Perang dingin adalah perang antara dua kuasa block antara pihak Amerika Syarikat dan sekutunya dengan pihak Soviet Union USSR. Dalam pertelingkahan ini tidak pernah berlaku peperangan secara terbuka seperti peperangan konvensional yang lain. Namum perang ini lebih kepada perang secara proksi antara pihak US dan USSR.
Akibat pertembungan ideologi inilah Kapitalis dari US begitu membenci dan memusuhi ideologi sosiolis/komunisme yang dibawa oleh USSR ini. Bagi US mereka perlu menyekat dan menghapuskan ideologi ini dari terus berkembang di muka bumi kerana jika tidak disekat pasti US akan mengalami kesukaran untuk menguasai ekonomi dunia. US melihat perkembangan USSR dan pertambahan negara yang menyokong ideologi yang dibawa oleh USSR adalah satu ancaman serius kepada US. Bagaimana mereka mahu masuk ke negara - negara luar bagi menjarah segala hasil bumi di negara luar jika banyak negara dalam dunia ini menyokong ideologi sosiolis/komunisme ini. Pasaran US pasti akan terhad, saudagar - saudagar kapitalis dunia pasti akan sukar untuk mencari makan dan merosakkan akidah mereka tadi.
Atas pertembungan ideologi inilah yang membawa kepada perang dingin yang sebenarnya telah tercetus semenjak perang dunia kedua lagi. Selepas tamat perang dunia kedua ianya kelihatan lebih ketara kerana masing - masing mahu menghapuskan sistem multipolar yang wujud pada ketika itu kepada sistem unipolar. Perang Vietnam, perang korea, darurat tanah melayu, Gestapu Indonesia semuanya adalah antara elemen-elemen dalam siri perang dingin.
Pengaruh Sosiolis/komunisme yang bermula di eropah timur dan USSR telah bergerak umpama domino dan menguasai China dan beberapa kawasan di Indocina. Di rantau Asia Tenggar, pengaruh tersebut telah sampai ke Vietnam Utara dan US terpaksa mencari alasan untuk masuk ke Vietnam Selatan bagi mewujudkan zon penampan bagi menahan ideologi sosiolis/komunisme dari menguasai seluruh Vietnam. Slogan yang dibawa pada waktu itu adalah mahu membela nasib rakyat vietnam namum sebenarnya US mahu mempertahan ideologi kapitalisnya di Vietnam. Ideologi sosiolis/komunisme ini juga telah melimpah ke korea utara, lantas US memasuki korea selatan yang menjadi sekutu rapat US hingga hari ini. Cuba kaji cas perubatan di korea selatan yang menyokong ideologi kapitalis dan di korea utara yang menyokong ideologi sosiolis/komunisme hari ini.
Masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu terutamanya orang - orang Melayu telah dipengaruhi oleh british agar membenci ideologi sosialisme ini. Agen - agen dan budak - budak suruhan british yang terdiri dari orang Melayu sendiri telah digerakkan untuk menanam kebencian kepada ideologi sosialisme. Antaranya ianya dengan kempen sosialisme/komunuisme tidak percayakan tuhan. Jelas modus operandi yang berbentuk menjual agama ini telah lama digunakan dan dicetuskan oleh penjajah british lagi dan bukan Hassan Ali atau Zul Nordin yang mulakan.
Maka hari ini kapitalis telah menjarah dunia, menjarah pengghuni dan anak muda yang baru mengenal dunia tanpa sedar. Diperkenalkan "pasaran bebas" sedunia, yang mana tujuannya adalah untuk membolehkan US masuk ke setiap pelusuk dunia bagi menjarah segala apa yang ada demi memantapkan akidah mereka iaitu keuntungan dan dibayarnya sedikit imbuhan kepada negara yang dijarah itu. Sekali imbas "pasaran bebas" yang diperkenalkan US ini umpama pelacur yang boleh mengangkang kepada sesiapa sahaja dan dibayar sedikit imbuhan.
No comments:
Post a Comment