Monday, June 17, 2013

Masalah terlalu bergantung pada tenaga luar murah

Menurut suatu laporan kajian yang didedah oleh Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Idris Jusoh (bawah), seramai 63,909 orang ataupun 31 peratus daripada para siswazah tidak mendapat kerja selepas enam bulan tamat pengajian pada tahun 2012.

Data dari Laporan Ekonomi 2011/2012 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan, dari Januari sehingga Ogos 2011, seramai 308,371 orang ataupun 90.1 peratus penganggur daripada pencari pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan tenaga Kerja berumur antara 15 hingga 29 tahun. 

penang usm forum 280710 idris jusohWalaupun kadar pengangguran negara kita berada di antara 3 hingga 4 peratus, kadar pengangguran orang muda berumur 15 hingga 24 sudah mencecah 12 peratus.
Kadar pengangguran orang muda berumur 20 hingga 24 melebihi 10 peratus pada 2009 (Laporan bersama UN dan EPU bertajuk "Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010). 

Maklumat dari jumlah pencari pekerjaan yang berdaftar dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan di atas pula menunjukkan 90.1 peratus pencari pekerjaan di negara kita merupakan anak muda berumur antara 15 hingga 29 tahun. 

Keadaan ini jelas menunjukkan masalah yang serius, iaitu, anak muda kita tidak berupaya memasuki pasaran kerja.
Salah satu punca fenomena ini ialah dasar ekonomi kerajaan pusat yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja murah khususnya pekerja-pekerja tidak mahir dan separuh mahir dari negara luar. 

Ini bukan sahaja menyebabkan kekosongan diisi oleh pekerja migran malah pasaran kerja merupakan satu "pertandingan ke bawah", "a race to the bottom", iaitu keadaan tiada persaingan dalam peningkatan gaji, kebajikan pekerja, peluang kenaikan serta peningkatan kemahiran dalam pasaran. 

Pendidikan tidak bermaya
Ini seterusnya menyebabkan persekitaran pekerjaan dan keadaan pekerja menjadi semakin mundur.
Selain itu, sistem pendidikan Malaysia juga patut dipersalahkan. Akibat campur tangan politik, sistem pendidikan kita tidak bermaya. 

Kita hanya mampu meningkatkan kuantiti mahasiswa tetapi tidak dapat menjamin kualiti mereka. Akhirnya kerajaan juga terpaksa membelanjakan duit rakyat untuk melatih semula siswazah yang tidak mendapat kerja.
NONEJusteru, saya berharap menteri belia dan sukan yang baru merangkap ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (bertali leher kuning) akan mengambil langkah penyelesaian serta merta. 

Masalah pengangguran anak muda di negara kita bukan boleh diselesaikan dengan hanya menganjurkan pameran pekerjaan semata-mata. 

Kerajaan perlu mengkaji semula dasar-dasar ekonomi dan pendidikan yang menjadi faktor penyumbang kepada masalah pengangguran anak muda. 

Saya telah mengemukakan soalan ini dalam Parlimen kepada Khairy Jamaluddin, dan saya berharap akan mendapat maklum balas yang bernas daripada beliau. 

Saya juga berharap perbahasan kami di Parlimen akan membuahkan penyelesaian dasar yang efektif bagi menangani masalah ini.

STEVEN SIM CHEE KEONG ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap pengarah pendidikan politik Kebangsaan DAPSY dan setiausaha publisiti DAPSY Pulau Pinang.

Thursday, June 13, 2013

MALAYS PROTEST AGAINST FEDERATION

Pada 28 Disember 1946, akhbar Malayan Tribune telah melaporkan perarakan protes menentang rancangan Perlembagaan Federation yang digubal oleh Kerajaan Kolonial British dengan kerjasama Raja-raja Melayu dan UMNO. Akhbar tersebut melaporkan:

"MALAYS PROTEST AGAINST FEDERATION

When the leftwing Malay Nationalist Party held their second Congress in Malacca this week, they protested against the federation plan, and over a hundred delegates from all over Malaya, staged a demonstration by conducting a mammoth procession through the town.

This picture taken during the protest-march shows men and women carrying banners one of which reads: "Zalim itu binasa" (Injustice is ruination)."

Laporan tersebut telah disertakan dengan foto perarakan dengan sepanduk "API, AWAS, GERAM", singkatan nama-nama gerakan-gerakan kiri Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM).

Monday, June 10, 2013

Himpunan 'Black 505' ditunda ke 22 Jun



Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat memutuskan bahawa perhimpunan yang pada asalnya dirancang untuk diadakan pada 15 Jun ditunda ke minggu seterusnya pada 22 Jun.


Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata keputusan dibuat bagi memberi ruang untuk satu majlis perkahwinan dan juga satu acara kitar semula.

Ia diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak yang menganjurkan acara pada 15 Jun itu, katanya.

"Selepas perbincangan dengan polis Dang Wangi, penganjur memutuskan untuk menukar tarikh perhumpunan ke minggu seterusnya, pada 22 Jun," kata dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Perhimpunan berkenaan dirancang sebagai acara kemuncak untuk siri perhimpunan bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

-Malaysiakini-

Saturday, June 8, 2013

Who are the real robbers




During a robbery in Guangzhou, China, the bank robber shouted to everyone in the bank: "Don't move. The money belongs to the State. Your life belongs to you."

Everyone in the bank laid down quietly. This is called "Mind Changing Concept” Changing the conventional way of thinking.

When a lady lay on the table provocatively, the robber shouted at her: "Please be civilized! This is a robbery and not a rape!"

This is called "Being Professional” Focus only on what you are trained to do!

When the bank robbers returned home, the younger robber (MBA-trained) told the older robber (who has only completed Year 6 in primary school): "Big brother, let's count how much we got."

The older robber rebutted and said: "You are very stupid. There is so much money it will take us a long time to count. Tonight, the TV news will tell us how much we robbed from the bank!"

This is called "Experience.” Nowadays, experience is more important than paper qualifications!

After the robbers had left, the bank manager told the bank supervisor to call the police quickly. But the supervisor said to him: "Wait! Let us take out $10 million from the bank for ourselves and add it to the $70 million that we have previously embezzled from the bank”.

This is called "Swim with the tide.” Converting an unfavorable situation to your advantage!

The supervisor says: "It will be good if there is a robbery every month."

This is called "Killing Boredom.” Personal Happiness is more important than your job.

The next day, the TV news reported that $100 million was taken from the bank. The robbers counted and counted and counted, but they could only count $20 million. The robbers were very angry and complained: "We risked our lives and only took $20 million. The bank manager took $80 million with a snap of his fingers. It looks like it is better to be educated than to be a thief!"

This is called "Knowledge is worth as much as gold!"

The bank manager was smiling and happy because his losses in the share market are now covered by this robbery.

This is called "Seizing the opportunity.” Daring to take risks!

So who are the real robbers here?

Friday, June 7, 2013

Insaniah bakal diswastakan?

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Insaniah Kuala Ketil.Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya. 

“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan program pengajian yang kini mencecah 40 program mungkin kembali seperti asal iaitu tujuh program.

“Ini juga akan menjejaskan pensyarah dan kakitangan bawahan program berkenaan. Ke mana mereka akan diserapkan?. Jika diberhentikan kerja pula membabitkan banyak pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian tenaga pengajar sudah mula mencari pekerjaan lain termasuk berhijrah ke IPT lain.

“Paling membimbangkan nasib pelajar. Jika benar diswastakan, pelajar menjadi mangsa keadaan apabila yuran akan meningkat dan mungkin perlu mengulang semula pengajian di IPT baru,” katanya.

Sumber turut mendakwa, gaji kakitangan peringkat atasan tertunggak selama dua bulan manakala gaji bagi kakitangan peringkat bawahan mengalami tunggakan sebulan.

Menurutnya, jika benar Insaniah diswastakan, ia suatu kerugian kerana segala kemudahan sudah siap malah operasi Insaniah di Kuala Ketil dalam tahun pertama berjalan lancar.

“Saya percaya Insaniah tidak akan membebankan kewangan kerajaan negeri kerana memiliki ramai pelajar antarabangsa. Malah universiti ini kini menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, suasana pembelajaran di Insaniah juga kondusif, dilengkapi tasik buatan manusia yang berpotensi dijadikan venue sukan air, selain memiliki dewan terbesar di utara tanah air yang mampu memuatkan 5,500 orang selain panggung eksperimen dengan kapasiti 1,500 orang. 

“Kita boleh jana pendapatan sampingan melalui kemudahan tasik dan dewan berkenaan bagi menampung perbelanjaan termasuk jana kewangan negeri melalui penganjuran acara atau disewakan kepada penganjur,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri akan menentukan hala tuju baru Insaniah selepas meneliti situasi terkini selain mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti.

Menurutnya, pembinaan kampus induk RM330 juta itu langsung tidak menjana pendapatan sebaliknya kerajaan negeri seterpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun.

-Sinar Harian-

MP PR akan boikot taklimat Parlimen

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.

Anthony Loke dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.

Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan.

“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.

“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya apabila dihubungi di sini.

Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.

Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang Standing Order dan urusan pentadbiran lain.

Apabila ditanya apakah kepimpinan PR merancang untuk melanjutkan boikot mereka sehingga sidang Parlimen pertama pada 26 Jun ini walau bagaimanapun, Loke berkata, “Saya tidak fikir begitu.”

Ahli Parlimen Pandan PKR Rafizi Ramli juga mengesahkan beliau telah dimaklumkan mengenai boikot taklimat tetapi mengatakan ia tidak bermaksud untuk menjadi langkah publisiti oleh pakatan pembangkang persekutuan.

Pendangan beliau senada dengan Loke, mengatakan PR masih lagi di tengah-tengah kempen menentang penyelewengan didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa dalam Pilihan Raya 2013.

“Kita juga tidak mahu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah maksud dan berkata PR menentang penipuan dan membawa bukti kepada orang awam, kami juga bersemangat untuk menjadi ahli Parlimen.

“Tetapi bagaimanapun, ia hanyalah taklimat pentadbiran… tumpuan kami adalah melawan penipuan untuk reformasi sebenar dalam sistem,” katanya.

Pemimpin PR telah mendakwa Pilihan Raya 2013 dipenuhi dengan kecurangan, bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal sehingga percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara terang-terangan pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan penggunaan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus.

Sebaik sahaja pilihan raya 5 Mei berakhir, Rafizi membuat beberapa siri pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya untuk melakukan reformasi pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Strategi PKR juga mendedahkan baru-baru ini ketiga-tiga parti PR mengesahkan untuk memfailkan 41 petisyen pilihan raya — tiga oleh DAP, 20 oleh PKR dan 18 oleh PAS — sebelum tarikh akhir 12 Jun.

Menurut Rafizi, sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu diadakan pilihan raya semula kerana terdapat manipulasi undi yang tinggi di kawasan-kawasan pilihan raya ini. PR telah menang 89 kerusi berbanding BN 133 dalam pilihan raya 5 Mei.

Akan tetapi selain daripada petisyen di mahkamah, PR dan kumpulan masyarakat sivil lain telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran selepas 5 Mei untuk mendesak agenda reformasi, meletakkan tiga syarat utama dengan pertama mensyaratkan peletakkan jawatan semua anggota SPR kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil.

Perhimpunan “Black 505” seperti yang digelar, juga dikhaskan sebagai gerakan untuk membantah kecurangan seperti didakwa PR semasa pilihan raya, menyaksikan BN terus berkuasa walaupun kehilangan undi popular.

OLEH CLARA CHOOI - PENOLONG PENGARANG BERITA
June 07, 2013 - Malaysian Insider

Tuesday, June 4, 2013

Che'GuBard didakwa esok

Kepada tuan/puan editor,


Pengasas SAMM, che'GuBard akan ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk sesi pendakwaan berikutan penganjuran himpunan #SuaraRakyat505 di Padang Timur Amcorp Mall 25 Mei lalu. Berikut adalah maklumat spesifik;


Tarikh: 5 Jun 2013 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Venue: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya (berdekatan A&W Padang Timur / Amcorp Mall)


Mohon pihak editor menghantar wakil media untuk membuat liputan. Orang ramai juga dijemput untuk memberi sokongan.


Jumpa di sana


Edyes
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Kenyataan Terbuka
3 Jun 2013


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit melawan kezaliman di depan mata. 

Tiga kematian dalam lokap dalam masa 10 hari adalah fakta yang cukup kritikal dan rakyat harus segera bertindak agar tiada lagi kezaliman berlaku terhadap rakyat. Kelmarin seorang bekas jurutera telah mati di bawah jagaan pihak polis menjadikan jumlah sembilan kematian dalam masa tidak sampai 6 bulan. Apakah rakyat masih mahu bersabar?

Bagi SAMM, tiada gunanya lagi kita mendesak perletakkan jawatan kerana kita tahu regim legasi penjajah ini sememangnya tidak bertanggungjawab. Inilah sistem pemerintahan kuku besi yang dipelajari dari penjajah, satu demi satu anak bangsa Malaysia mati di lokap.

Semangat dan mood kemarahan rakyat berada di kemuncak apabila demokrasi milik rakyat digelapkan pada 5 Mei lalu, inilah masa yang sesuai untuk rakyat bangkit dan terus lawan. Rakyat di seluruh negara telah bertekad untuk menukar pemerintah dalam PRU13 lalu namun penipuan pilihanraya telah menghalang hasrat tersebut. 

Maka rakyat tidak punya pilihan selain turun ke jalanraya bagi mengembalikan hak rakyat dengan perkiraan, hanya jalanraya sahaja yang mampu mengubah kerajaan setelah sistem pilihanraya penuh kecurangan. 

Percayalah, kerajaan yang naik dengan cara penipuan pilihanraya tidak akan takut kepada rakyat apatah lagi mendengar keluhan rakyat. Tarikhnya sudah semakin hampir, nantikan dengan penuh persediaan. 


CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, May 29, 2013

Malaysia dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram terbesar dunia, lapor NYT

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pengurup matawang tidak berlesen di Malaysia telah membantu pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan operasi pengubahan wang haram atas talian berjumlah US$6 billion (RM18.33 billion), hab bagi penjenayah menjual segala-galanya menggunakan identiti dicuri untuk pornografi kanak-kanak, lapor The New York Times (NYT).

Pengurup mata wang yang digelar Liberty Reserve dipercayai pengubah wang haram siber terbesar di dunia dan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia juga dikendalikan dengan baik di luar sempadan negara serta peraturan-peraturan perbankan antarabangsa tradisional, menyediakan perlindungan mudah dan menyembunyikan nama, semakin dicari oleh penjenayah untuk membiayai aktiviti mereka, kata akhbar berpengaruh itu, memetik pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika.


Menurut NYT memetik kertas pertuduhan, sistem Liberty Reserve dicipta untuk membenarkan orang memindahkan jumlah wang besar dan kecil di seluruh dunia hanya dengan mengadakan sebuah alamat e-mel, yang tidak memerlukan identiti pengguna malah tidak perlu disahkan.Liberty Reserve bertanggungjawab bagi pengubahan berbilion-bilion dolar sejak tujuh tahun lalu, menjalankan 55 juta urus niaga melibatkan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 200,000 di Amerika Syarikat, menurut pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat yang dilaporkan telah mengemukakan tuduhan terhadap pengurup mata wang di Manhattan semalam.

Liberty Reserve juga tidak melakukan atau menerima pembayaran tunai secara langsung tetapi menggunakan pengurup “pihak ketiga” yang “cenderung tidak berlesen menghantar wang perniagaan tanpa pengawasan kerajaan atau peraturan, tertumpu di Malaysia, Russia, Nigeria dan Vietnam”.

Memetik lagi dari kertas pendakwaan, NYT melaporkan pengurup “pihak ketiga” akan menerima dan membuat pembayaran, kemudian kredit atau debitkan ke akaun Liberty Reserve, membenarkan Liberty Reserve mengelakkan mengumpul apa-apa maklumat perbankan pelanggan dan tidak meninggalkan “jejak kertas kewangan berpusat”.

Mereka yang menerima mata wang Liberty Reserve ini “kebiasaannya penjenayah”, menurut kertas dakwaan seperti yang dilaporkan oleh NYT.

“Mereka termasuk, sebagai contoh: pengedar data kad kredit dicuri dan maklumat identiti peribadi; peniaga pelbagai jenis atas talian Ponzi dan skim cepat kaya; penggodam komputer untuk disewa; perusahaan perjudian haram dan laman sesawang bawah tanah urusan dadah,” akhbar tersebut memetik kertas pendakwaan.

“Seperti dikatakan, satu-satunya kebebasan yang Liberty Reserve berikan kepada ramai penggunanya adalah kebebasan untuk melakukan jenayah — identiti tidak diketahui, dan ia menjadi hab popular untuk penipu, penggodam dan pengedar,” kata Preet Bharara, peguam Amerika Syarikat di Manhattan, dipetik berkata dalam sidang akhbar di Manhattan semalam.

Sumber: Malaysia Insider

Monday, May 27, 2013

Che'GuBard terima notis "SERAH DIRI" dari PDRM

Che'GuBard sebentar tadi telah memaklumkan melalui facebook beliau, bahawa beliau telah menerima notis dari pihak polis yang mengarahkannya untuk menyerah diri. Ini dipercayai berkenaan himpunan "Blackout 505" yang mana Che'GuBard merupakan penggerak utama.

Notis tersebut telah diselitkan di pintu rumah beliau di Seremban. Che'GuBard juga memaklumkan yang polis telah masuk ke kawasan berpagar rumah beliau untuk meletakkan notis tersebut.


"Sampai saja Rumah di Seremban jumpa notis polis arah 'serah diri' terselit/tampal di pintu rumah..polis masuk ruang berpagar tampal notis.. Hahaha nasib baik depa tak simbah cat merah"

Saturday, May 25, 2013

Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal : UMNO Sudah Sampai Di Jalan Mati

Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.

Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail. 

PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.

Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong. Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.

Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat. 

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 15 Rejab 1434H bersamaan 25 Mei 2013 M

Jika anda ditahan oleh polis petang ini, ambil tindakan berikut

Thursday, May 23, 2013

Statement by the Press Secretary on Malaysia’s Elections







On behalf of the President and the people of the United States, we congratulate Prime Minister Najib on his coalition’s victory in Malaysia’s parliamentary elections on Sunday May 5. We also congratulate the people of Malaysia, who turned out in record numbers to cast their votes, as well as the parties of the opposition coalition on their campaigns, as a vibrant opposition is a foundation of democracy. We note concerns regarding reported irregularities in the conduct of the election, and believe it is important that Malaysian authorities address concerns that have been raised. We look forward to the outcome of their investigations. The United States looks forward to continuing its close cooperation with the government and the people of Malaysia to continue to strengthen democracy, peace, and prosperity in the region.

http://www.whitehouse.gov/the-press-office/2013/05/08/statement-press-secretary-malaysia-s-elections


Sunday, May 19, 2013

Kisah "Malcolm X" untuk renungan PAS pro Unity Government


Ada sesuatu yang kita bolih belajar dari Malik Shabbaz al Haj aka Malcolm X. Bila bercakap tentang bangsa dan agama maka mungkin pengalaman golongan kulit hitam di US bolih menjadi iktibar kepada kita (Ini bukan cubaan untuk menyamakan pengalaman orang melayu tetapi untuk mengutip beberapa iktibar jika dirasakan relevant). 

Malcolm X adalah contoh klasik kepada mangsa perkauman extreme di US. Dilahirkan Malcolm little. Keluarganya menjadi mangsa Ku Klux Klan, rumahnya dibakar dan ayahnya mati digilis angkara kelompok pelampau kulit puteh.

Seperti ramai anak-anak muda kulit hitam, akibat dari peminggiran ini dan tekanan hidup, Malcolm Little terjebak dengan pelbagai bentuk jenayah dan beliau dipenjarakan. Di sana lah dia belajar tulis baca dan di sanalah beliau memeluk Islam. Namun Islam yang dipeluknya adalah Islam yang lahir dari reaksi atau tindak balas terhadap sentimen perkauman yang ditujukan kepada masyarakat kulit hitam. Sebagai tanda protes kepada perhambaan dan penindasan yang dilakukan ke atas masyarakat kulit hitam sejak ratusan tahun lamanya, maka mereka telah membuang 'last name' masing-masing dan menggantikannya dengan 'X'. Mereka mahu putuskan (sever) sejarah mereka dengan masyarakat kulit puteh yang telah memperhambakan mereka dan memutuskan hubungan mereka dengan tempat asal mereka iaitu Benua Afrikan dan mungkin juga agama mereka iaitu Islam. Islam semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kulit hitam terutama di New York di bawah seorang mubaligh yang bernama Elijah Muhammad. Mereka bergerak di bawah nama 'Nation of Islam' dan banyak memberi khidmat bakti kepada golongan muda kulit hitam dan keluarga mereka yang tidak terbela. Mereka sangat berjaya di dalam memulihkan sebahagian dari kemelut sosial yang menghantui masyarakat kulit hitam terutamanya gangsterism, penyalahgunaan dadah (marijuana dan coccaine) dan jenayah. Namun Nation of Islam mempunyai 'complex' yang tersendiri kerana ia berkembang dalam kancah perkauman yang begitu menebal di kalangan masyarakat kulit puteh terhadap komuniti kulit hitam. Jadi 'stance' atau sikap Nation of Islam terhadap komuniti kulit puteh adalah prejudis, kebencian 'hatred' dan perkauman, 'rasisme bordering on religious bigotry' (rasisme berteraskan sikap pelampau agama). Malcolm X mempunyai 'pandangan hidup' (world view) seperti itu terhadap orang kulit puteh.

... sehinggalah dia diberi peluang untuk mengerjakan haji di Makkah. Dia yang selama ini melihat Islam dalam kerangka pertembungan kulit hitam dan kulit puteh Amerika yang diselubungi oleh sejarah perhambaan dan kebencian yang mendalam, kemudiannay berpeluang untuk melihat Islam dari sudut pandang yang universal. Beliau ungkapkan pengalamannya ketika solat di Masjid al Haram ketika berdiri dalam satu saf yang terdapat di sana manusia yang bermata biru dan terdapat juga manusia yang berkulit hitam dan 'shades' di antara keduanya. Buat pertama kalinya dia melihat Islam sebagai agama yang menyatukan bukan agama yang membeza dan memisahkan. Dia melihat Islam dengan kesaih sayang, bukan dengan kecurigaan dan dendam.

Apabila dia pulang, sikapnya berubah. Pembawaannya yang amat berlain ini dapat dihidu oelh Elijah Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Dia akhirnya di pulaukan (ex-communicated; in communicado). Namun Malik as Shabbaz al Haj (nama Malcolm X ditinggalkan) terus berdakwah mengajak kepada Islam yang universal sifatnya, Islam yang tidak membezakan manusia dari sudut warna kulit dan suku bangsa. Perasaan benci dan prejudis nya terhadap bangsa kulit puteh, walau bagaimana rasis sekalipun mereka, hilang dan beransur-ansur diganti dengan kemahuan melihat Islam ini diterima oleh semua. 

Akhirnya pada tahun 1965 (21 Feb), Malik Shabazz di tembak ketika sedang berucap dan yang membunuh beliau ialah seorang pemuda kulit hitam. Sehingga hari ini FBI gagal untuk menyelesaikan kes pembunuhan ke atas Malik Shabazz. Kesimpulannya dia dibenci oleh kaum kulit hitam sendiri kerana mencabar sibghah 'perkauman Islam' yang dibawa oleh Nation of islam. Dia syahid kerana mahu menegakkan Islam untuk semua - bukan hanya untuk kaum tertentu.

Saturday, May 18, 2013

Be an INTERN with DAP!!!




Join our DAP Internship Programme!

The DAP "Know An MP" Youth Programme for the year 2013 is now open for application. The DAP Malaysia will be offering 10 places of attachment nationwide to various top national leaders, Members of Parliament and State Assemblymen (ADUN) in Malaysia.

If you are between 18-30, write in before 31 May 2013 to daprocket@rocketmail.com! 

-----

ABOUT THE PROGRAMME:

During the programme, candidates will have the opportunity to:

- Assist and contribute to the work of the MP/ADUN
- Gain first-hand experience and insight of being a national leader
- Attend parliamentary sessions or state assembly sessions
Organize and participate in press conferences, discussions, political events etc.

As part of the programme, candidates are required to:

- Submit a 300-word essay documenting their experience and insight gained
- Contribute a 1000-word proposal on how to improve the office of an MP/ADUN or the operation of DAP Malaysia; OR a research topic of choice on a current issue for MP/ADUN debate during parliamentary or state assembly session
Initiate and organize a community event to engage sociopolitical awareness

SELECTION CRITERIA:

- Youths between age 18-30 (students, fresh grads or young working adults)
- Full-time attachment, MINIMUM period of 1 month
- Selection based on assessment of academic results and experience

Details:

- Closing date of application: 31ST MAY 2013
- Start date of programme: Anytime after 1st June 2013
- Successful candidates will be informed via email

APPLICATION PROCEDURE:

Email resume / curriculum vitae (CV) and cover letter expressing interest to daprocket(at)rocketmail(dot)com  daprocket@rocketmail.com

Include in your application the following:
- Preferred location (ie. which state/city in Malaysia)
- Preferred duration of your attachment
- MP/ADUN of preference

For enquiries, kindly email daprocket(at)rocketmail(dot)com daprocket@rocketmail.com


# Parti - parti lain dalam Pakatan Rakyat (terutamanya PAS) patut mencontohi program Intern seperti DAP ini. Program sebegini akan banyak membawa kekuatan dan keuntungan kepada parti dalam jangka masa panjang yang mana boleh mendekatkan golongan muda berpelajaran dengan parti, mengasah bakat mereka dan melahirkan pemimpin - pemimpin muda yang berkaliber dalam parti.

Friday, May 17, 2013

Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR ‘di mahkamah, jalanan dan Parlimen’



GEORGE TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.

“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.


Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.

Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.

“Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita failkan petisyen,” katanya.

Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen.

“Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.

Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi.

Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari bertindak sebagai moderator.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11 malam.

Thursday, May 16, 2013

RISALAH PERKAUMAN DIEDAR DI PERMATANG PAUH

Walaupun Pilihanraya Umum ke-13 telah berakhir dan menyaksikan Umno/BN menang dengan majoriti paling rendah (itu pun setelah dibantu SPR) namum agenda mengapi - apikan isu perkauman dalam kalangan  rakyat Malaysia masih belum berakhir. 

Hari ini, penduduk disekitar Pangsa Puri Idaman Permatang Pauh telah dikejutkan apa bila mereka mendapati peti - peti surat rumah mereka dipenuhi dengan risalah - risalah yang cukup berbau perkauman. Ini adalah tindakan orang yang tidak yakin dengan diri dan perjuangan sendiri apabila hanya berani meletakkan risalah mereka didalam peti - peti surat di flat dan pangsa - pangsa puri sekitar Permatang Pauh. 

Teh Tarik Komtar menerima dan melihat sendiri risalah yang berbentuk buku - buku kecil yang diberikan oleh penduduk Pangsa Puri Idaman kepada saya. Berikut risalah - risalah perkauaman yang dimaksudkan tersebut.









Nah beginilah gaya politik matang yang dimainkan Umno/BN walaupun setelah 56 tahun menjadi kerajaan. Bukan isu nasib rakyat yang diperjuangkan tetapi hanya politik mengeji, fitnah dan perkauman yang asyik diputar. Semua ini demi kelangsungan kuasa politik mereka. Ayuh anak muda semua bangsa, kita bangkit menilai mainan politik Umno/BN ini. Tanamkan tekad dan kuatkan semangat untuk terus berjuang menghapuskan nilai politik Umno/BN yang langsung tidak ada tempat dalam bumi bertuah ini. Dunia ini akhirnya akan milik anak muda!!!

Tuesday, May 14, 2013

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina

Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.
-Malaysiakini-


Kesian dengan bani Melayu yang terus - menerus diperbodohkan.. Keputusan PRU-13 yang lalu menyaksikan parti yang kalah teruk ialah parti - parti dari kaum bukan Melayu seperti MCA, GERAKAN, MIC dan PPP semua parti - parti ini berteraskan kaum bukan Melayu hanya GERAKAN dan PPP bukan berterakan kaum tetapi tetap didominasi oleh satu kaum. Yang kalah teruk dalam PRU-13 adalah dari parti - parti bukan Melayu ini. Tetapi parti Melayu iaitu UMNO menang banyak kerusi..

Yang lawaknya hari ini.. kaum dari parti yang kalah seperti orang Cina dan India tidak menunjukkan rasa marah akibat kekalahan mereka hingga mahu memboikot itu dan ini. Tetapi lucunya kaum dari parti yang menang pula melenting melompat seperti kalah teruk dalam PRU-13 yang lalu. Sedangkan UMNO mengauasai majoriti kerusi dewan Rakyat. Apa ubat orang Melayu Umno dah makan ni.. sampai tunggang langgang otak mereka berfikir.

Apa yang jelas disini ialah.. politik perkauman itu sudah tidak releven dalam kancah politik Malaysia hari ini. Pegi mampuh parti Cina, parti India, Parti Melayu. Rakyat mahukan parti rakyat PAKATAN RAKYAT!!!

Monday, May 13, 2013

PROGRAM WAJIB HADIR PADA KHAMIS 16 MEI 2013



Untuk dilihat cool perlu hadir program ini.. untuk  yang tidak faham makna "Undi Popular" WAJIB hadir program ini. 

Sunday, May 12, 2013

PEGANTI IBRAHIM ALI TELAH DITEMUI!!!

'Orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati' -Malaysiakini-

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/229916


Pengganti Ibrahim Ali telah ditemui... setelah tewas dalam PRU-13 yang lalu Ibrahim Ali kini hilang entah kemana dan gagal dikesan. Begitu juga dengan Zul Nordin juga turut gagal dikesan. Hari ini muncul seorang mamat yang dilihat bakal menggantikan tempat Ibrahim Ali.. cuma tempat Zul Nordin sahaja belum ada pegganti. Mamat ni baru ada kelas nak perjuangkan Melayu sebab dia ni pencen Hakim Mahkamah Rayuan. Ibrahim Ali apa kelas.. kuar ITM ja..

Hakim pencen ini mengatakan orang Cina telah khainat sebab tak sokong BN, tak undi MCA, tak undi GERAKAN. Woit macam mana mamat ni boleh jadi hakim mahkamah rayuan plak tu.. part mana dalam perlembagaan kata kalau Cina tak undi BN bermakna Cina tu khainat?? Part mana dalam undang - undang yang menyatakan orang Cina hanya boleh undi BN. Kalau macam tu baik tak payah ada pilihanraya!!! Baik angkat BN buat kesultanan Barisana Nasional.. Hakim pencen ni rasanya langsung tak faham makna demokrasi...

Terjawab la sudah mengapa badan kehakiman kita hari ini pincang dan hancur...