Pasca Bersih 3.0 menyaksikan banyak isu – isu tempang cuba
ditimbulkan yang jelas tujuannya untuk
menutup mulut dan minda rakyat dari bercakap dan memikirkan 8 tuntutan
Bersih 3.0. Mereka mahukan orang ramai terutamanya golongan atas pagar lebih seronok
untuk memperkatakan mengenai isu picisan yang mereka sendiri ciptakan, dari
bercakap dan mendapat pencerahan berkenaan 8 perkara yang dituntut dari
perhimpunan hampir 300 ribu rakyat pada 28 April 2012 yang lalu.
Yang terbaru ialah kenyataan dari
bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar berkenaan wujudnya anggota komunis
dalam perhimpuan yang berlangsung pada 28 April 2012 yang lalu. Mungkin
pandangan Hanif Omar ini betul kerana berdasarkan pengalaman dia yang berkhidmat
sebagai ketua polis negara semasa zaman darurat dan zaman pergerakan komunis
dunia dan tempatan. Ya mungkin dia masih kenal dan cam wajah – wajah yang
pernah ditentangi oleh dia sewaktu menjawat jawatan ketus polis negara dahulu.
Tetapi jika perkara ini betul
sekalipun mengapa ianya harus dibangkit bagi menimbulkan keriasauan rakyat.
Seperti kata Hishamuddin Rais “jika betul
ada komunis yang datang, mereka ini komunis yang baik yang datang untuk
menentang penipuan dalam pilihanraya” . Dalam isu dibangkitkan, ianya
seperti mahu meniup propaganda sewaktu era perang dingin untuk mengeloh
persetujuan rakyat bagi membenci komunis dan mencintai kapitalis. Saya percaya
isu komunis ini pasti akan terkesan kepada penduduk – penduduk luar bandar
khusnya orang Melayu yang merupakan stok tetap Umno/BN untuk mendapat undi
dalam pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Jika dahulu sewaktu era perang
dingin, orang Melayu dan orang Islam di kampung – kampung di Tanah Melayu
dimomokkan dengan agenda komunis yang dikatakan tidak percaya kepada agama dan
tuhan. Mereka yang berideologi sosiolis
juga akan dikatakan tidak beragama dan tidak percaya kepada tuhan. Isu agama
dan tuhan ini akan membuatkan orang Melayu Islam di Tanah Melayu pada ketika
itu melompat dengan lebih tinggi. Sebenarnya ajaran yang mengatakan komunis dan
sosialis itu anti agama adalah dibawa oleh orang yang dirinya sendiri tidak ada
agama dan hanya menyembah wang dan berakidahkan keuntungan. Inilah antara
strategi pihak kapitalis yang mahu meraih sokongan dari rakyat dunia ke-3 bagi
menentang komunis agar agama mereka iaitu kapitalis dapat berkembang.
Kini ancaman komunis itu cuba
ditiupkan dan dihidupkan kembali selepas Bersih 3.0 dengan harapan rakyat
Malaysia dan orang Melayu khususnya agar mencurigai dan menentang pergerakan
dan perhimpunan Bersih 3.0 kerana ada pengaruh komunis yang tidak percaya
agama. Maka makcik – makcik dan pak teh di felda dan kampung – kampung di Pagoh
akan mereka kecut perut kerana komunis telah menyerang Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang selalu membaca
dan tidak hanya mendengar, pasti akan memahami apa itu sebenarnya ideologi
komunis dan rakan karibnya sosiolis. Dalam fahaman komunis, ianya tidak
menyokong sistem pilihanraya baik pilihanraya kotor atau pilihanraya yang
bersih. Jadi apa kejadah seorang mamat komunis hadir dalam perhimpunan yang
menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.
Pergerakan komunis peringkat
antarabangsa juga pada hari ini dilihat telah lemah dan tidak bermaya. Kesatuan
Soviet telah tumbang dan hanya menjadi sejarah, tembok Berlin di Jerman telah
runtuh yang tinggal hanya kenangan dan Republik Rakyat China hari ini pun telah
mengamalkan dasar ekonomi terkangkang yang membolehkan semua masuk menjaras.
Jadi dimanakah komunisnya lagi. Ini adalah proses untuk meletakkan rakyat
Malaysia dan orang Melayu khusunya, di dalam garis takut. Takut kepada komunis,
takut kepada orang cina, takut kepada tok fatwa dan takut kepada segala –
galanya takut. Maka dengan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang berada
dalam garisan takut ini membolehkan Umno/BN itu menjadi makin berani. Berani
untuk membaham hasil negara dan menindas rakyat dari pelbagai sudut yang
dilihat manja.
Apa perlu dibangkitkan lagi isu
komunis ini bagi menggusarkan kepala rakyat Malaysia khususnya orang Melayu
yang proses pembodohannya terus berlaku siang dan malam melalui Utusan Malaysia
dan TV3. Jika aku ditanya dimanakah kekejaman dan kezaliman sewaktu Bersih 3.0
aku akan menjawab ianya bukan datang dari polis dan FRU tetapi proses
pembodohan terus menerus oleh sang penguasa. Jika semasa perhimpunan polis dan
DBKL dibodohkan kini pasca perhimpunan Bersih 3.0 rakyat pula cuba diproses
untuk menjadi bodoh terus menerus. Itulah kezalimannya!!
No comments:
Post a Comment