Ada sesuatu yang kita bolih belajar dari Malik Shabbaz al Haj aka Malcolm X. Bila bercakap tentang bangsa dan agama maka mungkin pengalaman golongan kulit hitam di US bolih menjadi iktibar kepada kita (Ini bukan cubaan untuk menyamakan pengalaman orang melayu tetapi untuk mengutip beberapa iktibar jika dirasakan relevant).
Malcolm X adalah contoh klasik kepada mangsa perkauman extreme di US. Dilahirkan Malcolm little. Keluarganya menjadi mangsa Ku Klux Klan, rumahnya dibakar dan ayahnya mati digilis angkara kelompok pelampau kulit puteh.

... sehinggalah dia diberi peluang untuk mengerjakan haji di Makkah. Dia yang selama ini melihat Islam dalam kerangka pertembungan kulit hitam dan kulit puteh Amerika yang diselubungi oleh sejarah perhambaan dan kebencian yang mendalam, kemudiannay berpeluang untuk melihat Islam dari sudut pandang yang universal. Beliau ungkapkan pengalamannya ketika solat di Masjid al Haram ketika berdiri dalam satu saf yang terdapat di sana manusia yang bermata biru dan terdapat juga manusia yang berkulit hitam dan 'shades' di antara keduanya. Buat pertama kalinya dia melihat Islam sebagai agama yang menyatukan bukan agama yang membeza dan memisahkan. Dia melihat Islam dengan kesaih sayang, bukan dengan kecurigaan dan dendam.
Apabila dia pulang, sikapnya berubah. Pembawaannya yang amat berlain ini dapat dihidu oelh Elijah Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Dia akhirnya di pulaukan (ex-communicated; in communicado). Namun Malik as Shabbaz al Haj (nama Malcolm X ditinggalkan) terus berdakwah mengajak kepada Islam yang universal sifatnya, Islam yang tidak membezakan manusia dari sudut warna kulit dan suku bangsa. Perasaan benci dan prejudis nya terhadap bangsa kulit puteh, walau bagaimana rasis sekalipun mereka, hilang dan beransur-ansur diganti dengan kemahuan melihat Islam ini diterima oleh semua.
Akhirnya pada tahun 1965 (21 Feb), Malik Shabazz di tembak ketika sedang berucap dan yang membunuh beliau ialah seorang pemuda kulit hitam. Sehingga hari ini FBI gagal untuk menyelesaikan kes pembunuhan ke atas Malik Shabazz. Kesimpulannya dia dibenci oleh kaum kulit hitam sendiri kerana mencabar sibghah 'perkauman Islam' yang dibawa oleh Nation of islam. Dia syahid kerana mahu menegakkan Islam untuk semua - bukan hanya untuk kaum tertentu.
No comments:
Post a Comment