Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku pada barisan paling hadapan orang ramai yang berkumpul. Aku hanya mendengar suara sorakan dan riuh rendah dari para peserta. Aku dapat melihat Chegubard sedang berada diatas sebuah toyota hilux. Gaya Chegubard seperti sedang memberi arahan tetapi suaranya telah tenggelam dengan suara ratusan para hadirin. Dengan sepantas kilat juga aku melihat...... (sedutan dari part 3)
Truck meriam air FRU yang berada dalam kawasan Dataran Merdeka tadi melepaskan tembakan air kimia ke arah para peserta perhimpunan dibarisan hadapan, aku sempat melihat jam ditangan dan waktu pada ketika itu tepat jam 3 petang (seolah telah ditetapkan waktunya yang begitu cantik). Aku tidak tahu mengapa tembakan meriam air itu dilepaskan kerana aku tidak dapat melihat situasi yang sedang berlaku pada jarak kurang 50 meter dihadapan aku. Aku mecari kedudukan Adil tetapi aku sudah tidak tahu dimana kedudukan Izmair. Aku meninggikan suara dengan menyebut "depa tembak dah depa tembak dah" ini bagi menyedarkan para peserta yang sedang duduk berehat sepanjang kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mungkin tidak menyedari FRU sedang bertindak.
|
Sumber: http://www.tukartiub.blogspot.com |
Chegubard yang berada di atas toyota hilux tersebut terus menjerit kepada arah peserta tetapi suaranya langsung tidak kedengaran kerana tenggelam oleh suara para peserta. Aku perhatikan orang ramai sekitar aku masih leka dan bersorak apa bila melihat truck FRU melepaskan pancutan air kimia. Mereka ini mungkin rata - rata pertama kali menyertai demostrasi - demostrasi besar dan belum memahami tindak - tanduk FRU. Aku mula memanggil Adil supaya berundur, Adil berundur sedikit kearah belakang dengan menyebut "relax2". Aku tahu tindakan yang lebih agresif dari FRU bakal menyusul.
Gas Pemedih Mata Dilepaskan
Tidak sampai satu minit semua itu berlaku, tiba - tiba terdengar letupan dari senjata FRU yang menandakan gas pemedih mata senjata, paling ampuh FRU setiap kali demostrasi mula dilepaskan. Aku dapat melihat ada tembakan dari FRU yang tersasar dan gelongsong gas pemedih mata tersebut tersangkut diatas landasan keretapi STAR LRT Jalan Tun Perak.
Mungkin akibat halangan dari landasan keretapi ini menyebabkan FRU mula menembak dengan arah lebih rendah dan menghala kepada para peserta hingga ada para peserta yang terkena gelosong gas pemedih mata yang dilepaskan terus dari senapang anggota FRU.
|
Gambar dipetik dari sumber Internet |
Aku mengajak Adil untuk cari tempat berlindung kerana 100% aku yakin yang gelongsong gas pemedih mata itu pasti sampai ke tempat aku berada. Berdasarkan pengalaman, tembakan gas pemedih mata dari FRU boleh sampai hingga jarak lebih 100 meter. Kedengaran bunyi letupan dari tembakan bertalu - talu dari senjata FRU. Orang ramai disekitar aku kelihatan telah mula panik. Aku bergerak ke celah lorong bangunan di Jalan Tuaku Abdul Rahman. Tidak sampai beberapa saat sebutir gas pemedih mata jatuh tidak sampai 5 meter dari tempat aku berada. Orang ramai yang sudah panik dan ketakutan tadi mula berasak - asak memasuki lorong di celah - celah bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Aku tidak memilih untuk melarikan diri dengan bergerak mengikut jalan besar di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebaliknya memilih lorong yang sempit. Jika aku memilih untuk berundur mengikut Jalan Tuanku Abdul Rahman mungkin aku kurang sedikit untuk berasak - asak. Tetapi awas!! gerombolan FRU yang berperisai dan bercota pasti akan bertindak mengejar dan menangkap mereka yang bergerak dikawasan terbuka tersebut. Jangkaan aku tepat kerana sebaik sahaja aku berjaya melepasi lorong tersebut, gerombolan FRU telah menerpa ke arah orang ramai yang melarikan diri melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan menzalimi mereka.
Keadaan Berasak - Asak dalam Asap yang Memedihkan dan Awek Muntah Hijau
|
Gambar dipetik dari sumber internet |
Aku bersama Adil dan sebahagian para peserta yang lain mula berasak-asak untuk melepasi lorong di celah bangunan yang sempit tersebut. Asap gas pemedih mata telah mula memenuhi ruang. Aku segara mengeluarkan tuala kecil yang tersedia di poket aku lantas menutup mulut dan hidung. Rasa perit pedih dan berbagai lagi telah mula terasa. Aku cuba mengawal nafas agar tidak menyedut terlalu banyak asap gas pemedih tersebut. Mungkin ini bukanlah kali pertama aku menyedut asap gas pemedih mata membuatkan aku lebih tenang dan dapat mengawal mengawal diri. Jika tersedut terlalu banyak asap gas pemedih mata tersebut pasti akan membuatkan seseorang itu terduduk dan rebah serta hilang kawalan diri.
Keadaan pada waktu itu cukup padat dan berasak - asak dengan peserta yang cuba menyelamatkan diri. Aku melihat Adil disebelah aku terhenti pergerakkannya ditengah - tengah orang ramai kerana Adil mahu menjaga kamera DSLR yang digalas olehnya dari rosak. Aku sempat menoleh kebelakang dan melihat asap gas pemedih mata telah memenuhi ruang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bangunan - bangunan diseberang jalan sudah tidak kelihatan lagi, yang kelihatan hanya kepulan asap tebal seperti rumah terbakar. Selang 3 ke 4 orang dibelakang aku kelihatan seorang awek cun dalam keadaan ketakutan sedang berasak untuk menyelamatkan diri, dia bergerak dalam keadaan termuntah - muntah hijau dan masih terbayang dimata aku saat aku menulis ini keadaan awek tersebut yang menyelamatkan diri dalam keadaan sedang muntah hijau. Mujur aku jauh sedikit dari dia jika tidak pasti aku disembur muntah gadis tersebut selain disembur gas pemedih mata.
|
Gambar dipetik dari sumber Internet |
Hampir 5 ke 10 minit kami semua berasak - asak dilorong yang sempit tersebut. Dalam hati aku, jangan ada yang terjatuh sewaktu keadaan berasak tersebut. Jika ada yang terjatuh pasti mereka akan dipijak. Keadaan berasak - asak ini mengingatkan aku situasi yang lebih kurang sama sewaktu Bersih 2.0 sewaktu aku juga berasak -asak dicelah - celah bangunan lama di Jalan Pudu sewaktu diserang gas pemedih mata disana.
Garam -Garam "Jerit Muslimat PAS"
Sebaik melepasi lorong yang kecil itu, aku mengambil selekoh ke kiri. Adil tidak membelok sebaliknya mengambil jalan terus kehadapan ke arah Jalan Ampang. Aku lebih lebih mahir selok belok dibelakang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Pasar Jalan TAR kerana aku pernah bekerja disekitar sana. Sebab itu aku memilih arah jalan yang lebih aku mahir, sekiranya diserbu polis lebih senang untuk aku lari menyelamatkan diri.
Pada waktu itu aku sudah terpisah terus dengan Adil, Izmair, Faqar memang aku sudah tidak tahu apa yang terjadi pada dia begitu juga dengan Topeng Perak. Tapi aku yakin mereka boleh menjaga diri kerana mereka lebih berpengalaman.
Sebaik memasuki lorong pasar Jalan TAR ada seorang gadis muda yang aku percaya muslimat dari parti PAS melalui gaya pakaian berjubah dan bertudung labuh, menjerit tapi sopan sambil menghulurkan garam kearah aku dan beberapa peserta lain "makan garam, makan garam abang makan garam" lalu bertadbir "Allahhuakhbar" begitu bersemangat dan berani sri kandi ini. Aku mengambil sedikit garam dan memasukkannya ke mulut bagi menghilangkan rasa perit terkena gas pemedih mata. Muka aku masih terasa pedih sepeti luka yang dituang serbuk cili.
Aku terus bergerak melalui lorong pasar Jalan Tar. Sebaik aku berada sekitar 60 meter kedalam pasar Jalan TAR aku melihat kebelakang dan kelihatan tempat yang kami sedang berasak tadi telah ditembak selagi lagi dengan gas pemedih mata. Kini lorong - lorong kecil tadi telah dipenuhi dengan asap gas pemedih mata. Aku terus bergerak keatas dan aku pada mulanya mahu menuju ke Medan Tuanku. Tapi aku teringatkan semula pada demostrasi Anti ISA 2009 yang lalu Medan Tunku adalah kubu ampuh FRU mengejar dan mengasak para peserta demostrasi. Jika aku kesana umpama aku masuk ke lubuk FRU.
Dalam aku bergerak, aku sempat memerhatikan kearah jalan besar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku boleh melihat jumlah peserta masih ramai sedang bergerak dan berlari di Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil dikejar FRU. Jumlah para peserta inilah yang berkumpul disekitar Pertama Komplek dan Sogo yang menyaksikan sebuah kereta polis melanggar para peserta dan diterbalikkan.
Memasuki Jalan Dang Wangi
Selepas keluar dari pasar Jalan TAR aku menyusuri Jalan Dang Wangi. Aku melihat handphone dan terdapat beberapa miskol dari Adil. Aku tidak sempat menjawab panggilan Adil yang mungkin mahu bertanya kedudukan aku.
Aku menghubungi Adil dan bertanyakan kedudukannya. Adil sendiri kurang jelas kedudukan dia berada. Dia cuma memaklumkan kepada aku yang sedang berada berhampiran rumah flat berwarna kuning. Aku sendiri gagal mengesan kedudukan sebenar Adil. Aku terus berjalan menyusuri Jalan Dang Wangi dan melalui dihadapan balai polis Dang Wangi. Kelihatan ramai polis - polis muda berada dihadapan balai polis Dang wangi tetapi bertindak hanya memerhati peserta yang bergerak menyelamatkan diri dari gas pemedih mata. Mungkin belum ada arahan untuk bertindak.
Aku pergi kesebuah stesyen minyak mobil di Jalan Dang Wangi untuk ke tandas tetapi tandas stesyen minyak tersebut berkunci. Aku menghubungi Adil bagi mengarahkan dia bergerak di arah Jalan Dang Wangi berhampiran Balai Polis Dang Wangi. Adil memaklumkan yang dia berada berhampiran jejantas, dan dia tidak tahu bagaimana untuk datang ke arah aku. Aku dapat melihat jejantas yang dimaksudkan adil yang berada lebih kurang 250 metar dari arah aku. Aku mengarahkan Adil tunggu disitu dan aku mahu pergi kearah dia, namum baru 50 meter aku bergerak, aku melihat sejumlah orang ramai sedang berlari dalam keadaan panik kearah aku. Rupanya polis sedang mengempur mereka dikawasan atas.
Aku berpatah balik kerana keadaan membahaya jika aku terus kehadapan. Aku menghubungi Adil dan memaklumkan yang aku tidak dapat pergi kearah dia. Aku mengarahkan Adil bergerak turun ke bawah mengikut orang ramai yang sedang bergerak.
Aku melintasi Balai Polis Dang Wangi sekali lagi, dan berhenti dipersimpangan memasuki ke Medan Tunku. Tujuan aku berhenti adalah untuk menukar T-Shirt kuning Bersih 3.0 yang aku pakai kepada T-Shirt putih biasa yang aku pakai sebelum ini. Ini kerana aku menyedari bahaya akan datang jika aku terus memakai T-Shirt Bersih 3.0 pada waktu itu kerana FRU sedang menyerbu kesana sini untuk menangkap mereka yang memakai T-Shirt Kuning Bersih 3.0.
Berlindung di Kedai Mamak
Sampai di Medan Tunku aku masuk kesebuah kedai Mamak. Ramai peserta Bersih 3.0 sudah berada dalam kedai mamak tersebut. Aku masuk kedalam dan terus ketandas. Selepas itu aku duduk semeja dengan perserta Bersih 3.0 yang datang dari Kepong Selangor. Aku memesan air bagi menghilangkan dahaga, aku berbual dengan mereka dan menyedari keadaan diluar sana cukup bahaya. Polis menangkap dan memukul sesiapa sahaja yang kelihatan berlegar. Aku sudah tidak tahu keadaan Izmair, Faqar dan Topeng Perak. Aku hanya dapat berhubung dengan Adil.
Jam pada waktu itu sekitar 4.20 minit petang. Akhirnya Adil berjaya menemui aku dikedai mamak tersebut setelah arahan dan petunjuk yang aku berikan. Lebih kurang 20 minit aku didalam kedai tersebut, tauke kedai tersebut menutup pintu kedainya, ini kerana keadaan diluar medan tunku semakin meruncing. Tauke kedai tersebut menenangkan pelanggannya di dalam kedai yang rata-rata peserta Bersih 3.0. Seorang anak muda yang kepenatan melarikan diri dari FRU dan Polis ditarik masuk kedalam kedai oleh tauke kedai tersebut dan mengarahkan anak muda tersebut bertenang dan diberikan kepada anak muda tersebut segelas air.
Kini keseluruhan kedai tersebut telah ditutup dan kami terkurung dalam kedai tersebut. Dalam kedai tersebut aku sempat berjumpa dengan sekumpulan anak muda cina dari Pulau Pinang dan sepasang suami isteri yang berumur lewat 50an yang turut sama menyertai perhimpunan tersebut. Jam pada waktu itu sekitar 5.30 petang. Pada waktu itu kecoh di Medan Tunku kerana sebuah kereta polis telah melanggar peserta demo dan terbalik di hadapan Sogo.
Keluar Dari Kedai Mamak dan Menyertai Kumpulan Anak Muda
Aku dan Adil keluar dari kedai mamak tersebut kali ini abang Adil juga bersama kami kerana secara kebetulan abang Adil masuk ke KL untuk membeli tiket bas di Puduraya tetapi terhalang akibat amukan polis. Sementara didalam kedai mamak tadi aku mendapat panggilan dari Izamir yang dia selamat dan sedang berada bersama kawannya di sebuah gerai makan di Jalan Masjid India. Aku memberi tahu kepada Izmair agar kekal disitu dan kami akan kesana.
Aku dan Adil bersama abang Adil bergerak semula menuju ke Pasar Jalan TAR. Disana mereka sempat membeli makanan dan laris jualan peniaga - peniaga disana kerana jumlah orang ramai yang luar biasa. Aku berehat sebentar di sebelah bangunan Cambell di pasar Jalan Tar. Zul ada menghubungi Adil dan mahu berjumpa kami. Kami bergerak kehadapan bagi bertemu seorang kawan aku dari Shah Alam iaitu Zul. Zul rupanya menyertai unit amal PAS. Kami hanya sempat berbual dalam 10 minit bersama Zul. Selepas itu Aku dan Adil bergerak ke gerai di Jalan Masjid India bagi bertemu Izmair. Abang Adil telah bergerak untuk pulang.
Aku dan Adil bertemu semula dengan Izmair di gerai makan tersebut. Keadaan di gerai tersebut penuh dengan orang ramai yang rata - rata peserta Bersih 3.0. Siapa yang mengatakan peniaga mengalami kerugian hakikatnya aku sendiri melihat jumlah orang ramai menjamu selera di gerai - gerai makan tersebut dengan begitu ramai. Tiba televisyen dalam gerai makan yang bercorak medan selera itu menayangkan gambar Dato Sri Najib berucap, dengan lantas seluruh pelanggan yang berada dalam kedai tersebut meng "boo" kearah televisyen yang sedang tertayang gambar Najib. Ada yang menghempurkan maki hamun dan sumpah saranah kepada Najib.
Bergerak Semula ke Dataran Merdeka
Aku bersama Adil dan Izmair bergerak menuju semula ke Dataran Merdeka. Dipersimpangan jalan kedataran merdeka kelihatan sekitar 5 ke 6 ratus anak muda sedang berhimpun dan berkejar dengan polis dan FRU. Kereta yang melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada anak - anak muda tersebut.
Tidak berapa lama tersebut, sebuah truck FRU masuk ke dalam Jalan Tuanku Abdul Rahman dan melepaskn pancutan air kimia dan gas pemendih mata. Waktu ketika itu sudah pun sekitar 6.30 petang. Polis sedang menggila pada waktu itu, pada waktu inilah banyak kejadian polis membelasah orang ramai. Melihat gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan aku segera berundur. Kali ini lori FRU mengejar rapat para peserta. Aku bergerak mengikut Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berhenti dipersimpangan belakang SOGO. Kesan kereta polis yang melanggar peserta dan diterbalikkan orang ramai tadi masih terdapat tetapi kereta telah dialihkan.
Jalan Tuanku Abdul Rahman Ditutup Semula dan Kembali Genting
Jika tadi Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dibuka kepada lalu lintas, kini Jalan Tuanku Abdul Rahman telah ditutup semula. Ini mungkin sebagai perangkap polis untuk menangkap mereka yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk aku. Aku telah terpisah sekali lagi dari Adil dan Izmair. Betteri handphone aku telah habis dan aku tidak dapat menghubungi Adil. Aku bergerak masuk semula ke pasar Jalan Tar. Ketika itu polis sedang menyerbu kearah orang ramai jika tersilap langkah pasti akan terperangkap.
Ketika dipasar jalan TAR aku terlihat sebuah peti yang terdapat suis - suis elektrik untuk kegunaan peniaga - peniaga pasar tersebut. Aku meminta izin dari salah seorang peniaga untuk mengcas telefon bimbit aku. Lelaki tersebut berkata "No hal bro.. asal bro jangan tinggalkan handfon dkt situ dah". Aku sempat mengecas telefon bimbit aku sekitar 20 minit. Dan sempat menghubungi Adil dan masuk ke internet bagi mengikuti perkembangan disekitar. Ketika aku sedang cas bettery handfon sekumpulan polis sekitar 20 orang melalui jalan di Pasar Jalan Tar. Aku hanya memerhati pergerakan polis tersebut.
Aku masuk ke facebook dan terbaca status di page keadilandaily yang baru diupdate tidak sampai 5 minit. Status tersebut berbunyi "Polis sedang menyerbu dan menangkap orang ramai di Pasar Jalan TAR" . Status tersebut begitu memeranjatkan aku kerana aku berada di tempat yang dimaksudkan. Tidak sampai satu minit selepas aku membaca status tersebut, aku melihat orang ramai telah berlari dari bawah arah pasar Jalan TAR. Seorang lelaki lari sambil menjerit "tutup - tutup, keadaan dibawah dah bahaya"
Aku terus mencabut charger telefon bimbit aku dan memasukkan kedalam beg dan berjalan serta berlari menyelamatkan diri. Sekumpulan polis sedang mengempur dari belakang, mungkin kumpulan polis tadi. Sebaik sahaja aku keluar dari pasar tersebut dan melintas, jalan kumpulan polis sekitar 20 orang tadi tiba. Dan menjerit - jerit seperti dirasuk. Dihadapan jalan terdapat sebuah restoran mamak yang terdapat 3 ke 4 orang lelaki yang berbaju kuning Bersih 3.0 sedang makan dan minum. Sebelah meja lelaki tersebut ada sekumpulan polis yang salah seorangnya pegawai turut sama sedang makan dan minum. Mungkin polis ini sedang curi tulang ketika bertugas. Tiba - tiba keluar sekumpulan polis dari arah dalam pasar Jalan TAR tadi dan menyerbu kumpulan lelaki berbaju kuning yang sedang makan dan minum tadi. Mereka ini terus dipukul dan ditangkap. Polis yang sedang makan dan minum tadi pula terpinga - pinga dan lantas meluru melihat kejadian. Ini menunjukan arahan yang datang kepada polis - polis tadi tidak menyeluruh kerana ada polis yang menangkap sesiapa yang berbaju kuning dan ada polis yang tidak tahu perlu menangkap mereka yang berbaju kuning Bersih 3.0 dan hanya minum bersebelahan.
Mencari Perlindungan Sekali Lagi
Aku yang berseorangan ketika itu terus bergerak mencari tempat yang selamat. Aku sekali lagi pergi ke arah Medan Tunku dan mencari tempat yang sesuai untuk berlindung. Baju kuning aku masih tersimpan didalam beg dan jika polis menahan aku dan memeriksa beg aku pasti aku akan ditahan dan dipukul. Aku nampak sebuah restoran menjual makanan arab masih dibuka di Medan Tunku. Aku masuk ke restoran tersebut dan terus ke tandas.
Tujuan aku ketandas adalah menyembunyikan T-Shirt kuning bersih 3.0 aku di tempat yang paling selamat yang pernah aku buat sewaktu Bersih 2.0 dulu. Tempatnya adalah dengan melipat T-Shirt tersebut senipis mungkin dan memasukkan di dalam seluar di bahagian punggung. Selepas itu aku pergi duduk disebuah meja yang agak tersorok dan memesan air dan cuba bertenang seperti tiada apa - apa.
Adil menghubungi aku dan aku memaklumkan yang aku berada dikedai tersebut dan Adil dan Izmair berjaya menemui aku. Kami lepak lama dikedai tersebut. Dan tidak berapa lama adil mendapat sms dari Faqar. Faqar memaklumkan yang dia telah ditahan polis dan sedang berada di Pulapol. Aku mengarahkan Izmair menelefon peguam yang bertugas bagi memaklumkan keadaan Faqar, Izmair bercakap dengan peguam dari majlis peguam dan peguam tersebut memaklumkan yang mereka telah memantau semua tahanan - tahanan tersebut.
Kami bertiga hanya tersenyum dan ketawa kecil bila mengetahui Faqar telah ditahan kerana kami sudah mengagak yang Faqar mungkin telah ditangkap kerana kami gagal menghubungi dia sejak petang tadi. Jam pada waktu itu sekitar 7.30 malam. Dikedai tersebut kami mendapat maklumat dari internet tentang situasi semasa sekitar tempat kami berada. Kami juga dimaklumkan oleh beberapa kenalan bahawa keadaan sekitar kuala lumpur masih membahaya. Polis menahan dan memeriksa sesiapa sahaja yang dilihat berjalan.
Kami sebenarnya mahu berjalan kaki ke arah PWTC untuk mengambil kereta yang diletakkan disana. Tetapi kami dinasihati agar jangan berjalan kaki sebaliknya mengambil teksi. Kami keluar dari kedai tersebut dan cuba mencari teksi tetapi gagal. Kelihatan polis dalam sekitar 20 orang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kami bergerak kearah dalam Medan Tunku dan menuju ke stesyen Monorial untuk mengambil monorail ke PWTC. Dalam train yang melintasi Dataran Merdeka aku sempat melihat puluhan polis yang ramai terdapat di Dataran Merdeka. Pada waktu itu kumpulan mahasiswa baru habis bertempur dengan pasukan polis.
Selesai Perhimpunan dan Mengambil Kereta Berjumpa Semula dengan Topeng Perak
Setelah tiba di stesyen PWTC aku, adil dan Izmair terus ke tempat kami meletak kereta. Rupanya Topeng Perak telah dulu sampai ditempat letak kereta dan meletakkan number telefonnya untuk kami hubungi bagi dia mengambil barangan yang ditinggalkan didalam kereta aku. Jam pada waktu itu sudah pun sekitar 10 malam. Izmair menghubungi Topeng Perak dan Topeng Perak memaklumkan dia berada di sebuah kedai tomyam di Chow Kit.
Tiba di kedai tomyam tersebut kami bertemu semula dengan Topeng Perak dan dia mengambil barangan dia yang ditinggalkan dalam kereta aku. Kami mengambil peluang untuk makan malam di kedai tersebut. Sambil berkenalan dengan rakan - rakan Topeng Perak yang datang dari Kelantan.
Selesai makan kami bergerak ke Centrel Market bagi menghantar Izmair ke tempat penginapan bersama kawannya disana. Aku dan Adil tidak bermalam disitu kerana ruang tidur disitu terlalu kecil sebaliknya aku dan Adil mencari penginapan di sekitar Bukit Bintang.
Berehat Di Bukit Bintang dan Faqar Dibebaskan
Setelah masuk ke bilik hotel, kami membersihkan diri dan berehat. Ketika aku dan Adil turun kebawah untuk minum tiba - tiba Faqar menghubungi Adil dan memaklumkan bahawa dia telah dibebaskan dan kini berada di Hentian Duta. Jam pada waktu itu sekitar 3 pagi. Polis telah membawa semua tahanan menggunakan bas polis dan menurunkan mereka di Hentian Duta. Aku dan Adil lantas masuk semula ke hotel bagi mengambil kunci kereta dan ketempat parking kereta.
|
Sumber: http://www.tukartiub.blogspot.com |
Aku terus memandu keluar dari Bukit Bintang ke Hentian Duta bagi mengambil Faqar. Sampai di Hentian Duta aku melihat dua buah bas polis sedang mula bergerak meninggalkan hentian duta. Banyak deretan kereta sedang berhenti ditepi jalan mungkin tujuan mereka juga sama dengan aku. Adil menghubungi Faqar dan tidak berapa kemudian kelihatan Faqar yang berjalan terhincut - hincut menuju ke arah kereta.
Setelah Faqar masuk kedalam kereta kami mengusilk Faqar disebabkan dia ditahan. Aku bertanyakan bagaimana dia boleh ditahan. Faqar memberitahu dia ditangkap polis berhampiran masjid jamek. Ketika itu dia cuba menolong seorang anak muda yang sedang teruk dipukul polis sekitar jam 4.15 petang. Akibat cuba menolong Faqar turut sama dibelasah dan ditangkap polis.
Semuanya Hampir Selesai
Setelah tiba di Bukit Bintang kami membawa Faqar makan disebuah kedai. Kami tahu Faqar sedang keletihan dan kelaparan. Setelah selesai kami masuk ke hotel dan berehat serta berbual ringkas dan terus tertidur. Keesokannya Achen telah tiba kepada kami di Bukir Bintang dan kami pergi mengambil Izmair di Centrel Market dan bertolak pulang ke Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Sepanjang perjalanan tidak lekang kami berkongsi pengalaman - pengalaman sepanjang demosratasi Bersih 3.0 yang merupakan ibu segala demo. Perhimpunan yang menyaksikan hampir 300 ribu rakyat Malaysia menyertainya itu adalah sebagai amaran kepada pihak berkuasa dan SPR untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia benar - benar bersih dan adil.
Dan jika pilihanraya di Malaysia masih lagi kotor dan tidak ada tindakan diambil dari amaran rakyat ini pasti rakyat Malaysia akan turun sekali lagi dan kali mungkin hampir 1 juta yang menyertainya dan ini bukan lagi satu amaran tetapi satu JANJI!!!!
p/s: aku tidak sempat mengambil banyak gambar selepas diserang gas pemedih mata, oleh itu gambar yang terdapat disini adalah dari sumber-sumber yang terdapat diinternet, dijadikan sebagai hiasan dan bukan dari sumber peribadi aku.