Monday, August 19, 2013

APA ITU "RUJUKAN MAKLUMAT KREDIT BERPUSAT" (CCRIS)

Central Credit Reference Information Systems CCRIS atau dalam bahasa Melayu Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat merupakan satu pengkalan data bersama yang dkawal selia oleh Bank Negara. 

Setiap intitusi kewangan (bank - bank)yang bernaung dibawah Bank Negara Malaysia akan menghantar maklumat semua peminjam mereka secara bulanan ke bank negara untuk dimasukkan ke pengkalan data ini iaitu CCRIS. Maklumat - maklumat ini adalah seperti jenis pinjaman, jumlah pinjaman, jumlah ansuran bulan dan pembayaran balik pinjaman. Maklumat ini sentiasa dikemaskini oleh bank negara berdasarkan laporan dari bank - bank dibawahnya.

Tujuan CCRIS
Tujuan CCRIS adalah untuk memudahkan intitusi kewangan membuat semakan tentang komitmen kewangan seseorang yang ingin membuat pinjaman dari mana - mana bank. Dan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari CCRIS tersebut membolehkan pihak bank membuat pertimbangan samaada untuk meluluskan permohonan pinjman seseorang itu atau tidak. Contoh; Ahmad telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Ahmad juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Ahmad telah mempunyai hutang dengan  dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Ahmad ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan. Selang beberapa tempoh Ahmad ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula. Apabila Ahmad mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Ahmad didalam sistem CCRIS. Ini bermakna maklumat kredit Ahmad bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Ahmad mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara. Jika pihak Ambank mendapati  jumlah pinjaman atau hutang semasa Ahmad adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Ahmad bergantung pada jumlah yang dipohon.

Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Ahmad dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau. Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Ahmad ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru. Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS. Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut. 

Isu PTPTN ke CCRIS
Hari ini Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh telah mengumumkan untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang saya sebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN. Ini bermaksud semua mahasiswa yang membuat pinjaman dengan PTPTN rekod pinjaman dan bayaran balik PTPTN akan dimasukkan ke dalam sistem CCRIS ini. Ini bermakna peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Ahmad". Cuma bezanya Ahmad sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Ahmad ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit. Ahmad juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil. Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga). Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja. -TTK-



No comments: