Oleh: Hishamuddin Rais
Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa.

Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan.
Strategi ini muncul di Jerman dan diguna pakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.
Dari mana pula munculnya ISIS?
ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankan empayar. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur seketika. Perang ideologi antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis tamat.
Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin, Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact (1955-1991).
Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949.
Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland – semua telah menjadi ahli NATO.
Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud di sekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strategi politik. Geopolitik sedang mengepung Rusia.
Justeru apa pula peranan ISIS setelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur.
Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat untuk kegunaan strategi geopolitik kuasa imperial Amerika.
ISIS sedang digunakan sebagai buah catur dalam strategik geopolitik untuk mempertahankan empayar. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.
Saya ulangi sekali, dalam strategi geopolitik ini Amerika sedang mengepung kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strategi jangka panjang kuasa imperialis Amerika.
Jika Iraq sebuah negara pengeksport belacan ,pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Arab Saudi negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' di hadapan Masjid Riyadh.
Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kisah-kisah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak bertamadun, kolot, penindas perempuan.
Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik teramat penting. Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan.
Daripada aspek salasilah, ISIS adalah kesinambungan daripada Al-Qaeda. Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika.
Kumpulan ini bertelur, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar, Pakistan. Al-Qaeda sebahagian daripada budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union di akhir 70-an.
Dalam geopolitik dunia hari ini, empayar Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkau dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel.
Mesir – kuasa terkuat negara Arab – telah masuk ke dalam poket Amerika semenjak zaman Anwar Saddat lagi.
Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka daripada kuasa empayar. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel.
Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran, tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.
Dalam masa yang sama Syria samenjak zaman Hafiz al-Assad menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran.
Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di pelabuhan Tartus, di wilayah milik Syria.
Dalam strategi geopolitik, ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk menakut-nakutkan banyak negara.
Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang atau manufacturing consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda.
Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana selepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam, walaupun Iraq tidak ada sangkut paut dengan ledakan WTC.
Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru diluluskan oleh senat/kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang tidak disedari.
Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut – bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan.
Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat di lapangan terbang.
Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenaraihitamkan dan tidak boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Akta Patriot yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.
Media Amerika yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai.
Dunia masih ingat lagi peranan Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.
Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah, bergolek bantal bersama soldadu.
Ini tidak pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini media Amerika telah sekatil dengan empayar Amerika.
Di mana peranan ISIS sekarang?
Ingat atau tidak apa terjadi pada petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah dituduh merampas lima tan senjata dan dimasukkan ke dalam tiga buah Pajero dalam masa 15 minit.
Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara.
Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan tidak diyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa lima tan senjata boleh masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.
Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini boleh dibaca sebagai dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Mahathir Muhamad. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampuh.
Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai sepuluh orang Reformis ditahan bawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.
Apa hubungan Al-Maunah dengan ISIS?

Al-Maunah ini dikatakan digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunkan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika.
Edward Snowden, bekas pekerja Agensi Keselamatan Nasional membocorkan bagaimana badan risikan Amerika menyimpan semua e-mel dan panggilan telefon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.
Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia tidak pernah melaporkan tentang 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Arab Saudi. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.
Dengan menghebohkan berita “ISIS penggal kepala”, maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama, berita seperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur serta mahu melihat dunia baru lebih adil.
Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia, dengan fahaman Wahabi dan Salafi, sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Teluk telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiayai perang di Syria.
Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masih tidak faham apa itu ISIS, biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Arab Saudi – barua Amerika yang paling kental.
Tanpa duit Saudi, ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.
Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.
Pada 30 Oktober lalu, ISIS cawangan Sinai, Mesir membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel?
Pada Jun 2011, Saudi menghantar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrian yang menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel?

Akhirnya negara-negara di Eropah – Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS.
Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru antipengganas. Walhal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.

No comments:
Post a Comment