Thursday, December 4, 2014

Kedudukan Malaysia mengecewakan dalam THE World University Rankings

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah satu-satunya institusi tempatan yang berjaya memasuki senarai 100 universiti terkemuka bagi negara membangun untuk 2015, satu keadaan mengecewakan bagi sebuah negara yang mempunyai potensi besar, kata editor bagi kedudukan Times Higher Education (THE) Phil Baty.



UTM berada di nombor 93 dalam THE 'BRICS dan Emerging Economies Rankings (kedudukan bagi negara ekonomi yang sedang membangun) 2015 tetapi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tersenarai tahun lepas pada kedudukan 77 dan 95, tidak tersenarai kali ini.



BRICS merujuk kepada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Hakikat hanya sebuah universiti tempatan berjaya tersenarai adalah membimbangkan, kata Baty, memandangkan negara membangun yang lain melabur dalam universiti mereka yang naik dalam kedudukan tahunan.


Tetapi yang lebih mengecewakan ialah kekurangan keseluruhan penyertaan oleh universiti tempatan dalam kedudukan global.

"Mengecewakan, ini bukan semata-mata mengenai prestasi mereka, tetapi juga kerana kekurangan penglibatan dengan kedudukan universiti secara umum," katanya kepada The Malaysian Insider dalam temubual melalui emel menjelang pengumuman kedudukan THE bagi 2015 hari ini.

"Kami mahu melihat lebih banyak universiti di Malaysia berkongsi data tanda aras prestasi dan menyertai sistem kedudukan kami, yang benar-benar boleh membantu mereka mendapat perhatian global dan membantu mereka secara betul bagi menilai kekuatan dan kelemahan mereka," katanya.

Beliau berkata jika Malaysia mahu meningkatkan semua universiti tempatan, mereka perlu menyertai perbandingan global dan diiktiraf di peringkat global.

"Hanya dengan mengambil bahagian dalam ranking, saya berharap kita akan melihat lebih banyak universiti di Malaysia mencecah senarai 100 teratas pada tahun depan," kata Baty.

Apabila ditanya mengapa UKM dan UPM tidak termasuk dalam senarai tahun ini, Baty berkata persaingan lebih sukar kali ini, dengan banyak universiti memasuki senarai 100 teratas buat kali pertama.

"Ini termasuk institusi yang mengemukakan data kepada pangkalan data kami buat kali pertama seperti Institut Sains India, universiti ini layak untuk dimasukkan di bawah metodologi baru dan universiti harapan dari negara yang kian berkembang seperti China dan Rusia," katanya.

Selain Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, negara membangun lain berada di kedudukan itu, dengan beberapa negara mempunyai lebih daripada satu universiti tersenarai dalam 100 teratas.

Dalam kedudukan 2015, Thailand mempunyai tiga institusi dalam 100 teratas, dengan Universiti Teknologi Thonburi Raja Mongkut di tempat ke-49 sementara Universiti Mahidol dan Universiti Chulalongkorn pada kedudukan ke-63 dan 90.

China meneruskan penguasaan dengan kekal dua tempat teratas dan meningkatkan wakil di kalangan 100 institusi teratas pada tempat ke-27, meningkat daripada 23 pada tahun lepas.

Turki pula mengambil tiga tempat bagi kedudukan 10 terbaik dan lapan di senarai 100 terbaik. 

Afrika Selatan mempunyai lima institusi dalam senarai dengan Universiti Cape Town berada pada tempat keempat.

Kali ini, 18 negara berjaya memasuki carta 100 teratas dengan pengecualian kepada Mesir, Indonesia, Peru dan Filipina.

Kedudukan Malaysia mengecewakan dalam THE World University Rankings, di mana tiada satu pun daripada 4 universiti Malaysia yang mengemukakan data berjaya tersenarai dalam kedudukan 400 teratas bagi 2014-2015.

Tetapi apa yang lebih membingungkan adalah hakikat Universiti Malaya dan UKM, dua daripada universiti terbaik tidak mengemukakan sebarang data untuk kedudukan berkenaan.

Kedua-duanya memilih untuk meyertai QS World University Ranking.

Baty sebelum ini melahirkan rasa kecewa berhubung hal ini mengatakan universiti ini menghalang Malaysia daripada mendapat penanda aras standard sebenar pendidikan tinggi berbanding negara lain di dunia dan mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan.

UM dan UKM mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan ia menggunakan penunjuk yang tidak bersesuaian dengan universiti di Malaysia yang lebih muda berbanding institusi di Barat.

UM berkata ia akan mengambil bahagian dalam ranking menjelang 2018, manakala UKM berkata adalah lebih baik mengambil bahagian dalam kedudukan yang lebih "sesuai dengan hala tujunya".

Baty memberitahu The Malaysian Insider sekali lagi Malaysia perlu mencontohi Singapura, yang katanya mempunyai pencapaian hebat dalam masa yang singkat - Universiti Kebangsaan Singapura menjadi salah sebuah universiti terbaik di dunia dan Universiti Teknologi Nanyang menjadi salah sebuah universiti yang semakin meningkat naik dalam kedudukan dunia.

"Dengan sokongan kewangan yang kukuh dan sokongan kerajaan yang kuat serta komitmen untuk menarik bakat antarabangsa, Singapura mencapai keputusan cemerlang," katanya.

Metodologi yang digunakan untuk bagi BRICS & Emerging Economies Rankings 2015, Baty berkata sedikit berbeza daripada yang digunakan pada 2014. 

Pelarasan dibuat untuk lebih mencerminkan ciri dan keperluan pembangunan sebuah universiti di negara membangun, katanya.

"Secara keseluruhan The World University Rankings memerlukan institusi menerbitkan sekurang-kurangnya 200 kertas penyelidikan setahun bagi seluruh tempoh penerbitan 5 tahun yang dinilai sebelum ia boleh dimasukkan ke dalam ranking.

"Tetapi untuk mencerminkan hakikat institusi membangun mungkin tidak mempunyai sistem penyelidikan matang sebagaimana negara maju, keperluan ini dikurangkan kepada 100 kertas setahun bagi kedudukan ini," kata Baty.

Satu lagi perubahan yang dibuat adalah anjakan pangkalan data yang digunakan untuk penemuan kertas penyelidikan bagi skop lebih besar yang dihasilkan lebih banyak universiti. Ini bermakna THE boleh mengambil hasil penyelidikan universiti di Malaysia.

"Ini seharusnya menjadi insentif yang baik untuk lebih banyak universiti Malaysia mengambil bahagian pada tahun depan," katanya. – 4 Disember, 2014.


Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/

1 comment:

aki soleh said...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 6516 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






KLIK DISINI BOCORAN TOTO 4D 5D 6D HARI INI




angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos