Menurut suatu laporan kajian yang didedah oleh Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Idris Jusoh (bawah), seramai 63,909 orang ataupun 31 peratus daripada para siswazah tidak mendapat kerja selepas enam bulan tamat pengajian pada tahun 2012.
Data dari Laporan Ekonomi 2011/2012 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan, dari Januari sehingga Ogos 2011, seramai 308,371 orang ataupun 90.1 peratus penganggur daripada pencari pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan tenaga Kerja berumur antara 15 hingga 29 tahun.
Walaupun kadar pengangguran negara kita berada di antara 3 hingga 4 peratus, kadar pengangguran orang muda berumur 15 hingga 24 sudah mencecah 12 peratus.
STEVEN SIM CHEE KEONG ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap pengarah pendidikan politik Kebangsaan DAPSY dan setiausaha publisiti DAPSY Pulau Pinang.

Kadar pengangguran orang muda berumur 20 hingga 24 melebihi 10 peratus pada 2009 (Laporan bersama UN dan EPU bertajuk "Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010).
Maklumat dari jumlah pencari pekerjaan yang berdaftar dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan di atas pula menunjukkan 90.1 peratus pencari pekerjaan di negara kita merupakan anak muda berumur antara 15 hingga 29 tahun.
Keadaan ini jelas menunjukkan masalah yang serius, iaitu, anak muda kita tidak berupaya memasuki pasaran kerja.

Salah satu punca fenomena ini ialah dasar ekonomi kerajaan pusat yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja murah khususnya pekerja-pekerja tidak mahir dan separuh mahir dari negara luar.
Ini bukan sahaja menyebabkan kekosongan diisi oleh pekerja migran malah pasaran kerja merupakan satu "pertandingan ke bawah", "a race to the bottom", iaitu keadaan tiada persaingan dalam peningkatan gaji, kebajikan pekerja, peluang kenaikan serta peningkatan kemahiran dalam pasaran.
Pendidikan tidak bermaya
Ini seterusnya menyebabkan persekitaran pekerjaan dan keadaan pekerja menjadi semakin mundur.

Selain itu, sistem pendidikan Malaysia juga patut dipersalahkan. Akibat campur tangan politik, sistem pendidikan kita tidak bermaya.
Kita hanya mampu meningkatkan kuantiti mahasiswa tetapi tidak dapat menjamin kualiti mereka. Akhirnya kerajaan juga terpaksa membelanjakan duit rakyat untuk melatih semula siswazah yang tidak mendapat kerja.

Justeru, saya berharap menteri belia dan sukan yang baru merangkap ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (bertali leher kuning) akan mengambil langkah penyelesaian serta merta.
Masalah pengangguran anak muda di negara kita bukan boleh diselesaikan dengan hanya menganjurkan pameran pekerjaan semata-mata.
Kerajaan perlu mengkaji semula dasar-dasar ekonomi dan pendidikan yang menjadi faktor penyumbang kepada masalah pengangguran anak muda.
Saya telah mengemukakan soalan ini dalam Parlimen kepada Khairy Jamaluddin, dan saya berharap akan mendapat maklum balas yang bernas daripada beliau.
Saya juga berharap perbahasan kami di Parlimen akan membuahkan penyelesaian dasar yang efektif bagi menangani masalah ini.