Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0: Provokasi Mereka dan Kesilapan Kita

Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April 2012 adalah sebuah perhimpunan rakyat terbesar selepas era reformasi 1998/1999 dahulu. Bagi anak muda yang pada era reformasi masih lagi dibangku sekolah rendah atau mungkin ada yang belum dilahirkan kini anda berpeluang menyaksikan himpunan manusia teramai ini. Himpunan inilah yang bakal merubah nasib dan masa depan anak muda pada hari ini kerana dunia ini akhirnya akan milik kita anak muda.

Berbalik kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang berlalu baru - baru ini, ianya merupakan satu lagi siri perhimpunan gabungan pilihanraya bersih dan adil "Bersih" untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Himpunan pada hari tersebut menyaksikan hampir 300 ribu anak semua bangsa seluruh rakyat Malaysia turun ke kota Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang didakwa tempang dalam menguruskan sistem pilihanraya di Malaysia. 

Aku tidak mahu mengulas panjang tentang mengapa rakyat berhimpun atau apa yang dituntut oleh ratusan ribu pendemostrasi tersebut. Aku percaya mereka yang tidak membenarkan diri mereka dibodoh atau menjadi bodoh pasti ada jawapan tentang semua itu. Apa yang aku ingin huraikan dalam tulisan ini adalah perjalanan perhimpunan tersebut yang masing - masing diiumpan dan mengumpan.

Isu pertama yang aku ingin sentuh adalah berkenaan provokasi melampau yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap peserta - peserta demostrasi. Ini boleh dilihat bilamana sewaktu sekita pukul 9 pagi dimana para peserta mula bergerak untuk berkumpul tempat - tempat yang ditetapkan (bukan kedalam dataran merdeka) polis banyak membuat halangan dengan membina benteng anggota polis. Lebih kurang sejam lebih para peserta ini dihalang laluan mereka akhirnya benteng tersebut dilepaskan. Ada juga dimana para peserta terpaksa merempuh bentengan polis bagi membolehkan mereka bergerak. Mungkin arahan polis yang melarang diadakan perarakan, tetapi jika para peserta tidak berjalan bagaimana mereka mahu sampai ke tempat yang ditetapkan adakah mereka perlu tebang dari KLCC ke Masjid Jamek. Apabila mereka berjalan sudah tentu perjalanan mereka itu dalam bentuk kumpulan kerana majoriti mereka ini datang dalam kumpulan dan ramai juga yang tidak tahu jalan dari KLCC ke Masjid Masjid. (bukan polis yang membawa kereta yang diterbalikkan itu sahaja yang tak tahu jalan pintas ke lain ke dataran merdeka). Situasi ini sejak awal lagi telah membangkitkan rasa kurang senang para peserta demostrasi tersebut yang rata - rata datang dengan mood yang gembira.

Semasa perhimpunan sedang berlangsung sekitar jam 1.15 pm, aku sendiri dalam melihat dua buah track Black Maria polis masuk dari arah Jalan Tun Perak. Pada waktu itu dari Pudu Raya hingga ke persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran merdeka telah dipenuhi hampir 100 ribu lebih peserta. Dalam keadaan yang begitu penuh dan padat itu mengapa pihak berkuasa memutuskan untuk track black maria tersebut melalui jalan tersebut di celah - celah para peserta yang ramai. 

Cuba bayangkan jika ada para peserta aku orang tua yang secara tidak sengaja dilanggar oleh black maria tersebut, sudah pastinya ianya akan membangkit kemarahan para peserta dan boleh mengundang kejadian yang lebih buruk. Para peserta yang berang mungkin boleh sahaja dengan mudah memanjat lori tersebut atau menarik pemandu lori tersebut keluar tetapi mujur semua itu tidak berlaku. Jika tidak pasti sejak awal lagi suasana huru - hara akan berlaku. Mungkin mood para peserta yang masih enjoy dengan perhimpunan tersebut disebabkan belum ditembak dengan gas pemedih mata.

Tapi suasana atau mood para peserta mula berubah apabila gas pemedih mata mula dilepaskan pada tepat jam 3 petang. Pada waktu itu para peserta mula bengang dan marah apabila gas pemedih mata dilepaskan kepada mereka. Lebih - lebih para peserta yang berada dibahagian sedikit belakang yang tidak mengetahui segelintir peserta telah memasuki kawasan dataran merdeka yang mana menjadi alasan untuk pihak FRU melepaskan gas pemedih mata. Mereka yang berada dibelakang ini mungkin terpinga - terpinga kepada tiba - tiba gas pemedih mata dilepaskan. Dan kumpulan inilah yang bergerak melarikan diri di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berdekatan dengan SOGO dan Pertama Komplek, yang mana menyaksikan sebuah kereta polis diterbalikkan selang sejam selepas itu.

Dalam suasana tegang begitu tiba - tiba muncul sebuah kereta Jabatan Siasatan Jenayah JSJ milik PDRM yang melalui ditengah - tengah penyokong. Pada mulanya kereta polis tersebut tidak diapa-apakan tetapi seorang individu misteri yang bertshirt kelabu mula melakukan provokasi balas terhadap provokasi pertama. Provokasi yang bermula dengan lontaran botol beralih kepada melompat keatas kereta polis tersebut dan memecahkan cermin kereta polis tersebut hingga menyebabkan kereta polis tersebut hilang kawal lalu melanggar peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang ramai disitu. Dalam situasi ini aku mengutuk tindakkan para peserta demostrasi yang terlibat merosakkkan kereta polis tersebut dan  mudah termakan ajakkan SB yang menyamar sebagai peserta.

Maka skirp mereka ini berjaya bila mana perserta yang marah telah bertindak menterbalikkan kereta polis tersebut atas hasutan lelaki misteri tadi dan ada segelintir peserta yang cuba memukul pemandu kereta polis tersebut. Walaupun aku terlibat dalam perhimpunan tersebut tetapi dalam tindakan para peserta terhadap kereta polis dan polis tersebut aku berkeputusan untuk mengkritik tindakan para peserta tersebut disamping tindakan polis tersebut yang dilihat seakan memprovokasi. 

Namum pujian harus diberikan kepada beberapa orang peserta Bersih 3.0 yang menyelamatkan pemandu kereta polis tersebut dengan memberi perlindungan kepada anggota polis tersebut dari dipukul. Jika tidak terdapat perlindungan dari para peserta demostrasi tersebut mungkin sekarang ini anggota polis tersebut sedang menjalani urusan soal jawab dengan Mungkar dan Nakir. 

Namum apa yang dapat aku katakan provokasi tertahap para peserta ini lebih berjaya setelah gas pemedih mata dilepaskan kearah mereka. Dan pihak FRU melepaskan gas pemedih kerana ada sekumpulan peserta yang berada di barisan hadapan memecahkan pendahang polis dan masuk ke kawasan dataran merdeka. Jadi pembaca yang bijak rasanya boleh mencari jawapan kenapa segelintir peserta tersebut bertindak memecahkan dan menyerbu masuk ke dataran merdeka. Adakah diarahkan, diasakkan, keterujaan atau pelbagai alasan lagi.

No comments: