Wednesday, August 28, 2013

Segalanya bermula pada tarikh ini 2 September...

Tarikh 02 Sept dalam kalender Masihi ini muncul lagi. Tarikh ini pada 15 tahun lalu telah membawa makna yang besar pada landskap politik Malaysia moden atau separa moden pada hari ini. Aku memasukkan perkataan "moden" kerana sebelum tarikh ini survival politik Malaysia hanya ketara antara golongan agama dari Parti Islam SeMalaysia PAS, politik Cina dari DAP dan kelas menengah Melayu dari Umno. Tetapi selepas tarikh ini ianya telah memecahkan semuanya dan membentuk satu survival politik baru yang bukan semata - mata ditandai oleh agama atau kaum. 15 tahun lalu, selepas tarikh 2 Sept ini politik Malaysia telah lebih berkisar kepada dasar - dasar kerajaan, hak, keadilan dan suara rakyat. Apa sebenarnya tarikh 2 Sept ini.

15 tahun lalu iaitu pada 2 September 1998 telah berlaku satu peristiwa yang mengemparkan bukan sahaja Malaysia malahan Asia dan Dunia. Pada tarikh ini seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan telah dicepat dari jawatan dan kedudukan beliau. Siri pemecetan ini disusuli dengan penderaan fizikal dan mental yang terus menerus dilakukan hingga hari ini. Individu tersebut adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Penulisan ini tidak mahu membicara panjang berkenaan susuk Anwar Ibrahim tetapi pada tarikh 2 September 1998 inilah Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan dengan segala bentuk, dan dari peristiwa inilah yang membawa kepada perubahan survival politik Malaysia baru. 

Jika sebelum tarikh ini gerakan pembangkang untuk orang Melayu hanya dipelopori oleh PAS. PAS iaitu parti yang berteraskan agama iaitu agama Islam. Banyak ustaz, ustazah dan lebai dalam parti ini yang tidak putus - putus sejak 1951 melancarkan serangan kepada Umno/Barisan Nasional bersandarkan isu - isu agama. Golongan muda Melayu pada ketika itu yang mana mereka ini berpendidikan tinggi dan moden, walaupun banyak isu dan perkara yang mereka sendiri tidak berpuashati dengan pemerintahan Umno/Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak berminat menyertai atau menggunakan planform PAS bagi menyuarakan penentangan dan bantahan mereka. Ini kerana pendekatan dan gaya PAS itu sendiri pada ketika itu tidak diminati oleh golongan muda berpendidikan moden. Akhirnya rasa tidak puas hati ini terus dibiarkan sepi begitu sahaja. Begitu juga anak muda Cina dan India mereka ini jika dilihat pada waktu itu tidak ada pentas yang sesuai bagi menyuarakan dan menyatakan bantahan mereka. DAP yang ada pada waktu agak kurang diminati kerana gaya agresif politik DAP itu sendiri pada waktu itu.

Namum, selepas peristiwa 2 September 1998 semuanya berubah. Peristiwa 2 September 1998 ini telah membawa satu wadah baru dalam perjalanan dan perjuangan politik Malaysia. Golongan muda, mahasiswa, kelas menengah malahan atasan telah bangkit dan memanifestasikan apa yang mereka pendam selama ini kepada pemerintahan Umno/Barisan Nasional. Sekitar satu ke dua tahun selepas 2 September 1998 isunya jelas hanya berkisar tentang nasib yang menimpa Anwar Ibrahim, tetapi lama kelamaan ianya telah bertukar kepada isu hak, keadilan sosial dan kebajikan rakyat. Inilah yang boleh dikatakan sebagai politik moden kerana politik moden bukan hanya berkisar kepada sentimen, emosi dan perkauman.  

Penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 dan kemudianya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat telah membuka wadah baru dan platform kepada anak muda beraliran kotemporari yang begitu dahagakan pentas perjuangan politik mereka. Kebijaksaan pemimpin PAS pada waktu itu Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang mengubah pendekatan politik PAS  yang sebelum ini dilihat seperti ala Taliban. Kesedaran pemimpin - pemimpin DAP yang melihat perlunya perubahan dalam pendekatan politik masing - masing merancakkan lagi arena politik Malaysia selepas 2 September 1998.

Peristiwa 2 September 1998 ini telah mematang dan mendewasakan rakyat tentang politik. Sosiolisasi politik Malaysia juga berubah dengan pertambahan minat rakyat Malaysia kepada politik. Politik bukan lagi dianggap kerja orang tua tetapi selepas peristiwa 2 September 1998 anak muda telah kedepan dalam mempelopori bidang politik. Pemimpin - pemimpin muda politik muncul satu persatu baik dari parti pemerintah dan pembangkang kerana minat dan kesederan politik yang tinggi yang muncul dalam jiwa mereka. 

Percayalah, jika tanpa peristiwa 2 September 1998 politik Malaysia hari ini tidak akan kelihatan seperti hari ini. Corak pemerintahan yang melihat rakyat sebagai tuan pasti tidak akan muncul. Jika sebelum peristiwa 2 September 1998, hanya satu pihak yang menggubal dasar, pihak itu juga yang menentang, ianya juga yang menyokong dan pihak itu jugalah yang melaksanakannya. Kita mungkin pada ketika itu kurang sedikit bezanya dari pemeritahan Suharto di Indonesia. Berbeza dengan hari ini, selepas 2 September 1998 ianya tidak membenarkan sistem yang sebegitu berlaku lagi.

Mungkin penganiayaan, seksaan dan keaiban yang diterima oleh Anwar Ibrahim sepanjang 15 tahun ini adalah harga yang dibayar oleh beliau untuk kita semua menikmati perubahan politik yang kita rasai pada hari ini. Pemerhati, pengkaji, peminat politik tanah air perlu melihat tarikh 2 September ini sebagai satu tarikh yang bermakna, kerana tanpa peristiwa yang pada tarikh ini dunia politik kita masih lagi tidak ubah seperti menonton drama Melayu di skrin hitam putih. -TTK-


Muktamar ke-59: Adakah PAS sematang usia

Pada 22 November 2013 ini akan berlangsung sekali lagi muktamar Parti Islam SeMalaysia PAS untuk kali yang ke 59. Lebih menarik muktamar kali ini berlangsung serentak dengan pemilihan parti PAS yang mana bakal menyaksikan jawatan - jawatan penting dalam PAS akan dipertandingan dari jawatan - jawatan sayap pemuda, muslimat hinggalah ke jawatan tertinggi parti yang selalunya dipertandingkan. 

Melihat kembali kepada penubuhan PAS pada tahun 1951, hari ini parti tersebut telah mencecah usia 62 tahun. Parti yang mula diasaskan oleh persatuan ulama dan mula digerakkan dari sebelum merdeka itu boleh dikatakan antara parti politik yang tertua di Malaysia. Usia 62 tahun penubuhan PAS adalah tempoh yang cukup lama, namum adakah PAS hari ini sematang usia 62 tahunnya. Kematangan sesebuah pertubuhan atau sebuah parti politik itu boleh dinilai dari segi daya kepimpinannya, pendekatan politik yang digunapakai, kebolehan menghadapi krisis dalaman yang timbul, serta yang paling penting apakah pencapaian parti PAS itu sendiri sepanjang 62 tahun penubuhannya kepada parti, masyarakat dan juga negara. 


Kepimpinan

Menyorot kepimpinan PAS boleh dikatakan parti ini mengalami pasang surut kepimpinan bermula dari Tuan Guru Haji Ahmad Fuad kepada Dr Hj Burhanuddin Al-Hilmi yang merupakan antara pemimpin PAS yang begitu berani dan lantang memperjuangkan dasar - dasar PAS. Beliau antara pemimpin PAS yang kedepan dalam isu-isu hak dan keadilan. Zaman pemimpinannya beliau membawa PAS untuk memperjuangkan bukan sahaja isu akidah dan agama tetapi isu - isu nasional seperti tuntutan kemerdekaan yang total dan nasib golongan pekerja yang mana isu - isu ini dekat dihati rakyat pada waktu itu. Keberanian beliau ini membawa kepada penangkapan beliau dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA dan meninggal akibat seksaan yang diterimanya sewaktu dalam tahanan. Beralih kepada kepimpinan Tuan Guru Haji Asri Muda yang memperlihatkan dibawah kepimpinan beliau PAS bergabung dengan Umno pada waktu itu dan mewujudkan sejarah suram bagi PAS selepas diperkotak - katikkan oleh Umno dalam pergabungan tersebut. Sedar dari kesilapan pergabungan tersebut, PAS keluar dari Umno dan bergerak sendiri sebagai sebuah parti politik seperti asal dan kepimpinannya diterajui oleh Tuan Guru Haji Yusuf Rawa yang merupakan ayah kepada ahli parlimen Parit Buntar hari ini iaitu Mujahid Yusuf Rawa. 

PAS boleh dikatakan hampir mengalami zaman kegemilangan pada era kepimpinan Dato Haji Fadzil Mohd Noor. Dato Haji Fadzil atau Ustaz Fadzil Noor boleh dikatakan antara pemimpin PAS yang membawa perubahan atau reform kepada parti PAS. PAS yang mulanya dilihat agak keras dalam pendekatan politiknya telah perlahan - lahan menyesuaikan tindakannya dengan arus dan situasi politik semasa. Dibawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor banyak golongan - golongan kelas menengah dan profesional mula mendekati PAS pada waktu itu, disamping pengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM yang kuat serta ahli - ahli ABIM yang kecewa dengan kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO. Ustaz Fadzil Noor dan Anwar Ibrahim adalah dua sahabat baik sewaktu mereka sama - sama didalam ABIM. Malahan sewaktu Anwar Ibrahim didalam UMNO dan kerajaan pun Ustaz Fadzil Noor turut mengekalkan hubungan peribadi yang baik antara mereka berdua. Inilah gaya dan salah satu contoh politik matang yang pernah ada pada salah seorang pemimpin PAS. 

Ustaz Fadzil Noor adalah antara pemimpin PAS yang berjaya membawa parti PAS itu ketengah - tengah masyarakat. Ustaz Fadzil Noor cuba mengeluarkan PAS dari hanya bergerak di sekolah - sekolah pondok dan surau - surau ke tengah - tengah masyarakat semasa. Beliau secara terbuka mengajak untuk dianjurkan debat antara PAS dan Umno yang mana pada waktu itu debat merupakan satu perkara yang cukup asing dalam politik Malaysia. Sewaktu tercetusnya reformasi 1998 dengan isu pemecetan Anwar Ibrahim dari kerajaan, Ustaz Fadzil Noor lah antara pemimpin parti politik yang pertama hadir dan mempertahankan Anwar yang merupakan seteru beliau dalam politik sebelum itu. Lihat bagaimana daya kepimpinan politik matang yang pada Ustaz Fadzil Noor pada waktu itu. Beliau jugalah pengasas kepada tertubuhnya idea pergabungan antara parti - parti pembangkang untuk berhadapan dengan Umno/BN pada pilihanraya umum 1999. Pergabungan parti - parti politik pembangkang antara PAS, Parti Keadilan Nasional dan DAP  yang dikenali sebagai Barisan Alternatif pada waktu itu sebenarnya idea yang datang dari Ustaz Fadzil Noor itu sendiri. Pada waktu ini ramai golongan muda dan profesional Melayu berbondong - bondong masuk menyertai PAS kerana mula tertarik dengan pendekatan kepimpinan Ustaz Fadzil Noor. PAS yang dulu yang kerap diwajahi dengan serban, jubah dan janggut panjang berubah hampir separuh kepada imej berkemeja, bertali leher dan suit. Namum ditengah - tengah pacuan Ustaz Fazil Noor, Allah SWT lebih menyanyangi beliau.

Hinggalah hari ini PAS diterajui oleh Tuan Guru Haji Abdul Awang. PAS dibawah Haji Abdul Hadi Awang dilihat terkeliru dengan arus perubahan politik Malaysia yang bergerak begitu pantas pada hari ini. Pada satu tahap sebelum pilihanraya Umum ke-12 Haji Abdul Hadi Awang dilihat memimpin PAS dengan konsisten dan jelas aras tujuannya untuk melawan Umno/BN. Tetapi selepas pilihanraya ke-12 yang memperlihatkan PAS memenangi jumlah kerusi yang agak selesa yang mana mempunyai 3 menteri besar iaitu di Kelantan, Perak dan Kedah kepimpinan Haji Abdul Hadi Awang mula diperkatakan. Kepimpinan Haji Abdul Hadi dilihat mudah termakan dengan asakan Umno/BN yang mengatakan "PAS hari ini tidak seperti PAS dahulu". Ayat tersebut seolah mengundang kegusaran kepada kepimpinan Haji Abduk Hadi yang mungkin mula melihat imej berserban, berjubah dan berjanggut panjang semakin kurang didalam PAS. Ditambah buruk pula dengan usaha penyatuan antara PAS dan UMNO yang mana banyak sumber mengatakan ianya dipersetujui oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang. Mungkin Haji Abdul Hadi mahu menghidupkan semula imej ulama dalam saf kepimpina PAS yang sememangnya masih lagi wujud dan tidak pernah padam dengan mula mengetepikan golongan - golongan profesional yang boleh dikatakan jumlah agak ramai dalam kepimpinan PAS. 

Satu perkara yang harus diingat, golongan profesional inilah yang menyumbang kepada kemenangan besar parti PAS dalam PRU-12 yang lalu. Gerak kerja yang dilakukan oleh golongan profesional inilah yang telah mendekatkan orang bukan Islam seperti Cina dan India kepada PAS seperti yang diusahakan oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa. Di Shah Alam misalnya, undi kaum India dan Cina sungguh memberansangkan kepada Khalid Samad di sana kerana pendekatan politik moden dan matang yang diamalkan beliau. Anak muda India dan Cina hari ini sudah tidak takut untuk membawa bendera PAS kesana - sini sewaktu kempen - kempen piliharanya yang mana situasi ini amatlah sukar dan hampir mustahil untuk dilihat sebelum ini. Semua ini adalah hasil dari gerak kerja dari golongan profesional dalam PAS. Tapi sayangnya menghampiri pilihanraya umum ke-13 golongan profesional ini seakan diketepikan dan dipinggirkan oleh pihak - pihak tertentu didalam PAS. Seakan ada gerakan dan persetujuan dengan meletakkan calon - calon profesional PAS di kawasan - kawasan yang secara logik politiknya memang tidak akan menang sekaligus mewujudkan pembunuhan secara lembut kepada golongan - golongan profesional ini. Mungkin terdapat golongan tertentu didalam PAS yang mungkin takut dibayangi oleh golongan profesional yang mana bagi mereka ianya boleh mengubah PAS kepada parti yang bukan berteraskan Islam.

Jika inilah yang difikirkan oleh segolongan pemimpin PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang, boleh dikatakan PAS masih belum cukup matang berbanding usianya. Politik hari ini perlu lebih progresif dan offensive bukannya defensif dan esklusif. Jika hanya mengawal PAS untuk golongan ustaz dan pendidikan agama sahaja yang menerajuinya tanpa memberi ruang kepada golongan profesional yang bukan berkelulusan dalam bidang agama memimpin dan menyuarakan idea serta pendapat, jelas PAS akan tercicir dan tergelincir dari arus politik semasa yang bergerak dengan cepat dan pantas ini. 

Mungkin PAS tidak mempunyai satu badan penyelidik politik untuk mengkaji satu perkara yang mungkin mereka tidak sedar. PAS perlu melihat kegusaran yang besar adalah dirasai oleh Umno/BN apabila melihat golongan - golongan profesional seperti Dato Sri Nizar, Mujahid Rawa, Khalid Samad, Dr Hatta, Dr Dzulkfile dan beberapa lagi golongan profesional dalam PAS sedang meningkat naik. Kegusaran ini timbul kerana sebelum ini Umno lah parti yang menjadi pilihan golongan profesional Melayu tetapi hari ini tidak lagi dan situasi ini merugikan Umno dan menguntungkan PAS. Maka langkah diatur secara terang dan sulit untuk menakut - nakutkan kepimpinan PAS bahawa PAS bakal didominasi oleh golongan profesional  yang bukan ulama sekaligus menghilangkan imej ulama pada parti PAS. Maka diulang bahawa "PAS hari ini tidak seperti PAS dulu". Kepimpinan dan ahli - ahli PAS yang kurang memikir dan membuat kajian ini mudah termakan dengan propaganda ini, sekaligus turut merasa gusar. Apa yang mereka tidak sedar, Umno telah berjaya memindahkan rasa takut dan gusar mereka kepada segolongan kumpulan dalam parti PAS. Mungkin muktamar kali ini dapat melahirkan seorang pengarah strategi politik yang bijak membaca taktik dan strategik politik demi kelangsungan politik PAS sebaya dengan usianya.



Pendekatan Politik  

Melihat kepada pendekatan politik PAS pula, mungkin berlaku sedikit perubahan apabila PAS kini cuba mendekatkan diri mereka dengan pemimpin dan golongan bukan Islam. PAS hari ini dilihat sudah boleh mula bekerja sama dengan DAP yang majoriti ahli dan pemimpinnya terdiri dari bukan Islam. Kerjasama dengan PKR juga berjaya mendekatkan masyarakat kepada PAS. Namum pedekatan dan kaedah ini haruslah berterusan dan holistik. Pujian harus diberika kepada Dr Mujahid Rawa yang mengusahakan Kelab Penyokong PAS kepada rakyat yang bukan Islam. Sesungguhnya Kelab Penyokong PAS ini memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada kemenangan PAS dalam PRU-12. Namum hari ini gerak kerja Kelab Penyokong PAS dilihat semakin lemah dan tidak serancak dahului lagi. Mungkin yang mengasaskan Kelab Penyokong PAS itu adalah Mujahid Yusuf Rawa dan beliau merupakan golongan profesional dalam PAS maka penekanan serius mula dikurangkan oleh pucuk pimpinan PAS. 

Dalam menghadapi isu - isu politik semasa yang timbul, PAS hari ini dilihat mudah termakan dengan mainan perangkap politik pihak lawan. Berkenaan isu kalimah Allah, kepimpinan PAS dilihat tidak sekata dalam menangani isu ini. Pun begitu, ianya disampaikan pula kepada media - media arus perdana yang selama ini mereka tahu media - media ini kerjanya memang untuk meruntuhkan PAS dan Pakatan Rakyat. Boleh dikatakan ramai antara pemimpin PAS yang bergelar ustaz dan lebai hari ini tidak pandai bermain politik. Mereka terlalu mudah terjerat dan akhirnya apa yang disampaikan mereka itu memakan parti mereka sendiri. Golongan ini harus ingat PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan bukan hanya semata - mata sebagai sebuah badan dakwah. Jika berdiri atas kapisiti sebuah parti politik suka tidak suka mereka harus bijak berpolitik baik dari segi tindakan dan percakapan. 

Apa yang paling menjengkelkan, sewaktu menghampiri PRU-13 yang lalu pihak lawan sengaja menimbulkan isu Hudud di media - media arus perdana milik Umno/BN. Tanpa memikirkan itu adalah jerat politik pihak lawan untuk mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat beberapa pemimpin PAS dengan keras dan bersemangat menekankan isu hudud ini. Jika kematangan politik itu ada dalam kalangan beberapa pemimpin PAS, mereka ini tidak akan mudah melayan dan termakan dengan isu hudud yang sengaja dibangkitkan oleh lawan mereka ini. Jelas emosi acap kali melebihi rasional dan kebijaksanaan beberapa pemimpin PAS ini dalam mendepani serangan dan taktik pihak lawan.

Tindakan Presiden nya sendiri Tuan Haji Abdul Hadi Awang yang menyerang calon dari Parti Keadilan Rakyat PKR dalam kehangatan kempen PRU-13 juga merupakan satu tindakan politik yang cukup - cukup tidak bijak. Apa tah lagi yang bertindak demikian adalah presiden parti. Perkara ini sahaja memberikan modal yang cukup besar kepada lawan mereka untuk melanyak mereka dalam kempen politik PRU-13 yang hanya berbaki 3 hari sahaja lagi pada waktu itu. Wajarkah seorang presiden kepada sebuah parti yang berusia 62 tahun bertindak demikian. 


Mengatasi Krisis Dalaman Parti dan Gabungan

Antara perkara yang dilihat begitu lemah bagi PAS adalah menguruskan krisis dalaman parti. Mujur PAS masih dikurniakan seorang Musyidul Am yang bijak mengawal keadaan semasa PAS iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Ramai penganalisis mengatakan tanpa Nik Aziz, PAS barangkali lebih sukar untuk menghadapi PRU-13 dan mungkin mengalami kekalahan teruk. 

Isu kerajaan perpaduan yang wujud selepas PRU-12 memperlihatkan ramai golongan ulama dan ustaz dalam PAS mengambil sikap berkecuali malah ada yang menyokong seperti Nasharudin Mat Isa dan Hassan Ali. Presiden PAS sendiri gagal mengambil apa - apa tindakan kepada mereka dan atas ketegasan Nik Aziz lah mereka akhirnya dipecat dengan berat hati oleh PAS. 

Tindakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Hafiz Nordin yang terang - terangan menyerang kepimpinan dalam Pakatan Rakyat dan membuat kenyataan - kenyataan terbuka dalam media massa jelas memperlihatkan kelemahan kepimpinan PAS itu sendiri. PAS dilihat gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Hafiz Nordin jauh sekali untuk memecat beliau dari parti. Begitu juga dengan tindakan Dr Mazlan yang bertanding atas tiket Umno untuk melawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada PRU-13 yang lalu. Dr Mazlan adalah ahli PAS yang sah sewaktu mengumumkan untuk bertanding melawan Anwar Ibrahim atas tiket Umno. Namum PAS negeri dan PAS pusat langsung longlai dalam menangani isu ini. Sekurang - kurangnya kenyataan terbuka dari PAS negeri harus dikeluarkan berkenaan status Dr Mazlan ini dalam PAS.

Antara isu yang boleh dikatakan agak menjelekkan ialah pertembungan calon dalam beberapa kerusi DUN dalam PRU-13 yang lalu. Tindakan Presiden Parti Tuan Guru Haji Abdul Awang mengeluarkan watikah bertindih dengan calon pakatan rakyat adalah satu tindakan yang sukar difahami. Persoalan mula timbul tentang kejujuran beliau dalam Pakatan Rakyat. Apabila isu ini dimainkan, sekali lagi Hadi Awang bertindak dengan cara yang tidak bijak dengan membuat kenyataan terbuka dengan menyerang calon - calon parti dari Pakatan Rakyat dengan isu sosiolis dan pengedaran dadah. Adakah Tuan Presiden terlupa dengan hukum fitnah pada waktu itu. 

Jika benar isu sosiolis atau Hadi Awang mempunyai bukti pembabitan calon PKR dengan pengedaran dadah mengapa beliau tidak menyuarakan bantahan beliau sewaktu mensyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat bagi memutuskan calon - calon yang untuk bertanding dalam PRU-13. Hadi Awang sendiri hadir dalam mesyuarat tersebut bersama pemimpin - pemimpin tertinggi PKR dan DAP bagi memutuskan calon untuk PRU-13 namum ruang yang ada itu tidak digunakan, sebaliknya beliau secara senyap - senyap mengeluarkan watikah kepada calon PAS di kerusi yang dipersetujui untuk PKR lantas mewujudkan pertembungan dan memberi modal politik kepada Umno/BN. Adakah cara dan tindakan ini dilihat wajar dilakukan oleh seorang presiden yang partinya sudah berusia 62 tahun.

Jika Hadi Awang sendiri mengatakan yang tindakan ini dilakukan tanpa arahan dan pengetahuannya atau mungkin tandatangannya dipalsukan, mengapa hingga kehari ini langsung tidak ada tindakan yang diambil kepada calon PAS yang bertanding dikawasan bertindih tersebut dan kepada pengerak - pengerak utama kepada pertindihan tersebut seperti Zaharudin Muhammad a.k.a "Din Ayam" yang juga merupakan menantu kepada Hadi Awang sendiri.


Pencapaian PAS selepas 62 tahun

Mungkin apa yang ketara dalam pencapaian PAS selepas 62 tahun menjadi parti politik adalah dari segi pertambahan kerusi di parlimen yang menyaksikan PAS memiliki kerusi terbanyak dalam sejarah politik mereka dan berjaya mengekalkan Kelantan disamping pernah bertapak di Terengganu, Kedah dan memiliki menteri besar di Perak. Itu dari segi jumlah, namum ianya wajarlah juga dipuji. Namum kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat juga antara penyumbang terbesar kepada jumlah ini dan begitu juga kepada parti - parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Namum disamping jumlah kerusi, perkara lain yang perlu dinilai adalah apakah sumbangan dan idea yang pernah diberikan PAS kepada masyarakat berdasarkan jumlah - jumlah kerusi yang mereka miliki ini. Jangan hanya dibanggakan kuatiti jika kualitinya tidak ada.

Dari sudut ekonomi, sepanjang 62 tahun menjadi parti politik apakah idea ekonomi yang cuba dibawa PAS kepada masyarakat Malaysia. Apakah pelan atau gerak kerja PAS yang dimajukan untuk diketengahkan sekurang - kurangnya untuk dibahaskan dalam isu mengurangkan kos sara hidup seperti menurunkan harga minyak dan keperluan asas yang lain. Idea serta langkah menurunkan harga minyak adalah direncanakan oleh rakan mereka dari PKR dan dibahaskan secara terbuka lantas mengoyangkan Umno/BN. Begitu juga dengan idea dan perincian lengkap tentang keadah menurunkan harga kereta, pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional PTPTN adalah dari rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dan bukan dari PAS. Walaupun perkara - perkara seperti menurunkan harga minyak, kereta dan pemansuhan PTPTN ini masih belum terlaksana kerana Pakatan Rakyat bukan parti pemerintah tetapi idea - idea yang dilontarkan ini telah menggegarkan golongan rakyat yang terbelenggu dengan kemiskinan dan membuka minda rakyat bahawa perkara ini boleh dilakukan. Irosnisnya lagi perkara - perkara yang dibangkitkan ini telah memberi tekanan kepada parti pemerintah supaya tunduk kepada kehendak rakyat.

PAS pernah membangkitkan berkenaan negara berkebajikan, namum bagaimana bentuk dan rupa negara berkebajikan tersebut tidak diperincikan dan dijelaskan dengan seterangnya. Maka rakyat melihat idea tersebut hanya cakap - cakap politik menjelang pilihanraya umum. Sebuah parti yang berusia 62 tahun sepatutnya lebih peka dengar perkara ini kerana rakyat pada hari ini bukan sahaja mahu mendengar apa yang hendak dilakukan oleh sesuatu parti jika menang tetapi rakyat juga ingin tahu dan jelas tentang bagaimana sesuatu itu hendak dilakukan. 

Berkenaan isu sosial seperti pengangguran dalam kalangan belia dan masalah - masalah sosial lain yang timbul dalam masyarakat, kelihatan PAS begitu berminat berkenaan isu - isu ini. Namum hasilnya tidak ada mungkin disebabkan cara dan pendekatan yang digunakan kurang berkesan. Pendekatan keras dan mudah menghukum membuatkan generasi muda akan menjauhi PAS. 


Kesimpulan

PAS amat memerlukan pemimpin yang berkaliber, berjiwa besar, matang serta mampu mengikuti dan menyesuaikan parti dengan arus perubahan politik semasa dalam berhadapan dengan situasi hari ini untuk terus kekal relevan. Mungkin PAS terlalu lama menjadi parti pembangkang dan membuatkan mereka begitu asyik dan seronok membangkang tanpa memikirkan bagaimana  untuk membetulkan perkara yang dibangkangkan mereka itu. Oleh itu PAS amat memerlukan golongan - golongan profesional yang mendepani kepimpinan PAS. Ikhawan Muslimin yang merupakan parti Islam terbesar di Mesir itu sendiri pun ramai pemimpinnya terdiri dari golongan profesioanl.

PAS tidak boleh hanya berbangga dengan jumlah ahli yang ramai dan jentera yang ramai semata - mata. Perhatikan sahaja DAP jentera mereka hanya dibentuk secara ad-hoc menjelang pilihanraya tanpa sesi tarbiah khusus tetapi berjaya membawa kemenangan besar kepada parti DAP. Ini kerana kepimpinan dan hala tuju DAP itu jelas berkenaan isu - isu yang dibawa, terang serta logik untuk diterima. Sehingga satu tahap ada isu - isu serta janji - janji yang dibawa oleh DAP itu kelihatan betul - betul sedang berada dimulut rakyat dan penyokong mereka dan hanya menunggu masa untuk ditelan atau dengan kata lain hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk dilaksanakan. Maka cara dan kaedah politik begitulah yang seharusnya dipraktikkan PAS supaya objektifnya kelihatan jelas dan logik. Mungkin rakyat terutama golongan muda boleh mempertikaikan bagaimana parti yang berusia 62 tahun tetapi masih belum mempunyai laman web rasmi yang khusus.

Jika hanya perjuangan PAS semata - mata untuk akhirat bukan dunia, maka adalah wajar PAS mengubah dasar parti mereka dari parti politik hanya kepada badan dakwah bebas. Kerana untuk menuju akhirat kita semua perlu menempuhi dunia terlebih dahulu. Moga muktamar dan pemilihan yang bakal berlangsung pada 22 November 2013 bakal membawa perubahan dalam arus kepimpinan dan perjuangan politik PAS yang sudah berusia 62 tahun. -TTK-












Sunday, August 25, 2013

Bukit Mertajam: Polis rampas bom, tahan enam suspek

Enam orang termasuk dua wanita ditahan dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini.

"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan.

Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.

"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.

Sementara itu, polis akan mengambil keterangan enam lelaki yang cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru ketika sedang minum di sebuah gerai di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini Sabtu malam.

Mazlan berkata polis juga akan mengambil keterangan pemilik kedai tempat kejadian itu.

Tiga daripada enam yang cedera itu telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sungai Bakap, katanya.

Mazlan berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Bernama

Saturday, August 24, 2013

Pulau Pinang: Kes Terkini Tembakan Rambang, Enam Mangsa Cedera

Gambar sekadar hiasan dari Malaysiakini


Maklum kejadian tembakan rambang ke arah pelanggan Restoren yang sedang minum di kaki lima kedai berlaku pada 23.8.13 @ jam 2245 hrs di kedai kopi Triple Five, Jalan. Kasawari 7, Taman. Kasawari, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Simpang Ampat rpt: 2037/13 

Mangsa Cedera:
Mangsa seramai (6) orang iaitu (2)(L) Cina dan (4) lelaki India spt berikut:

i) Ang Keng Lee
KP: 731015-07-5179
Umur: 40 Tahun
Kerja: Kontraktor Paip
Alt: No.36, Lrg Merak 64, Tmn Idaman, Spg 4, SPS.
Cedera: kena tembak (2) das di belakang dan depan rusuk sebelah kanan

ii) Ang Cheng Chai
kpt:810204-07-5421
Umur: 42th
Kerja: pekerja 'printing'
Alt: 31, Lrg Belibis 14, Tmn Belibis, SPS 4, Penang.
Cedera: kena tembak (2) das dipunggung sebelah kiri

iii) Nathan a/l Neelamegan
KP: 710512-02-6025
Umur: 42 Tahun
Kerja: Juruteknik Kilang
Alt: Lot. 634/46, jln Paya Besar, lunas, Kedah.
Cedera: Kena tembak (1) das di punggong sebelah kanan.

iv) )Balasundram A/L Raju
KP: :600512-08-6223
Umur: 53 Tahun
Kerja: Jurutera Kilang
Alt: No.1965, Kg Transkrian, N. Tebal, SPS, Pulau Pinang.
Cedera: kesan tembak dibetis sebelah kanan.

v) Kumar A/L Parasuraman
KP: 610829-08-5113
Umur: Pengusaha pengangkutan lori
Alt: No.8, Lrg Bkt Minyak 12, Tmn Bkt Minyak, BM.
Cedera: (1) das tembakan ditapak kaki kanan

vi) James A/L Sandis
KP: 700405-02-5503
Umur: 43 Tahun
Kerja: Penjual Alatganti Kereta
Alt: No. 103, Tmn Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah.
Cedera: (2) das tembakan di tapak tangan kanan.

Fakta Kes:
Pada 23.8.13 jam 2245 hrs, suspek (2)(L) India menaiki m/sikal Yamaha LC warna hitam memakai topi keledar di mana pembonceng bersenjatakan sepucuk pistol lepaskan tembakan rambang sambil motosikal bergerak perlahan. Pada mulanya tujukan pistol dan lepaskan tembakan ke arah (1) meja di kaki lima sebelah kiri restoran dan cederakan mangsa (2)(L) Cina (mangsa para i & ii ). Kemudian suspek tembak ke arah dalam kedai dan cederakan mangsa di para (v). Suspek bergerak dan lepaskan tembakan ke arah sebelah kanan restoran di mana (6)(L) India berada di meja bersama mangsa para iii, iv & vi.

C) Siasatan:
i) Menurut saksi saspek yg duduk di belakang m/sikal melepaskan tembakan guna tangan kiri (kidal).
ii) Kesemua mangsa dalam keadaan stanil dirawat di Hospital Sg. Bakap.
iii) Unit forensik setakat ini temui (9) kelongsong peluru 9mm 'Thai Arm' dan (5) 'slug' .
iv) Hanya mangsa di para (i) mempunyai satu rekod jenayah Sek. 4 (a) CGH.
iv) Restoran tempat kejadian tiada CCTV.
v) Jarak dari jalan hadapan restoran tempat suspek lepaskan tembakan dengan mangsa lebih kurang 3-4 meter.
vi) Penglibatan mangsa salam aktiviti kongsi gelap masih disiasat.
vii) Motif kejadian belum tahu.

Siasatan masih diteruskan//TQ ( PTD9 PG )




Tuesday, August 20, 2013

CCRIS kan peminjam PTPTN: Khairy Jamaluddin bidas Idris Jusoh



Semalam negara di gemparkan dengan berita Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Hari ini melalui twitternya Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan malaysia telah bersama-sama dengan rakyat marhean telah menyatakan tidak setujunya cara zalim dan menindas rakyat yang diilhamkan oleh Idris Jusoh.

Tweetnya berbunyi....Pemuda UMNO tidak setuju peminjam PTPTN disenaraikan dlm CCRIS. PTPTN tidak sama dgn pinjaman bank untuk kereta/rumah. Jgn beban graduan.

Monday, August 19, 2013

APA ITU "RUJUKAN MAKLUMAT KREDIT BERPUSAT" (CCRIS)

Central Credit Reference Information Systems CCRIS atau dalam bahasa Melayu Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat merupakan satu pengkalan data bersama yang dkawal selia oleh Bank Negara. 

Setiap intitusi kewangan (bank - bank)yang bernaung dibawah Bank Negara Malaysia akan menghantar maklumat semua peminjam mereka secara bulanan ke bank negara untuk dimasukkan ke pengkalan data ini iaitu CCRIS. Maklumat - maklumat ini adalah seperti jenis pinjaman, jumlah pinjaman, jumlah ansuran bulan dan pembayaran balik pinjaman. Maklumat ini sentiasa dikemaskini oleh bank negara berdasarkan laporan dari bank - bank dibawahnya.

Tujuan CCRIS
Tujuan CCRIS adalah untuk memudahkan intitusi kewangan membuat semakan tentang komitmen kewangan seseorang yang ingin membuat pinjaman dari mana - mana bank. Dan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari CCRIS tersebut membolehkan pihak bank membuat pertimbangan samaada untuk meluluskan permohonan pinjman seseorang itu atau tidak. Contoh; Ahmad telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Ahmad juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Ahmad telah mempunyai hutang dengan  dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Ahmad ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan. Selang beberapa tempoh Ahmad ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula. Apabila Ahmad mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Ahmad didalam sistem CCRIS. Ini bermakna maklumat kredit Ahmad bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Ahmad mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara. Jika pihak Ambank mendapati  jumlah pinjaman atau hutang semasa Ahmad adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Ahmad bergantung pada jumlah yang dipohon.

Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Ahmad dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau. Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Ahmad ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru. Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS. Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut. 

Isu PTPTN ke CCRIS
Hari ini Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh telah mengumumkan untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang saya sebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN. Ini bermaksud semua mahasiswa yang membuat pinjaman dengan PTPTN rekod pinjaman dan bayaran balik PTPTN akan dimasukkan ke dalam sistem CCRIS ini. Ini bermakna peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Ahmad". Cuma bezanya Ahmad sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Ahmad ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit. Ahmad juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil. Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga). Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja. -TTK-