Thursday, January 30, 2014

Pelabur asing elak labur di pasaran Malaysia, lapor Wall Street Journal


Pengurus dana antarabangsa sedang mengelak daripada melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahap terendah sejak 2010, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).

Pasaran saham Malaysia lemah di mata dunia selepas jatuh 4.5% bulan lalu dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah minggu ini.

Ini meletakkan kadar ringgit terendah di Asia selepas won Korea dan peso Filipina.

Ketua Pasukan Pendapatan Tetap Asia di J.P Morgan Asset Management, Hong Kong, Stephen Chang, berkata syarikatnya sedang mengambil langkah berhati-hati dengan pasaran Malaysia kerana kadar ringgit yang rendah.

Chang berkata, susulan daripada kadar ringgit yang rendah, Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelak daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai bon tersebut.

Katanya, kenaikan kadar deposit untuk akaun pertukaran asing membuatkan pelabur Malaysia mencari jalan perlindungan daripada mata wang yang semakin rendah.

Pengurus Pelaburan di Invesco Singapore, Jalil Rasheed, berkata lawatannya ke Malaysia baru-baru ini mendapati pengeksport daripada Malaysia memegang ketat kepada mata wang Amerika Syarikat dan enggan menukarkannya ke ringgit kerana kadar dolar Amerika Syarikat semakin tinggi.

"Menjadi tren di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar mata wang ringgit daripada simpanan kepada mata wang asing kerana risau dengan nilai ringgit yang semakin susut," kata pakar kadar kewangan Asia di Deutsche Bank di Singapura.

"Pemilik bon dari negara asing di Malaysia sangat tinggi dan ini sangat merisaukan kerana ramai yang mempersoalkan kesan kepada pasaran Malaysia sekiranya pemilik asing bon kerajaan menarik balik pelaburan mereka," kata Elsie Tham daripada Manulife Asset Management Malaysia.

Dengan kadar ringgit yang semakin rendah, Malaysia menyertai senarai pasaran saham lemah di Asia Tenggara seperti Thailand yang sedang riuh dengan bantahan politik dan Filipina yang baru ditelan taufan yang mengorbankan ribuan rakyat.

Laporan WSJ tersebut turut menuding jari kepada langkah kerajaan yang memotong subsidi bagi gula dan minyak petrol demi membendung pembelanjaan kerajaan serta menutup defisit bajet.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang tetap melabur di pasaran Malaysia kerana kadar eksport yang tinggi dan langkah kerajaan untuk menghentikan defisit dihadapi negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997 hingga 1998. – 30 Januari, 2014.



Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelabur-asing-elak-labur-di-pasaran-malaysia-lapor-wall-street-journal

Tuesday, January 28, 2014

Faedah dan kesan Anwar Ibrahim di Selangor

Keputusan dan tindakan Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang sememangnya mengejutkan banyak pihak. Dan yang paling ketara walaupun dinafi, dengan kemenangan Anwar Ibrahim dalam PRK di Kajang ini kelak akan membuka jalan untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Dengan Anwar Ibrahim menjadi menteri besar ianya akan mewujudkan resah dan gelisah kepada lawan dan kawan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Azmin Ali pasti kempunan untuk menjadi menteri besar, Tan Sri Khalid terpaksa turun dengan secara terhormat dan Din Ayam dan PAS UG pasti mengalami demam yang tidak kebah dan Umno juga akan mengalami kencing tidak lawas. Ini kerana jalan untuk menawan semula Selangor pasti akan bertambah sukar buat Umno.

Sumber: www.selangorku.com
Sebenarnya bagi mereka yang memang mengenali gaya politik Anwar Ibrahim pasti tidak akan terkejut dengan tindakan Anwar Ibrahim ini. Jika disingkap sejarah politik Anwar Ibrahim semenjak dari MCKK, Universiti Malaya dan sewaktu memimpin Angkatan Belia Islam ABIM, siapa yang akan menjangka Anwar Ibrahim akan berada di sebelah Dr Mahathir pada pada 1982 dan mengumumkan menyertai Umno. Memang manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini penuh dengan kejutan dan surprise.

Bagi PAS UG di Selangor, jika Anwar menjadi menteri besar sudah tentu gerakan untuk mengUGkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor akan mengalami jalan sukar. Penting untuk diingati, gerakan UG ini tidak pernah padam dan berakhir. Ingat juga, hingga ke hari ini belum ada jawapan rasmi dari PAS berkenaan pertembungan di Kota Damansara yang mana Din Ayam yang juga merupakan menantu Hadi Awang merupakan mastermind dalam isu berkenaan.

Bagi Umno, mereka akan berhadapan jalan sukar untuk menawan semula Selangor. Ketokohan Anwar pasti akan menguasai setiap sendi pemerintahan di Selangor seperti mana yang pernah Anwar Ibrahim lakukan sewaktu menjadi Timbalan Presiden Umno dahulu. Jika Anwar Ibrahim melakukan yang terbaik dan paling baik untuk Selangor pasti Umno akan bertambah kusut dan ini juga akan menjadi kayu ukur oleh rakyat bagi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Tetapi harus diingat juga, cita - cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak pernah padam dan apa yang mustahak lagi untuk difahami Azmin Ali adalah orang yang paling banyak mengetahui rahsia politik Anwar Ibrahim. Berbeza dengan Tan Sri Khalid, jika diarahkan untuk beliau turun dari jawatan menteri besar dia tidak akan banyak melawan kerana banyak rahsia politik Tan Sri Khalid dalam pengetahuan Anwar Ibrahim.

Laluan menjadi Menteri Besar Selangor
Mungkin ramai yang merasakan Anwar Ibrahim pasti mudah untuk menjadi menteri besar sekiranya menang dalam PRK Kajang. Namum hakikatnya memang mudah untuk Anwar Ibrahim menang dalam PRK Kajang tetapi tidak mudah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. 

Harus difahami dan dimengerti juga, PAS mempunyai kerusi yang lebih banyak dalam Dewan Undangan Negeri DUN Selangor berbanding PKR.Tindak balas PAS dalam isu ini akan memberi pengaruh besar berkenaan siapa yang akan dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor.

Cabaran seterusnya adalah dari Istana Selangor. Sudah jelas dan terang Sultan Selangor tidak mesra Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Sultan Selangor boleh menolak untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai menteri besar dengan kuasa yang diperuntukan kepadanya. Lihat krisis politik Perak tahun 2009 yang mana Sultan Perak dilihat memainkan peranan besar dalam krisis politik tersebut.

Bagi pihak Barisan Nasional, sedikit pertelingkahan mungkin akan berlaku tetapi impaknya tidak akan begitu besar. Umno dilihat begitu berahi untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kajang yang bakal berlangsung ini sedangkan kerusi DUN Kajang adalah secara tradisinya milik MCA. Jika MCA melepaskan kerusi tersebut kepada Umno ini akan menguatkan lagi presepsi orang Cina bahawa MCA ini hanya menjadi bahan bulian di dalam Barisan Nasional.

Setuju atau tidak dengan tindakan Anwar Ibrahim
Akhirnya untuk mereka yang masih terkeliru atau pun sukar untuk membuat keputusan sama ada wajar atau tidak tindakan Anwar Ibrahim mengarahkan Adun Kajang mengosongkan kerusi tersebut dan bertanding di kerusi tersebut, mari aku mengajar anda semua tentang cara bagaimana untuk membuat keputusan. Caranya ialah dengan lihat, kaji dan perhatikan adakah Umno, TV3, Utusan Malaysia, Perkasa dan Perkosa menyokong atau tidak tindakan Anwar Ibrahim ini. 

Jika kumpulan ini menentang tindakan Anwar Ibrahim ini, maka anda dan kita wajib menyokong tindakan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor. Tetapi jika kumpulan tadi bertindak menyokong tindakan Anwar Ibrahim bertanding dan Menjadi Menteri Besar Selangor maka kita wajib menentang Anwar Ibrahim di Selangor. Ini kerana apa yang tidak baik untuk Umno/Barisan Nasional adalah baik untuk Pakatan Rakyat. Maka tidak sukar untuk kita memahami dan membaca gaya politik negara dunia ke-3 seperti Malaysia. TTK.

Nota:
-TV3 dilihat menyokong Tan Sri Khalid untuk turun dari jawatan menteri besar dan digantikan dengan Azmin Ali.
-UG adalah singkatan kepada Unity Government yang merujuk kepada segolongan kumpulan dalam PAS yang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.
-Din Ayam adalah gelaran kepada zaharuddin mohammad iaitu pemimpin PAS Kota Damansara (Pro-UG) dan juga menantu Presiden PAS Hadi Awang.

Kecam Serangan ke Atas Gereja dan Saranan Menerima Konsensus Nasional

AMK Pulau Pinang mengecam tindakan mereka yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang. Tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov ke Gereja di Pulau Pinang adalah satu perubatan keji dan wajar dikecam semua pihak.

AMK Pulau Pinang menggesa PDRM dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas mereka yang jahat dan tidak bertanggungjawab ini. Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang. 

AMK Pulau Pinang juga berharap, setiap lapisan masyarakat, baik Melayu, Cina, India, Islam, Kristin, Buddha, Hindu atau apa saja agama dan etnik - untuk terus kekal tenang dan sama - sama menyeru kepada toleransi dan hormat di antara pelbagai kaum dan agama. 

AMK Pulau Pinang juga akan mula mengerahkan anggota AMK untuk memantau situasi dan turut sama menyebabkan mesej anti-perkauman dan menggesa supaya Kerajaan Pusat Barisan Nasional untuk menimbangkan tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini

Dr AFIF BAHARDIN
Ketua AMK Pulau Pinang

Sunday, January 26, 2014

Gambar sekitar Perhimpunan TURUN 2.0


Gambar sekitar Perhimpunan TURUN 2.0
Lokasi: Bandar Sunway Seberang Jaya
Tarikh: 26 Jan 2014
Objektif: Membantah kenaikan harga dan menolak politik perkauman Umno


















Friday, January 24, 2014

Rumah mampu milik untuk warga Pulau Pinang (Sewa beli RM100 sebulan)


KERAJAAN Negeri membeli 51 rumah pangsa kos rendah di Taman Seruling Emas dekat Seberang Perai Selatan (SPS) dan akan dijual kepada pemohon yang layak secara sewa beli pada kadar RM100 sebulan, tidak termasuk RM20 kos penyelenggaraan tiap-tiap bulan.


Atas maksud itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM71,000 lagi untuk menyediakan kelengkapan asas seperti kipas dan lampu di kesemua rumah berkenaan demi memberi keselesaan kepada bakal pembeli yang layak.

Itu, katanya, tidak termasuk kos RM679,362 yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi membaiki kerosakan sedia ada di unit-unit rumah tersebut, khususnya pada bahagian bumbung.

"Memandangkan cadangan ini dikemukakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR), maka, perbincangan lanjut telah dibuat bersama (pemaju) Syarikat Asas Dunia Berhad," ujar Guan Eng dalam satu sidang media di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pengurusan 51 unit rumah ini akan diserahkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sejurus perjanjian pembelian dan pembaikan selesai ditandatangani.

"Pengagihan dan penawaran akan dibuat oleh Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pemilihan Perumahan (SPECS) untuk memastikan pengagihan dibuat secara adil dan telus kepada golongan yang memerlukan dengan diaudit bersama oleh syarikat perakaunan," ujar Guan Eng lagi.

Tambah beliau, pemohon yang layak akan menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Negeri di bawah Skim Sewa Beli pada kadar RM100 sebulan beserta RM20 kos penyelenggaraan tiap-tiap bulan dalam tempoh 15 tahun.

Terdahulu, Rumah Pangsa Kos Rendah lima tingkat di Taman Seruling Emas dibina pada tahun 1994, dengan keluasan setiap unit adalah ada 51 meter persegi (548.96 kaki persegi) dan mempunyai dua bilik.

Sebanyak 170 unit rumah di Blok A, manakala, 190 unit lagi di Blok B.

Dari 360 unit rumah di taman tersebut, 309 unit rumah telahpun diduduki.

Manakala, baki sebanyak 51 unit rumah masih kosong, iaitu enam unit di Blok A dan 45 unit di Blok B.

Dalam perbentangan Bajet 2014 Pulau Pinang lepas, Guan Eng membentangkan pelan Sewa Beli 51 unit rumah kos rendah tersebut dan dipersetujui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan pinjaman tanpa riba untuk pembelian 104 unit rumah kos rendah jenis 'town house' di Taman Sungai Duri Permai dekat SPS.

Difahamkan, pembeli perlu membuat pinjaman bank 70 peratus harga pasaran rumah RM38,000 untuk membeli 104 unit rumah berkenaan, manakala, baki 30 peratus lagi adalah pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Negeri.


Wednesday, January 22, 2014

Operasi Roboh Gerai Kecoh, TKM Pulau Pinang Jawab Isu Ini



Kenyataan Akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon Mengenai Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Gerai Haram yang Kosong, Sedang dan Baru Dibina

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang, semalam. Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku.

Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina. Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina.

Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan. Tidak ada seorang pun ditahan sungguhpun rakaman video adalah amat jelas sekali tentang siapa yang melakukan tindakan jenayah tersebut. 

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2 tahun atau denda sebanyak RM10 ribu atau kedua-duanya sekali kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman 3 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan kerana mencederakan penjawat awam. 

Adalah dikesali bahawa tindakan penguatkuasaan semalam yang tidak melibatkan gerai haram sedia ada yang sudah lama berniaga telah dihalang oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubungi Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi untuk meminta tindakan tegas diambil kerana ia adalah perkara amat serius yang melibatkan kewibawaan pentadbiran kerajaan dan seorang pegawai awam.

Dasar Kerajaan Negeri adalah memberikan kuasa budi bicara kepada Pegawai Daerah untuk menguatkuasakan undang-undang untuk gerai haram yang sedang dibina, baru dibina atau kosong. Pejabat Daerah hanya bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan.

Bagi gerai haram yang sudah berniaga untuk tempoh melebihi setahun, ia bukanlah dalam budi bicara Pegawai Daerah. Maka tindakan penguatkuasaan diserahkan kepada keputusan Kerajaan Negeri atau ahli EXCO berkenaan. 

Kerajaan Negeri kesal bahawa parti politik dan pertubuhan telah memainkan sentimen perkauman yang bahaya dan jahat untuk menghalang setiap tindakan penguatkuasaan. Baru-baru ini tindakan penguatkuasaan telah diambil di Bukit Mertajam terhadap penjaja haram yang berniaga ditengah jalan dan menghalang lalu lintas. Penjaja haram tersebut telah diminta untuk berpindah ke bahagian tepi jalan dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka. 

Sungguhpun ada juga penjaja haram bukan Melayu terlibat, mereka masih terus berniaga tetapi perniagaan tersebut adalah di bahagian tepi dan bukan di tengah jalan raya tetapi pertubuhan dan ahli parti politik berkenaan membakar sentimen perkauman dengan mendakwa hanya gerai Melayu dirobohkan. Kejadian berulang di Teluk Bahang apabila 14 buah gerai kosong dan sedang dibina pula dihalang tindakan penguatkuasaan. Hanya siasatan tegas oleh pihak polis dapat mengatasi masalah yang berleluasa ini.

MOHD RASHID BIN HASNON

Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/operasi-roboh-gerai-kecoh-tkm-pulau.html#ixzz2r8XLzG92

Tuesday, January 21, 2014

Apa itu GST?



Berikut adalah penerangan tentang apa itu GST kepada yang masih lagi tertanya-tanya berkenaan GST. Sila dengar dan fahamkan.

HOT: YB Lee Khai Loon dipanggil polis

Hot! ADUN Machang Bubuk memerima SURAT CINTA dari PDRM sebentar tadi yang dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat. Beliau disiasat dibawah Seksyen 111(1) bersangkut dengan kes Sek. 500 Kanun Keseksaan-Memfitnah dan diminta hadir ke IPD Bandar Perda Pada 23/1/2014 jam 1130 pagi.






Monday, January 20, 2014

Info Terkini dari TEH TARIK KOMTAR ke seluruh dunia (TURUN 2.0) Mari Berdemo Ahad ini!!




Ayuh sertai Himpunan TURUN 2.0 pada 26/1/2014 (ahad) di Tapak Parkir Bandar Sunway Seberang Jaya. Jam 2 petang hingga 4 petang. YB Rafizi Ramli akan bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serta AMK, Wanita dan NGO-NGO. Himpunan membantah kenaikan harga barang, GST dan Tolak UMNO Rasis! TURUN ramai-ramai. Sebarkan

Ayuh TURUN anak semua bangsa. Kita semua hidup dalam sebuah keluarga besar... Tolak UMNO Rasis!!!

Laporan Polis Terhadap Serangan Pendesak Melayu ke Atas Orang Awam yang Boleh Menimbulkan Ketegangan Kaum di Malaysia


Satu laporan polis sudah di buat selepas tindakan samseng kangkung yang kalah dengan hujah guna akal di balas dengan tindakan fizikal.. 

Laporan polis ini di buat oleh Ikhwan Nasser SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang.. Dalam laporan beliau


Pada jam 11.00 pagi @ 19/1/2014 peserta demostrasi berarak dari tempat himpunan lebih kurang 200 hingga ke 300 orang ke pejabat Yb dan mula berkumpul di pejabat Yb dengan membawa sepanduk berunsur ugutan antaranya kita bakar pejabat Yb dan di letakan di pintu-pintu premis dan pimpinan mereka mula berceramah berunsur ugutan dan perkataan-perkatan berunsur perkauman pada jam lebih kurang 1200 tengah hari satu kejadian keganasan berlaku dimana peserta demostrasi memukul satu orang awam yang berada di sana atas tindakan agresif tersebut sayaberasa bimbang tentang keselamatan staf yang bertugas pada setiap hari isnin hingga jumaat dan takut sekiranya perkara tersebut berulang saya juga memohon agar pihak polis menyiasat berkaitan demostrasi tersebut demi keselamatan Yb dan pekerja yang berkerja di premis tersebut sekian laporan saya.


Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/laporan-polis-terhadap-serangan.html#ixzz2qwtEUuRo


Yb PKR Machang Bubok Terima SMS Ugutan Bunuh dan Berbaur Perkauman





Aku dapat maklumat dari pejabat Adun Machang Bubok bahawa Yb Khai Loon telah menerima SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman selepas geng samseng pendesak melayu berdemo dan memukul orang awam di depan pejabat Adun semalam..

Perkara ini disahkan oleh salah seorang pegawai yang berkhidmat di pejabat Adun saudara Ikhwan Nasser..

Dalam SMS yang di terima oleh beliau antaranya mampus, sial dan yang lain boleh baca sendiri..

Ikhwan telah memberi tahu akan membuat satu laporan polis ke atas perlaku yang menghantar SMS ugutan dan berbaur perkauman ini.. 

Semalam beliau jugak telah membuat laporan polis atas tindakan puak perlampau nie kerana memukul orang awam.. 

Sebelum ini Khai Loon berkata bahawa kami menganjurkan flashmob untuk memprotes terhadap kenaikan harga dan sikap tidak bertanggungjawab PM Najib.

Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kenaikan harga.

Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kerajaan lebih suka untuk mencuci tangan dengan berkata bahawa ia tidak harus dipersalahkan kerana kenaikan harga.

Apa tujuan sebenar oleh si perlaku ini menghantar SMS sedemikian? Adakah telah di tipu dengan momokan perkauamn yang di tanam dalam kepala setelah sekian lama? 

Number telefon sudah ada..
Harap ada tindakan selanjutnya oleh pihak penegak undang-undang.. 

Tolak Politik Perkauman, Politik Bangsat!


Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/yb-terima-sms-ugutan-bunuh-dan-berbaur.html#ixzz2qwqsy8a8

Sunday, January 19, 2014

Terkini: Anwar protest against deportation from Tokyo.



I arrived at Narita International Airport at 6.45 this morning from Kuala Lumpur but was barred from entry by the Japanese immigration authorities and was told to board the first flight back home or face deportation.

When I asked why I was not allowed to enter, they told me that it was because of my previous conviction in 1999. I told them this could not be a valid reason on account of the fact that prior to this I had already entered Tokyo without hindrance on three previous occasions in 2006, 2009, and 2012.

I told the immigration authorities there must be some mix-up in this matter and protested that it was not proper for them to bar me from entering the country without a bona fide and valid reason. As I persisted in asking for an explanation, they finally told me that they had to take this action “because of a latest report” possibly in 2013.

I then had no choice but to take the next flight home at 10.45 am.

I had gone to Tokyo on a personal invitation by Mr Sasakawa, Chairman of the Nippon Foundation, to present a paper on Muslim Democrats. As a routine pre-travel procedure, my office had made inquiries with the Japanese Embassy in Kuala Lumpur last week and was informed that there would be no issues outstanding which would be an impediment to my entering the country.

I protest in the strongest terms this unwarranted action of the Japanese government in refusing me entry and denying my legitimate rights to travel freely without let or hindrance. It is indeed inconceivable for one of the world’s leading democracies to take this unprecedented action under such tenuous grounds and leaves me with the impression that hidden hands may be at work here.

In this regard, I demand an explanation from the Malaysian Minister of Foreign Affairs, in particular, as to what role Wisma Putra has played in this scandalous episode in respect of the so-called “latest report” that has purportedly led to my being forcibly evicted from Japan.

Anwar Ibrahim
Head of Opposition, Malaysian Parliament
Kuala Lumpur
19th January 2014