Monday, November 14, 2011

Rakyat M'sia paling gemuk di kalangan negara Asean

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

NONEMengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.

- Bernama




Kah kah kah kah


Ini satu penghinaan terhadap rosmah mansor dan timbalan menteri kesihatan sendiri :)


Berita begini sengaja ditulis untuk membantai rosmah dalam senyap kah kah kah kah

Bendera Asal Tanah Melayu

Kepada mereka yang mungkin tidak mengetahui, inilah bendera asal Tanah Melayu1895-1950. Pertama kali dan terakhir dikibar ketika Malaya menang Piala Thomas yang pertama pada 1949. Malaya mula memakai bendara Jalur Gemilang seperti hari ini bermula 1952 hinggalah ke hari ini. Mungkin ingin melobi untuk mendapatkan kemerdekaan oleh british kita sanggup menukar bendera dan mengikut telunjuk british (merdeka apa jika begitu)

Untuk rujukkan lanjut boleh ke link dibawah ini:

Sunday, November 13, 2011

Budaya Kabel

"Budaya Kabel", saya percaya ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar, merasai, melalui atau mungkin juga pernah terlibat dalam "budaya kabel". Budaya kabel ini jika didefini dari segi istilah ianya merujuk kepada amalan kroni atau nepotisme. Kronisme dan nepotismes ini dikategorikan dalam kumpulan "rasuah". Mungkin sesetengah pembaca ada tertanya apa itu kroni dan apa itu nepotisme. Kronime ialah merujuk kepada perbuatan atau tindakan yang menggunakan kuasa untuk kepentingan rakan-rakan dan teman - teman rapat sekitar kita. Nepotisme pula ialah perbuatan atau tindakan menggunakan kuasa yang dimiliki untuk kepentingan saudara-mara seperti anak-anak, adik-beradik, dan mereka yang mempunyai pertalian darah dengan mereka yang mempunyai kuasa.

Dalam pertuturan seharian kroni dan nepotisme ini sering dirujuk kepada "kabel". Dan penggunaan istilah "kabel" ini adakalanya dilihat lebih lembut berbanding kroni atau nepostime walaupun hakikatnya ianya tetap rasuah.

Dimana  dan bagaimana "budaya kabel" ini terjadi?
"Budaya kabel" ini sering terjadi dalam intitusi kerajaan, swasta, pendidikan, politik hinggalah kedalam masjid. Ianya terjadi apabila wujud situasi untuk mendapatkan "sesuatu" yang sukar dan terhad serta proses untuk mendapatkannya juga mungkin rumit. Maka orang ramai akan mencari pelbagai cara dan altenatif untuk mendapat "sesuatu" itu dengan lebih mudah. Contonhya, dalam dunia hari ini dan Malaysia amnya, ramai rakyat terutamanya anak-anak muda yang mahu dan sedang mencari pekerjaan. Proses untuk mendapatkan sekarang ini terutamanya bagi mereka yang berijazah adalah begitu sukar. Tetapi walau sesukar mana pun, pekerjaan mesti juga dicari untuk menjamin kelangsungan hidup. Dengan peluang pekerjaan yang terhad ini membuatkan wujud persaingan yang sengit untuk mendapatkannya. Dalam perubatan dan persaingan ini lah "budaya kabel" ini akan wujud. Maka "orang dalam" akan digunapakai untuk memastikan seseorang itu boleh mendapat pekerjaan. Dan "orang dalam" itu mungkin terdiri dari saudara mara pemohon atau kenalan rapat pemohon. Dengan ini hak orang lain yang mungkin lebih layak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut akan dinafikan oleh "budaya kabel" ini.

Itu contoh dalam mendapatkan pekerjaan, dan banyak lagi contoh dalam kehidupan seharian kita ini yang mana wujud "budaya kabel" ini. Seseorang ahli politik mungkin akan mendapat kedudukan yang lebih selesa jika dia mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin parti. Seorang mahasiswa mungkin akan mendapat markah yang baik jika mempunyai hubungan yang rapat dengan pensyarah, seorang pekerja mungkin akan dapat kenaikan pangkat dengan cepat jika memiliki hubungan erat dengan majikan. Seorang pencari kerja mungkin akan mudah mendapat jawatan dalam sesuatu sektor pekerjaan jika pegawai sumber manusia itu ayah saudaranya, seorang kontraktok akan mudah mendapat kontrak jika ada hubungan peribadi dengan pemberi tender.

Punca berlakunya "budaya kabel"
Punca boleh berlakunya budaya kabel ini ialah berbalik kepada soal integriti seseorang yang memegang kuasa (tanpa kuasa "budaya kabel" tidak akan wujud) dalam membuat keputusan atau pemilihan itu. Soalan kejujuran amanah serta ketabahan seseorang itu dalam memegang dan menguruskan kuasa yang ada padanya. Jujur dan amanah ini merujuk kepada sikap yang tidak menyeleweng dan mengunakan kuasa yang ada pada dirinya dengan cara yang betul. Tabah, ialah merujuk kepada kemampuan seseorang untuk menahan cabaran dan godaan apabila memegang kuasa. Seorang pegawai yang mempunyai kuasa dalam memutuskan hal berkenaan pemberian tander pasti pasti menghadapi cabaran jika kontraktor yang memohon tender tersebut merupakan ayah saudaranya yang rapat dengan dengannya. Tetapi dalam masa yang sama ayah saudaranya itu mempunyai rekod yang buruk dalam menguruskan projek-projek sebelum ini. Situasi ini mungkin kelihatan mudah tetapi begitu sukar jika dilalui. Dalam situasi-situasi beginilah akan berlaku "budaya kabel" tersebut. Keduanya berpunca dari sikap masyarakat yang mahu mengambil jalan pintas tanpa mempedulikan nilai-nilai dalam sesuatu urusan. 

Kesanya "budaya kebal"
Budaya kabel ini merebak umpama penyakit barah. Dan penularannya agak sukar dibendung jika sudah melampaui tahap-tahap yang kritikal. Contonya, apabila seorang anak muda mengetahui yang rakannya telah mendapat jawatan dalam sesuatu sekor pekerjaan melului "kabel", perkara ini akan mendorong anak muda itu juga akan melakukan "budaya kabel" tersebut. Ini kerana, dalam tanggapan anak muda tersebut, jika dia melalukan demikian sudah pasti dia tidak akan mendapat pekerjaan. Dan fahaman ini akan terus berkembang secara senyap dan menular dalam sistem sosial masyarakat. Apabila ianya sudah menjadi serius  adalah sukar untuk dibentuk lagi. Ini kerana terdapat satu "fahaman" atau "kepercayaan" jika tidak "kabel" sampai mampus pun kita tidak akan memperolehi sesuatu yang kita inginkan itu. Lebih teruk lagi, "fahaman" dan "kepercayaan" itu berjaya dibuktikan dan dilihat dan didengar oleh kumpulan masyarakat itu sendiri. Maka pada tahap ini, "kepercayaan" itu tadi telah menjadi "kenyataan". Dan apabila pada tahap ini manusia akan hilang sifat manusia dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. 

Bagaimana untuk menghalang "budaya kabel"
Untuk mengatasi "budaya kabel", suatu sistem yang cekap perlu diwujudkan agar peluang untuk "budaya kabel" inu tidak boleh wujud. Contohnya dalam mengamalkan sistem tender terbuka, menggunakan sistem merit dalam sesuatu penilaian. Selain itu, mereka yang mempunyai kuasa penentu ini, perlu dipantau oleh sesuatu badan dalam memastikan sesuatu tugas itu dapat dijalankan dengan amanah. Proses pemilihan mesti lebih terbuka dan telus. Namum sebaik dan secantik mana pun sesuatu sistem itu, tetapi jika nilai serta sikap  terpuji tidak ada dalam sesuatu masyarakat, sistem itu tadi tidak akan kemana. Nilai - nilai sosial dalam masyarakat itu perlu diperkukuhkan terlebih dahulu. Ini kerana melahirkan individu yang baik adalah lebih penting dari mewujudkan negara yang baik. 

Pepatah Cina ada mengatakan: "Ikan itu busuk bermula dari kepalanya bukan dari ekor"

Gambar Kemalangan Bas SMK Air Merah & Treler Di Behrang

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.
Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.

Tuesday, November 8, 2011

mStar Online : Separuh Pekerja Malaysia Bekerja Lebih Lapan Jam Sehari - Kajian

mStar Online : Separuh Pekerja Malaysia Bekerja Lebih Lapan Jam Sehari - Kajian

Dunia kapitalis telah merentap kehidupan setiap warga. Kaum buruh dipaksa secara langsung dan tidak langsung untuk mengkayakan kaum pemodal (kapitalis). Percayalah dengan bekerja lebih lapan jam dan membawa kerja pulang ke rumah tidak sama sekali akan membuatkan kaum buruh kaya. Sebaliknya hanya kaum pemodal akan terus kaya dan meraya. Itulah hukum kapitalis mengakaut keuntungan semaksimum mungkin tanpa mempedulikan siapa yang dikerjakannya.

Dalam proses mengaut keuntungan ini, hak warga sebagai manusia telah diremtap. Hak untuk menikmati cahaya matahari, hak untuk bersama keluarga, hak untuk bersama kawan, hak untuk berfikir, hak untuk menikmati keindahan alam semuanya telah diragut. Jika purata umur seorang manusia 60 tahun, apa yang tinggal jika 11 hingga 15 jam sehari dimamah oleh kapitalis. Separuh usia kita digunakan untuk kaum kapitalis yang mana ianya langsung tidak menjamin kaum buruh untuk selesa.

Monday, November 7, 2011

Pengawal Peribadi Wanita Ghadaffi Turut Dibunuh Kejam Oleh Pemberontak

http://siasahkini.blogspot.com/2011/11/pengawal-peribadi-wanita-ghadaffi-turut.html

Klik ke link tersebut untuk melihat pengawal peribadi wanita ghadaffi yang dibunuh. Agak kejam perbuatan tersebut dilakukan terhadap wanita.

Sunday, November 6, 2011

Tidak Punya Idea Untuk Menulis

Dalam tempoh dua ke tiga hari ini blog "Teh Tarik Komtar" agak sunyi kerana aku tidak mempunyai idea untuk menulis. Ini mungkin disebabkan kesibukan kerja dan beberapa hal lain yang menyebabkan ilham untuk berkarya itu terbantut. Mungkin ini yang dikatakan kekejaman dunia yang adakalanya merentap ruang untuk kita berfikir sebaliknya terpaksa menumpukan kepada rutin harian yang regim. 

Boleh saja aku mencari isu-isu dan komentar - komentar panas dari beberapa laman web lain dan "paste" kan ke blog ini untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog aku. Tetapi itu bukan satu cara yang aku gemari. Sebaliknya aku lebih gemar untuk menghasilkan penulis asli aku sendiri di laman blog ini. Ya, memang aku juga inginkan jumlah pelawat yang tingggi ke blog ini namum bagi aku kepuasan itu bukan datang hanya dari jumlah pengunjung tetapi kepuasan yang sebenarnya adalah apabila aku dapat menghasilkan penulisan atau ulasan dari idea asli aku sendiri. 

Namum dengan kesibukan adakalanya menjejaskan peluang aku untuk berkarya. Memang boleh untuk aku memaksa sesuatu idea itu untuk menjadi suatu ulasan dan penulisan. Tetapi hasil karya yang dipaksa adakalanya tidak begitu membanggakan kerana mungkin karya itu sendiri tidak ikhlas dengan kita. Bagi aku, untuk kita membuat satu penulisan atau ulasan kita perlu ikhlas dan tiada paksaan agar idea dan pandangan yang dilontarkan itu bisa menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Oleh itu, jika saudara pembaca mempunyai sebarang isu yang ingin aku ulaskan disini, sudilah kiranya mencadangkan idea tersebut. Dan mungkin ianya bisa mencetuskan idea kepada aku untuk menulis dalam runag maya ini.

Thursday, November 3, 2011

Wanita Berusia Bercinta Dengan Lelaki Muda


Nampaknya, wanita berusia berpacaran dengan lelaki muda sudah menjadi satu trend. Keadaan ini digambarkan dengan lebih jelas oleh pasangan selebriti seperti Demi Moore dengan Ashton Kutcher dan Halle Berry bersama Gabriel Aubry.
Terbaru ialah kisah cinta antara Linda Hogan, 48 (bekas isteri Hulk Hogan) dengan Charlie Hill yang baru berusia 19 tahun.
Buktinya, satu kajian yang dijalankan oleh satu laman web sosial pada tahun 2007, melibatkan 50,000 orang wanita berusia 30 tahun ke atas. Kajian itu mendapati, satu pertiga daripada responden menunjukkan minat kepada lelaki yang sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda daripada mereka.
Pada tahun 2003, kaji selidik AARP (American Association of Retired Persons) mendedahkan, 34 peratus daripada 3,500 wanita berusia antara 40 hingga 69 tahun menjadikan lelaki 10 tahun lebih muda sebagai teman.
Gambar Sekadar Hiasan



Trend

Mungkin trend ini mengejutkan ramai orang, tetapi tidak kepada pakar psiko terapi dari Amerika, Dr. Tina B. Tessina.
Hujahnya, sudah berlaku peralihan peranan dalam masyarakat. Wanita sekarang dilihat lebih berkuasa dan mahukan lelaki muda serta lebih fleksibel. Maksudnya, lelaki yang memahami kerjaya dan gaya hidup lebih dipentingkan oleh wanita tersebut.
Gambaran yang dipaparkan oleh media seperti siri televisyen Sex and the City dan Desperate Housewives juga menunjukkan bahawa wanita tidak semestinya berkasih dengan lelaki lebih tua. Wanita yang memiliki kerjaya dan imej diri hebat sememangnya mempunyai banyak pilihan.
Malah, golongan wanita yang sudah bercerai atau ibu tunggal mungkin gemar mempunyai teman untuk berseronok dan tidak mengongkongnya. Persoalannya, bolehkah hubungan seperti ini berjaya?


Berjaya

Tessina mengakui dia sudah melihat banyak hubungan sebegini yang berjaya. Media memberi fokus kepada perbezaan umur. Sedangkan apa yang menjaya atau memusnah hubungan ialah sebagus mana pasangan terbabit boleh membentuk kerjasama.
Perbezaan umur ialah satu kebimbangan dalam kalangan orang dewasa. Apabila kita remaja, perbezaan usia walaupun dua atau tiga tahun memberikan kelainan yang ketara dari aspek pengalaman dan bagaimana kita melihat kehidupan.
Perbezaan ini boleh bercampur aduk dengan matlamat hidup, komunikasi, pendapat dan pengalaman dalam perhubungan. Bagi orang muda, reaksi sosial terhadap hubungan seperti ini biasanya bersifat negatif. Jika pasangan itu bawah umur, hubungan seksual sudah pun melanggar batas undang-undang.
Namun begitu, apabila kita meningkat dewasa, pengalaman hidup dan kematangan emosi membantu menyeimbangkan kemahiran dalam satu-satu perhubungan.
Jurang usia 10 tahun atau lebih tidak memberi banyak perbezaan dari segi sebijak mana anda mengendalikan hubungan cinta. Jadi, tidak perlu fokus kepada angka tersebut.

Matang
Jika anda gembira, mempunyai komunikasi yang baik, mampu menyelesaikan masalah secara bersama dan mencintai satu sama lain, itu lebih penting. Andai ada pihak yang bermasalah dengan kenyataan itu, biarkan mereka.
Sihat atau tidak sesuatu hubungan itu bukanlah ditentukan oleh beza umur. Sebaliknya interaksi antara anda berdua. Beza usia sepuluh tahun bukanlah terlalu sukar untuk mencipta persefahaman. Tetapi jika jurangnya 20 tahun, ia mungkin boleh membawa kepada kesukaran apabila pasangan semakin meningkat usianya.
Contohnya, pasangan yang lebih muda mungkin menjadi lebih matang dan akan menimbang semula pilihannya. Manakala pasangan lebih tua pula terpaksa berdepan dengan masalah penuaan yang kian hampir.
Namun, selagi kedua-duanya bersikap dewasa dan pasangan itu sudah berbincang tentang perbezaan umur serta kemungkinan- kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan, tidak perlu membuat andaian terhadap hubungan mereka.


Motivasi

Terdapat alasan yang bagus dan tidak untuk bercinta dengan seseorang berbeza generasi. Salah satu motivasi yang kurang wajar untuk bercinta dengan lelaki lebih muda ialah perasaan takut untuk menjadi tua.
Pasangan muda tidak boleh menterbalikkan proses penuaan anda. Sebenarnya, lelaki atau wanita yang bercinta dengan mereka yang seusia anak-anak akan berdepan masalah. Perbezaan itu boleh mencetuskan masalah paling besar iaitu tahap kematangan yang berlainan.
Ketika semakin ramai wanita memilih pasangan lebih muda, satu soalan timbul. Adakah hubungan wanita ini akan lebih berjaya dengan lelaki yang 10 hingga 15 tahun lebih muda berbanding mereka?
Kejayaan dalam perhubungan bergantung kepada motivasi kedua-dua pihak. Ada orang tua yang berjiwa muda dan suka bertemu janji dengan pasangan yang aktif seperti mereka. Kronologi usia tidak selalunya menjadi refleks kepada kemampuan fizikal atau kematangan emosi.
Kadangkala, perbezaan umur mencipta satu bentuk hubungan 'mentor' apabila yang lebih berumur memberi nasihat kepada pasangannya tentang kehidupan atau kerjaya. Apa pun, elemen yang benar-benar membuatkan perhubungan itu berjaya ialah wujudnya hubungan bersifat emosi.


#Artikel ini dipetik dari sumber lain dari intenet dan bukan hasil karya penulis (Teh Tarik Komtar) sendiri.

Presiden Sukarno


Tahukah anda bahawa Sukarno atau juga dikenali sebagai Bung Karno adalah Presiden Indonesia yang pertama di Indonesia (1945-1967). Beliau merupakan tokoh yang ternama pada zamannya dan setaraf bersama pemimpin revolusi dunia yang lain seperti Castro dan Che Guevara. Beliau antara tokoh penting yang memerdekan Indonesia dari Belanda. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang berkarisma. Ucapanya begitu memukau setiap lapisan masyarakat yang mendengarnya tanpa jemu. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sukarno boleh ke link wikipedia di bawah:

Video kemalangan konvoi superbike di lebuhraya Karak


Wednesday, November 2, 2011

Seberapa pantas aku buat kerja hari ini

Rabu 02/11/2011

6.45pg: Keretapi yang aku naik tiba di KL Sentrel dan terus ke bilik mandi untuk bersiap

7.30pg: Sarapan pagi di KL Sentrel dan hisap rokok sebatang

7.50pg: Ambil teksi ke Bukit Damansara

8.05-8.30pg: Selesaikan urusan di Bukit Damansara

8.30pg: Ambil teksi ke PTPTN

8.40-9.05pg: Selesaikan urusan di PTPTN

9.05pg: Ambil teksi ke LHDN Jalan Duta

9.05-9.20pg: Selesai urusan di LHDN

9.20pg: Ambil teksi kembali semula ke Bukit Damansara

9.20-9.35pg: Selesai sekali lagi urusan di Bukit Damansara

9.35pg: Ambil teksi ke Puduraya

10.00pg: Tiba di Puduraya

10.15: Naik bas balik ke butterworth

11.30pg: Bos telefon, dan aku jawab  "sorry bos saya dah dalam bas on the way balik penang"





Leftenan Adnan Saidi

Leftenan Adnan Saidi

Leftenan Adnan Saidi adalah ketua platun bagi Rejemin Askar Melayu yang mempertahan benteng terakhir Tanah Melayu sebelum keseluruhan Tanah Melayu jatuh pada tangan Jepun dalam Perang Dunia ke-2. Sejarah tentang Leftenan Adnan ini jarang disebut hanya sekali pembikinan filem telah perjuangan Leftenan Adnan dihasilkan dan selepas itu ianya sudah jarang disiarkan. Hanya yang selalu diulang putar adalah filem "bukit kepong". Adakah kisah Leftenan Adnan ini kurang membawa impak politik kepada pihak-pihak berkempentingan berbanding "Bukit Kepong"?? Jika ya, ini bermakna kita tidak jujur dengan sejarah.

Tuesday, November 1, 2011

Komen ringkas Dr Asri berkenaan konsert Alton John yang bakal diadakan di Genting

"‎..Jabatan Agama Islam Pahang pernah halang saya berforum dengan Ustaz Nasirudin Tantawi di Kuantan. Kononnya atas arahan Mufti Pahang sebab tidak sesuai untuk rakyat Pahang. Jabatan Agama sanggup tunggu berjam-jam untuk tujuan itu. Saya ingin lihat sejauh manakah kesungguhan Jabatan Agama Pahang untuk menghalang anak-anak muda dan tua MUSLIM menyertai konsert Elton John di Genting, Pahang..apakah Jabatan Agama ada kesungguhan yang sama? sanggupkah mereka mengeluarkan arahan khas itu?! sanggupkah mereka menunggu di pintu masuk untuk memastikan tiada muslim yang sertai..kita tunggu dan lihat nanti..  Dipetik dari status page facebook beliau" (Dr Asri Zainal Abidin: Pensyarah Jabatan Pengajian Islam USM dan Bekas Mufti Perlis)

Monday, October 31, 2011

Ah Long VS Bank

Aku kira semua orang tahu apa itu Ah Long dan apa itu Bank. Bunyi dan sebutan kedua-dua perkataan tersebut berbeza tetapi mempunyai satu tugas yang sama iaitu dari sudut kredit. Mari kita lihat persamaan, perbezaan, kebaikkan dan keburukan bagi kedua-dua perkara berikut iaitu Ah Long dan Bank.

Persamaan Ah Long dan Bank:
Ah Long atau pun ceti menjalankan operasi peminjaman wang kepada mereka yang mahu membuat pinjaman. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kepada kemampuan peminjaman. Sesiapa yang pernah meminjam dengan Ah Long pasti mereka tahu proses meminjam dengan Ah Long adakalanya mirip dengan peminjaman dengan bank tetapi sesetangah prosesnya adalah lebih mudah berbanding bank. Bank juga menjalankan urusan peminjaman wang kepada mereka yang mahu meminjam dan jumlah pinjaman juga adalah bergantung kepada kemampuan kedudukan kewangan si peminjam. Ah Long mengenakan kadar feadah atau interest kepada si peminjam dan begitu juga dengan bank yang juga mengenakan kadar feadah kepada si peminjam. Dengan kadar feadah inilah kedua - dua mereka iaitu Ah Long dan bank membuat keuntungan. Mereka iaitu dua - dua ini iaitu Ah Long dan bank adalah aktor utama kapitalis yang bertuhankan wang dan berakidahkan keuntungan.



Perbezaan Ah Long dan Bank:
Mari kita lihat dari sudut Ah Long dahulu. Pertama proses pinjaman dengan Ah Long adalah lebih mudah berbanding bank. Peniaga -peniaga kecil yang menjual goreng pisang tidak perlu menyiapkan proposal dan pelbagai dokumen untuk mendapatkan pinjaman bagi memusing modal perniagaan.  Dengan bank, proses pinjamannya agak sukar, jika seorang peniagan yang mahu meminjam untuk peniagaan menjual cendol dia perlu menyiakan kertas kerja dan pelbagai jenis dokumen yang mereka sendiri tidak pernah lihat. Ah Long terutama yang tidak berlesen akan menggunakan cara kekerasan sekiranya peminjam enggan membayar wang yang dipinjam kerana mereka ini intitusi kewangan haram yang tidak mempunyai outoriti untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada peminjam. Bagi pihak bank pula, mereka ini semua intitusi yang sah dan mereka boleh mengenakan tindakkan mahkamah dan membangkrapkan seseorang. Apa yang boleh dilihat, engkar dengan Ah Long merana badan dan engkar dengan bank merana hidup.

Kebaikan Ah long:
Seperti yang disebutkan tadi salah satu kebaikan yang mendorong Ah Long terus wujud adalah proses pinjaman yang mudah dan cepat. Sesetengah Ah Long jumlah ansuran boleh dirunding sehinggan RM10 sehari (bukan semua Ah Long kejam). Tidak perlu beratur panjang dan menahan sakit hati dengan kerani bank yang kerek - kerek belaka. Urusan boleh dijalankan 24 jam sehari dan dimana-mana sahaja.

Kebaikan Bank:
Boleh mendapat pinjaman kredit. Peminjaman tidak diganggu secara fizikal oleh pihak bank. Bagi kakitangan kerajaan mereka boleh mendapat kadar feadah pinjaman peribadi serendah 4 ke 5%. Boleh membuat bayaran melalui potongan gaji.
Keburukan Ah Long:
Kadar feadah pinjaman yang agak tinggi berbanding bank. Tetapi sebenarnya bagi kakitangan swasta kadar feadah pinjaman peribadi dengan bank dan ah long boleh dikatakan hampir sama. Peminjam mungkin diganggu secara fizikal oleh pihak ah long bagi mendesak peminjam membayar pinjaman. Ini kerana ah long tidak boleh menggunakan cara mahkamah. 

Keburukan Bank:
Bank juga mengenakan kadar feadah yang tinggi kepada peminjam terutama dari kakitangan swasta. Cas surat menyurat dan caj lewat bayar juga akan dikenakan kepada peminjam. Peminjam akan diganggu secara emosi apabila sering dihubungi pihal bank bagi mendesak membayar ansuran pinjaman. Surat yang dipos juga tidak henti-henti. Dan akhirnya sekali surat mahkamah akan dikeluarkan dan peminjam yang engkar boleh diisytihar bangkrap atau boleh dipenjarakan.

Kesimpulan:
Ah Long dan Bank tidak banyak perbezaan, kesannya hampir sama jika tidak mampu membayar jumlah pinjaman. Jika kita mampu membayar dengan baik jumlah pinjaman ianya tidak membawa apa - apa kesan baik jika meminjam dari Ah Long atau dari Bank. Orang selalu menyalahkan Ah Long kerana selalu bertindak kejam dan ianya digambarkan dengan lebih buruk oleh media massa bagi membela pihak bank, ini kerana mereka tidak mahu bank mengalami kerugian jika orang ramai tidak lagi meminjam dari bank sebaliknya meminjam dari Ah Long. Kadar kekejaman antara bank dan ah long boleh dikatakan sama jika peminjam enggan membayar pinjaman cuba bentuknya saja yang berbeza. 

Jika Ah Long itu sifatnya 100% kejam dan begis seperti yang dilaporkan media, sudah tentu industri ah long ini sudah tidak boleh wujud. Tetapi realitinya bukan semua begitu. Seperti yang dikatakan tadi kekejaman dan kejahatan ah long ini sebenarnya dicanang untuk menjana keuntungan bank-bank dalam negara. Jika orang ramai beralih kepada pinjaman ah long sudah tentu bank akan hilang pelanggan dan mengalami kerugian. Hakikatnya kedua-duanya adalah serigala yang berbulu biri-biri dan akan bertindak jika engkar.

Sunday, October 30, 2011

Bakar Bendera Terengganu Di Stadium, Lelaki Dibelasah Teruk




SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilandibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganuserta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Saturday, October 29, 2011

Hari Kelapan: Shopping Kopok Lekor

Hari ini 28 Okt 2011 iaitu hari kelapan dan hari terakhir aku bertugas di Terengganu. Kesempatan masa yang ada pada hari terakhir ini aku gunakan untuk membeli - belah serba sedikit sebagai buah tangan. Sudah pastinya aku membeli keropok lekor dan keropok ikan. 

Aku tidak jadi untuk membeli telur penyu kerana harganya yang agak mahal disamping setelah aku tahu yang telur penyu tersebut dari Sabah dan bukannya dari asli Terengganu. Hampir seratus ringgit aku peruntukan untuk shopping pada hari ini. 

Setelah selesai membeli belah di Pasar Payang aku memandu kereta untuk bersiar-siar kali terakhir di Kuala Terengganu. Ini kerana esok pagi-pagi aku akan bertolak balik ke Pulau Pinang. Malam ini aku tidak makan di luar. Aku hanya memesan makanan dari hotel yang dihantar terus ke bilik. Aku ingin berehat kerana esok aku akan memandu lebih kurang 6 hingga ke 7 jam untuk tiba di Bukit Mertajam.

Sepanjang hampir seminggu lebih disini banyak pengalaman dan perkara baru yang belajar. Kenangan itu akan menjadi pengalaman dan dari pengalaman itu kita belajar agar terus dapat mencipta kenangan.


I'm coming home..... i'coming home.... tell the world i,m coming home....

Thursday, October 27, 2011

Hari Ketujuh: Nasi Dagang Di Negeri Orang, Nasi Kandaq Di Negeri Sendiri

Hari ini masuk tujuh hari aku di Terengganu dengan kata lain genap seminggu aku disini. Esok hari terakhir aku bertugas di Terengganu. Sabtu ini aku akan bertolak pulang ke Penang. Aku sudah mula rasakan masa begitu lambat berlalu menanti hari sabtu. Ini kerana aku sudah puas di sini dan aku mahu pulang ke Penang.

Hari ini 27 Oktober 2011 dimulakan dengan hujan yang lebat dan kadang kala renyai di Kuala Terengganu. Aku keluar dari hotel yang aku menginap selama dua malam dalam keadaan hujan yang sedikit lebat. Kepala aku mula terasa pening ketika menulis di blog ini mungkin akibat sering terkena hujan siang tadi.

Tidak ada apa yang menarik yang aku hendak kongsikan pada hari ketujuh ini. Ini kerana pada hari ini aku melakukan kerja-kerja seperti biasa yang agak memenatkan. Mujur cuaca yang dingin dan mendung membuatkan tidak sangat terasa keletihan. Dua ke tiga tempat aku tuju disekitar Kuala Terengganu ini. Boleh dikatakan aku sudah mula mahir jalan-jalan di bandar Kuala Terengganu ini. Aku memandu secekap aku memandu di pekan Bukit Mertajam. 

Jalan di bandar Kuala Terengganu ini tidak memeningkan kepada pemandu-pemandu yang pertama kali memandu disini. Ini kerana sistem trafiknya mudah, jalannya juga tidak akan membawa anda tersesat jauh jika anda tersilap mengambil simpang. Tidak seperti di Kuala Lumpur yang mana pasti anda akan menjerit hiba jika terlepas atau tersalah mengambil simpang. Papan tanda jalannya juga mudah difahami dan tidak seperti di kawasan lembah kelang yang mana papan tanda arah jalan yang kebanyakkannya dipacak betul-betul pada simpang.

Aku tidak kemana pada hari ini, aku hanya menghabiskan masa seharian dengan melakukan tugas yang diamanahkan untuk hari - hari terakhir ini. Aku hanya sempat bersarapan separuh nasi kukus kira-kira jam 11 pagi dan hanya makan semula kira-kira 9 jam selepas itu iaitu sekitar jam 8 malam. 

Selesai makan aku terus ke bandar kuala terengganu untuk mencari tempat penginapan untuk dua malam terakhir aku disini. Duit peruntukan perjalanan aku kesini yang masih berbaki membuatkan aku boleh memilih hotel yang agak selesa untuk dua malam terakhir ini.

Aku hanya mahu berehat sepuasnya dibilik hotel dan enggan keluar kemana-mana pada malam ini. Ini kerana badan aku yang sudah mula terasa lenguh dan kepala yang sudah mula berdenyut. Merehatkan diri diatas katil empuk dengan dingin penyaman udara begitu menenangkan. Terdetik dihati aku iaitu tidak sabar mahu pulang ke penang, tetapi terlintas juga perasaan yang kurang enak kerana aku perlu masuk ke pejabat seperti biasa pada Isnin ini, ianya diberatkan lagi dengan hasil kerja aku dan rakan aku di Terengganu ini yang kurang berjaya.

Hari Keenam: Peluang bersiar-siar dan membeli belah "hujan emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri"

Hari keenam 26 Oktober 2011 aku tidak mempunyai tugasan hari ini di Terengganu. Peluang ini aku gunakan untuk menikmati tidur sepuasnya didalam hotel separuh mewah ini dan berehat. Peluang ini juga aku gunakan untuk membeli belah sedikit barangan sebagai kenangan.

Hari aku tidak punyai selera makan untuk tengah hari. Ini mungkin kerana aku yang terlebih tidur serta cuaca diluar pada tengah hari ini agak begitu panas. Cuaca yang panas ini sering membantutkan selera makan aku, bukan saja di Terengganu malahan dimana saja aku berada. Aku jenis yang tidak makan banyak pada siang siang hari tetapi makan sedikit banyak pada malam hari, mungkin pada malam cuacanya agak dingin dan tidak menjejaskan selera aku.

Jam satu lebih petang aku berlegar disekitar bandar kuala terengganu untuk mencari kedai makan, tetapi dalam kepala aku, aku sendiri tidak tahu apa yang hendak dimakan, nyaris-nyaris aku singgah di kedai makanan segera. Aku memandu ke arah pantai batu buruk dengan tujuan untuk mencari kedai makan yang menarik disitu.Sewaktu menyusuri laluan di pantai batu buruk aku terpandang sebuah kedai dalam sebuah medan selera yang menjual steamboat. Aku terus mengambil keputusan untuk mencuba steamboat disitu. Hasilnya agak enak dan kuahnya juga agak menarik.

Selesai makan di pantai batu buruk, aku bergerak semula ke bandar kuala terengganu. Melalui jalan bersebelah stadium bola sepak terengganu aku perhatikan banyak gerai menjual jersi dan aksoseri pasukan bola sepak terengganu. Ini mungkin sebagai persiapan untuk penyokong pasukan bola sepak terengganu pada final nanti.

Sampai di bandar kuala terengganu aku pergi ke Pasar Payang yang dikatakan tempat yang menarik untuk membeli belah. Ya memang banyak yang dijual disitu, dari barang mentah hinggalah ke kraftangan dan perhiasan ada dijual. Aku tidak membeli keropok lekor dan keropok ikan yang banyak dijual disitu. Ini kerana aku hanya ingin membeli pada hari terakhir sebelum aku bertolak pulang.

Cuaca yang panas pada hari itu membuat aku kurang selesa untuk bersiar-siar terlalu. Hampir 2 jam lebih aku habiskan masa di Pasar Payang dan sempat membeli buah tangan untuk kedua orang tua aku. Selesai di Pasar Payang aku terus pulang ke bilik hotel. Badan yang terasa penat membuatkan aku terus terlelap hingga maghrib.

Malam aku keluar untuk makan, tetapi aku sudah tidak tahu dimana tempat yang harus aku makan. Aku rasakan tempoh selama 6 hari ini sudah telalu lama dan tidak tahu kemana lagi hendak aku tuju. Aku memilih untuk makan di deretan medan selera di Dataran Syahbandar. Enak juga makan disitu disamping pelayan kedainya yang manis- manis belaka.

Selesai makan malam, aku berjalan sekitar gerai-gerai kecil sepanjang jalan berhampiran Dataran Syah Bandar. Ramai anak - anak muda disini yang gemar berbasikal pada waktu malam dan situasi ini aku mula sedar sejak hari pertama lagi aku tiba di sini. Basikalnya bukan basikal biasa tetapi basikal yang berwarna-warni yang aku tidak tahu sebut apa namanya. Sampai di satu gerai, rakan aku ingin membeli telur penyu, dan kali ini aku diberitahu oleh makcik yang menjual telur penyu tersebut bahawa telur-telur penyu tersebut diambil dari Sabah dan bukannya dari Terengganu. Maklumat ini sedikit merencatkan niat aku untuk membeli telur penyu pada hari akhir nanti. Aku lebih gemar membeli sesuatu yang asli di Terengganu.

Aku pulang ke hotel sekitar jam 12.00 malam, esok aku perlu menjalankan tugas seperi biasa hinggalah hari Jumaat atau Sabtu ini. Sebenarnya dalam hati aku sudah mula rasa sedikit jemu. 

Tuesday, October 25, 2011

Hari Kelima: Kembali semula ke Kuala Terengganu "Telur Penyu"

Pagi hari kelima 25/10/2011 di Terengganu aku masih di Setiu. Selesai tugas di Setiu petang ini aku akan bertolak semula ke Kuala Terengganu dan memang saat ini yang aku nantikan, ini kerana aku sudah bosan tinggal di Setiu yang bagi aku tidak punya apa-apa.

Hari ini aku bertugas di sebuah cybercafe yang terletak dalam sebuah kampung di dearah Tasek Setiu. Banyak budak-budak kampung melepak dibawah pokok dan aku tidak faham apa yang diborakkan, cuma yang aku tahu mereka sedang bercerita sesuatu yang lucu kerana mereka selang beberapa mereka berbual mereka akan ketawa. Cybercafe tempat aku bertugas tersebut dijaga oleh seorang anak muda 23 tahun lulusan diploma teknologi maklumat UPM.

Selesai tugas petang itu aku terus mengambil rakan aku di satu lagi daerah di Setiu yang tidak jauh dari situ. Sementara menunggu dia berkemas aku pergi makan tengahari terlebih dahulu sedangkan rakan aku sudah terlebih dulu makan. Selesai sahaja di situ kami bergerak semula ke cybercafe tempat aku bertugas tadi untuk mengambil semua barang-barang. Selepas itu aku dan rakan aku terus bergerak menuju ke Kuala Terengganu.

Aku menyusuri Jalan Pantai yang bersebelahan dengan laut untuk ke Kuala Terengganu. Pemandangan yang menarik menghiasi sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu. Sewaktu perjalanan ke Kuala Terengganu aku singgah di sebuah warong yang menjual air kelapa. Khabarnya air kelapa di sini agak enak rasanya, tapi aku tidak membezakannya setelah minum.

Selesai minum aku meneruskan semula perjalanan dan selang setengah jam aku tiba di Kuala Terengganu. Aku sudah menyiapkan senarai tempat-tempat menarik untuk aku kunjungi di Kuala Terengganu kerana esok aku tidak mempunyai tugas dan aku free. Aku check ini di Hotel KT Mutiara untuk 2 malam. 

Selesai check in dan membersihkan diri, aku menyusuri keluar ke bandar Kuala Terengganu. Destinasi aku adalah Dataran Syahbandar. Aku menikmati makan malam di deretan gerai makan di tepi laut Dataran Syahbandar. Aku menikmati sotong bakar dan ikan bakar untuk malam ini. Memang enak dan best menikmati makanan sebegitu di tepi laut.

Selesai makan, aku bersiar-siar sekitar tebing laut. Memang tidak indah jika mengunjungi tempat seperti itu jika tiada wanita. Aku bergerak menaiki kereta menuju ke Pasar Payang, banyak gerai - gerai jualan di Pasar Payang telah tutup kerana waktu perniagaan mereka tamat pada jam 7 malam. Aku menyusuri jalan-jalan sekitar pasar payang dan aku menemui sesuatu yang aku belum pernag temui secara live iaitu "telur penyu". Aku bertanyakan harga telur penyu tersebut pada makcik yang menjualnya. Harganya boleh tahan mahal. 10 biji RM30 dan yang sudah siap direbus jual 3 biji RM10. Aku menikmati 2 biji telur penyu pada malam ini dan ini adalah pertama kali aku merasai telur penyu. Rasa lengkap kunjungan aku disini setelah merasa telur penyu tersebut.

Selesai bersiar aku kembali ke hotel untuk berehat dan esok aku akan gunakan masa yang ada untuk mengunjungi tempat-tempat yang telah aku senaraikan.

Hari Keempat: Bosan Mula Terasa


Kami keluar meninggalkan Agro Resort pada jam 9 pagi. Aku memandu terus ke aras Jalan Pantai dalam cuaca yang mendung dan hujan di beberapa kawasan perjalanan. Sampai di kawasa Kampung Penarik kami singgah untuk sarapan pagi di medan selera yang terdapat di situ. Aku memesan sepinggan nasi kukus bersama milo kosong suam. Nasi kukus bersama ayam goreng berempahnya agak sedap, sambal yang diletak bersama nasi tersebut cukup pedas walaupun dengan sedikit calitan. Selesai sarapan kami memulakan tugas masing-masing untuk hari ini. Selepas menghantar kawan aku di Kg Penarik aku bergerak menuju ke Merang yang mana aku akan bertugas disitu. Dalam perjalanan tersebut viper kereta aku tercabut sewaktu menggunakannya dalam hujan renyai-renyai. Mujur aku menjumpainya semula setelah mencari disepanjang jalan dan memasangnya kembali.

Hari ini agak membosankan dan aku rasakan masa begitu lambat berlalu. Ini kerana di Setiu ini boleh dikatakan agak kurang menarik jika dibandingkang dengan Kuala Terengganu. Selesai tugas petang itu, aku terus mencari lokasi seterusnya untuk bertugas esok. Setelah menemui lokasi tersebut, kami mencari tempat penginapan yang berhampiran. Memang membosankan di sini, aku mahu cepat-cepat pulang semula ke Kuala Terengganu.

Hiburan Malam.
Malam Setiu tidak ada apa-apa yang menarik. Aku menginap di Bandar Permaisuri yang boleh dikatakan sedikit “bandar”. Kebetulan pada malam itu ada pertandingan tinju Toymoi berhampiran tempat kami menginap. Aku mengajak kawan aku pergi untuk menyaksikan pertandingan Toymoi tersebut dengan bayaran Rm10. Kalau di Bukit Mertajam mungkin sukar untuk menjumpai pertandingan toymoi sebegini.
Aku menyaksikan orang ramai sekitar kawasan tersebut dan anak – anak muda begitu ghairah menyaksikan perlawanan toymoi tersebut. Setiap kali peninju tersebut menghayun tumbukan atau sepakan orang ramai akan menjerit dengan kehebatan peninju tersebut. Mungkin ini sahaja hiburan yang terdapat di daerah ini, oleh sebab itulah mereka menikmati hiburan tersebut sebaik mumgkin.

Berbeza kita di bandar – bandar besar seperti Pulau Pinang, terlalu banyak tempat hiburan untuk kita pilih dan kunjungi. Hiburan rancak, santai, tenang dan lepak sampai pagi semuanya ada di tempat seperti Pulau Pinang. Karoeke yang terdapat di Terengganu ini hanyalah “karaoke jamban”.

Mungkin semua itu belum dibenarkan masuk lagi ke dearah pantai timur ini. Tapi gelora jiwa anak muda tetap sama walaupun berada di pantai barat atau pantai timur. Mungkin faktor ini yang membuatkan banyak golongan muda dari pantai timur apabila datang ke bandar-bandar besar seperti kuala lumpur atau pulau pinang, mereka menjadi “lebih teruk dari orang” mungkin ini yang dikatakan kejutan budaya.

Selesai perlawanan terakhir toymoi antara regu wanita, iaitu sekitar jam 12tgh malam, orang ramai mula berpusu – pusu meninggalkan gelenggang pertandingan.Suasana ini mengingatkan aku akan suasana ketika selesai ceramah anwar Ibrahim di permatang pauh. Aku keluar mencari kedai yang menyediakan kemudahan wifi di dearah setiau ini namum gagal. Akhirnya aku mencari kedai makan untuk mengisi perut yang belum lagi diisi sejak pukul 3 petang tadi. Setelah selesai kami pulang untuk melayan mimpi di pantai timur.

Hari Ketiga yang santai tapi penat


Dari Kuala Terengganu semula ke dearah Marang cuaca baik pada pagi ini, menjelang tengah hari cuaca semakin panas terik. Berbeza dengan hari sebelum ini dimana cuaca disini sering mendung dan kadang-kala hujan. Aku mulakan tugas seperti biasa dengan sedikit rasa mengantuk. Ini mungkin kesan nasi lemak yang aku makan pagi tadi sewaktu ke Marang.

Jam hampir 3 petang, aku masih belum makan tengah hari, perut masih belum terasa lapar mungkin kerana sarapan pagi tadi aku makan nasi lemak dengan banyak. Nasi lemak kuah sambal bilis dan telur rebus membuatkan aku teringat akan masakan emak aku, kerana emak aku sering memasak nasi lemak pada waktu cuti begini.

Aku berkomunikasi di Terengganu ini dengan menggunakan loghat Penang seperti biasa jika bekenaan urusan peribadi. Tetapi jika berkenaan urusan kerja atau rasmi aku cuba mengawal loghat Penang aku agar mudah untuk urusan komunikasi. Oleh sebab itu jika aku memesan makanan, membeli barang atau berusan di hotel aku tetap menggunakan loghat asal aku kerana aku merasa satu keunikan. Aku akan merasa lebih gembira bila orang yang aku sedang berurusan tersenyum bila mendengar loghat utara aku ini adakalanya akan membuatkan aku akan boleh berbual panjang dengan mereka dan lebih bertuah jika orang itu awek cun yang “molek-molek belake”.

Petang ini aku akan bertolak ke Setiu, satu daerah yang sedikit jauh dari Kuala Terengganu. Mengikut semakan dalam google map ianya mengambil masa lebih kurang hampir satu jam perjalanan dari Kuala Terengganu.

Petang Di Setiu

Aku tiba di Setiu dalam sekitar jam 4.30 petang. Agak sukar untuk menjumpai kawasan yang aku bakal bertugas. Jenuh aku bertanyakan orang, akhirnya kami menjumpai juga tempat yang sepatutnya kami tiba. Kawasan tempat aku bertugas terletak di Jalan Pantai dalam dearah Setiu. Kami melalui jalan yang tepi laut yang pemandangannya cukup indah. Sudah tiga hari aku memandu di Terengganu ini aku mula sedar yang cukup selesa memandu di sini kerena tidak ada traffic Jam atau kesesakkan lalu lintas yang terus seperti di Kuala Lumpur atau pun di Pulau Pinang. Malahan di ibu negeri Terengganu sendiri pun iaitu di Kuala Terengganu tidak ada kesesakkan lalu lintas. Semua pergerakan kereta berjalan lancar. Sebab itu lah semua kereta di sini dipandu dengan laju dan pasti anda akan dipintas jika memandu dalam kelajuan sekitar 80-90 kilometer sejam.

Malam.
Selesai melakukan apa yang patut di kawasan Merang dearah Setiu, kami menyusuri jalan pulang dan mencari kedai makan. Aku dan rakan belum lagi makan tengah hari pada waktu itu walaupun jam sudah menunjukkan hampir 8.00 malam. Aku singgah di sebuah restoran makanan laut di Jalan Pantai tersebut. Aku memesan makan dengan menggunakan loghat utara pekat aku. Terkebil-kebil mata minah yang mengambil order tersebut bila mendengar pertuturan bahasa aku. Aku tersenyum melihat gelagat minah tersebut dan aku bertanyakan kepada dia “tak paheng ke” menggunakan loghat Terengganu yang aku sendiri rasakan ianya tidak berapa betul. Minah itu hanya tersenyum dan mengambil pesanan.

Aku memesan ikan merah masak 3 rasa dan jus epal. Tiada kelainan samaada ikan 3 rasa atau jus epel tersebut. Aku makan hanya untuk mengisi perut yang telah kosong sejak pagi tadi. Terakhir aku makan adalah pada jam 9 pagi dan 8 malam baru aku menjamah makanan semula. Aku perhatikan rakan aku seakan sudah tidak bermaya, aku tahu dia lapar dan dahaga. Aku berpura-pura cool seperti aku masih lagi bertenaga.

Selesai makan, kami menuju ke Agro Resort, tempatnya lebih kurang 15 kilometer dari tempat kami bertugas dan terletak di kawasan yang agak dalam. Rakan aku yang menempah Resort tersebut melalui kenalan dia di Terengganu ini dengan “harga kawan-kawan” iaitu Rm30 semalam sedangkan harga asal Rm100 lebih.
Masuk sahaja kedalam bilik, aku terus menelan ubat sakit kepala dan terus membersihkan diri. Tiada kemudahan internet sini dan sebab itu artikel ini aku lambat untuk postkan ke blog dan aku hanya mampu taipkan dalam Microsort Word. Aku meminum secawan minuman panas bersama sebatang rokok dan selepas itu aku terus terlelap.

Sunday, October 23, 2011

Hari kedua dari Kuala Terengganu ke Marang dan Kebetulan


Hari Sabtu 22 Oktober adalah hari kedua aku di Terengganu dan merupakan hari pertama aku menjalankan tugas seperti diamanahkan. Selepas selepas check-out dari hotel aku menginap aku dan rakan ku mencari kedai untuk sarapan pagi, terdapat sebuah kedai ala restoren mamak seperti di Penang. Hujan turun renyai-renyai di sini dan aku memasuki kedai tersebut dan mendapati ianya adalah restoran melayu. Aku memesan roti telur ditambah dengan roti kosong dan sewacan teh tarik. Roti canainya hampir sama rasanya seperti roti canai melayu di Penang tetapi bezanya kalau di Penang atau mungkin tempat lain roti canai dihidang dengan kuah kacang dal atau sedikit kuah sambal bilis bagi roti canai melayu, tetapi di Kuala Terengganu ini roti canainya dihidang dengan kuah kari daging yang dicampur dengan kuah sardin. Kelainan yang beginilah yang aku cari jika berada di tempat orang.

Selesai makan aku dan rakanku terus memandu ke Taman Medan Jaya di Rusila dearah Marang Terengganu. Sampai sahaja di Dewan Komuniti Taman Medan Jaya, pengerusi JKKK kawasan tersebut telah bersiap sedia menanti kami. Aku perhatikan kawasan dewan kemonuti tersebut dan pada pandangan aku ianya agak baik. Hujan masih turun tetapi tidak begitu lebat, disini terdapat sebuah perpustakaan awam yang dibuka, aku kira pada jam 8 pagi lengkap dengan kemudahan komputer terkini, sebuah bilik mesyuarat dan kami ditempatkan dalam sebuah bilik di sebelah kiri dewan. Apa yang boleh aku kata kan JKKK kawasan ini agak aktif dan memainkan peranan yang sepatutnya. Terdapat sebuah kereta bomba sukarela Taman Medan Jaya yang ditempatkan dalam kawasan dewan komuniti ini. Kalau dibandingkan dengan di Penang sukar untuk mencari JKKK yang aktif dan ekfisyen seperti ini.

Selain itu, terdapat juga kemudahan Wifi di kawasan Taman Medan jaya ini walaupun rangkaiannya agak perlahan dan kadangkala terputus. Mungkin ini yang dikatakan realpolitik yang digunakan oleh kerajaan Umno negeri Terengganu untuk memenangi kawasan dan negeri Terengganu. Ianya harus dipuji kerana ianya membawa manfaat kepada rakyat, dan mereka yang bercita – cita untuk menjadi kerajaan baik di sesebuah negeri atau negara harus memikir berkenaan keadaan realpolitik ini. Aku kira, rakyat dikawasan ini tidak memikirkan berkenaan isu-isu besar dalam sistem pentadbiran politik negara. Mereka lebih mementingkan apa yang mereka akan dapat dari sesebuah kerajaan itu. Ini sememangnya satu yang dikatakan realpolitik yang memang tidak boleh kita nafikan. Dan kerajaan negeri Terengganu berjaya melaksanakannya. Kerajaan – kerajaan negeri Pakatan harus meniliti perkara ini jika mahu terus digelar kerajaan.

Sewaktu berbual dengan pengerusi JKKK Taman Medan Jaya ini, dia bertanyakan aku perkembangan di Penang dibawah pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng. Aku dengan jujur dan berdasarkan pendapat aku sendiri aku menjawab “ya bagus” tapi dengan nada yang cukup halus kerana aku tahu dia sudah tentu seorang Umno yang tegar jika tidak masakan boleh dilantik menjadi pengerusi JKKK dalam kawasan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Rusila yang dimenangi Umno dan Parlimen Marang yang dimenangi PAS. Aku tidak ambil pusing semua itu, tetapi pujian harus diberi kepada pengerusi JKKK tersebut kerana berjaya menjalankan pentadbiran dalam kawasannya dengan baik. Isu pokoknya adalah rakyat bukan parti.


 Makan Tengahari

Aku sedikit berjaya dalam pencarian untuk makan tengah hari pada hari ini. Aku menikmati makanan tengahari dengan masakan ikan segar dari laut yang sememangnya sukar untuk didapati di Bukit Mertajam. Kedai makan yang aku pilih hari ini untuk tengahari terletak di tepi laut, menikmati hidangan nasi bersama ikan segar disebelah laut yang ombaknya berderau menghempas pantai memang begitu mengasyikkan.


Suasana Malam

Hampir jam 8 malam baru aku selesai tugas untuk hari kedua. Aku mencari hotel budget atau rumah tumpangan berhampiran Kg Bukit Payung Marang Terengganu kerana keesokannya aku perlu bertugas disitu, namum aku gagal menjumpai tempat penginapan yang sesuai. Akhirnya aku terpaksa memandu terus semula ke pusat bandar Kuala Terengganu kerana disana lebih banyak tempat penginapan.
Kebetulan Bola Sepak
Malam ini di bandar Kuala Terengganu sungguh meriah, anak muda berpesta seakan enggan mahu henti. Leputan mercun kedengaran bertalu – talu. Ini semua kerana pada malam ini pasukan bola sepak Terengganu berjaya layak ke final piala Malaysia selepas menumpaskan Selangor pada semi final kedua di Stadium Kuala Terengganu. Kebetulan hotel yang aku menginap berhampiran dengan stadium tersebut dan aku dalam melihat serpihan percikan bunga api dan asap yang menebal dari arah stadium. Sekitar jam 11 malam jalan-jalan di bandar Kuala Terengganu dipenuhi dengan anak muda yang merayakan kemenangan pasukan bola sepak mereka dengan menunggang motosikal sambil mengibarkan bendera Terengganu dan membunyikan hon. Aku merasa bertuah kerana sempat berada dan melihat situasi ini di tempat orang.
Sewaktu makan malam tadi di sebuah medan selera yang aku terlupa mencatat namanya (berhampiran jalan batu buruk), kedai tersebut dipenuhi anak-anak muda Terengganu yang mungkin tidak sempat membeli tiket untuk ke stadium, jadi mereka memenuhi kedai makan tersebut untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Suasananya tidak ubah seperti di Nasmir Bandar Perda ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak EPL.


Makan Malam

Untuk makan malam pada hari kedua, aku mencuba mee goreng di medan selera berhampiran Jalan Batu Buruk, hasilnya biasa saja. Aku terlihat menu “Sup Belut” tetapi aku terlupa untuk memesannya sebelum pulang. Aku akan mencubanya juga dalam masa yang ada ini. Petang esok, selesai tugas di daerah Marang, aku akan berangkat ke Setiu. Di sana mungkin tiada kemudahan intenet dan mungkin aku tidak dapat mengemaskini blog ini untuk hari ketiga.

Saturday, October 22, 2011

Hari Pertama ke dan di Terengganu


Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Kuala Terengganu mengambil masa hampir 6 jam. Aku bertolak dengan memasuki lebuhraya kulim – butterworth BKE pada jam 8 pagi dan tiba di pekan Kuala Terengganu hampir jam 2 petang lebih. Perjalanan yang mendaki banjaran titiwangsa agak aku kurang gemari. Ini kerana aku tidak boleh memecut laju dan bertambah tidak cool jika terdapat lori treler yang merangkak mendaki bukit dihadapan aku.
Namum ini adalah kali pertama aku membawa satria neo aku mendaki banjaran titiwangsa. Kereta aku dengan cool mendaki banjaran titiwangsa dengan masih mampu menggunakan gear D, cuma kadang-kadang aku perlu menurunkan ke gear 3 bila terpaksa mengekori belakang lori. Menyusuri laluan ke pantai timur memang berbeza dengan memecut laju di lebuhraya plus untuk ke Kuala Lumpur. Ini kerana kita akan berpeluang merasai kehijauan dan kesegeran alam yang entah sampai bila ianya masih mampu bertahan. Aku berhenti di hentian titiwangsa bagi menikmati pemandangan alam hijau banjaran titiwangsa yang sudah pasti tidak akan dapat dilihat jika anda membesar dan tinggal di bandar-bandar besar yang padat dengan hutan konkrit. Aku tidak membawa kamera untuk merakam gambar kerana aku memang tidak mempunyai kamera hanya kamera telefon bimbit aku yang berkualiti rendah sahaja aku gunakan untuk rakamkan kehijauan alam ini agar boleh terus dilihat oleh anak cucu cicit kita kelak. (pada yang tidak tahu apa itu banjaran titiwangsa, eloklah serahkan kad pengenalan anda kepada buruh bangla)
Setiba di Kuala Terengganu aku berlegar sekitar bandar Kuala Terengganu untuk mencari kedai makan. Bagi aku suasana bandar Kuala Terengganu agak baik kerana masih ada ruang untuk bernafas jika dibandingkan anda berada di tengah bandar Kuala Lumpur. Aku berlegar memandu kereta mencari kedai makan yang best dan cool di Kuala Terengganu namum usaha aku gagal. Semua deretan kedai ditutup rapat. Mulanya aku agak kehairanan mengapa semua deretan rumah kedai dan restoran-restoran ditutup, setelah aku memikirkan kembali rupanya hari Jumaat memang banyak kedai yang ditutup. Mungkin ini budaya di Terengganu dan pantai timur. Perut aku sudah makin keroncong, kepala aku sudah mula berdenyut kerana angin perut yang kosong sudah naik ke kepala. Aku menghubungi rakan aku yang berasal dari Terengganu, namum dia juga gagal.
Aku terus mencari kedai makan dengan penuh harapan namum tetap gagal. Akhirnya aku ternampak sebuah warong kecil berdekatan stesyen bas Kuala Terengganu, aku terus memilih kedai tersebut kerana jika aku tidak mengisi perut aku sudah tentu sakit kepala aku akan makin parah. Aku makan di warong tersebut, namum hidangan lauknya biasa sahaja. Aku ini mencari makanan yang berlainan dari yang terdapat di Penang. Namum hasilnya hampir sama dengan gerai yang selalu aku makan waktu rehat tengahari.
Sesudah makan aku terus memandu bersama rakan aku ke Marang bagi mencari lokasi untuk kami bertugas keesokannya. Dalam mencari lokasi tersebut aku singgah di Masjid Rusila Marang. Bila terlihat Masjid tersebut, aku mula teringat bahawa di Masjid inilah markah penyokong-pengokong PAS tegar, dan disinilah pernah berlaku demostarsi sewaktu pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Aku bangga kerana boleh berada sendiri di masjid tersebut.
Setelah urusan tersebut selesai,aku kembali semula ke Kuala Terengganu untuk mencari penginapan. Penginapan yang aku pilih semestinya hotel budget dan mempunyai wifi. Kalau hotel budget di Bukit Bintang semestinya berbeza dengan di Kuala Terengganu.
Setelah membersihkan diri dan berehat sebentar di bilik, sekitar jam 9 malam aku keluar bersama rakan aku untuk mencari makan malam. Aku masih menanam impian untuk menikmati makanan yang istimewa di Terengganu yang tidak terdapat di Penang. Aku memandu ke arah pantai bagi mencari restoran di tepi pantai. Mungkin kerana terlalu teruja hinggakan aku tersilap memasuki simpang yang aku kira simpang ke Pantai Batu Buruk. Aku perhatikan banyak deretan kereta di tepi jalan tersebut, tetapi tidak nampak seorang pun diluar. Aku mula merasa pelik kenapa hanya kereta sahaja yang banyak ditempat parking tetapi tidak nampak orang diluar, (kalau situasi ini aku lihat di Hentian Rehat Bagan Ajam aku tidak akan merasa pelik) tetapi selang beberapa ketika baru aku sedar rupanya aku telah memasuki simpang ke Hospital Sultanah Nurzahirah, patutlah hanya ada kereta tetapi tidak nampak orang.
Aku U-Turn semula ke jalan besar dan terus memandu ke Pantai Batu Buruk, disana rakan aku menunjukkan sebuah restoran “sate pantai timur” bagi aku mungkin inilah restoran yang menyajikan masakan pantai timur. Aku terus memilih restoran tersebut. Tetapi hasil tetap gagal. Hidangannya tetap sama seperti di Chow Kit atau di Permatang Pauh. Sate nya juga gagal kerana rasanya hampir serupa dengan di pasar malam Alma. Aku gagal untuk hari ini dalam mencari makanan.



Selesai makan aku berehat sebentar di tepi pantai batu buruk sambil menikmati angin dan deruan ombak laut cina selatan yang sudah tentu berbeza dengan selat Melaka yang aromanya bercampur asap kimia jika di pantai bagan ajam. Kelihatan seorang awek cun yang berdasarkan loghat bahasa aku percaya dia orang Terengganu menunggang motosikal pantai. Sekurang-kurangnya kegagalan aku untuk menikmati juadah enak pada malam tersebut sedikit terubat.
Setelah hampir satu jam disitu aku bergerak pulang ke hotel. Sampai ke hotel aku melabuhkan diri ke katil kerana penat memandu seharian. Namum sempat aku merakamkan catatan ini agar ianya kekal di alam maya. Rakan aku sudah lama tertidur mungkin terlalu penat walaupun aku yang memandu. Sebelum tidur aku sempat menjenguk ke luar tingkap dari bilik hotel. Aku perhatikan suasananya masih hidup walaupun sudah jam 1 pagi. Sebelum ini aku menganggap di Terengganu ini jam 10 malam mesti sudah mati, tetapi masih lagi cool dengan anak muda yang terus bersantai di warong tom yam. Mungkin malam ini malam minggu bagi mereka. Cuma bezanya tiada hiasan dunia yang boleh kelihatan seperti di Kuala Lumpur atau di Penang. Sekarang aku perlu memaksa diri untuk tidur.  

Friday, October 14, 2011

Kelas terakhir Pengajian Malaysia

Hari ini tamat kelas terakhir Pengajian Malaysia untuk pelajar batch 1 pelajar kejururawatan di Kolej aku mengajar. Moga apa yang aku dan sampaikan kepada mereka dapat membentuk diri mereka dalam menjadi agen perubahan dalam masyarakat dan kumpulan golongan kelas menengah yang berjaya dalam masyarakat.

Sebenarnya aku amat gembira dan seronok mengajar subjek tersebut. Ditambah pelajar - pelajar kelas aku yang  "cool" dan menunjukkan minat yang tinggi terhadp subjek tersebut. Sebenarnya ini adalah pegalaman kali pertama aku mengajar secara formal. 

Sebenarnya pada hari kelas pertama waktu aku  mengajar dahulu aku agak kekok. Tapi alhamdullilah dengan beberapa ketika sahaja aku dapat menyesuaikan diri dan dapat mengajar dengan baik. Rata-rata pelajar aku memberi tumpuan dan menunjukkan minat dengan baik. Semua ini membuatkan aku lagi bersemangat untuk mengajar.

Dengan mengajar subjek tersebut membuatkan aku berasa enjoy untuk ke tempat kerja. Aku berasa bersemangat untuk ke tempat kerja pada hari aku mempunyai kelas. Segala tekanan dan stress kerja-kerja office yang aku lakukan akan hilang bila aku mula mengajar. Kelas selama 2 jam aku rasakan begitu singkat dan cukup untuk mengajar. Aku rasakan aku telah menemui jiwa aku yang sebenar dalam karjaya mendidik ini. 

Selepas ini tidak ada lagi kelas pengajian malaysia. Aku hanya melakukan kerja-kerja admin yang sememangnya tidak pernah habis dan stress. Tapi aku perlu enjoy dan terus lakukan demi mencipta kehidupan yang sememangnya bukannya mudah.

Selepas ini aku mungkin akan mengajar batch kedua pelajar di kolej tersebut. Mungkin ragamnya berlainan dan mungkin caranya juga berbeza. Tapi aku akan lakukan yang terbaik selagi aku diamanahkan untuk berkhidmat disitu. Atau mungkin jika rezeki aku ditempat lain pula selepas ini, aku doakan agar semua pelajar-pelajar aku berjaya dalam membina kehidupan. "Dan Mungkin Bila Nanti, Kita Akan Bertemu Lagi...."  

Putrajaya Sentrel membuat aku tersenyum :)

Yang sempat aku bualkan dengan dia:

-Student medic dekat kolej swasta di cyerberjaya (x igt nama kolej)
-Sudah 2nd years study
-tinggal dekat pahang
-dapat scholarship MARA
-Penah dapat offer belajar dekat Mesir, tp parent sorok offer letter
-Cita2 nak one day nak buat specialized dalam "sakit puan"
-Dia ada problem dengan MARA tentang pinjaman
-Mahu ke Bandar Tasek Selatan selesaikan masalah pinjaman Mara
-Tak pernah datang penang
-Ada kawan-kawan dari penang dan sebab itu dia boleh mengagak aku dari Penang

Sedang rancak berbual ERL train tiba, dia mengambik seat sedikit hadapan aku selang 3 kerusi belakang dia. Tak sempat aku bertanyakan nama. Kalau dapat facebook pn jadilah.. Dia turun di Bandar Tasek Selatan, aku terus ke KL Sentrel. Mungkin sampai kiamat pun aku tidak akan menemui dia lagi.

Moral value: Manfaatkanlah setiap detik dalam hidup kita sebaik mungkin agar kita tidak berasa ralat dengan apa yang berlaku.

Friday, October 7, 2011

Sudah lama tak update blog

Jam 1.30 pagi, aku baru selesai menyiapkan nota pembelajaran untuk kelas esok. Tiba-tiba aku teringkan blog aku ini yang sudah berbulan aku tidak update dengan artikel2 terkini. Siang tadi ada student aku yang memberitahu yang mereka ada membaca blog aku, baru aku teringat yang aku susah lama tidak post artikel terbaru.

Aku mula membangunkan blog ini sewaktu aku menganggur selama 6 bulan setelah kontrak pekerjaan lama aku tamat. Dalam tempoh itu aku mempunyai banyak masa terluang, dan masa terluang itu aku gunakan untuk menulis di dalam blog. Dulu aku selalu lepak dengan member aku Johan di Mcd Juru sampai pukul 2,3 pagi. Sambil melepak di di Mcd tersebut, kami selalu bualkan berkenaan isu - isu semasa dan pelbagai lagi. Melalui perbualan kami itu aku akan mendapat idea dan apa bila pulang aku akan mula menulis di blog. Jika tidak ada idea Johan selalu memberi idea atau tajuk kepada aku tentang apa yang aku perlu tulis di blog ini.

Kini Johan berada di Jerman mencari rezeki di sana. Aku pula sudah mendapat pekerjaan baru sekitar pertangahan Jun 2011 yang lalu. Aku cukup sibuk dengan urusan kerja, tetapi aku enjoy dengan kerja yang aku buat walaupun adakalanya begitu tertekan dan membebankan. Aku seronok bila aku ditugaskan untuk mengajar kerana memang minat aku dalam pendidikan. Dengan kesibukan semua ini sampai aku tidak masa untuk meluangkan masa untuk menulis di blog, jika ada masa pun tetapi selalu tidak ada idea mungkin kerana terlalu letih idea itu tidak kunjung tiba.

Tapi tidak mengapa, aku akan memaksa juga diri ku menulis jika aku mendapat sedikit ruang untuk berbuat demikian. Adioooss....