Friday, April 27, 2012
Bersih 3.0 part 2
Pagi jumaat 27 april 2012 kami semua bersiap-siap dari masjid negara dan mahu pergi untuk sarapan pn. Tiba-tiba faqar mendapat panggilan dari salah seorang mahasiswa yg mengatakan kumpulan mahasisaa td tetap dan masih berkumpul di dataran merdeka. Kami membatalkan niat utk sarapan sebalik pergi ke dataran merdeka terlebih dahulu bg menemui kumpulan-kumpulan mahasiswa itu td. Aku parking kereta kereta di belakang kelab diraja selangor dan berjalan kaki menyeberangi dataran merdeka yg sudah dipagari dgn 3 lapisan. Mereka kelihatan keletihan kerana semlm mereka berembun kerana khemah telah dirampas oleh dbkl pd mlm smlm. Kami pergi sarapan bersama beberapa pemimpin mahasiwa di sebuah restoran mamak di jalan tun perak. Faqar turut membungkus beberapa makanan dan minimum utk diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa lain di dataran. Sepangjang kami sarapan kami sempat berbual tentang perancangan mahasiswa tersebut kerana dataran telah dipagar dan dikawal ketat oleh polis dab dbkl. Ternyata anak muda mahasiswa ini mempuntai ispirasi cukup tinggi. Selesai sarapan kami kembali semula ke tempat mahasiswa td berkumpul. Setibanya disana kelihatan fahmi rezza salah seorang aktivis mahasiswa sedang memberi sidang media kepada wartawan-wartawan yg ada disitu. Sidang media tersebut menaril perhatian orv ramai yg lalu lalang dan ramai yg membunyikan hon dan menunjukkan isyarat menyokong kepada kumpulan mahasiaw tersebut. Sidang media tersebut juga diperhatikan dgn dekat dan jaub oleh polis cawangan khas dan polis berpakaian seragam. Pihak polis juga tidak putus-putus mengambil gambar kumpulan mahasiswa tersebut. Lebih kurang satu jam lebih dari itu tiba-tiba datang 3 buah bas pasukan polis yg dilihat mahu menghalau atau mungkin menangkap kumpulan mahasisw yg hanya berjumlah sekitar 20 orang. Apabila melihat keadaan mula tegang kami mula beredar dari situ. pada waktu hp aku sudah tidak mampu dihidupksn lagi kerana kehabisan beteri. byk gambar-gambar yg tidask dpt aku rakamkan. mlm ini aku dan rakan aku tidur di hotel legend kuala lumpur. Hotel ini disewa khas oleh yb mujahid rawa. mlm ini yb mujahid akan bermalam bersama kami. Pada waktu aku sedang menulis ini kawan aku semua dan rakan blogger yg tinggal sebilik dgn aku sedang berada di dataran merdeka kerana kumpulan mahasisw itu td mahu merampas semula dataran merdeka yg telah ditutup rapi oleh polis dan dbkl. Aku tidak dpt bersama mereka kerana sejak dari hari khamis waktu aku pulang kerha dan ke saat ini akh belum lg tidur. Aku memerlukan rehat yg cukup kerana esok 28.04.12 ibu segak demo iaitu Bersih 3.0 memerlukan tenaga yg cukup byk. Sesungguhnya demo kali ini lebih mendebarkan aku dan aku tidak tahu mengapa debarannya begitu berlainan kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment