AKU DULU, KINI
DAN ......( 7 – 23 Tahun )
Hari
ni Rabu 16 April 2008. Aku ada exam tadi dua paper pagi dan petang. Letih gak ar..paper last aku 22 ari bulan april ni. Pastu aku boleh
ucap sayonara kat Universiti Sains Malaysia USM ni....abis ja paper petang hari
Selasa ni bermakna tamat la pengajian aku selama 3 tahun kat USM ni dalam
jurusan Sains Kemasyarakatan (sains politik) dan bermakna tamat juga
"student life" aku..pasni aku kena ready masuk alam menganggur plak
ar..normal ar..tak nama graduan abad ke 21 ar kalau tak menganggur..hehe. Kerja
ada gak yang aku minta tapi tak kena panggil interview apa g pun. Relax
ar..awal g..kalau ada rezeki ada la tu..aku ingat nak sambung master tapi tak tau
la..duk dalam kekeliruan lagi ni.
Aku fikir-fikir
balik macam tak logik ja aku nanti boleh dapat ijazah gak even jurusan biasa
ja, tapi USM tu..universiti lima
bintang..yala..zaman aku sekolah dulu tak pernah terlintas langsung dalam
fikiran aku yang aku nak masuk universiti.Yang aku faham lepas SPM kena kerja. Aku
ni bukan jenis budak - budak yang pandai. Dulu time sekolah rendah, aku kelas
yang no.2 kira "second class" ar..lagi pun sekolah rendah aku dulu tu
cuma ada dua kelas ja..dari darjah satu tiap kali periksa no 28 dan 29 dalam
kelas tu mesti aku punya ar..nasib baik kelas aku time tu ada 30 orang, kalau
tak mesti no paling last punya ar aku dapat dalam kelas. Nak suruh ayah aku
sign buku rekod aku punya la takut, mesti ayah aku bising punya. Tapi tah macam mana, naik darjah
lima aku dapat no 1 dalam kelas. Pastu cikgu aku pindah aku masuk kelas yang no
1 "first class" ar..tapi bila masuk kelas "first" tu
akademik aku down balik. Aku
tak boleh nak ikut rentak pembelajaran kat dalam kelas tu. Benda tu wat aku
jadi tension nak pi sekolah. Guru kelas aku tu cikgu matematik, cikgu ni dia ajar dua subjek. Satu
matematik dan satu Bahasa Melayu. Tapi cikgu aku ni jenis minat sangat mengajar
matematik. Sampai time kelas bahasa melayu pun dia nak ajar matematik. Aku ni memang jenis lemah matematik sampai
hari ni aku slow skit matematik. Aku punya la jadi tension dalam kelas tu
tengok muka cikgu tu pun aku dah naik takut, mau tak takut asyik kena cubit
perut ja. Naik darjah enam aku masuk kelas no 2 "second class" tu
balik. Aku lebih rasa selesa belajar kat kelas "second Class" ni. Biar
la orang nak kata budak-budak kelas tu slow ka apa tapi aku boleh ikut apa yang
cikgu aku ajar kat dalam kelas tu. Dari peristiwa tu aku belajar yang kalau
kita nak maju kita kena bergerak dengan kemampuan dan kelajuan kita sendiri. Jangan
kita asyik nak ikut orang ja. Habis juga aku sekolah sampai darjah enam kat
Sekolah Kebangsaan Machang Bubok.
Naik sekolah
menengah aku masuk Sekolah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam "Bukit Mertajam
High School ". Time aku masuk sekolah tu tahun 1998, sekolah
tu tengah alami zaman revolusi. Kerana sekolah tu sebelum ni memang budak-budak
dia hancur..zaman aku masuk tu zaman peralihan dari zaman hancur sampai zaman
dapat sekolah bestari. Time aku form 3 sekolah BM High
School dah dapat status sekolah elit kat Pulau Pinang. Kira aku sempat merasai
zaman hancur dan zaman elit.Time sekolah aku dah berstatus sekolah elit tu
bangga gila..p mana pun kalau orang tau budak BM High School mesti orang
respect.
Tapi time aku mula
masuk sekolah tu bukan saja sekolah baru nak pulih dari zaman kehancuran tapi
ngan aku-aku sekali dah nak hancur. Aku kuat gila ponteng sekolah masa form 1. Dah
macam budak - budak liar. Minat nak p sekolah untuk belajar dah takda, yang aku
tau nak p sekolah sebab nak enjoy ngan member-member ponteng sekolah, ponteng
kelas, lepak belakang stesen bas, isap rokok macam-macam lagi ar benda yang tak
sepatutnya dibuat lagi-lagi pada usia aku time tu baru 13 tahun. Kena rotan
ngan cikgu disiplin ni dah kira lali dah. Form 1 dan form 2 aku sessi petang. Bila naik form 2 aku ngan geng2 aku
semua jadi lagi besar kepala ar. Yala time sessi petang tu kami la yang paling
senior. Budak-budak form 1 semua stail takut ja ngan
geng2 aku. Gadoh ni macam hobi. Nak begaduh budak melayu ngan melayu la,ngan
budak Cina la ngan budak India
la. Yala masing-masing sebelum ni datang dari kampung yang tinggal ngan kaum
masing-masing ja. Bila masuk sekolah kat town kena duduk ngan Melayu, Cina , India
jadi asyik nak bergaduh ja ar. Lagi pun kat sekolah tu jumlah pelajar melayu, cina,
india
semua sama banyak. Dari duk gaduh last2 kami melayu, cina, india semua
jadi satu geng. Ponteng
sekolah pun sama-sama, isap rokok time rehat sama-sama, memang majmuk ar kami
time sekolah. Masalah etnik tu dah tak timbul lepas tu. Cikgu sekolah semua dah
jadi pening kepala. Yala semua geng budak nakal melayu, cina, india dah
bergabung menjadi satu.
Time aku form 2 ada
pemilihan team ragbi sekolah. Sekolah aku tu memang terkenal dengan sukan
ragbi. Sukan first memang ragbi ar kat sekolah aku tu. Aku ngan geng2 aku pun apa lagi turun ar pemilihan
untuk main ragbi even badan kurus2. Tapi sebenarnya bukan tujuan nak main ragbi
sangat pun. Time tu aku sessi petang, latihan ragbi buat time petang pukul 5. Kira
time tu boleh la ponteng kelas secara sah. Tapi dalam aku duk ponteng sekolah, isap
rokok apa semua tu last2 kantoi gak ngan ayah aku. Ayah aku saspek yang aku duk
ponteng sekolah sebab sepupu aku yang satu sekolah ngan aku dah kena buang
sekolah kerana banyak sangat ponteng sekolah. Ayah aku p sekolah check aku
punya kedatangan maka kantoi la aku...Balik rumah malam tu ayah aku bancuh aku kow2 punya. Ayah aku tau kalau dia tibai aku pun takda kesan kos time tu dah
terlalu nakal sangat dan ayah aku guna pendekatan pshikologi. Bagi aku time tu
aku lebih suka kena belasah ngan ayah aku g daripada dia bancuh n basuh minda
aku.
Bila naik form 3
aku dah slow skit dah ponteng sekolah. Banyak faktor aku dan geng2 aku semua
dah berubah. Pertama sekolah aku dah berjaya dalam proses pemutihan, kira yang
jahat sangat2 ni dah banyak yang kena buang sekolah, aku kira tak jahat sangat
ar..ada lagi, lagi jahat. Faktor kedua time form 3 dah di sessi pagi, tu
bermakna time tu budak2 form 3 ni ar paling junior dalam sessi pagi tu dan tak
boleh ar nak wat jahat lebih-lebih nanti kena belasah plak ngan senior2 form 5
apa. Faktor ketiga, pagi2 kalau ponteng sekolah pun nak p mana..kedai game pun
tak buka lagi, shopping complex pun tak buka lagi,takda port aku kami lepak. Faktor
keempat dan aku rasa faktor ni yang banyak buat aku dan kawan-kawan aku yang
lain berubah kerana masa form 3 aku dan kawan-kawan aku dah mula aktif dalam
sukan ragbi. Kira time tu dah bergelar budak sport ar semua orang kenal, nak pi
sekolah pun jadi seronok. Banyak tournament kami join dan banyak yang menang. Aku
aktif dalam ragbi sampai aku upper 6. Tapi time aku abis SPM aku masuk form 6
jap ja. Time aku lower 6 aku dapat main untuk team penang untuk MSSM tournament
kat labuan. Balik ja dari
labuan aku dapat surat tawaran masuk politeknik. Aku pun berhenti form 6 masuk
politeknik jurusan sijil pengajian perniagaan. Aku sempat belajar kat politenik
seberang perai tu sebulan lebih ja, pastu aku berhenti. Aku tak minat belajar
kat situ lagi pun aku rasa macam rugi ja aku belajar sijil macam tu. Aku
berhenti politeknik dan aku masuk form 6 balik. Masuk form lepas tu baru aku
rasa nak belajar betul-betul dan dah ada sikit keinginan nak masuk universiti
tu ada dalam diri aku.Tapi time tu aku duk aktif ragbi gak lagi sampai cikgu
aku duk bising.
Bila result STPM
kuar aku pun apply universiti. Aku apply jurusan tah apa-apa main hentam
ja..yala tak tau nak minta kos apa. Pointer pun 2.9 ja. Yang tau masa tu nak minta jadi
cikgu. Mana boleh nak jadi cikgu pointer banyak tu..
Bila
aku check intenet aku dapat masuk USM...kos Sains Kemasyarakatan..Aku tak minta
pun kos tu tah2 kena lelong kut..tapi lelong pun dapat USM gak kira ok ar..aku
sendiri pun time tu tak tau apa benda jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains
Kemasyarakatan tu..tapi duk tanya member-member baru aku tau tu sains
sosial..tapi sains sosial tu apa..masuk USM baru aku tau kos tu ada pilihan
major antropologi sosiologi, ekonomi dan sains politik. Masuk ja sem 2 aku apa
lagi terus aku ambik major sains politik kerana aku memang minat bab-bab politik
ni dari zaman sekolah lagi. Lagi2 aku ni membesar time era
"reformasi" jadi sosiolisasi politik tu agak signifikan ar.
Pastu bermula la
zaman aku kat universiti yang selama ni aku sendiri tak pernah terfikir nak
masuk universiti.Aku bermula dengan jatuh tersembam,pastu bangun balik
sikit,pastu aku terus bangun selesa,lepas aku bangun selesa aku terjatuh sikit
ja..pastu aku sekali lagi terus jatuh tersembam..sem ni tak tau ar aku boleh
bangun balik or tak aku punya CGPA la..Kat universiti juga aku membentuk diri
aku, belajar akan kehidupan, tekanan, kegembiraan, keboringan, jatuh dan putus
dan lain lagi. Tapi nanti mahu tak mahu 22 hari bulan april ni hari last aku
bergelar mahasiswa universiti sains malaysia . Pastu aku kena bungkus
barang-barang aku keluar dari USM ni untuk aku tempuhi hidup yang lebih
mencabar yang aku sendiri pun tak tau bentuk dan gayanya lagi.
p/s
(Tulisan ini telah ditulis oleh aku sendiri pada minggu-minggu terakhir aku menuntut di USM. Tulisan ini pada mula telah dipaparkan di laman friendster aku yang aku sendiri telah lupa password nya. Tapi entah bagaimana aku boleh terjumpa kembali penulisan ini yang sudah hampir 4 tahun tersimpan dalam hard disk laptop lama yang telah dipindah ke pendrive, dan aku rasa ingin berkongsi semula penulisan ini bersama pembaca yang mana ianya biasa membuat aku tersenyum sendirian bila membacanya :) )
5 comments:
mnarik mnarik...:D
sgt menarik huhuhu..
Boleh eh kalau dah berhenti tingkatan 6 pastu masuk balik? Mohon pencerahan sebab saya pun mempunyai kes yg sama. Masuk tingkatan 6 lepastu berhenti sebab dapat politeknik lepastu pegi plkn. Skrg kawan kawan semua dah nak masuk sem2 stpm. Boleh ke saya masuk tigkatan 6 semula?
Boleh
Hi nak tanya. Course ni perlukn pointer yg tinggi ke ? Sbb saya mcm berminat. Tak tahu la komen ni dpt reply tak sbb post ni dah lama 😂😂😂
Post a Comment