Semalam negara di gemparkan dengan berita Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.
Hari ini melalui twitternya Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan malaysia telah bersama-sama dengan rakyat marhean telah menyatakan tidak setujunya cara zalim dan menindas rakyat yang diilhamkan oleh Idris Jusoh.
Tweetnya berbunyi....Pemuda UMNO tidak setuju peminjam PTPTN disenaraikan dlm CCRIS. PTPTN tidak sama dgn pinjaman bank untuk kereta/rumah. Jgn beban graduan.
Sumber: http://networkedblogs.com/OhcYz
1 comment:
dah pinjam tu bayar la, dah tau x mampu bayar balik buat apa pi sambung belajaq..x mampu belajaq pi je la kerja kilang..bila kena ccris mula la meroyan puak2 ni
Post a Comment