Wednesday, February 29, 2012

SIFAT DAN GERAK KERJA ZIONIS:Untuk Mereka Yang Masih Keliru Antara Yahudi, Israel dan Zionisma

Saya telah beberpa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisma dan apa itu Yahudi . Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua pekara ini. Dua pekara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai’ kampong yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi

Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin Parti Pas dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Biar saya cuba sekali lagi jelaskan disini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisma. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memelok agama Judaisma. Contohnya : Penyanyi pop Madonna, aktress Elizebeth Taylor dan pemusik kulit hitam Sammy Davis Junior – mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisma. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisma. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisma ini. 

Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisma ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama – dua perkara yang jauh berbeza. 

Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhamad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini berbangsa Yahudi. Hanya Nabi Muhamad sahaja dari bangsa Arab Quarish. Apa yang ingin saya terangkan disini apabila kita mengutuk Israel – yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi bagitu juga Nabi Musa atau Nabi Yaakob. Justeru yang wajib kita kutuk , lawan dan tentang ialah fahaman Zionisma bukan bangsa Yahudi.

Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisma? Zionisma ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke 19 ini. Gerakan ini di mulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisma ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit puteh. Ini adalah fakta sejarah.

Justeru gerakan Zionis ini telah berkongress pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari Menteri Luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah a yang dipanggil Balfour Declaration 1917.

Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi German. Maka Eropah merasakan adalah perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi. 

Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa Banga Bersatu, Palestine telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.

Palestine akhirnya dipilih kerana di Palestine telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestine. Malah agama Judaisma juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestine. 

Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisma di tentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisma. 

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisma memiliki idealoji. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan idealoji politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.

Asas utama ideloji Zionisma ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongann ini kaum Zionis juga mengistihatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja. 

Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisma sahaja yang betul dan tepat. Agama lain salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan / the choosen people’. Salah satu cabang isealoji Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeri kaum Zionis antarabanga memiliki menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada - bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.

Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis International. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit puteh sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionist berada di Washingtob DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan bagitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi. 

Ini bukan terori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti saheh tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana Apco telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan Zionis telah menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura. Gerombolan ini telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini fakta bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. 

Parti Pas melalui Nik Aziz menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikit Pas Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan Pas terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa pepecahan.

Sebenarnya isu Palestine ini bukan isu politik asas – bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan ajenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa. 

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di tv isu ‘ sokongan Anwar terhadap Israel’ ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ di muka depan mereka.


Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan ajenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel wal hal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan Rakyat pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan ajenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis. 

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya : Kenapa tv atau media kita tidak membuat berita dan selidikan tentang bom nuklear Israel?. Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kesah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Ajenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaran atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu pekara yang tidak fudumental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah ajenda utama. Bahasa hanyalah ajenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan tauladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. . Dua-dua debat ini bukan ajenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.(TT)

Penulis: Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub

Tuesday, February 28, 2012

Ranking IPTA di Malaysia



1. Universiti Sains Malaysia (USM)
2. Universiti Malaya (UM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
8. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
9. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
14. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
15. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
16. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
19. Universiti Utara Malaysia (UUM)
20. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sunday, February 26, 2012

Lelaki hensem vs lelaki tak hensem




Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap:memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?



heheheheh....ye ke,,ppuan bilang gitu..?? :P

ISU KHALWAT : Kenyataan Ustad Badrol Amin


Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Saturday, February 25, 2012

Memahami Erti Perang Dingin

Perang dingin adalah perang antara dua kuasa block antara pihak Amerika Syarikat dan sekutunya dengan pihak Soviet Union USSR. Dalam pertelingkahan ini tidak pernah berlaku peperangan secara terbuka seperti peperangan konvensional yang lain. Namum perang ini lebih kepada perang secara proksi antara pihak US dan USSR.

Peperangan ini adalah sebenarnya perang ideologi iaitu antara Kapitalis yang dibawa oleh US dan Sosiolis/Komunisme yang dibawa oleh USSR. Kedua - dua block ini bersaing untuk membawa ideologi mereka ke serata dunia dan mengambangkan pengaruh dan fahamannya kepada penghuni dunia. Kapitalis adalah satu ideologi yang bertuhankan wang dan berakidahkan keuntungan. Setiap apa sahaja yang boleh diniagakan untuk membawa untung pasti akan diniaga. Setiap ruang mana sahaja yang boleh membawa keuntungan dan kekayaan pasti akan diterjah asalkan membawa kekayaan dan keuntungan, itulah kapitalisme. Bagi ideologi sosiolisme pula, pegangannya ialah, tidak semua patut diniagakan dan dibuat keuntungan. Keperluan asas hidup manusia seperti rawatan kesihatan, penginapan, pendidikan dan beberapa hak asasi manusia lagi tidak boleh diniagakan untuk membawa keuntungan kepada sesuatu pihak. Sebaliknya dalam idealogi sosiolis ini, keperluan - keperluan itu tadi perlu dimilik negarakan dan diagihkan dengan sama rata dan adil kepada kepada masyarakat.

Akibat pertembungan ideologi inilah Kapitalis dari US begitu membenci dan memusuhi ideologi sosiolis/komunisme yang dibawa oleh USSR ini. Bagi US mereka perlu menyekat dan menghapuskan ideologi ini dari terus berkembang di muka bumi kerana jika tidak disekat pasti US akan mengalami kesukaran untuk menguasai ekonomi dunia. US melihat perkembangan USSR dan pertambahan negara yang menyokong ideologi yang dibawa oleh USSR adalah satu ancaman serius kepada US. Bagaimana mereka mahu masuk ke negara - negara luar bagi menjarah segala hasil bumi di negara luar jika banyak negara dalam dunia ini menyokong ideologi sosiolis/komunisme ini. Pasaran US pasti akan terhad, saudagar - saudagar kapitalis dunia pasti akan sukar untuk mencari makan dan merosakkan akidah mereka tadi.

Atas pertembungan ideologi inilah yang membawa kepada perang dingin yang sebenarnya telah tercetus semenjak perang dunia kedua lagi. Selepas tamat perang dunia kedua ianya kelihatan lebih ketara kerana masing - masing mahu menghapuskan sistem multipolar yang wujud pada ketika itu kepada sistem unipolar. Perang Vietnam, perang korea, darurat tanah melayu, Gestapu Indonesia semuanya adalah antara elemen-elemen dalam siri perang dingin.

Pengaruh Sosiolis/komunisme yang bermula di eropah timur dan USSR telah bergerak umpama domino dan menguasai China dan beberapa kawasan di Indocina. Di rantau Asia Tenggar, pengaruh tersebut telah sampai ke Vietnam Utara dan US terpaksa mencari alasan untuk masuk ke Vietnam Selatan bagi mewujudkan zon penampan bagi menahan ideologi sosiolis/komunisme dari menguasai seluruh Vietnam. Slogan yang dibawa pada waktu itu adalah mahu membela nasib rakyat vietnam namum sebenarnya US mahu mempertahan ideologi kapitalisnya di Vietnam. Ideologi sosiolis/komunisme ini juga telah melimpah ke korea utara, lantas US memasuki korea selatan yang menjadi sekutu rapat US hingga hari ini. Cuba kaji cas perubatan di korea selatan yang menyokong ideologi kapitalis dan di korea utara yang menyokong ideologi sosiolis/komunisme hari ini.

Usaha untuk meruntuhkan block Sosiolis/Kumonisme ni terus giat dijalankan demi memastikan kelangsungkan ekonomi Kapitalis US untuk menjarah segala hasil bumi yang terdapat di dunia. Akhirnya pada sekitar 1990 Soviet Union telah menjadi lemah akibat kehilangan banyak pemimpin berkaliber mereka seperti Sukorno, Che Guevara dan lain - lain. Runtuhnya tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur pada 1989 dan perpecahan dalam negera Soviet membuatkan US hari ini terus menjadi kuasa unipolar dunia. Tidak ada dan tidak dibenarkan sama sekali mana - mana kuasa dunia lain mencabar US. Bukan hanya memintas kuasa US malah mengekori atau tindakan cuba menyamai kuasa US juga pasti akan ditentang rakus.
Sekutu US seperti Bratain dan Austrialia bersungguh-sungguh membantu menghapuskan gerakan komunis di tanah Melayu bagi memastikan Tanah Melayu menganut ideologi Kapitalis tanpa diganggu gugat. US bertambah risau apabila Indonesia yang berjiranan dengan Malaysia pada waktu itu diperintah oleh Sukarno dari Parti Komunis Indonesia. Maka gerakan sulit melalui CIA digerakkan bagi mengulingkan Sukarno dari dalam melalui peristiwa Gestapu atau Gerakan Sept 30 Indonesia.

Masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu terutamanya orang - orang Melayu telah dipengaruhi oleh british agar membenci ideologi sosialisme ini. Agen - agen dan budak - budak suruhan british yang terdiri dari orang  Melayu sendiri telah digerakkan untuk menanam kebencian kepada ideologi sosialisme. Antaranya ianya dengan kempen sosialisme/komunuisme tidak percayakan tuhan. Jelas modus operandi yang berbentuk menjual agama ini telah lama digunakan dan dicetuskan oleh penjajah british lagi dan bukan Hassan Ali atau Zul Nordin yang mulakan.


Maka hari ini kapitalis telah menjarah dunia, menjarah pengghuni dan anak  muda yang baru mengenal dunia tanpa sedar. Diperkenalkan "pasaran bebas" sedunia, yang mana tujuannya adalah untuk membolehkan US masuk ke setiap pelusuk dunia bagi menjarah segala apa yang ada demi memantapkan akidah mereka iaitu keuntungan dan dibayarnya sedikit imbuhan kepada negara yang dijarah itu. Sekali imbas "pasaran bebas" yang diperkenalkan US ini umpama pelacur yang boleh mengangkang kepada sesiapa sahaja dan dibayar sedikit imbuhan.

Friday, February 10, 2012

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.