Wednesday, May 29, 2013

Malaysia dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram terbesar dunia, lapor NYT

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pengurup matawang tidak berlesen di Malaysia telah membantu pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan operasi pengubahan wang haram atas talian berjumlah US$6 billion (RM18.33 billion), hab bagi penjenayah menjual segala-galanya menggunakan identiti dicuri untuk pornografi kanak-kanak, lapor The New York Times (NYT).

Pengurup mata wang yang digelar Liberty Reserve dipercayai pengubah wang haram siber terbesar di dunia dan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia juga dikendalikan dengan baik di luar sempadan negara serta peraturan-peraturan perbankan antarabangsa tradisional, menyediakan perlindungan mudah dan menyembunyikan nama, semakin dicari oleh penjenayah untuk membiayai aktiviti mereka, kata akhbar berpengaruh itu, memetik pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika.


Menurut NYT memetik kertas pertuduhan, sistem Liberty Reserve dicipta untuk membenarkan orang memindahkan jumlah wang besar dan kecil di seluruh dunia hanya dengan mengadakan sebuah alamat e-mel, yang tidak memerlukan identiti pengguna malah tidak perlu disahkan.Liberty Reserve bertanggungjawab bagi pengubahan berbilion-bilion dolar sejak tujuh tahun lalu, menjalankan 55 juta urus niaga melibatkan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 200,000 di Amerika Syarikat, menurut pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat yang dilaporkan telah mengemukakan tuduhan terhadap pengurup mata wang di Manhattan semalam.

Liberty Reserve juga tidak melakukan atau menerima pembayaran tunai secara langsung tetapi menggunakan pengurup “pihak ketiga” yang “cenderung tidak berlesen menghantar wang perniagaan tanpa pengawasan kerajaan atau peraturan, tertumpu di Malaysia, Russia, Nigeria dan Vietnam”.

Memetik lagi dari kertas pendakwaan, NYT melaporkan pengurup “pihak ketiga” akan menerima dan membuat pembayaran, kemudian kredit atau debitkan ke akaun Liberty Reserve, membenarkan Liberty Reserve mengelakkan mengumpul apa-apa maklumat perbankan pelanggan dan tidak meninggalkan “jejak kertas kewangan berpusat”.

Mereka yang menerima mata wang Liberty Reserve ini “kebiasaannya penjenayah”, menurut kertas dakwaan seperti yang dilaporkan oleh NYT.

“Mereka termasuk, sebagai contoh: pengedar data kad kredit dicuri dan maklumat identiti peribadi; peniaga pelbagai jenis atas talian Ponzi dan skim cepat kaya; penggodam komputer untuk disewa; perusahaan perjudian haram dan laman sesawang bawah tanah urusan dadah,” akhbar tersebut memetik kertas pendakwaan.

“Seperti dikatakan, satu-satunya kebebasan yang Liberty Reserve berikan kepada ramai penggunanya adalah kebebasan untuk melakukan jenayah — identiti tidak diketahui, dan ia menjadi hab popular untuk penipu, penggodam dan pengedar,” kata Preet Bharara, peguam Amerika Syarikat di Manhattan, dipetik berkata dalam sidang akhbar di Manhattan semalam.

Sumber: Malaysia Insider

Monday, May 27, 2013

Che'GuBard terima notis "SERAH DIRI" dari PDRM

Che'GuBard sebentar tadi telah memaklumkan melalui facebook beliau, bahawa beliau telah menerima notis dari pihak polis yang mengarahkannya untuk menyerah diri. Ini dipercayai berkenaan himpunan "Blackout 505" yang mana Che'GuBard merupakan penggerak utama.

Notis tersebut telah diselitkan di pintu rumah beliau di Seremban. Che'GuBard juga memaklumkan yang polis telah masuk ke kawasan berpagar rumah beliau untuk meletakkan notis tersebut.


"Sampai saja Rumah di Seremban jumpa notis polis arah 'serah diri' terselit/tampal di pintu rumah..polis masuk ruang berpagar tampal notis.. Hahaha nasib baik depa tak simbah cat merah"

Saturday, May 25, 2013

Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal : UMNO Sudah Sampai Di Jalan Mati

Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.

Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail. 

PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.

Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong. Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.

Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat. 

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 15 Rejab 1434H bersamaan 25 Mei 2013 M

Jika anda ditahan oleh polis petang ini, ambil tindakan berikut

Thursday, May 23, 2013

Statement by the Press Secretary on Malaysia’s Elections







On behalf of the President and the people of the United States, we congratulate Prime Minister Najib on his coalition’s victory in Malaysia’s parliamentary elections on Sunday May 5. We also congratulate the people of Malaysia, who turned out in record numbers to cast their votes, as well as the parties of the opposition coalition on their campaigns, as a vibrant opposition is a foundation of democracy. We note concerns regarding reported irregularities in the conduct of the election, and believe it is important that Malaysian authorities address concerns that have been raised. We look forward to the outcome of their investigations. The United States looks forward to continuing its close cooperation with the government and the people of Malaysia to continue to strengthen democracy, peace, and prosperity in the region.

http://www.whitehouse.gov/the-press-office/2013/05/08/statement-press-secretary-malaysia-s-elections


Sunday, May 19, 2013

Kisah "Malcolm X" untuk renungan PAS pro Unity Government


Ada sesuatu yang kita bolih belajar dari Malik Shabbaz al Haj aka Malcolm X. Bila bercakap tentang bangsa dan agama maka mungkin pengalaman golongan kulit hitam di US bolih menjadi iktibar kepada kita (Ini bukan cubaan untuk menyamakan pengalaman orang melayu tetapi untuk mengutip beberapa iktibar jika dirasakan relevant). 

Malcolm X adalah contoh klasik kepada mangsa perkauman extreme di US. Dilahirkan Malcolm little. Keluarganya menjadi mangsa Ku Klux Klan, rumahnya dibakar dan ayahnya mati digilis angkara kelompok pelampau kulit puteh.

Seperti ramai anak-anak muda kulit hitam, akibat dari peminggiran ini dan tekanan hidup, Malcolm Little terjebak dengan pelbagai bentuk jenayah dan beliau dipenjarakan. Di sana lah dia belajar tulis baca dan di sanalah beliau memeluk Islam. Namun Islam yang dipeluknya adalah Islam yang lahir dari reaksi atau tindak balas terhadap sentimen perkauman yang ditujukan kepada masyarakat kulit hitam. Sebagai tanda protes kepada perhambaan dan penindasan yang dilakukan ke atas masyarakat kulit hitam sejak ratusan tahun lamanya, maka mereka telah membuang 'last name' masing-masing dan menggantikannya dengan 'X'. Mereka mahu putuskan (sever) sejarah mereka dengan masyarakat kulit puteh yang telah memperhambakan mereka dan memutuskan hubungan mereka dengan tempat asal mereka iaitu Benua Afrikan dan mungkin juga agama mereka iaitu Islam. Islam semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kulit hitam terutama di New York di bawah seorang mubaligh yang bernama Elijah Muhammad. Mereka bergerak di bawah nama 'Nation of Islam' dan banyak memberi khidmat bakti kepada golongan muda kulit hitam dan keluarga mereka yang tidak terbela. Mereka sangat berjaya di dalam memulihkan sebahagian dari kemelut sosial yang menghantui masyarakat kulit hitam terutamanya gangsterism, penyalahgunaan dadah (marijuana dan coccaine) dan jenayah. Namun Nation of Islam mempunyai 'complex' yang tersendiri kerana ia berkembang dalam kancah perkauman yang begitu menebal di kalangan masyarakat kulit puteh terhadap komuniti kulit hitam. Jadi 'stance' atau sikap Nation of Islam terhadap komuniti kulit puteh adalah prejudis, kebencian 'hatred' dan perkauman, 'rasisme bordering on religious bigotry' (rasisme berteraskan sikap pelampau agama). Malcolm X mempunyai 'pandangan hidup' (world view) seperti itu terhadap orang kulit puteh.

... sehinggalah dia diberi peluang untuk mengerjakan haji di Makkah. Dia yang selama ini melihat Islam dalam kerangka pertembungan kulit hitam dan kulit puteh Amerika yang diselubungi oleh sejarah perhambaan dan kebencian yang mendalam, kemudiannay berpeluang untuk melihat Islam dari sudut pandang yang universal. Beliau ungkapkan pengalamannya ketika solat di Masjid al Haram ketika berdiri dalam satu saf yang terdapat di sana manusia yang bermata biru dan terdapat juga manusia yang berkulit hitam dan 'shades' di antara keduanya. Buat pertama kalinya dia melihat Islam sebagai agama yang menyatukan bukan agama yang membeza dan memisahkan. Dia melihat Islam dengan kesaih sayang, bukan dengan kecurigaan dan dendam.

Apabila dia pulang, sikapnya berubah. Pembawaannya yang amat berlain ini dapat dihidu oelh Elijah Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Dia akhirnya di pulaukan (ex-communicated; in communicado). Namun Malik as Shabbaz al Haj (nama Malcolm X ditinggalkan) terus berdakwah mengajak kepada Islam yang universal sifatnya, Islam yang tidak membezakan manusia dari sudut warna kulit dan suku bangsa. Perasaan benci dan prejudis nya terhadap bangsa kulit puteh, walau bagaimana rasis sekalipun mereka, hilang dan beransur-ansur diganti dengan kemahuan melihat Islam ini diterima oleh semua. 

Akhirnya pada tahun 1965 (21 Feb), Malik Shabazz di tembak ketika sedang berucap dan yang membunuh beliau ialah seorang pemuda kulit hitam. Sehingga hari ini FBI gagal untuk menyelesaikan kes pembunuhan ke atas Malik Shabazz. Kesimpulannya dia dibenci oleh kaum kulit hitam sendiri kerana mencabar sibghah 'perkauman Islam' yang dibawa oleh Nation of islam. Dia syahid kerana mahu menegakkan Islam untuk semua - bukan hanya untuk kaum tertentu.

Saturday, May 18, 2013

Be an INTERN with DAP!!!




Join our DAP Internship Programme!

The DAP "Know An MP" Youth Programme for the year 2013 is now open for application. The DAP Malaysia will be offering 10 places of attachment nationwide to various top national leaders, Members of Parliament and State Assemblymen (ADUN) in Malaysia.

If you are between 18-30, write in before 31 May 2013 to daprocket@rocketmail.com! 

-----

ABOUT THE PROGRAMME:

During the programme, candidates will have the opportunity to:

- Assist and contribute to the work of the MP/ADUN
- Gain first-hand experience and insight of being a national leader
- Attend parliamentary sessions or state assembly sessions
Organize and participate in press conferences, discussions, political events etc.

As part of the programme, candidates are required to:

- Submit a 300-word essay documenting their experience and insight gained
- Contribute a 1000-word proposal on how to improve the office of an MP/ADUN or the operation of DAP Malaysia; OR a research topic of choice on a current issue for MP/ADUN debate during parliamentary or state assembly session
Initiate and organize a community event to engage sociopolitical awareness

SELECTION CRITERIA:

- Youths between age 18-30 (students, fresh grads or young working adults)
- Full-time attachment, MINIMUM period of 1 month
- Selection based on assessment of academic results and experience

Details:

- Closing date of application: 31ST MAY 2013
- Start date of programme: Anytime after 1st June 2013
- Successful candidates will be informed via email

APPLICATION PROCEDURE:

Email resume / curriculum vitae (CV) and cover letter expressing interest to daprocket(at)rocketmail(dot)com  daprocket@rocketmail.com

Include in your application the following:
- Preferred location (ie. which state/city in Malaysia)
- Preferred duration of your attachment
- MP/ADUN of preference

For enquiries, kindly email daprocket(at)rocketmail(dot)com daprocket@rocketmail.com


# Parti - parti lain dalam Pakatan Rakyat (terutamanya PAS) patut mencontohi program Intern seperti DAP ini. Program sebegini akan banyak membawa kekuatan dan keuntungan kepada parti dalam jangka masa panjang yang mana boleh mendekatkan golongan muda berpelajaran dengan parti, mengasah bakat mereka dan melahirkan pemimpin - pemimpin muda yang berkaliber dalam parti.

Friday, May 17, 2013

Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR ‘di mahkamah, jalanan dan Parlimen’



GEORGE TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.

“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.


Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.

Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.

“Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita failkan petisyen,” katanya.

Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen.

“Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.

Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi.

Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari bertindak sebagai moderator.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11 malam.

Thursday, May 16, 2013

RISALAH PERKAUMAN DIEDAR DI PERMATANG PAUH

Walaupun Pilihanraya Umum ke-13 telah berakhir dan menyaksikan Umno/BN menang dengan majoriti paling rendah (itu pun setelah dibantu SPR) namum agenda mengapi - apikan isu perkauman dalam kalangan  rakyat Malaysia masih belum berakhir. 

Hari ini, penduduk disekitar Pangsa Puri Idaman Permatang Pauh telah dikejutkan apa bila mereka mendapati peti - peti surat rumah mereka dipenuhi dengan risalah - risalah yang cukup berbau perkauman. Ini adalah tindakan orang yang tidak yakin dengan diri dan perjuangan sendiri apabila hanya berani meletakkan risalah mereka didalam peti - peti surat di flat dan pangsa - pangsa puri sekitar Permatang Pauh. 

Teh Tarik Komtar menerima dan melihat sendiri risalah yang berbentuk buku - buku kecil yang diberikan oleh penduduk Pangsa Puri Idaman kepada saya. Berikut risalah - risalah perkauaman yang dimaksudkan tersebut.









Nah beginilah gaya politik matang yang dimainkan Umno/BN walaupun setelah 56 tahun menjadi kerajaan. Bukan isu nasib rakyat yang diperjuangkan tetapi hanya politik mengeji, fitnah dan perkauman yang asyik diputar. Semua ini demi kelangsungan kuasa politik mereka. Ayuh anak muda semua bangsa, kita bangkit menilai mainan politik Umno/BN ini. Tanamkan tekad dan kuatkan semangat untuk terus berjuang menghapuskan nilai politik Umno/BN yang langsung tidak ada tempat dalam bumi bertuah ini. Dunia ini akhirnya akan milik anak muda!!!

Tuesday, May 14, 2013

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina

Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.
-Malaysiakini-


Kesian dengan bani Melayu yang terus - menerus diperbodohkan.. Keputusan PRU-13 yang lalu menyaksikan parti yang kalah teruk ialah parti - parti dari kaum bukan Melayu seperti MCA, GERAKAN, MIC dan PPP semua parti - parti ini berteraskan kaum bukan Melayu hanya GERAKAN dan PPP bukan berterakan kaum tetapi tetap didominasi oleh satu kaum. Yang kalah teruk dalam PRU-13 adalah dari parti - parti bukan Melayu ini. Tetapi parti Melayu iaitu UMNO menang banyak kerusi..

Yang lawaknya hari ini.. kaum dari parti yang kalah seperti orang Cina dan India tidak menunjukkan rasa marah akibat kekalahan mereka hingga mahu memboikot itu dan ini. Tetapi lucunya kaum dari parti yang menang pula melenting melompat seperti kalah teruk dalam PRU-13 yang lalu. Sedangkan UMNO mengauasai majoriti kerusi dewan Rakyat. Apa ubat orang Melayu Umno dah makan ni.. sampai tunggang langgang otak mereka berfikir.

Apa yang jelas disini ialah.. politik perkauman itu sudah tidak releven dalam kancah politik Malaysia hari ini. Pegi mampuh parti Cina, parti India, Parti Melayu. Rakyat mahukan parti rakyat PAKATAN RAKYAT!!!

Monday, May 13, 2013

PROGRAM WAJIB HADIR PADA KHAMIS 16 MEI 2013



Untuk dilihat cool perlu hadir program ini.. untuk  yang tidak faham makna "Undi Popular" WAJIB hadir program ini. 

Sunday, May 12, 2013

PEGANTI IBRAHIM ALI TELAH DITEMUI!!!

'Orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati' -Malaysiakini-

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/229916


Pengganti Ibrahim Ali telah ditemui... setelah tewas dalam PRU-13 yang lalu Ibrahim Ali kini hilang entah kemana dan gagal dikesan. Begitu juga dengan Zul Nordin juga turut gagal dikesan. Hari ini muncul seorang mamat yang dilihat bakal menggantikan tempat Ibrahim Ali.. cuma tempat Zul Nordin sahaja belum ada pegganti. Mamat ni baru ada kelas nak perjuangkan Melayu sebab dia ni pencen Hakim Mahkamah Rayuan. Ibrahim Ali apa kelas.. kuar ITM ja..

Hakim pencen ini mengatakan orang Cina telah khainat sebab tak sokong BN, tak undi MCA, tak undi GERAKAN. Woit macam mana mamat ni boleh jadi hakim mahkamah rayuan plak tu.. part mana dalam perlembagaan kata kalau Cina tak undi BN bermakna Cina tu khainat?? Part mana dalam undang - undang yang menyatakan orang Cina hanya boleh undi BN. Kalau macam tu baik tak payah ada pilihanraya!!! Baik angkat BN buat kesultanan Barisana Nasional.. Hakim pencen ni rasanya langsung tak faham makna demokrasi...

Terjawab la sudah mengapa badan kehakiman kita hari ini pincang dan hancur... 

A. Samad Said: PERKOSA ANGKA

Satu, dua, tiga, empat~
silap mata penuh kagum.
Dewan gelap undi loncat
jika kurang, sindir kaum.

Mudah kira mudah kenang:
lima, enam, tujuh, lapan.
Jika sungguh ingin menang
jangan patuh cara sopan.

Lima dekad makin tahu
matematik cara baru.
Amal frauda paling jitu~
ya, ibu segala tipu!

"Democracy blackout"


On May 5th, millions of Malaysians called out in a single voice that you wanted change. Change from a corrupt regime of UMNO-BN that has held on to power for more than five decades. It was a voice that was strong and clear.

You said to the UMNO-BN leaders: Enough! Enough of corruption and abuse of power! Enough of racism, bad governance and mismanagement of the nation’s wealth! Let Pakatan Rakyat take over now!
But they refused. To stay in power they cheated. They want to continue to rob from the nation.  Working hand in glove with the Election Commission they resorted to all kinds of fraud and declared themselves the winner. 

By this act of cheating they turned the brightest hour in our nation's history into its darkest.

But last night YOU responded. Hundreds of thousands Malaysians from all races and walks of life, young and old – came to Stadium Kelana Jaya to show your outrage against the injustice and fraud. You showed courage and determination. You braved the traffic jams, walked kilometres and stood in the pouring rain because you believe your cause is a noble one.  


You were peaceful. You showed your allegiance to the Yang diPertuan Agong and sang the national anthem with pride. You demonstrated clearly that we are a nation united as Bangsa Malaysia.
Some say that you gathered because you cannot accept defeat. This is a gross insult and lie. The truth is that your victory has been stolen from you.  It is they who cannot accept defeat and who have resorted to cheating to stay in power. You are on the side of truth and truth will triumph over falsehood.

You have every right to be outraged that your vote for change has been hijacked. You have every right to feel hurt and insulted by the accusations of being ungrateful and greedy just because you voted for Pakatan.
Our mission is clear. We are no longer just campaigning. We are building a movement. We will protest against the fraud and this disgraceful act of denying the people their victory. We will bring together all Malaysians to fight to end corruption, racism and the abuse of power.

Help us to build momentum for this movement. Make a contribution of RM50 today

They are now playing with the fire of racism and hate-mongering and trying every means possible to intimidate you. As long as we stay united there is nothing to fear. Together we will show the illegitimate UMNO-BN government that our voice is not easy to silence. We will show them our resolve and the courage of our convictions. We will not stop until justice and victory is returned to us.
If you believe in this mission I give you my word that the Pakatan Rakyat is with you. We will stand firmly with you all the way. We will never surrender. 

Thank you,
ANWAR IBRAHIM

PS Click here to support the movement:http://www.anwaribrahim.com/SplashPg/contribute.asp 

PENGUMUMAN: JAUHI GEROMBOLAN ESOK DI PENANG

Diberitakan gerombolan akan mengadakan perhimpunan entah apa tujuan pada 13 dan 14 Mei ini di Pulau Pinang dengan menyamar menjadi ahli Pakatan. Oleh itu penyokong dan ahli Pakatan diminta menjauhi perhimpunan tersebut. Jangan termakan dengan provokrasi lawan. Biarkan mereka melompat dan bersorak sendirian. Tindakan gerombolan ini dilihat  mahu mencetuskan huru - hara dan meletakkan kesalahan tersebut kepada Pakatan Rakyat. Bermodalkan alasan itu pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat akan ditangkap. Jangan termakan dengan taktik gerombolan ini.

PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN MENGANJURKAN APA - APA PERHIMPUNAN ESOK DI PULAU PINANG.

BERSATULAH DENGAN BANGLA




Jadikan Penyatuan Umno-PAS Agenda Berterusan - Nasharuddin -Mstar Online-
KUALA LUMPUR: Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
Katanya berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS telah memulakan usaha tersebut tetapi tidak kesampaian.
"Bagi saya penyatuan PAS dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.
"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan PAS dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini Ahad.
Nasharuddin berkata perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.


Mengata PAS parti ajaran sesat, 7 DOSA BESAR, kafir harbi, Nik Aziz tak betol, nyanyuk, haram undi pas. kata PAS tak moden, fundamentalis, ekstrimis, anti sosial, tak relevan dan parti orang kampung. dok hina ulama' kate ular dalam semak la. ulama' sesat last2 ajak bergabung? Sudah la pergi berambus kau bergabung dengan bangla sana.

Lepas bergabung nak buat ape? Ajak ramai2 paranoid dengan Cina?

Saturday, May 11, 2013

NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN!!!


Apa Najib Razak mahu letak jawatan hujung tahun ini??? Itu adalah khabar yang aku sering dengar yang sampai dari mulut ke telinga dari facebook ke twitter dan dari blog ke blog.

Jika perkara ini benar, aku adalah antara orang yang paling tidak bersetuju dengan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun menang tipis dengan undi Bangla, aku tetap tidak setuju untuk Najib Razak turun sebagai PM.

Pemimpin, penyokong, pendukung, peminat dan segala pen dari Pakatan Rakyat jangan jadi bodoh dengan mendesak Najib Razak untuk turun dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lagi lama Najib Razak jadi perdana menteri lagi banyak Pakatan Rakyat akan dapat untung. Lagi lama Najib Razak dan Rosmah memimpin lagi ramai rakyat meluat dengan Umno/BN. Rakyat yang benci dan meluat dengan Najib Razak adalah satu keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

Lagi lama Najib Razak menjadi PM lagi senang kita nak membantai Umno/BN. Jangan ulang kesilapan serupa yang telah kita buat kepada Pak Lah dengan mendesak dia turun sebagai PM pada 2008 yang lalu. Teruskan usaha untuk memastikan Najib Razak menjadi PM kerana itu adalah keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Kelemahan musuh adalah kelebihan kita. Terus sokong NAJIB RAZAK DAN ROMAH sebagai PM!!!

# Mahathir juga kita mesti ransang untuk terus dia bersuara, lagi banyak dia buka mulut lagi banyak orang akan sokong Pakatan Rakyat.

NIK AZIZ: DAP MASUK BN

Saya membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin UMNO yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?

Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malatsia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN? 

Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!

Daripada DAP masuk BN, lebih baik UMNO keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Sedarlah, ideologi perjuangan UMNO hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang! Sudah sampai masanya BN dan UMNO bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!

Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat
Musyidul AM
Parti Islam SeMalaysia

Friday, May 10, 2013

PERUBAHAN TEMPAT PERHIMPUNAN MALAM ESOK KE STADIUM BATU KAWAN

PEMBETULAN DAN HEBAHAN

Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Jalan Betek Bukit Mertajam esok telah dipindahkan ke STADIUM BATU KAWAN. Stadium Batu Kawan lebih luas dan selesa untuk mereka yang hadir

Himpunan Kebangkitan Rakyat menentang PENIPUAN PRU13 telah berubah LOKASI


Lokasi: Stadium Batu Kawan
Tarikh: 11 Mei 2013
Jam: 8.30 - 12.00 malam





SEBARKAN KEPADA ADIK KAKAK PAKCIK MAKCIK MAT-MAT REMPIT MINAH MYVI DAN ABG PERUT BOROI...

Thursday, May 9, 2013

Senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang




Berikut adalah senarai penuh Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pasca PRU 13.

1. YAB Tuan Lim Guan Eng
a. Ketua Menteri
b. Exco - Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan dan Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam

2. YB Tuan Haji Mohd Rashid Hasnon
a. Timbalan Ketua Menteri I
b. Exco - Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi & Perhubungan Masyarakat dan Pembangunan Keusahawanan

3. YB Prof. Dr. P. Ramasamy
a. Timbalan Ketua Menteri II
b. Exco - Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan & Sumber Manusia dan Sains, Teknologi & Inovasi

4. YB Tuan Chow Kon Yeow
Exco - Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir

5. YB Datuk Abdul Malik Abul Kassim
Exco - Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

6. YB Puan Chong Eng
Exco - Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian

7. YB Tuan Lim Hock Seng
Exco - Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8. YB Tuan Law Heng Kiang
Exco - Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan

9. YB Tuan Phee Boon Poh
Exco - Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

10. YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh
Exco - Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan

11. YB Dr. Afif Bahardin
Exco - Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan

Wednesday, May 8, 2013

"1 Malaysia" yang sudah terbarai...

Selepas tamat pilihanraya umum ke-13 pada 05 Mei 2013 yang lalu langsung tidak kedengaran lagi laungan dan nyanyian 1 Malaysia. Iklan - iklan di televisyen dan radio juga senyap terus dari memutarkan iklan 1 Malaysia. Mana hilangnya laungan "1 Malaysia" Dato Sri Najib yang projeknya menelan belanja berjuta - juta tersebut.

Nampaknya "1 Malaysia" Dato Sri Najib telah terbarai. Barainya itu bukan kerja DAP atau Anwar Ibrahim tetapi dari mulut Najib sendiri, yang mana pada malam pengumuman keputusan pilihanraya telah mengeluarkan statement "Tsunami Cina" yang jelas mengguris perasaan warga Malaysia yang berbangsa Cina.

Tidak cukup dengan itu, akhbar - akhbar dan media milik Umno/BN terus menerus menyerang dan menghentam orang Cina kerana tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu. Tindakkan media - media ini seolah direstui oleh Najib sendiri bilamana Najib membidas wartawan akhabar Cina yang mempersoalkan kewajaran Utusan Malaysia mengeluarkan tajuk besar "Apa Lagi Cina Mahu" pada keluaran 7 Mei 2013 yang lalu. Sikap dan tindakan Najib ini jelas memusnahkan sendiri projek "1 Malaysia" yang diusahakannya.

Lebih memburukkan lagi keadaan, pihak Umno hari ini seolah menghalakan muncung senjatanya kepada orang bagi melepaskan geram kerana gagal memperolehi undi masyarakat Cina dan pada masa yang sama cuba menakutkan orang Melayu dengan sentimen perkauman yang dilihat bertujuan membuatkan orang Melayu takut kepada orang Cina khususnya DAP. 

Langkah Umno/BN ini dilihat tidak berjaya kerana rakyat sudah semakin matang khususnya anak muda yang tanpa mengira bangsa berganding bahu bersama mahu menghumban Umno/BN. Kita boleh lihat sendiri anak muda Melayu menjulang bendera DAP sewaktu kempen PRU 13 yang lalu dan pemuda Cina membantu kempen PAS di Shah Alam Selangor. 

Usaha Umno/BN untuk memainkan sentimen perkauaman agar membangkitkan keresahan rakyat itu dilihat menggalkan mereka sendiri dan yang telah membaraikan "1 Malaysia" yang cuba diusahakan Najib dengan laburan berbilion ringgit. Kita nantikan apa tema baru pula yang mahu digunakan Najib setelah "1 Malaysia" digagalkan oleh dia sendiri. Mungkin dia sedang menunggu nasihat dari APCO mengenainya.

INI BUKAN "TSUNAMI CINA" TAPI "TSUNAMI RAKYAT MALAYSIA"



Melayu DAP menang tiga kerusi, tambah undi dan pecahkan tembok perkauman

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Momokan perkauman sempit dan jahat UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13, semalam.

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi DUN Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.

Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.


Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.


Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman UMNO-BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.

PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.-Roketkini.com

FAKTA PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-13

Berikut aku kongsikan fakta - fakta tentang Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 yang berlangsung pada 05 Mei 2013 yang lalu:

1- PRU 13 adalah yang paling mahal dalam sejarah pilihanraya Malaysia dan hampir 400 juta telah  
    diperuntukan untuk pilihanraya tersebut.

2- Umno membelanjakan jumlah yang cukup besar untuk kempen pilihanraya ke 13 ini.

3- Dakwat kekal pertama kali diperkenalkan dalam PRU-13 di Malaysia. Malangnya dakwat tersebut
    tidak kekal dan boleh ditanggalkan dengan mencuci mengunakan air kurang dari 1 jam selepas dicalit.

4- PRU 13 merupakan pilihanraya yang paling banyak berlaku "blackout" di tempat - tempat pengiraan
   undi sewaktu proses pengiraan berlangsung.

5- PRU 13 juga menyaksikan kali pertama dalam sejarah demokrasi, undi dikira dalam gelap

6- PRU 13 menyaksikan kali pertama dalam sejarah pilihanraya Malaysia dan mungkin dunia yang mana
    individu bukan warga negara datang mengundi  dalam pilihanraya umum.

7- PRU 13 menyaksikan jumlah keluar mengundi antara yang tertinggi dalam sejarah pilihanaraya
    Malaysia dan jumlah ini melebihi dari senarai pengundi.

8- Di Johor sewaktu pengiraan undi, buat pertama kalinya kertas undi dihantar menggunakan teksi ke
    tempat pengiraan undi.

9- PRU 13 menyaksikan paling banyak calon bebas bertanding namum tidak satu yang menang.

10 - Keputusan PRU 13 diumumkan paling lewat berbanding pilihanraya - pilihanraya sebelum ini.

11- Umno/Bn mendapat keputusan undian yang paling rendah dan terburuk dalam sejarah pilihanraya
      umum dengan hanya mengekalkan 133 berbanding 140 PRU 12.

12- Buat pertama kalinya dalam PRU-13 Umno/BN hilang undi popular dan memerintah tanpa undi
     popular

13- PRU 13 merupakan pilihanraya pertama undi Najib mendapatakan mandat.


Monday, May 6, 2013

PASCA PRU 13: APAKAH NASIB NAJIB AKAN SEPERTI SEPERTI PAK LAH

Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang selesai diumumkan lewat pagi semalam memperlihatkan Umno dan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak gagal membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dengan memiliki 2/3 majoriti dewan dan hanya berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Walaupun Umno/BN menang dan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah tetapi ianya tidak selamat untuk kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dengan keputusan semalam menyaksikan BN hanya berjaya memiliki 133 kerusi parlimen berbanding PRU ke-12 diman BN memiliki sebanyak 140 kerusi parlimen. Ini bermakna pimpinan Najib gagal menambahkan jumlah kerusi parlimen yang dimiliki Pak Lah dalam PRU ke-12 sebaliknya jumlah tersebut semakin mengecil bilamana BN pada PRU ke-12 kehilangan 7 lagi kerusi parlimen. 

Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, pada PRU ke-12 yang lalu BN dibawah pimpinan Pak Lah pada waktu itu berjaya memiliki 344 kerusi dewan undangan negeri bagi seluruh negara dari jumlah keseluruhan 505 kerusi. Pada PRU ke-13 ini BN dibawah pimpinan Najib hanya berjaya memiliki 275 kerusi yang mana ianya berkurang sebanyak 71 dari keputusan pilihanraya yang lalu.

Bagi jumlah undi popular pula, pada PRU-12 dibawah pimpinan Pak Lah BN berjaya memiliki jumlah undi popular sebanyak 4.0 juta undi dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi 8.0 juta pada waktu itu. Dalam keputusan PRU ke-13 yang baru ini pula memperlihatkan jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 10.7 juta orang dan dari jumlah tersebut hanya 5.2 pengundi (undi popular) yang mengundi BN dan selebihnya 5.5juta dari jumlah keseluruhan pada PRU ke-13 mengundi Pakatan Rakyat. Ini dengan kata lain, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan tetapi Pakatan Rakyat lebih popular dari segi jumlah undi keseluruhan yang dipungut. 

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun mereka tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan, tetapi Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan jumlah kerusi di parlimen dari 82 kerusi pada PRU ke-12 kepada 89 kerusi pada PRU ke-13 kali ini (pertambahan sebanyak 7 kerusi). 

Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, Pakatan Rakyat juga memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah kerusi yang mereka miliki. Pada PRU ke-12, Pakatan Rakyat berjaya memiliki 161 kerusi dari jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan iaitu sebanyak 505 kerusi. Namum pada PRU ke-13 ini, Pakatan Rakyat berjaya menambah sebanyak 71 kerusi dewan undangan negeri dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 230 kerusi. 

Undi popular bagi Pakatan Rakyat juga meningkat dengan melebihi jumlah undi popular yang dimiliki oleh BN pada PRU ke-13 ini. Dengan kata lain, jika dihitung dari kesemua jumlah pengundi yang keluar mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu, lebih dari separuh pengundi mengundi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mendapat 5.5 juta undi popular keseluruhan dan BN mendapat 5.2 juta keseluruhan undi popular dari keseluruhan jumlah pengundi 10.7 juta yang keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Apa yang dapat disimpulkan, prestasi Najib memimpin Umno/Barisan Nasional dalam memerintah dan menghadapi PRU-13 ini lebih buruk dari prestasi Pak Lah pada PRU-12. Ini lebih diburukan lagi bilamana sepanjang pemerintahan Najib semenjak mengambil alih jawatan perdana menteri dari Pak Lah semenjak 3 April 2009 hingga Mei 2013 pelbagai program dan berbilion peruntukan digunakan untuk memulihkan imej Umno/Barisan Nasional tetapi segalanya sedikit pun tidak membawa keuntungan malahan kerugian dengan kehilangan 7 kerusi parlimen dan 71 kerusi dewan undangan negeri selain hilang undi popular.

Oleh yang demikian progam - progam tranfomasi, slogan 1 Malaysia dan BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 langsung tidak berkesan dalam menawan jauh sekali mempengaruhi rakyat. Malahan Pak Lah yang hanya membawa slogan Islam Hadhari lebih baik prestinya dalam PRU-12 berbanding Najib dalam PRU-13. Mungkin Najib lebih banyak tidur berbanding Pak Lah.

Persoalannya sekarang, adakah Muhyiddin Yassin yang sekarang sebagai Timbalan Perdana  Menteri mahu melihat sahaja peluang yang terhidang ini untuk memintas Najib dan mengambil jawatan perdana menteri seperti mana yang Najib dan kumpulanya pernah lakukan kepada Pak Lah pada selepas PRU ke-12 yang lalu.

Saturday, May 4, 2013

PENAHANAN PENDEDAH MAKLUMAT: RAKYAT PERLU TUNJUK KEKUATAN SEBENAR TANGGAL 505

PENAHANAN PENDEDAH MAKLUMAT: RAKYAT PERLU TUNJUK KEKUATAN SEBENAR TANGGAL 505

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua pengundi supaya tidak melepaskan peluang untuk mengajar pemerintah yang menindas rakyat melalui pilihanraya yang menjelang. Apa yang berlaku ke atas Blogger Milo Suam yang ditangkap dan direman atas kesalahan OSA harus dijadikan iktibar penting.


SAMM mengutuk keras tangkapan ini dan mendesak supaya tahanan OSA dibebaskan segera. Tahanan OSA ini tidak mengancam negara sebaliknya hanya mengancam pemerintah korupsi.


Di negara ini, orang yang mendedahkan salah-laku dan kepincangan pihak berkaitan kerajaan akan dihambat, digari dan ditangkap. Ketika yang sama. orang yang merosakkan negara dengan sentimen perkauman, penyebar kebencian antara agama dan sentimen kelucahan terus dibela. Inilah layanan kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya dan tidak seorang pun yang terkecuali untuk menjadi mangsa. 


Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh SPR dan agensi kerajaan lain sudah penat diperkatakan malah ia seolah tidak mampu lagi diperbetul. Pelbagai usaha terus diperhebat demi mempertahankan kuasa dari jatuh ke tangan rakyat. SAMM percaya inilah masanya yang paling tepat untuk setiap rakyat menunjukkan rasa protes tindakkan kerajaan dalam bentuk referendum pada pilihanraya umum yang berbaki 2 hari lagi.


Minggu lalu, pendedahan yang dibuat oleh Blogger Milo Suam telah memberi kesan yang besar ke atas kredibiliti SPR yang sememangnya telah banyak tercalar. Persoalan bagaimana kertas undi pos dikeluarkan sehari lebih awal harus dijawab dengan konklusif berbanding melakukan aksi tangkapan. Penangkapan ini juga merupakan satu usaha pemerintah memberi tekanan bagi tujuan merencatkan usaha pendedah maklumat yang lain.


Penangkapan ke atas pendedah maklumat pastinya mengimbau kembali suasana ketika negara masih belum merdeka. Rakyat berdepan dengan penjajah yang menggunakan pelbagai alasan dan helah bagi menyumbat mana-mana individu yang dirasakan mengancam kedudukkan mereka.


Tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat negara ini perlukan kemerdekaan sebenar, iaitu kemerdekaan rakyat.


Akhir sekali, SAMM ingin menyuarakan bahawa kita rakyat punyai satu peluang untuk bebaskan negara ini dari cengkaman kuku besi, iaitu dengan menumbangkan Umno BN. Peluang itu sudah semakin hampir di depan mata. Rebutlah peluang ini, bebaskan Malaysia dari sebuah kerajaan legasi penjajah.


Pilihan di tangan anda, pilihlah 'merdeka rakyat'. 




EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Friday, May 3, 2013

JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH

Aku menyeru kepada rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, jantina, umur atau kedudukan ayuh kita lakukan perubahan pada 05 Mei 2013 ini. Jangan takut untuk berubah kerana hanya dengan perubahan yang boleh membawa pembaharuan. Ayuh kita anak segala bangsa keluar dari garisan takut kerana ketakutan itu boleh membawa kepada kebodohan dan kebodohan itu membawa kepada penindasan yang terus menerus kepada kita anak segala bangsa.

Selama 56 tahun kita ditakutkan oleh pelbagai cerita hantu oleh Umno/BN, pada 05 Mei 2013 ini hari untuk membebaskan diri kita dari garis takut dan mempersetankan segala cerita hantu perkauman yang dibawa oleh Umno/BN selama 56 tahun. Usah kita ditakut dan dibodohkan lagi. 

Selama 56 tahun Umno/BN membawa cerita hantu Cina kepada orang Melayu. Orang Melayu dimomokkan dan ditakutkan dengan ancaman orang Cina namum hakikatnya pembesar - pembesar Melayu Umno/BN inilah yang memelihara tauke - tauke Cina sehingga kaya raya sehingga bukit dan gunung pun sanggup diserahkan kepada tauke judi yang kaya. 

Orang Cina selama 56 tahun ditakutkan dengan cerita seram dan mengerikan oleh pemimpin MCA kononnya orang Melayu akan menghalau orang Cina keluar dari Malaysia sekiranya MCA tidak berkuasa. Ancaman kononnya orang Cina akan dikhatankan oleh PAS dan dipotong tangan sedia dimokmokan oleh BN dan kuncu - kuncunya kepada orang Cina agar orang Cina menjadi takut dan tidak berani untuk berubah. Sedangkan kuncu - kuncu Umno dan MCA bersengkongkol merompak harta rakyat PKFZ yang berbilion ringgit.

Orang India pula disajikan dengan cerita hantu yang lebih mengerikan. Orang India dimomokan kononnya nasib mereka langsung tidak akan terbela jika tidak memilih MIC. Mereka ditakutkan dan diberi jaminan hanya MIC dapat melindungi nasib orang India dari penindasan Cina dan Melayu. Hakikatnya pemimpin mereka mengaut keuntungan berbilion bersama pembesar Melayu dan tauke - tauke Cina. Nasib orang India dibawah terus ditinggal dan ditekan.

Inilah jahatnya Umno/BN selama 56 tahun memerintah Malaysia. Mereka memisahkan setiap kaum rakyat dibawah menggunakan cerita hantu versi masing - masing dan berkerjasama di atas untuk merompak dan membaham segenap harta dan kekayaan negara. Ciri politik naungan ini adalah strategi politik yang diterapkan oleh penjajah Inggeris sewaktu menternak Umno di Tanah Melayu. Kita boleh melihat negara - negara bekas jajahan British mengamalkan stretegi politik pemerintahan yang hampir serupa. Ini kerana, itu adalah idea dan taktik Inggeris untuk memastikan parti yang tunduk kepada kehendak Inggeris sahaja yang dibenarkan untuk memerintah setelah Inggeri meninggalkan tanah - tanah  jajahan mereka. Maka tidak hairanlah jika kita singkap sejarah banyak golongan kira yang tidak sehaluan dengan Inggeris ditekan dan pemimpin mereka ditangkap dan dan seksa.

Oleh itu 05 Mei 2013 adalah peluang kita. Ayuh bergabunglah wahai segenap anak segala bangsa, ayuh kita keluar dari garisan takut yang membelengu fikiran kita, keluar dari sistem politik naungan bawaan penjajah dan merdekakan  diri kita dengan erti kemerdakaan yang sebenarnya. Persetankan kisah hantu yang dibawa oleh Umno/BN selama 56 tahun. Bergabunglah wahai anak segala bangsa dalam membentuk Malaysia baru. Ayuh keluar dari politik perkauman kerana kau, aku, dia, mereka dan kita adalah sama. JOM UBAH!!!!

MENGAPA TAKUT UNDI DAP

Aku menyasarkan tulisan aku ni kepada sesetengah golongan Melayu yang begitu takut dan gentar untuk  mengundi parti DAP. Bagi mereka DAP ini cukup menggerunkan umpan hantu raya cina yang mengerikan. Tetapi mengapa kita perlu takut untuk mengundi DAP. 

Orang Melayu sering dimomokkan bahawa DAP ini adalah sama seperti komunis yang mana orang Melayu begitu benci akan komunis. Bagi menjawab persoalan ini, lebih baik kita mencari makna penuh DAP itu sendiri. Nama parti itu sendiri DEMOCRATIC ACTION PARTY, demokratik dengan komunis begitu jauh bezanya sekali. Aku enggan mengulas panjang apa itu beza antara demokratik dan komunis. Pembaca yang tidak tahu maknanya boleh bertanyakan kepada lebai google.

Kedua DAP dikatakan anti Melayu. Dimanakah tanda yang menunjukkan DAP itu adalah sebuah parti anti Melayu. Bagi aku sendiri, aku merasa yang Melayu itu sendiri yang anti kepada DAP. Keahlian untuk DAP terbuka untuk semua kaum dia Malaysia. Ianya tidak menghadkan keahliannya kepada sesuatu kaum sahaja. Berbeza dengan Umno yang keahliananya hanya untuk orang Melayu walaupun ada mamak didalamnya, begitu juga dengan MIC yang keahliannya mesti seorang itu berbangsa India dan begitu juga dengan MCA yang keahlianya hanya terbuka untuk orang Cina. 

DAP dilihat didominasi oleh orang Cina kerana keengganan kaum - kaum terumatanya Melayu menyertai DAP. Bukan tidak ada wakil - wakil yang berbangsa Melayu dari DAP yang bertanding dalam pilihanraya umum, sejak dari dahulu lagi ianya ada. Cuma penerimaan orang Melayu terhadap DAP itu masih kurang disebabkan permainan politik perkauman Umno/Barisan Nasional yang mahu menjamin terus kelangsungan kuasa mereka.

DAP dalam sejarah politik partinya baru mendapat mandat untuk memerintah Pulau Pinang selama satu penggal tetapi terus dilebal sebagai anti Melayu di Pulau Pinang, menyebabkan ramai orang Melayu menjadi miskin dan lain - lain tuduhan yang tidak berasas lagi. Tetapi sebaliknya, Umno/BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan hari ini orang Melayu adalah antara kaum yang paling ramai yang hidup dibawah paras kemiskinan atau dengan kata lain orang Melayu yang paling ramai miskin di Malaysia ini dan bukan sahaja di Pulau Pinang. Mengapa Umno/BN tidak dilebal sebagai anti Melayu kerana selama 56 tahun mereka memerintah menyebabkan orang Melayu menjadi paling ramai miskin dan orang Cina hari ini yang kita lihat paling ramai menjadi kaya. Situasi ini terjadi bukan sewaktu DAP memerintah Malaysia tetapi selama 56 tahun Umno/BN memerintah Malaysia. Tetapi mengapa lebal anti Melayu itu diletakkan kepada DAP. 

Sepanjang pemerintahan DAP di Pulau Pinang orang Melayu dikatakan ditindas kerana tempat - tempat perniagaan orang Melayu dirobohkan. Isunya ialah yang dirobohkan itu adalah penjaja - penjaja tidak berlesen dan berniaga ditempat yang dilarang. Undang - undang yang melarang kegiataan penjaja meniaga ditempat - tempat tertentu bukan baru diwujudkan sewaktu pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Sebaliknya undang - undang tersebut diwujudkan semenjak zaman pemerintahan BN dibawah parti GERAKAN lagi. Satu perkara lagi, yang ada gerai - gerai dirobohkan dan disita itu bukan sahaja terdiri dari orang Melayu, tetapi dari kaum Cina dan India juga ada. Tetapi media arus perdana hanya mahu menonjol pada kaum Melayu sahaja dan tujuanya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menimbulkan tanggapan yang kerajaan DAP di Pulau Pinang itu adalah anti Melayu.

Isu pemilikan rumah yang dikatakan terlalu mahal. Perkara ini sukar dibendung kerana pertama Pulau Pinang merupakan negeri kecil yang maju dan sudah tentulah harga hartanahnya meningkat. Satu perkara lagi dasar kerajaan persekutuan yang menkomesialkan hartanah di Malaysia sekitar tahun 1998 telah membuatkan harga hartanah di Malaysia meningkat dengan mendadak. Ianya lebih terkesan di negeri - negeri maju seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpu dan Johor Bharu. Perkara ini tidak boleh dikawal oleh kerajaan negeri kerana ianya merupakan bidang kuasa kerajaan pusat. Berkenaan pembinaan rumah kos rendah, kita semua perlu sedar bahawa tanggungjawab membina rumah kos rendah adalah tanggungjawab kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menyediakan tapak untuk pihak kerajaan pusat melaksanakan projek perumahaan kos rendah. Dalam kes di Pulau Pinang telah banyak juga projek rumah kos rendah yang diusahakan sendiri oleh pihak kerajaan negeri tetapi usaha baik ini dipadamkan terus oleh media - media arus perdana demi memburukan imej DAP di Pulau Pinang.

Oleh itu orang Melayu tidak perlu takut untuk mengundi DAP sekiranya kawasan DUN atau Parlimen tempat mereka tinggal ditandingi oleh wakil DAP. Kita perlu keluar dari garisan takut akan cerita seram berkenaan DAP. Kisah seram dan cerita hantu Cina DAP yang dibawa oleh Umno/BN ini adalah semata-mata untuk meneruskan kuasa pemerintahan Umno/BN. Natijahnya yang makin kenyang dan selesa adalah pemimpin dan kroni dan sanak saudara Umno/BN dan rakyat biasa terutama orang Melayu terus hidup dalam garisan takut ciptaan Umno/BN.

PERCANTUMAN DAN PEMISAHAN SINGAPURA

SEBAB PERCANTUMAN: 

Alasan TUNKU ABDUL RAHMAN utk menubuhkan Malaysia:
1.  S’pura memang brhasrat bercantum dgn Malaya atas alasan ekonomi & politik. Kedudukan org    
    Melayu sbg bumiputera akan terancam jika hanya bergabung dgn S’pura.
2. TAR bimbang ancaman komunis di S’pura yg boleh mempengaruhi PKM & org Cina di  Malaya.
3. Jika S’pura tidak dikawal oleh Semenanjung, anasir komunis & golongan kiri akan ambil alih kuasa
    s’pura & akan mgancam kestabilan politik Malaya.
4. Kebimbangan Britain trhdp kptgn ekonomi & strateginya di s’pura & Malaya.
5. Kemasukan Sbh & S’wak menambah bilangan bumiputera & dpt kawal politik perkauman org Cina

       Di S’pura – idea percantuman dgn Malaya tlh lama diperjuangkan (1948-1950-an).

       PAP/PETIR (1954) meneruskan idea ini. 1959 – PAP membentuk kerajaan S’pura & Lee Kuan Yew (PM S’pura) menjadikan percantuman dgn Malaya sbg objektif utama PAP.

       Utk bercantum dgn Malaya – PAP sanggup menerima kedudukan BM sbg bhs kbgsaan; usaha memupuk kebudayaan Malaya & tolak politik perkauman. PAP yakin S’pura tak mungkin blh merdeka sendiri.

       Bagi PAP & para pemimpinnya, perjuangan utk bercantum dgn PTM di dorong oleh 3 faktor utama:
1.       Penyelesaian ekonomi S’pura, keperluan air,  pertambahan penduduk & keperluan                 
 pasaran.

2.       Keselamatan – slps PD2, S’pura tergugat  dgn mslh pemogokan buruh, rusuhan &
                      kegiatan komunis.

           3. Kemerdekaan S’pura lbh trjamin jika kedudukan politik & ekonomi S’pura tlh stabil.

       LKY menekankan bhw layanan thdp S’pura hdklah sama dgn Malaya & Borneo.

      PAP juga brhdpn dgn mslh yg brkaitan dgn mskt Cina yg brpdidikan sekolah Cina & ideologi Marxis. Fhmn politik golongan kiri ini menyusup dlm kesatuan sekerja & pelajar sekolah Cina.

       Usaha kjn mgatasi ancaman komunis sering dianggap oleh mskt Cina sbg tindakan anti-Cina.

     Krisis dalaman PAP – sbhgian ahlinya brfhmn komunis menentang percantuman dgn Malaya. Golongan ini cuba menggulingkan LKY. Kelompok pro komunis diketuai Ong Eng Guan (Datuk Bandar S’pura).

     1961 - 13 org ahli Dewan Perundangan PAP keluar drp parti itu & menyertai pembangkang (Barisan Sosialis)pimpinan Dr. Lee Siew Choh & Lim Chin Siong. Ahli Perundangan PAP tinggal 27 org drp 51 org ahli.

       Prkbgn politik di S’pura mnybbkn TAR yakin bhw S’pura perlu berada dlm Malaysia.

       PAP & PTM memulakan rundingan percantuman pd 23 Ogos 1961. Beberapa prsetujuan dicapai:
1.     Prtahanan, hal ehwal luar & keselamatan  dlm negeri dlm kawalan kjn prsekutuan.

2.    S’pura mempunyai autonomi dlm perkara pendidikan & buruh.

           3. S’pura tidak perlu menyerahkan semua hasil mahsul yg dikutip kpd kjn prsekutuan &                   
               S’pura sanggup terima 15 kerusi Dewan Rakyat Prsekutuan (drp 159 kerusi).

4.    Dewan Perundangan S’pura jadi DUN.

5.    S’pura kekal sbg pelabuhan bebas.

          6. Wnegara S’pura berhak mjadi wnegara Persekutuan & menikmati hak yg sama kecuali dlm   
              pilihan raya – rakyat S’pura hnya blh mengundi di S’pura shj.

    Barisan sosialis menentang prcantuman tetapi LKY mahu rakyat membuat pilihan. PAP giat berkempen & pd 1 Sept.1962 pungutan suara diadakan & keputusannya 70.8% rakyat S’pura mahu brcantum dgn Malaya.

   Prbincgn tentang syarat2 akhir prcantuman dimulakan awal 1963 & berterusan sehingga Perjanjian Malaysia ditandatangani (Julai 1963)


SEBAB PEMISAHAN SINGAPURA

       Antara tahun 1963-1965 – kewujudan S’pura dlm Malaysia juga tlh menimbulkan ketegangan hubungan antara org Cina & Melayu.

       Singapura tidak senang kerana tiada pemimpin mereka dlm Kabinet Menteri Persekutuan sekalipun S’pura diberikan15 kerusi dlm Dewan Rakyat.

       Hubungan antara Tunku dgn Lee Kuan Yu  & pemimpin PAP tidak baik setelah kjn S’pura mgadakan p’raya secara trgesa2 5 hari slps Malaysia ditubuhkan. PAP menang 37 drp 51 kerusi Dewan Perundangan S’pura.

       Dlm p’raya tsb, Parti Perikatan S’pura pimpinan Lim Yew Hock & Hamid Jumat tlh kalah. Kekalahan ini mengecewakan Tunku kerana Parti tersebut mendapat sokongan drp Perikatan di Malaya.

       Pemimpin Persekutuan Tanah Melayu juga tidak senang dgn tindakan LKY yg menubuhkan cawangan PAP di Malaya untuk menyaingi pengaruh MCA dlm kalangan org2 Cina di Malaya.

       PAP juga berhasrat utk bertanding dlm p’raya Parlimen Malaysia 1964 wlpun pd 9 Sept 1963, LKY berjanji tidak akan bertanding utk merebut kerusi parlimen di Semenanjung. PAP cuba memotong jalan MCA dlm parlimen Malaysia dan dlm Parti Perikatan.

       Dlm p’raya April1964, PAP meletakkan 9 org calon utk menentang MCA. Wlbmanapun kempen PAP di Malaya tidak berkesan. Pemimpin UMNO berjaya meyakinkan pengundi bhw dasar PAP itu berbahaya utk negara berbilang bangsa & akan memecahkan perpaduan rakyat.

       PAP hanya menang 1 kerusi di kws Bangsar yg diwakili oleh Devan Nair. Kbykn calon hilang wang pertaruhan. Campurtgn PAP dlm p’raya di Semenanjung mybbkan LKY mula dipandang serong oleh Perikatan.

       UMNO S’pura menyusun strategi utk memprovokasi bermodalkan isu bangkit membela nasib org Melayu.

      Beberapa siri rusuhan yg berlaku adalah sbg cetusan rasa tidak puas hati org Melayu trhdp kerajaan PAP yg tidak mghiraukan kptgn mereka. Org Melayu mahukan pembelaan spt yg berlaku di Semenanjung.

       LKY menuduh rusuhan itu sengaja diadakan oleh pelampau dlm UMNO agar darurat diisytiharkan di S’pura. Sebaliknya Syed Jaafar Albar menyalahkan LKY merancang rusuhan utk kptgn peribadinya.

       Tun Abd Razak (TPM Malaysia) bertemu Goh Keng Swee (TPM S’pura) pd 28 Julai 1964 ,  meminta PAP menubuhkan kerajaan campuran & LKY melepaskan jawatan sbg PM S’pura. Kedua2 kjn (S’pura & PTM) tidak akan campurtgn dlm urusan politik negeri masing2.

       Kjn S’pura juga diminta menguruskan hal-ehwal org Melayu dan PAP diingatkan agar tidak mempengaruhi org Melayu agar menyokong PAP. Cadangan ini ditolak oleh PAP.

       LKY menunjukkan cita2 PAP utk memerintah Malaysia dgn menggantikan MCA sbg rakan kongsi UMNO. Kempen “ Malaysian Malaysia” diperhebat & berjaya menarik sokongan parti2 Cina spt SUPP di S’wak, MACHINDA (sebuah kelompok berbilang kaum yg kecil di S’wak), United Democratic Party & People’s Progressive Party di Semenanjung. 

       Pd 9 Mei 1965, parti2 tsb bermesyuarat & tlh membentuk Malaysian Solidarity Convention (MSC) atau Perhimpunan Setiakawan Malaysia. Dua minggu slps konvensyen MSC, LKY memperlihatkan hasratnya utk menguasai Dewan Rakyat Malaysia & membentuk kerajaan.

       Konsep “ Malaysian Malaysia” yg diperjuangkan oleh LKY itu sebenarnya mencabar satu drp syarat dlm Perjanjian Malaysia – Kedudukan istimewa org Melayu & peribumi Sabah & S’wak sbg bumiputera tidak blh diungkit.

       LKY juga membangkitkan bhw isu kemiskinan org bumiputera bukan blh diringankan dgn memberikan hak istimewa. Sebaliknya mereka perlu dilatih untuk dididik untuk berusaha keras untuk berjaya.

       Pd 12 Mei 1965, sekumpulan pemuda UMNO tlh berhimpun di luar Dewan Masyarakat Kg.
Datuk Keramat, KL utk membakar patung LKY. 4 hari kemudian, ramai org Melayu berpiket di perkarangan bangunan DBP mempamerkan poster & sepanduk yg mendesak penggantungan perlembagaan S’pura & penangkapan LKY.

       Menjelang Julai 1965, Utusan Melayu melaporkan bhw PAP menentang kedaulatan raja2 Melayu, Hak istimewa Melayu, Islam sbg agama rasmi & BM sbg bhs kebangsaan.

       Tindakan PAP membawa padah kpd perhubungan antara org Cina & Melayu.

       Disebabkan kebimbangan trhdp hubungan kaum yg bertambah merosot & sentimen kaum yg berleluasa, Tunku mula memikirkan kembali apakah patut S’pura berada dlm Malaysia? Krn lebih banyak mendatangkan kesulitan drp kebaikan.

       Pada 7 Ogos 1965, perjanjian pemisahan dgn S’pura tlh ditandatangani & disahkan pd persidangan parlimen Malaysia pd 9 Ogos 1965.

       Perpisahan S’pura menunjukkan bhw utk melestarikan hubungan inter-etnik yg tenteram & aman, syarat2 yg terkandung dlm perlembagaan tidak boleh digugat.


Disebalik pemisahan Singapura dari Malaysia ini, sebenarnya MCA memainkan peranan yang cukup besar disebalik tabir namum tidak pernah disebut oleh sejarah. Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang pro Cina MCA. MCA melihat dengan pergabungan Singapura dan Malaysia kedudukan parti MCA sebagai parti utama orang Cina di Persekutuan Tanah Melayu boleh terjejas. Ini kerana mereka bimbang sokongan org Cina di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu beralih kepada parti People Action Party PAP. Jika ini berlaku kedudukan MCA selaku parti tauke - tauke Cina yang menguasai perniagaan - perniagaan di Persekutuan Tanah Melayu akan terjejas dan merencatkan ekonomi MCA.

Oleh itu mereka melobi Tunku Abdul Rahman supaya memisahkan atau mengeluarkan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu. Dengan keluarnya Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu People Action Party PAP juga turut terkeluar dan ini membuatkan MCA terus menjadi parti tauke - tauke Cina yang kuat tanpa ada pesaing. Isu - isu perkauman sengaja dimainkan demi melihatkan tindakan Tunku Abdul Rahman dari Umno itu suci. Malangnya ramai dari rakyat biasa yang tidak memahi isu sebenar menjadi mangsa dan terlibat dalam pertelingkahan antara kaum.

Kesimpulannya, UMNO melepaskan Singapura kerana desakan tauke - tauke Cina dari MCA. Siapa yang khianat Melayu???