Tuesday, March 6, 2012

SUSAHNYA MENJADI ANAK MUDA

Oleh: Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tuib

Kalau saya dihadapkan dengan pertanyaan tentang apakah perkara yang susah dalam dunia ini, maka mungkin saya cuba senaraikan perkara seperti mencari penyelesaian perang di Iraq, menghapuskan bahaya senjata nuklear, menghadkan pencemaran udara atau memperbaiki kerosakan alam sekitar. 

Jawapan saya ini ada benarnya. Tetapi ada lagi satu perkara yang paling amat susah dalam dunia ini. Perkara ini adalah ibu kepada semua kesusahan dan kepayahan yang terkumpul dalam dunia ini. Perkara yang saya maksudkan ialah menjadi anak-anak muda Melayu di Malaysia. Mungkin warga negara luar tidak memahami apa yang saya maksudkan. Saya mengakui dan memahami kenapa orang luar akan menganggap pandangan saya ini tidak tepat. Malah warga Malaysia yang bukan Melayu juga tidak akan memahami sepenuhnya betapa susahnya untuk menjadi anak muda Melayu pada permulaan kurun ke 21 ini.

Jika saya mati dan kemudian diberi peluang untuk hidup sekali lagi; saya juga akan memilih sekali lagi untuk dilahirkan di Malaysia. Cuma kali ini saya tidak ingin menjadi anak muda. Saya ingin terus menerus menjadi kanak-kanak tanpa menjadi anak muda. Atau terus dilahirkan sebagai orang dewasa. Saya ingin melangkah zaman muda. Mungkin permintaan saya ini tidak akan dimakbulkan. 

Kalau hairan kenapa saya berkata sedemikian sila baca akhbar Melayu dari tabloid hingga ke akhbar arus perdana. Semua akhbar ini akan ada memberi laporan tentang masalah anak-anak muda Melayu. Anak muda Melayu ini sering menjadi induk berita. Ada yang memperkatakan anak muda Melayu lari dari Islam. Anak muda Melayu rosak akidah. Anak muda Melayu disesatkan oleh paderi. Anak muda Melayu minum holy water. Anak muda Melayu masuk agama Kristian.

Ada yang menulis tentang anak muda Melayu kurang hormat pada orang tua. Anak muda Melayu tidak berbudi bahasa. Ada yang membuktikan bahawa anak muda Melayu tidak pandai berterima kasih. Anak muda Melayu meninggalkan budaya Melayu. Anak muda Melayu tidak tahu lagi adat istiadat Melayu.

Kemudian diberikan bukti statistik bahawa anak muda Melayu paling ramai tersimpan dalam pusat serenti. Anak muda Melayu paling ramai sebagai kaki lepak. Anak muda Melayu paling ramai tidak pandai dalam ilmu sains dan matematik. Anak muda Melayu tidak cekap dalam Bahasa Inggeris. Anak muda Melayu banyak jadi Mak Nyah dan gay. Anak muda Melayu menjadi bohjan dan bohsia. Anak muda Melayu paling senang dipengaruh oleh Barat. Anak muda Melayu suka menjadi punk. Anak muda Melayu suka menjadi skinhead. Anak muda Melayu senang dipengaruhi oleh muzik heavy metal. 

Untuk mensahihkan berita yang dilaporkan ini, maka para pengamal media akan menemubual seorang profesor kangkong dari Universiti Sintok yang bertali leher tebal untuk memberikan pandangan tentang anak muda Melayu. Profesor kangkong ini akan berteori untuk mengatakan bahawa semua ini adalah gejala sosial yang puncanya dibawa oleh Barat. Ini akan disambut pula oleh seorang lagi profesor dari Universiti Institute Politeknik Teknologi Multimedia cawangan Manjung. Profesor ini yang tidak kurang juga kangkongnya akan memberi pandangan bahawa anak-anak muda Melayu ini akan menjadi warga yang berguna jika mereka digalakkan bertutur dalam bahasa Inggeris dan menggunakan tulisan jawi.

Pandangan cendiakawan Melayu ini akan disambut pula oleh para 'alim ulama' yang akan mengeluarkan fatwa-fatwi. Untuk kumpulan 'ulama' ini semua gejala sosial ini amat senang diselesaikan. Kuncinya ialah haram. Maka Sure Heboh wajib diharamkan, haramkan konsert muzik rock , haramkan vcd, haramkam pusat karaoke, haramkan percampuran lelaki dengan perempuan. Haramkan muzik yang bertali seperti gitar dan violin. Haramkan sambutan hari Valentine. Haramkan ini dan haramkan itu. Khalas. Bila semua telah haram, maka anak-anak muda Melayu akan bijak, bersopan santun dan fasih berbahasa Inggeris untuk mengikuti kuliah sains dan matematik.

Tidak cukup dengan fatwa dan fatwi ini, anak-anak muda Melayu akan menghadapi pelbagai jenis larangan pula. Ada negeri mencadangkan untuk melarang anak muda keluar malam. Ada larangan menghalang mereka duduk berdua-duaan di dalam taman. Mereka dilarang memakai seluar jeans. Ada larangan mewarnakan rambut mereka. Mereka dilarang dari menindik telinga atau hidung. Ada larangan mereka dari memasuki premis itu dan ini.

Hah! Berdarah kepala otak anak-anak muda Melayu apabila semua ini dihempapkan ke ubun mereka. Setiap hari mereka menerima kutukan. Setiap hari mereka dipersalahkan. Jika mereka tidak lulus belajar mereka dikatakan malas. Jika mereka berijazah tetapi tidak mendapat pekerjaan, mereka dituduh terlalu memilih kerja. Jika mereka bekerja, mereka akan dituduh tidak professional dan selalu curi tulang.

Saya perhatikan seolah-olah semua masalah dalam negara ini berpunca dari anak-anak muda. Anak-anak muda terutama anak muda Melayu adalah pembawa virus yang paling merbahaya ke atas negara ini. Apabila kutukan dan sumpah seranah ke atas anak-anak muda ini mula dilihat oleh awam sebagai satu yang betul maka hari ini anak-anak muda diwajibkan pula untuk memasuki Khidmat Negara. Ini dilihat sebagai satu lagi jalan pintas untuk memperbaiki akhlak anak-anak muda.

Nanti sebentar! Cuba kita buka mata dan amati apa yang sedang berlaku sekarang. Amat jelas bahawa ruang untuk anak muda untuk melayari kemudaan mereka makin disempitkan. Zaman muda untuk meneroka potensi dan semua kemungkinan dalam hidup muda ini semakin dihalang. Anak-anak muda Melayu ini ingin dituakan sebelum mereka tua.

Memang banyak persatuan belia yang wujud dalam negara ini. Hebat bunyi dan amat gah namanya. Tetapi lihat pula barisan pemimpin anak-anak muda dan belia ini - semuantya 'oldtai'. Semuanya telah kotai dan tua bangka. Ada pemimpin belia yang telah bercucu-cicit. Ada yang botak dan tidak ada sehelai rambut pun di kepala tetapi masih ada nafsu untuk memimpin anak muda dan belia. Ada yang datang ke mesyuarat dengan memakai tongkat. Mungkin tidak lama lagi akan ada pemimpin belia yang datang ke mesyuarat dengan kerusi roda! 

Dalam universiti - gelanggang ilmu anak muda – seribu satu macam larangan telah diwartakan. Bayangkan ada pula universiti yang mewajibkan para pelajarnya memakai baju lengan panjang dan tali leher. Ada yang mewajibkan memakai baju batik dan mengharamkan baju T. Kenapa perkara ini berlaku dan apa logiknya, masih menjadi satu persoalan besar untuk kurun ini. Mungkin jika anak muda ini memakai tali leher apabila mendengar kuliah maka otak mereka akan cepat menerkam apa sahaja yang diluahkan oleh para profesor kangkong. Tiba-tiba tali leher dan baju batik dilihat sebagai alat penting penerima ilmu.

Saya merasa sedih kerana setiap hari yang mati bergelempangan di jalan-jalan raya adalah anak-anak muda yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya. Setiap tahun hampir 30 ribu yang mati di jalan raya - majoritinya ialah anak-anak muda Melayu. Tidak ada pula sesiapa pun yang berani menyalahkan Orang Tua yang membuat dasar pengangkutan. Atau menyalahkan Orang Tua yang menjual motorsikal kepada anak-anak muda. Tidak ada pula alim ulama yang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan motosikal. Langsung tidak kedengaran teori dan pandangan profesor kangkong tentang dasar pengangkutan yang terbaik untuk orang ramai. Yang untung menjual motor ialah Orang Tua. Yang mati di jalan raya ialah anak-anak muda. 

Sabar dahulu, fikir sajenak - sebenarnya memang susah untuk menjadi anak muda di Malaysia ini terutama kalau anak muda Melayu. Bila sudah mati pun anak-anak muda ini akan dipersalahkan. Tuduhan terus sampai. Mereka menerima maut kerana mereka ganas memandu. Mereka dilanggar mati kerana tidak ada lesen. Tidak ada road tax. Mereka dituduh sebagai Mat Rempit pelumba haram. 

Meleleh otak ke kaki jika menjadi anak muda di Malaysia. Yang Tua-tua bangka, oldtai ini baik sangat ke?

Nota: Batang kangkong kelihatan tegap segar tetapi kosong di dalamnya dan amat senang dipatahkan.

Monday, March 5, 2012

Untuk Pencerahan Anak Muda Tentang Reformasi 1998

Untuk anak muda yang kurang jelas, kurang faham dan kurang tahu apa itu Reformasi 1998, dalam video ini boleh terdapat jawapannya. Untuk anak muda yang ingin mengetahui mengapa berlaku perubahan dalam lanskap politik Malaysia, perubahan dalam sosio politik Malaysia hingga membawa kepada tsunami politik 2008 di dalam video ini terdapat pencerahannya. Reformasi 1998 inilah yang telah menarik minat dan semangat anak muda untuk terlibat aktif dalam politik dalam pelbagai rupa hingga ke hari ini. Jika sebelum era 1998, politik hanya dianggap kerja orang tua tetapi selepas era 1998 menyaksikan politik tanah air telah menarik minat dan semangat anak muda untuk terus bangkit menuntut keadilan dan perubahan. Kerana dunia ini akhirnya milik anak muda.

Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang 2012


Orang Pulau Pinang, orang utara sila daftar segera untuk menghadiri "Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang 2012" cara mendaftar sila rujuk kepada gambar di atas.

Saturday, March 3, 2012

BN Masih Belum Putus Asa Dengan Pulau Pinang - Shahrizat

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) masih belum putus asa malah sedang giat berusaha merangka strategi untuk merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, kata Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya Jentera Pilihan Raya Wanita BN kini dalam mod menyerang untuk meraih sokongan pengundi wanita yang berjumlah 51.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negeri itu yang ditadbir oleh pembangkang.

Katanya kekuatan jentera pilihan raya Wanita BN adalah di peringkat akar umbi dan kini mereka tetapi teguh untuk menghadapi segala cabaran bagi memastikan PRU ke-13 milik BN.

"Pembangkang kini terdesak dan akan melakukan apa saja untuk melemahkan kita, tapi wanita harus tetap teguh menghadapi segala cabaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pemantapan jentera pilihan raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji di sini, Sabtu.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata semua ahli wanita BN kini memainkan peranan kritikal untuk memastikan kemenangan BN pada PRU ke-13. - BERNAMA

Wednesday, February 29, 2012

SIFAT DAN GERAK KERJA ZIONIS:Untuk Mereka Yang Masih Keliru Antara Yahudi, Israel dan Zionisma

Saya telah beberpa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisma dan apa itu Yahudi . Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua pekara ini. Dua pekara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai’ kampong yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi

Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin Parti Pas dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Biar saya cuba sekali lagi jelaskan disini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisma. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memelok agama Judaisma. Contohnya : Penyanyi pop Madonna, aktress Elizebeth Taylor dan pemusik kulit hitam Sammy Davis Junior – mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisma. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisma. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisma ini. 

Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisma ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama – dua perkara yang jauh berbeza. 

Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhamad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini berbangsa Yahudi. Hanya Nabi Muhamad sahaja dari bangsa Arab Quarish. Apa yang ingin saya terangkan disini apabila kita mengutuk Israel – yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi bagitu juga Nabi Musa atau Nabi Yaakob. Justeru yang wajib kita kutuk , lawan dan tentang ialah fahaman Zionisma bukan bangsa Yahudi.

Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisma? Zionisma ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke 19 ini. Gerakan ini di mulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisma ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit puteh. Ini adalah fakta sejarah.

Justeru gerakan Zionis ini telah berkongress pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari Menteri Luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah a yang dipanggil Balfour Declaration 1917.

Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi German. Maka Eropah merasakan adalah perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi. 

Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa Banga Bersatu, Palestine telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.

Palestine akhirnya dipilih kerana di Palestine telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestine. Malah agama Judaisma juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestine. 

Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisma di tentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisma. 

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisma memiliki idealoji. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan idealoji politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.

Asas utama ideloji Zionisma ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongann ini kaum Zionis juga mengistihatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja. 

Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisma sahaja yang betul dan tepat. Agama lain salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan / the choosen people’. Salah satu cabang isealoji Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeri kaum Zionis antarabanga memiliki menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada - bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.

Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis International. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit puteh sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionist berada di Washingtob DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan bagitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi. 

Ini bukan terori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti saheh tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana Apco telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan Zionis telah menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura. Gerombolan ini telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini fakta bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. 

Parti Pas melalui Nik Aziz menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikit Pas Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan Pas terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa pepecahan.

Sebenarnya isu Palestine ini bukan isu politik asas – bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan ajenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa. 

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di tv isu ‘ sokongan Anwar terhadap Israel’ ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ di muka depan mereka.


Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan ajenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel wal hal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan Rakyat pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan ajenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis. 

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya : Kenapa tv atau media kita tidak membuat berita dan selidikan tentang bom nuklear Israel?. Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kesah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Ajenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaran atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu pekara yang tidak fudumental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah ajenda utama. Bahasa hanyalah ajenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan tauladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. . Dua-dua debat ini bukan ajenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.(TT)

Penulis: Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub

Tuesday, February 28, 2012

Ranking IPTA di Malaysia



1. Universiti Sains Malaysia (USM)
2. Universiti Malaya (UM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
8. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
9. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
14. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
15. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
16. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
19. Universiti Utara Malaysia (UUM)
20. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sunday, February 26, 2012

Lelaki hensem vs lelaki tak hensem




Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap:memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?



heheheheh....ye ke,,ppuan bilang gitu..?? :P

ISU KHALWAT : Kenyataan Ustad Badrol Amin


Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Saturday, February 25, 2012

Memahami Erti Perang Dingin

Perang dingin adalah perang antara dua kuasa block antara pihak Amerika Syarikat dan sekutunya dengan pihak Soviet Union USSR. Dalam pertelingkahan ini tidak pernah berlaku peperangan secara terbuka seperti peperangan konvensional yang lain. Namum perang ini lebih kepada perang secara proksi antara pihak US dan USSR.

Peperangan ini adalah sebenarnya perang ideologi iaitu antara Kapitalis yang dibawa oleh US dan Sosiolis/Komunisme yang dibawa oleh USSR. Kedua - dua block ini bersaing untuk membawa ideologi mereka ke serata dunia dan mengambangkan pengaruh dan fahamannya kepada penghuni dunia. Kapitalis adalah satu ideologi yang bertuhankan wang dan berakidahkan keuntungan. Setiap apa sahaja yang boleh diniagakan untuk membawa untung pasti akan diniaga. Setiap ruang mana sahaja yang boleh membawa keuntungan dan kekayaan pasti akan diterjah asalkan membawa kekayaan dan keuntungan, itulah kapitalisme. Bagi ideologi sosiolisme pula, pegangannya ialah, tidak semua patut diniagakan dan dibuat keuntungan. Keperluan asas hidup manusia seperti rawatan kesihatan, penginapan, pendidikan dan beberapa hak asasi manusia lagi tidak boleh diniagakan untuk membawa keuntungan kepada sesuatu pihak. Sebaliknya dalam idealogi sosiolis ini, keperluan - keperluan itu tadi perlu dimilik negarakan dan diagihkan dengan sama rata dan adil kepada kepada masyarakat.

Akibat pertembungan ideologi inilah Kapitalis dari US begitu membenci dan memusuhi ideologi sosiolis/komunisme yang dibawa oleh USSR ini. Bagi US mereka perlu menyekat dan menghapuskan ideologi ini dari terus berkembang di muka bumi kerana jika tidak disekat pasti US akan mengalami kesukaran untuk menguasai ekonomi dunia. US melihat perkembangan USSR dan pertambahan negara yang menyokong ideologi yang dibawa oleh USSR adalah satu ancaman serius kepada US. Bagaimana mereka mahu masuk ke negara - negara luar bagi menjarah segala hasil bumi di negara luar jika banyak negara dalam dunia ini menyokong ideologi sosiolis/komunisme ini. Pasaran US pasti akan terhad, saudagar - saudagar kapitalis dunia pasti akan sukar untuk mencari makan dan merosakkan akidah mereka tadi.

Atas pertembungan ideologi inilah yang membawa kepada perang dingin yang sebenarnya telah tercetus semenjak perang dunia kedua lagi. Selepas tamat perang dunia kedua ianya kelihatan lebih ketara kerana masing - masing mahu menghapuskan sistem multipolar yang wujud pada ketika itu kepada sistem unipolar. Perang Vietnam, perang korea, darurat tanah melayu, Gestapu Indonesia semuanya adalah antara elemen-elemen dalam siri perang dingin.

Pengaruh Sosiolis/komunisme yang bermula di eropah timur dan USSR telah bergerak umpama domino dan menguasai China dan beberapa kawasan di Indocina. Di rantau Asia Tenggar, pengaruh tersebut telah sampai ke Vietnam Utara dan US terpaksa mencari alasan untuk masuk ke Vietnam Selatan bagi mewujudkan zon penampan bagi menahan ideologi sosiolis/komunisme dari menguasai seluruh Vietnam. Slogan yang dibawa pada waktu itu adalah mahu membela nasib rakyat vietnam namum sebenarnya US mahu mempertahan ideologi kapitalisnya di Vietnam. Ideologi sosiolis/komunisme ini juga telah melimpah ke korea utara, lantas US memasuki korea selatan yang menjadi sekutu rapat US hingga hari ini. Cuba kaji cas perubatan di korea selatan yang menyokong ideologi kapitalis dan di korea utara yang menyokong ideologi sosiolis/komunisme hari ini.

Usaha untuk meruntuhkan block Sosiolis/Kumonisme ni terus giat dijalankan demi memastikan kelangsungkan ekonomi Kapitalis US untuk menjarah segala hasil bumi yang terdapat di dunia. Akhirnya pada sekitar 1990 Soviet Union telah menjadi lemah akibat kehilangan banyak pemimpin berkaliber mereka seperti Sukorno, Che Guevara dan lain - lain. Runtuhnya tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur pada 1989 dan perpecahan dalam negera Soviet membuatkan US hari ini terus menjadi kuasa unipolar dunia. Tidak ada dan tidak dibenarkan sama sekali mana - mana kuasa dunia lain mencabar US. Bukan hanya memintas kuasa US malah mengekori atau tindakan cuba menyamai kuasa US juga pasti akan ditentang rakus.
Sekutu US seperti Bratain dan Austrialia bersungguh-sungguh membantu menghapuskan gerakan komunis di tanah Melayu bagi memastikan Tanah Melayu menganut ideologi Kapitalis tanpa diganggu gugat. US bertambah risau apabila Indonesia yang berjiranan dengan Malaysia pada waktu itu diperintah oleh Sukarno dari Parti Komunis Indonesia. Maka gerakan sulit melalui CIA digerakkan bagi mengulingkan Sukarno dari dalam melalui peristiwa Gestapu atau Gerakan Sept 30 Indonesia.

Masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu terutamanya orang - orang Melayu telah dipengaruhi oleh british agar membenci ideologi sosialisme ini. Agen - agen dan budak - budak suruhan british yang terdiri dari orang  Melayu sendiri telah digerakkan untuk menanam kebencian kepada ideologi sosialisme. Antaranya ianya dengan kempen sosialisme/komunuisme tidak percayakan tuhan. Jelas modus operandi yang berbentuk menjual agama ini telah lama digunakan dan dicetuskan oleh penjajah british lagi dan bukan Hassan Ali atau Zul Nordin yang mulakan.


Maka hari ini kapitalis telah menjarah dunia, menjarah pengghuni dan anak  muda yang baru mengenal dunia tanpa sedar. Diperkenalkan "pasaran bebas" sedunia, yang mana tujuannya adalah untuk membolehkan US masuk ke setiap pelusuk dunia bagi menjarah segala apa yang ada demi memantapkan akidah mereka iaitu keuntungan dan dibayarnya sedikit imbuhan kepada negara yang dijarah itu. Sekali imbas "pasaran bebas" yang diperkenalkan US ini umpama pelacur yang boleh mengangkang kepada sesiapa sahaja dan dibayar sedikit imbuhan.

Friday, February 10, 2012

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.   

Wednesday, January 18, 2012

Lelaki Teruna Boleh Dikesan?


Bila si gadis atau wanita itu ‘hilang’ dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial.Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih ‘dara’ untuk dijadikan sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu.
Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara ‘dara’ ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna!
Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak.
Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;
-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya   memberikan reaksi bersahaja.
-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.
-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
-Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.
Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna.
Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.
Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.
Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.

Tuesday, January 17, 2012

Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
Bunyi 'Aneh Dan Menakutkan Dari Langit' Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya 

Thursday, January 5, 2012

Tahu dan jangan buat tak tahu


Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan  Amerika Donald H.Rumsfeld telah   ditanya oleh  wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik   '  There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang  diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu.
Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita  semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.
Pilihanraya ke 12 -  Pakatan  Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan  berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti  dua par tiga di Parlimen.  Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia.  Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar  Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat.  Semua ini  diketahui dan kita semua tahu.
Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan  polis bahawa dia telah diliwat  oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.
Pada 1  Julai 2008  Balasubramaniam anak lelaki Perumal  telah mengeluarkan  Surat Akuan Bersumpah dimana  secara terang dan jelas  dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak.  Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya.  Fakta  ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit -  fasal 25 pecahan 2  - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam.  Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan  buat-buat tidak tahu.
Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan  Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan  tuduhan Saiful terhadap Anwar.  Ini pekara diketahui   oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang  ramai warga  buat-buat tidak tahu. Banyak  juga pekara diketahui umum  tetapi  ada warga   sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga  warga yang tahu duduk perkara  tetapi sengaja buat tidak tahu.
Ramai yang  tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu  bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah  Superman Christopher  Reeve.
Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis.  Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya  untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu  bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri.
Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE.  Ramai yang  hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya  mendapat ijazah doktor. Masih ramai  pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada  Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful  Bukhari.
Ramai  warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit  tentang kedudukan ekonomi negara dengan  5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini  menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu.
Ramai yang tidak  mahu tahu bahawa  kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes  liwat Anwar Ibrahim ini  ialah kes politik.  Kes politik - pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang  tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.
Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu.  Garis politik ini  telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu  dalam negara ini.  Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu.
Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat.  Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik  terutama dikalangan jenerasi muda.   Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat  untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini  wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu.
Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum  pemodal dan kapitalis yang besar. Najib  juga dibantu juga oleh para  cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan  peniaga-peniaga  dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya  kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu  sokongan kerajaan.  Ini semua orang tahu.
Manakala  Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai  atau  dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar.  Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu.
Justeru - Najib dan Anwar ini memiliki sokongan  yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang  dari latar belakang kelas yang berasingan.  Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila  membaca  ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu.  Selama ini mereka hanya menganalisa  watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin  tahu siapa yang wajib disokong.
Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada  hari Isnin depan.  Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah.  Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan  Anwar Ibrahim akan  didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar  Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun.
Ada sesiapa lagi  yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib?  Ini namanya perang  bioloji.  Kalau Najib tidak memenjarakan  Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa  bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus  politik perang bioloji Najib Razak.
Berhenti sebentar! Sebelum hari Isnin ini sampai ada satu pekara lagi yang tidak diketahui tetapi masanya telah sampai untuk di ketahui. Pekara tahu yang wajib diketahui oleh seluruh warga Malaysia ini ialah peranan Amerika, United Kingdom, Turkey dan Indonesia. Atau  lebih senang lagi apakah peranan Barak Obama, David Cameron, Recep Tayyip Erdogan dan Susilo Bambang Yudhoyono dalam menentukan keputusan kes  Anwar liwat Saiful ini.
Apakah pembaca terperanjat apabila  tahu ada kuasa luar yang  masuk campur  dalam kes Anwar liwat Saiful ini? Jangan terperanjat kerana seperti kata Donald H. Rumsfeld "...there are also uknown unknowns..." atau ada pekara  tidak tahu dan kita sendiri tidak tahu yang kita tidak tahu.


By:

HISHAMUDDIN RAIS a.k.a tukar tiub

Sunday, January 1, 2012

Selepas 64 Tahun, Akhirnya Bas Lean Hock Hentikan Operasi


BUKIT MERTAJAM: Selepas beroperasi selama 64 tahun tanpa henti akhirnya, sebuah syarikat perkhidmatan bas berhenti-henti Lean Hock Company Sdn Bhd yang cukup sinonim dengan masyarakat di sekitar Bukit Mertajam dan Kulim, Kedah menghentikan operasinya mulai Ahad.
Ekoran itu, seramai 31 kakitangannya termasuk 26 pemandu yang kebanyakannya sudah berpuluh tahun bekerja di syarikat berkenaan hilang mata pencarian.

Pengarah Urusannya, Tan Eng Hooi berkata syarikat terpaksa menutup operasi selepas mengalami kerugian hingga RM200,000 sejak beberapa tahun lepas.
Syarikat juga tidak mampu bersaing dengan syarikat bas henti-henti RapidPenang dan kos operasi yang semakin tinggi seperti kos minyak, tayar dan alat ganti kenderaan.
Beliau berkata, syarikatnya menyediakan perkhidmatan bas berhenti-henti di tiga laluan iaitu Kulim-Bukit Mertajam, Kulim-Butterworth dan Bukit Mertajam-Bukit Teh.
"Bagaimanapun kos operasi yang tinggi, serta jumlah penumpang yang semakin berkurangan terutama bas RapidPenang turut beroperasi di laluan yang sama menyebabkan kita tidak mampu lagi untuk menampung kerugian dan terpaksa mengambil keputusan menghentikan operasi hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tan berkata, pihak syarikat pernah berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010 mengenai laluan bas dan isu ini.
Bagaimanapun hingga kini tiada sebarang jawapan diberikan kepada mereka.
Katanya, semua pekerja di syarikat berkenaan diberikan pampasan yang setimpal dan mereka juga bersetuju dengan jumlah yang diberikan itu.
Sementara itu, rata-rata pekerja yang ditemui sangat kecewa dan sedih dengan penutupan syarikat yang selama ini menjadi tempat mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga.
A.Purusothanam, 60, yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai pemandu bas berkata beliau sedih apabila dimaklumkan syarikat itu akhirnya terpaksa menamatkan operasi.
"Bagaimanapun saya berterima kasih kerana pihak syarikat telah memberikan pampasan yang setimpal kepada semua pekerja," katanya.
Bagi Bidi Khamis, 55, beliau berharap akan memperoleh kerja baru dalam tempoh terdekat kerana perlu menyara keluarganya terutama anak-anak yang masih bersekolah.
"Sedih bila pihak syarikat maklumkan syarikat akan ditutup, kami pekerja ada juga cuba pujuk (jangan hentikan operasi) tapi nak buat macam mana syarikat dah rugi banyak.
"Saya la ni dah tak dak kerja, nak cari kerja apa pun tak tau pasal umur dah tua, tapi harap-harap ada la orang mau ambik saya bekerja," katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Perusahaan Persatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia Cawangan Utara, Musa Abdullah kesal dengan pemberhentian operasi perkhidmatan bas berkenaan kerana ia akan menyebabkan kesusahan kepada orang ramai, terutama pekerja yang hilang mata pencarian.
Beliau berharap SPAD dapat mengambil tindakan segera dan melakukan sesuatu bagi membantu syarikat berkenaan terutama pekerja-pekerjanya dari terus hilang sumber pendapatan.
"Termasuk hari ini, sudah lima syarikat bas di utara menamatkan operasinya iaitu Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd (KLSB) di Sungai Petani dan Alor Setar, City Liner dan United Traction Company (UTC) di Butterworth, ekoran itu hampir 300 orang hilang pekerjaan," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/1/mstar_berita/20120101193724&sec=mstar_berita