghembus asap rokok tersebut, entah dari mana dan bagaimana tiba - tiba guru disiplin yang paling digeruni iaitu Cikgu Mat Nor muncul betul - betul dihadapan aku.

Aku terkejut dan tergamam, sudah tidak mampu berbuat apa - apa. Untuk melarikan diri sudah tidak berguna kerana Cikgu Mat Nor telah nampak dengan jelas dan cam muka kami bertiga. Aku sudah tidak punya idea untuk melepaskan diri pada waktu, hanya yang mampu aku lakukan ialah tersenyum dan tersengih sambil asap rokok yang belum sempat aku hembus tadi keluar dari mulut aku ketika tersengeh. Aku hanya berserah pada waktu itu kerana aku tidak boleh menafikan lagi yang aku tidak merokok kerana jelas cikgu mat nor nampak asap rokok terbuai - buai keluar dari mulut aku tanpa rela. 

Kami bertiga hanya berserah dan bersedia untuk menerima amukkan cikgu mat nor kerana satu sekolah telah mengetahui keganasan dan kebrutallan dia. Namum sangkaan kami meleset, cikgu mat nor yang begitu bengis sebelum itu bertukar perwatakan menjadi cukup cool dan tenang sekali mengendalikan kesalahan yang kami lakukan. Cikgu Mat Nor hanya menggelengkan kepala dan mengeluh panjang melihat perangai kami. Kata - katanya lebih kurang begini "kenapalaa... dengan hampa ni... saya dah tak tau nak buat apa... jom ikut saya pi jumpa cikgu nazri, dia duk cari hampa lama dah" apabila mendengar kata - kata cikgu mat nor tersebut, Jhon terus menjawab sambil mencebikkan muka "takmau!!! kami tak mau jumpa cikgu nazri" apabila mendengar nama cikgu nazri kami menjadi kecut perut, memang cikgu nazri cukup anti dengan geng kami hihihihi. Cikgu Mat Nor terus memujuk kami dengan lembut agar kami mengikut dia. Sebenarnya kami bertiga menjadi pelik dan merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cara Cikgu Mat Nor yang bersikap begitu lembut dan cool dengan kami pada waktu. Sikapnya pada waktu itu begitu kontra dengan sikap dan tindakannya sebelum - sebelum ini.

Kami terus enggan mengikut ajakan Cikgu Mat Nor untuk berjumpa dengan Cikgu Nazri. Selepas melihat keengganan kami terserbut Cikgu Mat Nor mula mengubah cadangan. Ayat yang ini masih betul - betul aku ingat dengan jelas, bunyi begini "kalau hampa tak mau pi jumpa Cikgu Nazri, jom pi jumpa Cikgu Zauridah kat bilik kuanseling" mendengar kata - kata tersebut Jhon sekali lagi dengan lantas menjawab "aarr kalau Cikgu Zauridah kami mau.." Kami bersetuju kerana hanya itulah pilihan yang terbaik kami ada. Setelah bersetuju dengan rundingan tersebut, kami bertiga bersama dengan Cikgu Mat Nor berjalan menuju ke bilik kuanseling. Sampai dibilik kuanseling kami bertiga terkejut kerana salah seorang member kami iaitu Adzin a.k.a Jinz telah berada dalam bilik kuanseling tersebut. Cikgu Mat Nor menyerahkan kami kepada Cikgu Zauridah dan terus berlalu meninggalkan kami. Kami tidak tahu kenapa Jinz terlebih awal lagi ditahan di bilik kuanseling. Jinz yang bersongkok hanya tersengih melihat kami bertiga masuk ke bilik kuanseling sambil disambut dengan muka yang cukup ketat oleh guru kuanseling iaitu Cikgu Zauridah.


Dibawa ke Bilik Kuanseling

Kami bertiga diarah duduk di atas kusyen bilik kuanseling bersama dengan Jinz. Cikgu Zauridah memulakan tazkirah dan sesi kuanselingnya. Kami berempat sambil membuat muka insaf dan menyesal sambil mendengar kata - kata nasihat dari Cikgu Zauridah dengan penuh tawaduk. Tiba satu sesi Cikgu Zauridah menyebut nama kami seorang demi seorang sambil menyebut kesalahan kami. Tiba giliran Jinz  ,Cikgu Zauridah mengarahkan dia membuka songkok yang dipakai. Jinz dengan selamber dan tersengeh membuka songkoknya dan terpampang jelas fesyen rambut "Sesame Street" yang dibuat olehnya. Kami bertiga menahan ketawa melihat tingkah laku Jinz. Mat Pie juga bersongkok pada waktu itu dan diarahkan menanggalkan songkoknya dan jelas kelihatan fesyen rambut sarang labah-labah di kepala Mat Pie. Cikgu Zauridah hanya mengelengkan kepala melihat fesyen rambut Jinz dan Mat Pie. Rupanya Jinz ditahan di bilik kuanseling kerana fesyen rambut "Sesame Street" tersebut. 

Setelah hampir sejam dikuanselingkan oleh Cikgu Zauridah, kami diarahkan pulang ke kelas. Kami semua pulang ke kelas dengan rasa lega kerana tidak ada tindakkan disiplin yang serius diambil terhadap kami atas kesalahan kami tersebut. Selang seminggu selepas kejadian tersebut kami mendapat berita yang Cikgu Mat Nor telah pulang ke rahmatullah. Kami amat terkejut dengan berita tersebut dan aku bersama - sama dengan rakan - rakan aku menziarahi jenazah beliau dan mengiringi jenazah Arwah Cikgu Mat Nor hingga dia selamat dikebumikan. Sebenarnya arwah Cikgu Mat Nor memang telah bercuti panjang sebelum itu kerana beliau diserang strok. Setelah sihat dia kembali semula bertugas di sekolah. Mungkin perubahan sikap Cikgu Mat Nor ketika menangkap kami menghisap rokok tempoh hari adalah tanda - tanda dia bakal pergi mengadap yang Maha Esa buat selama - lamuanya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman, Al-fatihah.


Hati dan Perasan Seorang Lelaki

Selain dari kisah kenakalan, kawan - kawan aku juga tidak boleh lari dari kisah hati dan perasan. Buyam dari seorang yang begitu kuat tidur telah berubah sikap 100% setelah berjumpa dengan hati dan perasaannya. Kebiasaanya Buyam akan dikejut oleh kawan - kawan aku yang lain yang pergi ke rumahnya untuk mengajak ke sekolah, tetapi setelah berjumpa hati dan perasaannya sikap Buyam terus berubah, dia menjadi seorang yang rajin ke sekolah hingga dia yang bertindak menjadi peranan utama mengajak kawan - kawan lain ke sekolah. Tetapi panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Hati dan perasaan yang Buyam minati telah berhenti dari tingkatan 6 kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Uitm Sarawak. Bermula dari detik itu Buyam telah kehilangan hati dan perasaannya di tingkatan 6. Tidak lama selepas itu Buyam telah berhenti dari tingkatan 6 dan menyambung pelajaran di tempat lain. Itulah realiti hidup seganas dan sekeras mana hati seorang lelaki bisa tersentuh kerana seorang perempuan.


Forum Remaja

Jika pembaca mengikuti kisah - kisah di atas sudah tentu pembaca menyangka dan mantafsirkan aku dan kawan - kawan aku merupakan pelajar - pelajar yang jahat dan tidak berguna. Tetapi jangan silap, walaupun kami nakal sebegitu, tetapi dalam siri atau part 3 yang lalu aku ada menyebut yang kami juga tetap tekun belajar dan aktif baik dalam kurikulum dan kokurikulum. Walaupun aku dan kawan - kawan aku sepeti Mat Pie ditangkap dan mempunyai rekod disiplin tetapi kami juga aktif terlibat dengan aktivti - aktivit berpretij yang dianjurkan sekolah dan banyak kali naik ke atas pentas perhimpunan untuk menerima hadiah dan anugerah. Salah satu program yang aku dan Mat Pie sertai ada pertandingan Forum Remaja. Jika mengikut kebiasaan mana mungkin budak sejahat kami mahu dan boleh menyertai pertandingan seperti tersebut.

Aku dan Mat Pie bersama dua lagi rakan kelas aku menyertai peringkat saringan dalam karnival forum remaja tersebut. Tajuk pertama yang kami bahaskan dalam forum tersebut jika tidak salah adalah berkenaan "kejadian rogol terhadap kanak - kanak bawah umur". Aku masih ingat salah satu hujah yang aku berikan sewaktu forum tersebut ialah "Kejadian rogol terhadap kanak - kanak bawah umur ini adakalahnya berpunca dari sikap wanita dewasa itu sendiri, kerana wanita dewasa yang gemar berpakaian seksi menyebabkan lelaki bertindak merogol kanak-kanak perempuan, ini kerana kanak-kanak perempuan dilihat mangsa yang lebih mudah dan lemah untuk dirogol berbanding wanita dewasa" Sebenarnya kami tidak pernah membuat sebarang persedian seperti bacaan atau kajian terhadap satu - satu topik yang diberikan sewaktu pertandingan forum tersebut. Semua yang aku cakap itu adalah idea spontan yang muncul pada waktu itu. Dalam pertandingan tersebut kami berjaya ke peringkat akhir dan pada peringkat akhir tersebut aku mungkin tersilap percaturan dengan memilih untuk menjadi pengerusi, dan tewas di peringkat akhir tersebut. Walaupun tewas aku amat berpuas hati kerana berjaya layak ke peringkat akhit peringkat sekolah.


High School Idol 2004

Satu lagi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan ialah pertandingan karaoke yang diadakan disekolah sewaktu aku di tingkatan 6 atas. Pertandingan karaoke tersebut digelar "High School Idol. Peringkat saringan diadakan pada waktu persekolahan. Banyak pelajar - pelajar junior yang menyertai peringkat saringan tersebut. Kelas aku yang terletak bersebelahan dengan dewan tempat saringan diadakan memudahkan aku menyusup masuk ke dewan tersebut untuk menyertai peringkat saringan karaoke tersebut. Cikgu Idris yang membawa aku ke bilik disiplin kes kantoi merokok depan pengetua itu yang mengendalikan sesi peringkat saringan tersebut.

Aku dan beberapa rakan aku seperti Amir, Sham, Mat Pi dan Mawi telah berada dalam dewan tersebut. Sedangkan pelajar - pelajar tingkatan 6 atas yang lain langsung tidak ambil pusing dengan  pertandingan karaoke tersebut kerana peperiksaan STPM hanya beberapa bulan sahaja lagi akan berlangsung. Aku pergi ke arah Cikgu Idris dan memberitahu aku ingin menyertai peringkat saringan karaoke tersebut. Aku memilih lagu "memburu rindu". Hasil dari nyanyian tersebut aku terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan karaoke tersebut yang digelar "High School Idol 2004" yang diadakan semperna hari kantin sekolah aku. 

Menjelang hari pertandingan akhir, kami seperti biasa pada Jumaat malam sabtu akan pergi ke karaoke tapi kali ini untuk berlatih sebagai persediaan peringkat akhir keesokkannya. Tujuan aku pada waktu itu adalah untuk memilih lagu yang sesuai untuk aku bawa pada peringkat akhir. Tujuan aku pada peringkat akhir tersebut adalah bukan untuk menang tetapi untuk mewujudkan suasana gembira. Aku akhirnya memilih untuk menyanyikan lagu 60an "Tak Mengapa" nyanyian A. Rahman Hassan. Aku memilih lagu ini kerana bagi aku lagu ini akan mewujudkan suasana havoc dan riuh-rendah dalam dewan. Ini kerana aku percaya pada hari kantin tersebut aktiviti dalam dewan itu nanti akan menjadi tumpuan lebih dari aktiviti lain.

Mencari VCD Karaoke 60an

Tiba pada hari pertandingan aku memandu kereta proton saga merah(yang telah dijual) bapak aku ke rumah Ashun. Aku mengambil Ashun dirumah dan kami pergi ke kedai - kedai vcd/cd yang terdapat diseluruh pekan Bukit Mertajam. Tujuan aku adalah untuk mencari vcd karaoke lagu 60an yang mana terdapat lagu "Tak Mengapa" A. Rahmah Hassan. Puas aku dan Ashun memusing kesemua kedai - kedai vcd/cd di pekan BM tetapi gagal menjumpai vcd yang ingin aku beli. Akibat masa yang terlalu suntuk aku terpaksa membatalkan niat untuk mencari vcd tersebut. Aku hanya akan memilih lagu - lagu yang difikirkan sesuai yang ada dalam  simpanan Cikgu Idris.

Tiba di dewan tempat berlangsung pertandingan akhir tersebut, aku terus pergi ke arah Cikgu Idris dan bertanyakan adakah terdapat lagu - lagu 60an dalam simpanannya. Dia menunjukkan aku beberapa keping vcd lagu 60an malangnya lagu yang aku cari tidak ada. Aku terus membelek dan aku terpadang satu tajuk lagu yang aku kira agak menarik walaupun aku tidak pernah mendengarnya iaitu lagu yang bertajuk "Kenangan Ku" nyanyian Jeffrey Din. Aku yang telah siap dengan pakaian ala 60an itu tidak sabar-sabar untuk menanti giliran. 


Dewan Riuh Rendah

Tiba giliran aku untuk menyampaikan nyanyian, dan setiba aku di atas pentas para penonton telah mula bersorak melihat penampilan aku. Penonton dalam dewan tersebut bukan sahaja terdiri dari pelajar sekolah High School Bukit Mertajam tetapi ramai juga yang hadir dari sekolah - sekolah berhampiran seperti dari Smk Bkt Mertajam, Smk Pmtg Rawa dan Covent Bkt Mertajam (yang mana aku tersangkut dengan salah seorang budak convent bkt mertajam selepas pertandingan tersebut, tetapi hanya rapat selepas aku tamat STPM). 

Apabila muzik dibunyikan aku terus berjoget irama 60an diatas pentas, situasi ini membuatkan seluruh dewan gamat dan rakan - rakan aku yang berada dibawah pentas juga turut sama berjoget sakan. Cikgu Hayati iaitu guru kelas aku turut berada dalam dewan pada waktu itu untuk menyaksikan murid kelasnya beraksi. Aku menyedari Cikgu Hayati tidak henti - henti ketawa melihat gelagat aku diatas pentas. Sebenarnya itulah kali pertama aku menyanyikan lagu itu dan membuatkan aku tidak berapa hafal lirik lagunya dan banyak berpandukan pada skrin. Namum aku berjaya membuatkan seluruh dewan riuh - rendah. Nurul, classmate aku dengan selamber naik keatas pentas memberi bunga kepada aku yang sedang menyanyi, sekali lagi dewan gamat melihat tindakkan Nurul tersebut.

Aku berpuas hati dengan persembahan aku tersebut kerana berjaya membuatkan semua orang yang berada di dalam dewan tersebut gembira walaupun aku tidak mendapat tempat pertama. Tempat pertama dimenangi oleh pelajar perempuan cina yang menyanyikan lagu melayu. Memang cukup sedap nyanyian dia. Memang kenangan - kenangan tersebut cukup indah dan sukar untuk aku lupakan. 

Namum diwaktu beberapa bulan untuk kami semua menghadapi peperiksaan besar STPM, aku berhadapan dengan isu besar yang serius dan mungkin juga kelakar yang akan aku ceritakan pada bahagian seterusnya...

Bersambung Part 5

http://mohdzamirul.blogspot.com/2014/03/kenangan-di-tingkatan-enam-2003-2004.html


Friday, March 9, 2012

Kenangan di Tingkatan Enam 2003 - 2004 Part 3


Melangkah Ke Tingkatan Enam Atas Sebagai Pelajar Paling Tua di Sekolah Dengan Motosikal Cabuk

Januari 2004 aku dan kawan - kawan aku yang lain kembali semula ke Bukit Mertajam High School. Dalam umur 19 tahun kami semua kembali ke sekolah sebagai pelajar paling tua di sekolah. Aku masih menunggang motosikal ex5 ayah aku ke sekolah, Faruqi a.k.a mat kie dengan motosikal kriss, saufi dengan vespa, yusoh ibrahim a.k.a  mat usop dengan yamaha cdi, amar juga dengan ex5 yang seat motosikalnya ditampal dengan sellotape dan kadang - kadang dibalutnya dengan beg plastik kerana seat motosikalnya koyak dan yang bisa membasahkan punggungnya bila hari hujan. Walaupun kami semua bermotosikal, tapi jangan salah sangka, kami bukannya mat rempit. Motosikal kami tidak pernah diubah usai dan boleh dikatakan "standard pekak". Walaupun ramai junior - junior kami yang datang ke sekolah dengan motosikal yang habis di modified, tapi aku dan rakan - rakan aku yang lain masih mengekalkan imej "standart pekak" kami. Sekali pandang motosikal kami umpama motosikal orang tua yang kadang - kadang berselut kerana jarang dicuci.


Guru - Guru Tingkatan Enam Atas Yang Cool dan Sempoi

2004 menyaksikan aku dan rakan - rakan aku semua masuk ke tingkatan enam atas. Kami mendapat guru - guru berpengalaman yang otai-otai dan hebat. Ini kerana tugas sebagai guru tingkatan enam atas bukannya mudah dan bukan calang - calang guru yang boleh mengajar di tingkatan enam atas apatah lagi mengajar batch kami yang tidak pernah hilang perangai gila - gilanya walaupun umur sudah 19 tahun pada waktu itu. Guru kelas aku pada waktu itu Cikgu Hayati yang mengajar sejarah Melayu dan Asia, cikgu Normala yang mengajar Sejarah Dunia dan Sejarah Islam , Cikgu Suzi mengajar Bahasa Melayu kertas 1, Cikgu Zauwiyah mengajar Bahasa Melayu kertas 2, Cikgu Danapal mengajar Pengajian AM, cuma cikgu pengajian perniagaan perniagaan yang aku tidak ingat namanya kerana dia boleh dikatakan guru baru tapi aku masih ingat dan kenal wajahnya, dan teacher Jamalia mengajar MUET. Aku masih ingat satu persatu nama guru - guru aku ini yang mana mereka telah banyak memberi ilmu kepada aku. Guru kelas aku yang pertama sewaktu aku masuk di tingkatan 1 madani tahun 1998 pun aku masih ingat lagi iaitu Cikgu Lim Mie Suan yang mengajar sejarah dan bahasa melayu. 

Cikgu Hayati memang seorang guru yang cool dan sempoi, cara dan pendekatan dia mengajar sejarah membuatkan aku begitu minat dengan sejarah yang memang telah aku minat itu. Kekerapan membuat perbentangan di hadapan kelas membuatkan aku berkeyakinan untuk berucap di hadapan dan kebolehan itu memainkan peranan penting sewaktu aku di universiti dan aku seperti ketagih untuk membentangkan sesuatu tugasan di hadapan kelas. Mungkin semua ini yang membentuk dan membolehkan aku hari ini berucap dan memberi syarahan kepada pelajar - pelajar aku 3 jam tanpa henti dan tanpa pelajar aku bosan. Di dalam kelas aku merasa cukup happy walaupun dibebani dengan latihan dan tugasan yang berat. Telatah saufi, mawi, amir(yang selalu tidur), dan rakan aku yang lain baik lelaki dan perempuan membuatkan kelas aku sentiasa ceria. Aku dan saufi suka mengusik Ling Waran Sing. Aku suka mengusik dan bertekak dengan dia kerana dia mempunyai pandangan yang tegas dalam satu - satu isu. Maka tidak hairanlah pada hari ini dia telah menjadi seorang peguam dan bergiat aktif dengan pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Cikgu Danapal yang mengajar mengajar pengajian am juga seorang guru yang berani dalam menyampaikan ilmu. Aku gemar dengan cara bersahaja cikgu danapal mengajar. Isu - isu semasa yang diajar didalam pengajian am membuatkan kami tidak boleh lari dari isu sensitif seperti politik semasa di Malaysia pada waktu itu. Cikgu Danapal jujur dengan ilmu yang disampaikan, dia mengajar realiti yang sebenar agar anak muridnya menjadi manusia dan bukan burung kakak tua. Cikgu Suzi anginnya ada pasang dan surut, dia adakalanya boleh diajak bergurau dan adakalanya cukup garang didalam kelas. Dia mengajar bahasa melayu kertas 1 yang bagi aku subjek tersebut agak sukar. Mempelajari diftong, mofologi, e pepet, e taling dan berbagai lagi membuatkan adakalanya kepala otak aku bersimpul tetapi menarik. Cikgu Normala yang mengarahkan kami semua membeli buku latihan setebal 1 inci dan setiap minggu sekurang - sekurangnya dua esei sejarah dunia mesti disiapkan, jika tidak pasti ribut taufan mesopotamia akan melanda kelas aku. Cikgu Zauwiyah adalah seorang guru yang boleh dikatakan paling garang dalam kalangan semua guru-guru kelas aku. Dia mengajar bahasa melayu kertas dua. Gaya bahasa dan penulisan yang diajar oleh cikgu zauwiyah inilah yang mungkin memberikan aku kebolehan untuk mengarang dalam apa jua bidang. Cikgu Kamalia mengajar MUET Malaysia University English Test, aku dan rakan - rakan aku bersungguh belajar bagi membolehkan kami menguasai bahasa inggeris kerana kami sudah mula sedar kepentingan bahasa inggeris pada waktu itu.


Toyol dan Menoyol Sewaktu Ujian

Setiap bulan kami mesti menjalani ujian bulanan, dan markah ujian bulanan ini akan mengukur kemampuan kami semua untuk berhadapan dengan STPM kelak. Tetapi walaupun namanya ujian dan peperiksaan percubaan budaya "toyol" tetap masih ada. Aku dan kawan - kawan aku terutama saufi sering membuat nota kecil atau "toyol" setiap kali ujian. Tujuannya adalah untuk meniru kah kah kah.. pernah juga kami mencuri membuka buku sewaktu ujian tetapi langit tidak selalunya cerah kerana ada juga yang terkantoi. Tapi aku tegaskan aku tidak pernah meniru dalam peperiksaan besar yang sebenar.


Usaha Keras Guru - Guru Dan Kenakalan Aku dan Kawan - Kawan

Guru - guru tingkatan enam kelas aku bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga bertindak memberi semangat, dorongan dan bimbingan kepada kami. Aku masih ingat kata - kata cikgu hayati lebih kurang begini "kamu semua boleh berjaya dan sekarang kamu diberi peluang untuk berjaya jadi gunakanlah peluang ini" kata - kata itu walaupun ringkas dan bersahaja tetapi membawa makna yang cukup mendalam dan aku mula nampak yang sebenarnya peluang sedang terhidang cuma atas usaha sendiri untuk aku mencapainya. Cerita - cerita dan pengalaman - pengalaman guru - guru aku di universiti yang dikongsikan bersama kami didalam kelas membuatkan aku dan rakan  - rakan aku bersemangat untuk belajar. Kelas tamabahan percuma yang diadakan pada waktu cuti sekolah menunjukkan kesungguhan guru - guru aku untuk melihat kami semua berjaya.


Tandas Cowboy

Aku akui memang aku begitu belajar bersungguh - sungguh sewaktu tingkatan 6. Tetapi dalam masa yang sama aku dan rakan - rakan aku masih juga aktif dalam sukan ragbi dan aktiviti kokurikulum yang lain. Sewaktu di tingkatan 6 atas, aku dan kawan - kawan aku tidak pulang terus ke rumah selepas habis waktu sekolah. Selalunya selepas tamat waktu sekolah kami akan pergi ke kantin untuk makan dan minum sambil kacau adik - adik junior perempuan di kantin yang mana perbuatan sebegitu tidak pernah dilakukan oleh senior - senior tingakatan 6 yang lain. Selepas habis di kantin, kami akan pergi ke tandas di block A yang kami gelarkan sebagai "tandas cowboy" kerana pintu tandasnya ala - ala zaman cowboy. Tujuan kami pergi tandas bukanlah untuk membuang air tetapi adalah untuk merokok. Satu lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh student - student tingkatan 6 yang lain sebelum ini. 


Hisap Rokok dan Kantoi

Sebenarnya aktiviti merokok dalam kawasan sekolah ini adalah satu perkara rutin bagi kami. Bukan sahaja pada waktu selepas sekolah, tetapi pada waktu pagi sebelum kelas bermula dan sewaktu rehat. Pernah kawan aku Ashun ditangkap oleh pengawas kerana kantoi menghisap rokok didalam tandas. Ashun pada waktu itu cuba melarikan diri sewaktu tandas cowboy tersebut diserbu pengawas dari tingkatan 5 ketika sedang merokok, tetapi malangnya kasut dia tertanggal dan menyebabkan dia terpaksa berpatah balik mengambil kasutnya yang tertanggal dan akibatnya dia ditangkap dan dirotan kah kah kah... 

Sebenarnya dalam ramai - ramai kawan - kawan aku, Rasul a.k.a Ashun adalah yang paling kerap kantoi dan ditangkap ketika merokok. Pernah pada satu kejadian ketika selepas waktu sekolah aku, amar dan ashun pergi ke tandas cowboy tersebut untuk merokok. Sudah menjadi kebiasaan sebatang rokok akan dikongsi 3 ke 4 orang. Amar mengisap rokok terlebih dahulu dan selepas itu dia memberikan kepada aku, baki rokok tersebut aku serahkan kepada Ashun. Amar ketika itu masuk kedalam tandas (jamban)  dan aku berjalan keluar. Tiba - tiba aku nampak Cikgu Liew sedang meluru pantas ke aras tandas, aku tidak sempat untuk berpatah balik memberitahu amar dan ashun di dalam tandas. Aku terus berjalan menuju ke perpustakaan. Sampai di perpustakaan aku melihat Ashun telah dipegang tangan dengan kuat dan diheret keluar oleh Cikgu Liew tetapi Amar tidak kelihatan. Rupa - rupanya Amar bersembunyi senyap didalam jamban tandas tersebut. Malangnya Ashun seorang sahaja yang terkantoi kah kah kah..


Study Group di Perpustakaan Setiap Hari, Belajar 3 jam sehari dan Ragbi Tetap Ragbi

Setelah selesai merokok di tandas cowboy, aku dan 2,3 orang kawan - kawan aku yang lain seperti Ashun, Amar, Saufi dan Faruqi akan ke perpustakaan untuk study group. Kadang - kadang pelajar perempuan juga akan join kami untuk study group di perpustakaan selepas habis waktu sekolah. Itulah rutin kami setiap hari hingga ke akhir tahun. Sekitar jam 3.30 petang baru kami akan pulang ke rumah. 

Sampai di rumah aku hanya berehat sebentar, dan pada waktu petang sekitar jam 5 petang aku akan  tiba di padang sekolah untuk berlatih ragbi. Hinggalah sekitar jam 7 malam barulah aku pulang ke rumah semula. Memang padat aktiviti aku dan membuatkan aku merasakan waktu begitu cepat berlalu. Apabila waktu malam, aku hanya akan menonton tv sekitar jam 8 hingga 8.30 malam bagi menonton berita. Selepas itu aku akan masuk ke bilik dan mengulangkaji pelajaran hinggalah sekitar jam 11.00 dan 11.30 malam barulah aku tidur. Sebenarnya pada waktu itu, aku sudah menjadi ketagih untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Aku menjadi tidak boleh duduk sekiranya pada jam 8.30 malam aku masih belum mengulangkaji. Aku akan mengulangkaji subjek - subjek yang berat seperti sejarah dan bahasa melayu. Memilih dari beberapa tajuk dan berlatih membuat esei dengan baik secara berulang - ulang. Bukan mudah untuk menguasainya jika tidak dilakukan secara konsisten dan bersungguh - sungguh.


Berfoya - foya di Malam Hari

Tetapi pada malam jumaat dan malam minggu aku tidak akan mengulangkaji pelajaran. Dua malam tersebut aku gunakan untuk berfoya - foya  bersama  rakan aku yang lain. Boleh dikatakan setiap jumaat malam sabtu kami akan pergi ke karaoke untuk berhibur. Selepas itu kami akan lepak dan berlabong dan berborak hingga lewat pagi di mana - mana kedai yang menarik, selalunya kedai mamak menjadi pilihan kami. Begitulah setiap minggu aktiviti aku dan rakan - rakan aku. Kami nakal melanggar peraturan sekolah, tetapi kami belajar melebihi masa pelajar - pelajar lain. Kami berlatih ragbi dengan begitu lasak setiap petang tetapi kami tetap hadir dengan segar dan ceria ke sekolah setiap pagi. Kami mengulangkaji pelajaran berjam - jam setiap malam dirumah tetapi kami juga bersosial dan melepak hingga awal pagi pada hari cuti.

Selain aktiviti kurikulum, seperti yang aku katakan tadi aku juga aktif dalam kokurikulum seperti sukan dan aktiviti lain seperti aktiviti forum remaja peringkat kelas dan sekolah. Aku juga pernah menyertai pertandingan koreoke peringkat sekolah. Selain dari aktiviti yang penuh ceria tersebut aku juga tidak boleh lari dari konflik, hingga terjadi satu isu besar yang menggemparkan di kelas dan di kalangan pelajar - pelajar tingkatan enam hingga ke pengetua. Nantikan kisahnya di siri keempat nanti.....

Thursday, March 8, 2012

Empat tahun kemudian – hari ini

Oleh: Hishamuddin Rais a.ka Tukar Tiub

Pada 8 Mac 2008 - empat tahun dahulu - lanskap negara kita telah berubah. Selama 50 tahun warga Tanah Melayu, kemudian Malaysia, telah diperintah oleh parti Perikatan yang kemudiannya bertukar menjadi parti Barisan Nasional. Sama ada kerajaan Perikatan mahu pun kerajaan campuran Barisan Nasional — kuasa dibelakang kerajaan ialah parti politik yang bernama United Malays National Organisation.

Selama 50 tahun ini kuasa hegemoni United Malays National Organisation telah mendifinasi apa itu Malaysia. Kuasa hegemoni ini juga telah membudayakan apa yang kita ketahui hari ini sebagai Malaysia. Dengan menggunakan slogan Hidup Melayu dan bersandarkan falsafah Ketuanan Melayu, United Malays National Organisation telah menggunakan kuasa hegemoni tanpa segan silu.

Fakta sejarah dengan terang telah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Penubuhan parti politik ini dibantu dengan dukungan dan sokongan kuat dari kuasa penjajah British. United Malays National Organisation dipilihara dan dididik oleh British untuk menjadi benteng pertahanan melawan ombak ampuh Nasionalis Melayu. Kaum Nasionalis Melayu kiri telah menjadi musuh penjajah kerana berani bangun menentang British dengan slogan Merdeka.

Kesatuan Melayu Muda (KMM-1938) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM-1945) adalah parti-parti politik paling awal yang telah bangun memperjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Ini lama sebelum munculnya United Malays National Organisation.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat , pada tahun 1947, Parti-parti Melayu kiri ini telah bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dalam barisan yang dikenali sebagai All-Malaya Council of Joint Action — Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA). Pergabungan perjuangan politik anak semua bangsa di bawah AMCJA-PUTERA telah menerbit satu dokumen bersejarah - Perlembagaan Rakyat.

Didalam Perlembagaan Rakyat ini ada satu fasal yang paling radikal dan paling ditakuti oleh penjajah British. Fasal ini ialah tentang hak kerakyataan dan hak kewarganegaraan. Mengikut Perlembagaan Rakyat 1947 sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara mereka maka mereka akan dinobatkan sebagai Melayu atau Malayan. Justeru Pelembagaan Rakyat ini ada satu usaha yang positif untuk membentuk sebuah negara bangsa yang mengenepikan politik perkauman.

Perjuangan menuntut kemerdekaan ini telah melahirkan satu setiakawan yang ampuh dari anak semua bangsa. Kaum buruh ladang getah telah bangun mogok dan menunjuk perasaan. Buruh lombong bijeh telah bangun mogok menuntut hak mereka. Buruh lombong arang baru di Bukit Arang telah mogok berdemonstrasi menuntut hak mereka. Semua ini dilihat oleh penjajah British sebagai satu ancaman terhadap kuasa mereka. Jelas kuasa penjajah British makin terdesak.

Pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil Darurat. British telah menangkap ramai pemimpin parti politik, pemimpin kesatuan sekerja, pemimpin agama dan juga pemimpin pelajar. Mereka ditahan tanpa bicara atas tuduhan melawan British. Parti-parti Nasionalis Melayu - PKMM, Angkatan Pemuda Insaf ( API) dan Parti Komunis Malaya adalah diantara parti politik yang telah diharamkan.

Pemimpin parti politik yang sempat melarikan diri telah memulakan perjuangan bersenjata melawan British di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Perang kolonial — perang melawan British - telah diistiharkan oleh Parti Komunis Malaya. Justeru, zaman Darurat sebenarnya ialah zaman dimana rakyat Tanah Melayu bangun mengangkat senjata melawan penjajah.

Darurat ini juga telah memberi nafas baru untuk kuasa kolonial British. Dalam suasana ini British telah membuat penjanjian dengan United Malays National Organsiation. British berjanji akan memberikan kemerdekaan jika harta dan kepentingan ekonomi British — seperti bank, ladang getah, ladang sawit, lombong bijeh dan kilang — tidak diganggu gugat. Melalui perjanjian inilah kuasa kolonial British telah bersedia memberikan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malays National Organistion pada tahun 1957.

Adalah penting untuk kita semua memahami salasilah sejarah ini kerana apa yang berlaku 4 tahun dahulu ialah sambungan perjuangan AMCJA-PUTERA yang telah digagalkan oleh British pada tahun 1947 dahulu. Kalau Perlembagaan Rakyat 1947 bertujuan untuk mencapai kemerdekaan dan melahirkan Bangsa Melayu dimana anak semua bangsa akan dinobatkan setaraf dan sederajat. Kini — 50 tahun kemudian sejarah berulang. Ombak dan badai untuk melahirkan Bangsa Malaysia mengampuh kembali.

Pilihanraya ke-12 yang lalu telah memeterikan setikawan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Dermokratik (DAP) dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Tiga parti politik yang memanggil diri mereka Pakatan Rakyat telah mengikat janji bersetiakawan dalam satu saf perjuangan untuk melahirkan sebuah Malaysia yang baru. Pakatan Rakyat ini juga bersetia untuk berjuang menerapkan satu pembudayaan baru yang bercita-cita untuk membebaskan 28 juta warga Malaysia cengkaman hegemoni politik Ketuanan Melayu.

Kemenangan 8 Mac empat tahun dahulu wajib juga dilihat sebagai satu peluang membetulkan kembali sosial konstruk ke landasan yang tepat untuk melahir satu negara bangsa. Selama 50 tahun ini Tanah Melayu dan kemudian Malaysia telah dipesongkan untuk bergerak di bawah hegemoni United Malays National Organisation yang berlandaskan ajenda perkauman.

Apa yang berlaku empat tahun dahulu adalah tanda bukti bahawa garis budaya politik yang berasakan kaum adalah politik lama — politik peninggalan British. Dari buku sejarah kita memahami bahawa parti-parti politik yang berasaskan kaum ini muncul hasil dari taktik dan strateji British. Ketika menjajah Tanah Melayu , kuasa kolonial British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Dasar perkauman - pecah dan perentah - inilah yang telah diteruskan oleh United Malays National Organisation sebagai senjata ampuh untuk terus berkuasa.

Dizaman melawan hegemoni kuasa kolonial British pada tahun 1947 dahulu rakyat Malaya telah bersatu melihat British sebagai musuh utama. Perasaan menentang British ini sama seperti perasaan orang ramai sebelum 8 Mac. Perasaan ini ialah persaaan bangun menentang hegemoni Ketuanan Melayu. Orang ramai telah besepadu melihat United Malays National Organisation sebagai musuh utama.

Orang ramai telah juga sedar - selama 50 tahun United Malays National Organisation telah mewujudkan pelbagai akta dan undang-udang untuk memastikan kuasa hegemoni mereka berterusan hingga hari kiamat. Orang ramai juga melihat bagaimana hak kesatuan sekerja telah dimandulkan melalui pelbagai bentuk akta. Anak muda mahasiswa melihat bagaimana Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah menjadikan universiti setaraf dengan sekolah menengah. Orang ramai juga sedar tentang kes-kes rasuah pemimpin parti yang berkuasa yang melibatkan berbilon ringgit. Orang ramai juga sedar pelbagai cerita dan kesah tentang penyalah gunaan kuasa oleh parti yang memerentah.

Selama 50 tahun United Malays National Organisation telah menguna jentera daulah — polis, mahkamah dan undang-undang - untuk menakut-nakutkan rakyat. Selama 50 tahun rakyat Malaysia telah tunduk takut. Tetapi pada 8 Mac 2008 yang lalu rakyat Malaysia secara kolektif telah melintasi garis takut.

Telah sampai ke satu tahap dimana rakyat Malaysia secara kolektif tidak dapat lagi ditakut-takutkan dengan 'hantu 13 Mei'. Rakyat Malaysia secara berani telah menolak sikap perkauman yang tertanam lama. Kini, orang ramai merasa begitu bertanggung jawab untuk mempertahankan masa depan mereka. Untuk mempertahankan masa depan cucu cicit mereka. Langkah pertama untuk menyelamatkan Malaysia dari memasuki kelab 'negara gagal' ialah menolak kuasa hegemoni United Malays National Organsiation.

Penolakan hegemoni ini pasti akan membawa reaksi. Tergelincir dari kuasa bermakna jauh dari 'peti duit negara'. Ini bermakna nikmat kuasa ekonomi yang dimiliki oleh United Malays National Organisation selama 50 tahun ini akan lupus.

Justeru, selama 3 tahun kebelakangan ini kita telah melihat gereja di bakar. Kita melihat kepala babi dimasukkan ke dalam masjid dan surau. Kita juga melihat kepala lembu dipijak-pijak. Semua ini adalah usaha untuk memainkan api perkauman. Api perkauman adalah senjata yang telah dan sedang digunakan oleh United Malys National Organisation untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Yakinlah , United Malays National Organisation tidak akan berehat dan menerima penolakan kuasa hegemoni mereka dengan hati terbuka. Yakinlah mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa. Berkuasa bermakna memiliki , mengawal dan mengagih-agihkan punca-punca ekonomi negara. Yakinlah — kepala babi dalam masjid itu hanyalah permulaan.