Tuesday, December 2, 2014

Tindakan disiplin halang siswa fikir kritis

Oleh: Lee  Khai Loon  
(ADUN Machang Bubuk dan Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang)


ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Lee Khai Loon berpendapat bahawa tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM) mendakwa lapan pemimpin pelajar termasuk Fahmi Zainol telah merosakkan semangat demokrasi kampus.

Universiti adalah tempat untuk belajar dan memupuk semangat demokrasi.

Tindakan aktivis siswa Fahmi Zainol yang mengadakan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu hanya melaksanakan hak mahasiswa untuk menganjur program ilmiah dan tidak patut dihukum.

Tindakan tatatertib universiti seperti denda, gantung semester atau buang universiti sentiasa dipakai oleh pihak universiti untuk menakutkan mahasiswa.

Sebelum ini, Fahmi Zainol pernah diberi amaran oleh pihak UM agar tidak menganjurkan pidato tersebut. Namun, tindakan berani beliau untuk mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk mengadakannya.  

Walaupun Fahmi Zainol dan pemimpin mahasiswa UM mungkin dikenakan tindakan tatatertib. Hakikatnya, dalam pidato tersebut telah mendapat sokongan padu daripada dua ribu orang mahasiswa dan orang ramai.

Pihak UM perlu menghormati semua peserta yang telah membuat keputusan yang bijaksana untuk mempertahankan kebebasan mereka.

Beliau berpendapat bahawa tindakan tatatertib yang diambil oleh pihak universiti telah menghalang mahasiswa daripada berfikiran kritis serta merdeka.

Malahan tindakan represif universiti telah mewujudkan mahasiswa yang lesu dan tidak prihatin terhadap isu-isu semasa.

“Mengapakah kerajaan dan pihak universiti masih tidak menyedari tentang masalah dan keburukan pendidikan bercorak paternalistik terhadap mahasiswa dan seluruh masyarakat?” katanya.

Lee menegaskan bahawa suara mahasiswa mewakili masa depan negara kita. Tindakan disiplin yang dikenakan atas Fahmi dan lain-lain adalah petunjuk krisis demokrasi telah melandai negara kita ini.

Semua rakyat yang mempunyai kesedaran demokrasi akan memberi sokongan penuh kepada Fahmi dan mahasiswa yang lain.  

Lee Khai Loon menekankan bahawa sama ada AUKU, atau tindakan tegas pihak UM ke atas Fahmi Zainol dan lain-lain adalah tidak munasabah sekali.

Semangat UM baru telah ditunjukkan dalam perhimpunan tersebut serta membawa harapan kepada semua rakyat Malaysia menuju ke sebuah negara yang demokrasi.

No comments: