Thursday, May 3, 2012

Pengalaman Bersih 3.0 (28 April 2012) Part 2

Terjaga dari tidur

Aku terjaga dari tidur sekitar jam 6 pagi kerana aku memang sudah terbiasa bangun pada waktu itu walau seletih mana pun badan aku. Kawan - kawan aku yang tadi keluar semuanya telah berada dalam bilik hotel. Ada yang sedang tidur dan ada yang sedang berbual. Faqar masih setia dengan netbook nya untuk memuat naik laporan - laporan terkini ke http://penanginsight.com/ . Selepas selesai apa yang patut aku baring semula diatas sofa dan rasa seperti mahu tidur semula masih ada. Aku cuba melelapkan mata semula dan terjaga sekitar jam 7 pagi 28 April 2012 tarikh keramat yang bakal menggegarkan Malaysia dan mungkin juga dunia.


Berdiskusi bersama Topeng Perak

Aku masih belum mandi dan berbual dengan Topeng Perak berkenaan situasi di dataran merdeka. Tidak lama berbual aku dan Topeng Perak pergi ke ruang merokok untuk merokok yang berada dihadapan lif. Kami tidak merokok dalam bilik hotel kerana ada pemimpin - pemimpin PAS yang kurang senang dengan perokok. Aku berbual dengan Topeng Perak sambil menghisap rokok. Aku bertanya kepada dia adakah perhimpunan kali ini akan menjadi ganas seperti perhimpunan - perhimpunan besar sebelum ini. Topeng Perak menjawab "ya" memang perhimpunan kali ini akan menjadi ganas. Jauh dalam sudut hati aku memang aku sudah merasakan yang perhimpunan yang bakal berlangsung beberapa jam itu nanti juga akan menjadi ganas. 

Sambil kami berbual dan menyedut asap rokok, Topeng Perak menambah "kita sebenarnya boleh menawan Dataran Merdeka itu dengan mudah, lihat kedudukan orang ramai yang berkumpul nanti dorang semua akan berada pada kedudukan mengepung Dataran Merdeka". Memang benar kata-kata Topeng Perak, pada perhimpunan tersebut, kedudukan para peserta yang ratusan ribu itu telah mengepung dataran merdeka. Polis dan FRU berada dalam dataran Merdeka dan jika peserta mahu menawan dataran merdeka dengan mudah perserta perhimpunan bersih dapat lakukan.


Kembali ke Bilik Hotel

Selesai merokok aku dan Topeng Perak kembali semula ke bilik hotel. Topeng Perak menghampar sehelai kain di sebelah sofan dan dia terus tidur kerana dia belum tidur dari semalam. Faqar terus dengan netbook dan websitenya. Rakan yang lain ada yang masih tidur dan sedang berbual. Aku pergi ke arah tingkap bilik hotel yang menghadap ke arah Chow Kit. Dari arah tingkap hotel aku dapat melihat kumpulan - kumpulan kecil berbaju kuning sedang bergerak melalui Jalan Chow Kit menuju ke Jalan Raja Laut dan Tunku Abdul Rahman, jam pada waktu sekitar 8.30 minit pagi. Mereka ini mungkin sedang menuju ke Dataran Merdeka.


Aku menyemak status semasa diinternet berkenaan situasi semasa di Dataran Merdeka. Maklumat yang aku perolehi, sekitar 4 ke 5 ribu orang telah berada di Dataran Merdeka. Ini agak berlainan dari demostrasi - demostrasi besar sebelum ini yang mana jumlah orang ramai hanya muncul secara tiba - tiba menjelang tengah hari.


Sarapan Sebelum ke Jalan Raya

Sekitar jam 10 pagi aku sudah mula bersiap untuk turun ke jalan raya. Dada aku masih berdebar dan entah kenapa kali ini debaran dada aku lain macam rasanya walaupun ini bukanlah kali pertama aku terlibat dalam Demostrasi besar.

Setelah bersiap, aku, Adil dan Izmair turun ke parking kereta bertujuan untuk mengubah kereta ke dari tempat parking hotel ke parking berhampiran. Ini kerana tempoh check out untuk hotel kami menginap adalah pada jam 2 petang. Ada satu lot parking kereta berbayar berhampiran hotel aku menginap dengan kadar bayaran RM 5 sehari. Aku meletakkan kereta aku disitu dan setelah selesai kami mencari kedai untuk sarapan. Jam pada waktu itu sekitar 10.30 pagi. Dari kedai makan aku sudah dapat melihat jumlah orang yang memakai baju kuning dan ada yang memakai baju hijau bergerak dalam jumlah kumpulan sekitar 10 ke 15 orang ke arah Jalan Raja Laut dan Tunku Abdul Rahman. Pelanggan - pelanggan yang sedang menikmati sarapan di medan selera yang terletak berhampiran hotel Legend itu juga rata - ratanya adalah bakal peserta bersih. Ini dapat dikesan berdasarka percakapan dan pakaian mereka.

Selesai sarapan kami bertiga kembali ke bilik hotel kerana ada beberapa barang yang perlu diambil. Lagipun Faqar bersama Topeng Perak masih lagi diatas. Aku pada mulanya bercadang hanya mahu menunggu Faqar dan Topeng Perak di lobi sahaja, tetapi mengubah fikiran untuk naik semula ke bilik hotel. Kad akses untuk ke bilik hotel masih disimpan oleh Faqar.


Persiapan Terakhir Sebelum ke Ibu Segala Demo

Dari segi persiapan sebenarnya aku telah bersedia. Barang - barang yang aku rasakan tidak perlu telah aku tinggalkan di dalam kereta. Aku membawa sebuah beg galas yang dalamnya terdapat sebungkus kecil garam dan selehai tuala kecil yang aku selitkan di poket belakang.

Rakan - rakan aku yang lain seperti pemimpin - pemimpin PAS dari Pulau Pinang dan rakan - rakan ahli majlis MPSP telah keluar dari bilik hotel. Ada yang terus menuju ke arah Dataran Merdeka dan ada lagi yang masih menunggu di lobi hotel. Kami berempat iaitu aku, Faqar, Adil dan Topeng Perak merupakan  yang terakhir keluar dari bilik hotel. Izmair tidak naik semula ke bilik hotel dan hanya menunggu di lobi.

Setelah semuanya siap kami terus melangkah keluar dari bilik hotel dan langkah ini tidak akan kembali lagi ke hotel tersebut. Izmair telah telah berada di lobi hotel menunggu bersama beberapa rakan kumpulan ahli majlis. Aku menyerahkan jaket kulit salah seorang rakan ahli majlis yang tertinggal di bilik hotel. Setelah itu kami terus melangkah keluar dari Hotel Legend Kuala Lumpur setelah selesai urusan daftar keluar. 


Melangkah ke Ibu Segala Demo

Rakan - rakan dari kumpulan ahli majlis tidak bersama kami untuk bergerak ke Dataran Merdeka. Mereka menggunakan arah jalan lain yang aku sendiri tidak menyedari arah mana mereka ikut. Aku, Adil, Faqar dan Izmair bergerak dalam satu kumpulan untuk ke Dataran Merdeka. Topeng Perak mahu menyimpan beberapa barang yang tidak diperluka untuk perhimpunan di dalam kereta aku. Kami berjalan ke arah tempat parking kereta yang terdapat kereta aku tidak jauh dari situ.

Setelah selesai meletakkan barang, kami melangkah menyusuri Jalan Chow Kit. Kami singgah sebentar disebuah kedai runcit untuk membeli air sebagai persedian demo nanti. Aku membeli dua botol besar air menirel. Cuaca yang agak panas pada hari itu membuatkan badan memerluka air yang banyak. Jam pada waktu sekitar hampi 11.45 minit pagi. Cuaca pada waktu memang agak panas.

Aku mengenakan T-Shirt putih, berseluar jeans dan berkasut. Berjalan sambil menggalas beg yang tadinya ringan kini telah mula berat kerana berisi dua botol besar air menirel. Aku sebenarnya pada pada waktu itu tidak mempunyai T-Shirt kuning Bersih 3.0. Sebelum ini aku telah memesan T-Shirt kuning tersebut dari Achen tetapi Achen telah menjual semua T-Shirt di Dataran Merdeka semalam. Sebelum terlupa aku ingin memberi tahu bahawa Achen tidak bermalam bersama kami di Legend Hotel kerana dia bermalam bersama adiknya yang datang dari Nilai di sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman. 

Aku berjalan bersama Topeng Perak menyusuri Jalan Chow Kit untuk ke Jalan Raja Laut. Faqar, Adil dan Izmair sedikit kebelakang. Topeng Perak sibuk merakamkan situasi perjalanan kami menggunakan telefon bimbitnya. Dalam perjalanan kami ditegur oleh seorang pancit bersama keluarnya. Pakcik tersebut dalam sekitar lebih 50an. "Nak pegi ke sana ker" soal pakcik tersebut dan Faqar menjawab ya nk ke Dataran. Pakcik tadi bertanya lagi "Kereta tak masuk dah ker ke sane" Pakcik tersebut juga mahu menyertai demo Bersih 3.0 tersebut tetapi tidak bertenaga untuk berjalan dari Jalan Chow Kit ke Dataran Merdeka. Kami mencadangkan kepada pakcik tersebut mengambil train dan turun di Stesyen Masjid Jamek. 

Selepas itu kami telah melangkah dengan penuh teruja dan debar ke Dataran Merdeka. Sekitar jalan boleh kelihatan ramai peserta - peserta perhimpunan Bersih 3.0 di kiri dan kanan jalan yang bergerak ke arah yang sama dengan kami.

Di udara kedengaran deruman enjin helikopter yang terbang tidak henti - henti. Kelihatan pada pintu helikopter yang terbang rendah dengan menggunakan duit rakyat itu seorang jurugambar berpakaian merah sedang memegang kamera untuk merakam gambar.

Setelah tiba di Jalan Raja Laut, kami melalui dihadapan Ibu Pejabat Parti PAS yang mana tiba - tiba kelihatan...


Bersambung part 3....

Klik link dibawah untuk ke Part 3
http://mohdzamirul.blogspot.com/2012/05/pengalaman-bersih-30-28-april-2012-part_04.html

No comments: