Di udara kedengaran deruman enjin helikopter yang terbang tidak henti - henti. Kelihatan pada pintu helikopter yang terbang rendah dengan menggunakan duit rakyat itu seorang jurugambar berpakaian merah sedang memegang kamera untuk merakam gambar.
Setelah tiba di Jalan Raja Laut, kami melalui dihadapan Ibu Pejabat Parti PAS yang mana tiba - tiba kelihatan... (sedutan part 2)
Sekumpulan bakal peserta Bersih 3.0 berkumpul disitu dalam kumpulan sekitar 10 hingga 15 orang. Aku menghampiri kumpulan terserbut dan aku perhatikan seorang lelaki sedang sibuk menjual T-Shirt Bersih 3.0 yang berwarna kuning. Ini adalah peluang terbaik untuk aku, kerana aku belum mempunyai baju Bersih 3.0 tersebut, sekurang - kurangnya aku boleh bergaya memakai baju tersebut. Aku lantas bertanyakan kepada lelaki sekitar 30an tersebut yang sibuk menjual baju Bersih 3.0 tersebut. Sehelai T-Shirt Bersih 3.0 tersebut dijual dengan harga RM15. Aku bertanyakan adakah masih terdapat baju yang bersaiz M, tetapi malangnya saiz M semua sudah habis dijual. Yang ada hanyalah saiz L, XL dan XXL. Aku memilih untuk membeli T-Shirt Bersih 3.0 yang bersaiz L.
Terus Melangkah Ke Dataran Merdeka
Setelah membayar duit untuk membeli baju tersebut aku terus memasukkan baju tersebut kedalam beg galas aku. Aku masih tidak mahu memakainya kerana berdasarkan pengalaman pada Bersih 2.0 yang lalu mereka yang memakai baju tersebut pada waktu sebelum perhimpunan bermula berisiko untuk ditangkap, membawa baju Bersih pada waktu lebih bahaya dari membawa dadah.
Topeng Perak memberikan aku video cameranya untuk aku merakamkan situasi sepanjang perjalanan tersebut. Aku sebenarnya tidak begitu mahir menggunakan video camera tersebut tetapi hanya berlagak seperti orang yang mahir. Ketika aku berada berhampiran bangunan Mara di jalan Raja Laut aku melihat terdapat anggota polis yang menggunakan paramotor yang terbang berlegar - legar sekitar dataran merdeka. Aku kurang pasti apa motif mereka menggunakan paramotor tersebut, mungkin untuk meninjau jumlah kehadiran orang tetapi tidak cukupkah dengan kehadiran helikopter.
Membelok ke Jalan Tuanku Abdul Rahman
Selepas melepasi bangunan Mara, kami membelok melalui Jalan Dang Wangi untuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Menghampiri pusat membeli - belah SOGO kelihatan jumlah orang ramai semakin bertambah. Tidak ada halangan dari pihak polis untuk orang ramai bergerak menghampiri Dataran Merdeka. Kehadiran polis disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya memerhatikan pergerakan orang ramai. Aku melihat seorang lelaki duduk bersila ditengah - tengah Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan SOGO. Kami berlima mengambil kesempatan untuk berehat sebentar di anak tangga bangunan SOGO. Setelah berhenti rehat, Faqar dengan pantas mengeluarkan netbook nya dan terus menaip. Aku kurang periksa apa yang ditaipkan oleh dia, namum aku boleh mengagak yang dia sedang update situasi semasa pada waktu itu kedalam wesite nya.
Lebih kurang 20 minit kami berhenti di anak tangga SOGO tersebut. Aku menoleh ke arah Medan Tunku di hadapan Maju Junstion, kelihatan jumlah orang ramai yang datang dari arah sana dan dari arah Chow Kit tidak putus - putus. Aku merakam ragam para peserta tersebut menggunakan video camera yang diberikan oleh Topeng Perak, tetapi sampai hari ini aku belum berkesempatan melihat video - video yang aku rakam tersebut. Dalam kesibukan orang ramai bergerak tersebut, aku dapat terlihat seorang lelaki yang datang menjual air menggunakan kereta sorong ke atas Jalan Tuanku Abdul Rahman. Laris jualan air dia pada hari tersebut ditambah pula dengan cuaca yang panas. Jam pada waktu sekitar 12.40 tengah hari.
Aku perhatikan kearah jalan menuju ke Dataran Merdeka, kelihatn jumlah orang ramai yang berbaju kuning telah memenuhi ruang dihadapan tersebut. Aku fikiran jumlah orang ramai mungkin telah tepu disitu. Tetapi selepas tidak berapa lama jumlah orang ramai tersebut bergerak terus lagi kehadapan, dan mereka mungkin berada betul - betul di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak yang menjadi titik pertemuan kepada kesemua peserta perhimpunan yang datang dari pelbagai tempat check point berhimpun.
Bergerak Terus Menghampiri Dataran Merdeka Sehampir Mungkin
Setelah kurang terasa penat, kami mula bergerak semula untuk menghampiri jumlah orang ramai yang semakin ramai di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak. Lautan manusia yang berbaju kuning kini semakin jelas dan ketara. Lebih kurang 15 minit berjalan kami berlima sampai pada kedudukan orang ramai berkumpul. Aku sudah tidak boleh rapat kehadapan kerana jumlah orang ramai telah penuh dan padat. Aku pada waktu itu berada diatas Jalan Tuanku Abdul Rahman dalam jarak kurang 50menter dari persimpangan Jalan Tun Perak.
Dari kedudukan aku tersebut aku boleh melihat dengan jelas truck meriam air FRU yang sedang bersiap siaga dalam kawasan dataran merdeka. Dari celah - celah kepala hadirin aku dapat melihat barisan FRU yang siap bersenjata, mereka semua berada dalam kawansan dataran merdeka yang telah dipagari dengan kawad berduri. Dalam hati aku kuat mengatakan yang pasti FRU ini akan bertindak sekurang - kurangnya dengan meriam air.
Keadaan disekitar tempat aku berkumpul dan berdiri pada waktu itu masih lagi tidak berapa padat, tetapi di kawasan hadapan memang sudah padat. Tetapi jumlah orang ramai terus mengalir menghala ke arah aku berkumpul di atas Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku sempat mengambil gambar menggunakan camera handfon suasana sekitar pada waktu itu yang umpama pesta orang ramai berbaju kuning. Aku juga mengambil kesempatan untuk menyalin baju putih yang aku pakai kepada baju T-Shirt Bersih 3.0 yang aku beli tadi. Rupanya saiz L yang aku beli tersebut amat sesuai dengan dengan saiz badan badan. Baru aku tahu rupanya saiz T-Shirt yang sesuai dengan aku adalah L. Aku membuka terus baju aku ditengah - tengah orang ramai dan mengambil T-Shirt Bersih 3.0 tersebut dan menyarungnya. Mujur tidak ada rakan aku atau sesiapa yang mengambil gambar aku yang tidak berbaju semasa aku menyalin baju kepada baju Bersih 3.0. Jika tidak mungkin gambar aku boleh dispekulasikan.
Berpecah dari Kumpulan dan Berkumpul
Pada waktu itu, Faqar mengambil keputusan untuk berpecah. Dia mahu ke arah Dataran Maybank untuk menyertai jumlah orang ramai disana dan untuk mengetahui situasi semasa disana untuk dimuatnaik keadalam website dia. Topeng Perak mengambil keputusan bergerak sendirian untuk berkumpul bersama orang ramai dihadapan bangunan DBKL. Tujuan dia juga sama adalah untuk merakam situasi semasa yang amat bermakna bagi pengamal media cyber seperti dia.
Tinggal aku, Adil dan Izmair yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran dataran merdeka. Tanpa aku sedar jumlah orang ramai telah memenuhi segenap ruang di tempat aku berkumpul. Aku cuba untuk bergerak bersama Adil dan Izmair agar kami tidak berpisah. Izmair yang pada waktu memakai topeng sering membuatkan aku dan Adil sukar mengesan dia dicelah - celah orang ramai.
Jumlah orang ramai yang berada sekitar aku semakin padat. Ada dari kaum Melayu, Cina dan India. Tua, muda, lelaki perempuan dan kanak - kanak juga ada. Keadaan pada waktu itu begitu meriah dengan dengan sorakan dan laungan dari para hadirin. Cuaca yang panas pada waktu itu tidak menghalang semangat orang ramai untuk terus berkumpul. Kelihatan seorang lelaki sedang menjual ais krim dengan menggunakan motosilkal. Orang ramai mengerumi penuh kepada lelaki menjual aiskrim tersebut untuk membeli aiskrim. Aku kira tidak sampai 30 minit satu tong aiskrim yang dijual oleh lelaki tersebut telah habis. Setelah habis licin ais krimnya dijual, lelaki itu beredar dicelah - celah orang ramai dngan motosikalnya.
Tenang Ceria dan Provokrasi
Kedaan tempat aku berkumpul masih lagi tenang dan ceria. Orang ramai memenuhi setiap ruang. Aku mengeluarkan sebotol air menirel yang aku beli tadi dan meminumnya perlahan - lahan hingga habis. Ini kerana cuaca agak panas ditambah pula dengan keadaan orang ramai yang makin padat. Muka aku sendiri hampir gelap akibat dibakar kepanasan matahari, namum sedikit pun tidak mematahkan semangat aku dan para peserta yang lain.
Sekitar jam 1.30 tengah hari, aku melihat dua buah lori black maria polis datang dari celah - celah orang ramai dari arah Masjed Jamek Jalan Tun Perak, selang beberapa lama aku melihat dua buah lori black maria tadi muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mungkin lori tersebut telah membelok ke arah Jalan Raja Laut dan memasuki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan selepas itu berpatah balik dengan mengudur dan membuat pusingan U.Jumlah orang ramai pada waktu telah boleh dikatakan hampir 100 ribu orang.
Aku tidak pasti apa tujuan dua buah lori black maria tersebut bersiar - siar dicelah - celah orang yang begitu ramai tersebut. Cuba bayangkan jika lori terseut terlanggar orang ramai yang berhimpun sudah tentu suasana akan menjadi huru hara dan mugkin akan mengundang kemarahan para peserta lain yang boleh bertindak ganas terhadap polis yang berada dalam lori tersebut. Jika diikuti kemampuan para peserta pada waktu itu, dua buah lori black maria tersebut boleh diterbalikkan dengan mudah jika berlaku provokasi atau kemalangan. Para peserta boleh memanjat lori tersebut atau menarik turun pemandu lori tersebut dengan mudah. Namun semua itu tidak berlaku kerana emosi para peserta masih terkawal dan tidak termakan provokrasi tersebut. Namum semuanya berbeza setelah gas pemedih mata dilepaskan.
Ucapan Para Pemimpin Telefon Tiada Rangkaian
Dari jauh aku dapat mendengar suara para pemimpin memberikan ucapan. Namum ucapan kurang jelas untuk aku dengari pada kedudukan aku tersebut. Unit amal PAS datang mengarahkan semua hadirin duduk. Sebahagian peserta duduk diatas jalan dan aku turut sama duduk.
Ucapan dari para pemimpin terus kedengaran, tetapi hanya 2,3 perkataan sahaja yang dapat aku tangkap kerana suasan ditempat aku berada cukup riuh dengan sorakan para peserta. Pemimpin mana yang memberi ucapan juga aku tidak dapat melihat. Cuba ucapan dari Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub sahaja yang dapat mengecam ucapannya kerana aku begitu cam dengan nada dan suara Hishamuddin Rais.
Aku menoleh kebelakang dan perhatikan orang ramai masih lagi bergerak datang dari arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jumlah peserta dari arah lain aku kurang pasti kerana aku tidak dapat melihatnya. Mengikut laporan jumlah orang ramai yang berada pada waktu itu sekitar 250 ribu orang.
Satu perkara yang menjadi persoalaan pada waktu itu rangkaian telefon bimbit dan talian intenet langsung tidak ada pada waktu itu. Aku mendengar hampir semua orang merungut yang telefon bimbit mereka tiada rangkaian. Aku juga tidak dapat mengekses ke internet bagi mengetahui keadaan situasi semasa sekitar Kuala Lumpur. Bagi aku, situasi ini tidak pelik, kerana setiap kali aku menyertai perhimpunan - perhimpunan besar mesti rangkaian telefon tidak ada dan mungkin ditutup. Pada demostrasi Bersih 2.0 yang lalu, aku yang berada di bukit bintang setelah dikejar FRU menyedari rangkaian telefon maxis aku langsung tidak ada. Adalah pelik kawasan yang terletak ditengah - tengah kota raya tersebut tidak mempunyai rangkaian telefon.
Mungkin pihak berkuasa telah menggunakan suatu alat untuk menyekat rangkaian telefon bimbit dan internet telefon bimbit orang ramai. Ini mungkin bertujuan untuk menghalang maklumat dan situasi semasa disebarkan dengan cepat kepada seluruh rakyat Malaysia dan penghuni dunia.
Situasi Tenang Bertukar Huru - Hara
Suasana tenang dan ceria itu rupanya tidak kekal lama. Dalam hati aku merasakan yang FRU pasti akan bertindak. Ini ditambah bila mana aku melihat komander FRU yang berdiri diatas lori FRU seperti sedang bersedia untuk memberi arahan.
Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku pada barisan paling hadapan orang ramai yang berkumpul. Aku hanya mendengar suara sorakan dan riuh rendah dari para peserta. Aku dapat melihat Chegubard sedang berada diatas sebuah toyota hilux. Gaya Chegubard seperti sedang memberi arahan tetapi suaranya telah tenggelam dengan suara ratusan ribu para hadirin.
Dengan sepantas kilat juga aku melihat......
Bersambung Part 4..
Klik link dibawah untuk ke Part 4
No comments:
Post a Comment