Setakat jam 8.30am 3 Desember 2014 belum dilihat berlaku peingkatan nilai matawang Ringgit Malaysia yang menyusut paling teruk semenjak krisis ekonomi 1997/1998.
Mengikut semakan terbaru, nilai matawang Ringgit jatuh kepada RM3.44 berbanding $1US Dollar. Bagi perbandingan dengan negara jiran Ringgit sedikit menyusut kepada RM2.6262 berbanding $1 Singapore Dollar.
Kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia ini dilihat berpunca dari trend kejatuhan harga minyak dunia secara berterusan. Malaysia adalah antara negara pengimport minyak dan menerima kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia tersebut. Malaysia juga diramal bakal menjadi negara Asia yang paling teruk terjejas kesan dari kejatuhan harga minyak dunia ini. Pendapatan Malaysia adalah bergantung sebanyak 1/3 daripada industri minyak.
Berikut laporan media asing berkenaan kejatuhan semasa nilai Matawang Ringgit Malaysia.
No comments:
Post a Comment